25 June 2010

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU.



Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ianya bersama-sama dengan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral.

Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Sir Frank Swettenham.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri sehinggalah tahun 1946. Bendera itu mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu putih, merah, kuning, dan hitam. Gabungan mana-mana warna terbabit dapat membentuk warna untuk negeri-negeri terlibat:-
Merah, Hitam dan Kuning untuk Negeri Sembilan; Putih dan Hitam untuk Pahang; Hitam, Putih dan Kuning untuk Perak; dan Merah dan Kuning untuk Selangor.

Sumber : http://ms.wikipedia.org

MAJLIS RAJA RAJA MELAYU



Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan menjadi Negeri-Negeri Bersekutu. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud Istana Raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (Pengerusi Mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu.

24 June 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR


Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Pada zaman dahulu, Raja atau Sultan ditandu ketika melawat Jajahan takluknya, ada kalanya Raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh. Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat. Pihak istana juga tidak terlepas dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakkan, gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Lantaran kerbekesanan Kembara Mahkota Johor 2001, DYMM Tuanku Sultan telah mengumumkan agar program ini dijadikan acara tahunan istana. Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, Kembara Mahkota Johor juga bertujuan sebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini juga dapat mempromosikan lokasi lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor. Selain itu Kembara Mahkota Johor juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.

Kembara Mahkota Johor mempunyai beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (Pendalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program Kembara Mahkota Johor ini menjadi lebih bermakna apabila DYMM Tuanku Sultan bersama keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam di rumah penduduk kampung yang terpilih. Baginda seisi keluarga juga bersukan dan bermesra dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kaum. Program ini juga memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap institusi diraja apabila masyarakat berbilang kaum dan lapisan sanggup berhujan dan berpanas untuk menunggu keberangkatan DYMM Tuanku Sultan dan berebut untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan yang mereka kasihi.

Sumber : http://www.kembaramahkotajohor.com.my

Kesimpulan :-
Pada hemat kite alangkah molek seandainya semua Raja-Raja Melayu menganjurkan program sedemikian dalam memastikan sekalian rakyat senantiasa mengasihi dan menjunjung tinggi Raja Raja Melayu yang menjiwai rakyat... insyallah kite yakin dan pasti ke semua Raja Raja Melayu mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri dalam beramah mesra dengan rakyat.

20 June 2010

INSTITUSI DIRAJA MASIH RELEVEN DAN MEMANYUNGI NEGERI.

Institusi DiRaja yang masih wujub didalam negara adalah kerna keinginan dan hak Yam Tuan bagi tanah Negeri yang di Perintah berlandaskan kepada Hukum dan Undang-Undang Negeri yang di gubah dan di selia pada suatu ketika dahulu.

Sesungguhnya sekalian rakyat seharusnya bersyukur kerna di negara yang berdaulat ini masih mengamalkan Sistem raja berpelembagaan yang seseungguhnya unik dan tidak dapat di dalam mana-mana negara di dunia.

sejarah telah membuktikan betapa banyak negara-negara yang di perintah oleh Raja tersungkur di lembaran tanah sendiri, sifat dari revolusi yang berpaksikan kepada kepentingan diri sendiri. sesungguhnya institusi diraja merupakan panyung kepada negeri dalam menyangkal sebarang bentuk polimik politik yang di amalkan di sesebuah negara. sifat-sifat raja pemerintah yang lebih mengasihi sekalian rakyat juga membawa kepada kesetiaan rakyat kepada raja demi memastikan mereka di payungi dalam negara.

jatuhnya sesebuah kerajaan mahupun negara atas kepada tumbangnya sistem beraja yang di angkat dan di buat sumpah setia seperti mana yang berlaku di antara Sang Nila Utama dan Demang Lebar Daun suatu ketika dahulu di Tanah Palembang Darul Salam.

Sistem beraja jua merupakan sistem yang berpaksikan khalifah

DATUK SERI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN ANDAK TOKOH PERJUANG BAHASA MELAYU.,



JOHOR sememang terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan pejuang bangsa. Sehingga hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.

Seorang daripada tokoh besar kelahiran Johor ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat pintar hinggakan wujud usaha menyingkirkannya dari bumi sendiri.

Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak kepada Haji Andak Jamak. Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai Inggeris dan pedagang asing di Johor.

Tugas utama yang dilakukan oleh Cato' Abdul Rahman ialah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak Inggeris. Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.

Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Dato' Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan Inggeris pada 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.

Pada 1888, Dato' Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.
Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara berkumpulan melalui PBMPB.

Tujuannya untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.

Usaha yang utama organisasi ini (PBMPB) ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti Setiausaha, Pejabat dan Kerja Raya.

Pendekatan yang diamalkan Dato' Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai bijak pandai Melayu melalui pendidikan menyebabkan wujud 'taktik kotor' untuk menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.

Inggeris mendapati selagi ada Dato' Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan beliau dan 'disemadikan' di England pada 1909.

Gabenor Anderson bertindak menyingkir Dato' Abdul Rahman dengan persetujuan Sultan Ibrahim dan mencadangkan Dato' Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.

Situasi itu menyebabkan Dato' Abdul Rahman dibuang ke London dan meninggal dunia di sana, namun jasanya tetap dikenang sebagai seorang daripada tokoh yang membawa pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu.

Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan bangsa, Dato' Abdul Rahman tetap dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.

Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata, manakala 18 lagi mengenai Sejarah, Kebudayaan dan Laporan.

Dalam bidang peristilahan pula, PBMPB memainkan fungsi besar mencipta beberapa istilah baru seperti Pesuruhjaya, Warta, Jurucakap, Jadual Waktu dan Timbalan.

Dato' Abdul Rahman dianggap sebagai pemimpin pertubuhan terkenal dalam memberi nafas kepada organisasi itu. Namun begitu pertubuhan itu tidak kekal dan pada 1904 usaha dibuat untuk menghidupkannya kembali.

Organisasi itu semakin tidak bermaya sehinggalah pada 1934, baginda Sultan Johor bersetuju memberi bantuan RM2,000. Nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja (PBMPB). Gelaran 'Diraja' dianugerah oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935.

Sumbangan awal Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai Pustaka pada Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka (DBP) pada September 1956.

19 June 2010

RIWAYAT DULI YANG MAHA MULIA ALMARHUM PADUKA SERI SULTAN IDRIS MURSHIDUL ADZAM SHAH TOKOH KESULTANAN MELAYU YANG INTELEKTUAL.



Almarhum diputerakan di Kuala Keboi, Kampar Perak pada 19 Jun 1849, merupakan putera yang ketiga kepada Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) dan bergelar Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar setelah di tabalkan menjadi Sultan Perak Ke 28 (1887-1916).

Almarhum adalah Sultan Perak yang pertama memecah tradisi Perjanjian Toh Temong dan Sultan Perak yang Pertama dan membina sebuah istana di tebing kiri mudik Sungai Perak (Terdapat kisah di sebalik kisah merujuk kepada Nenda Almarhum)*.

Almarhum merupakan seorang tokoh Kesultanan Melayu yang menarik dalam sejarah negara ini, yang cerdik pandai dan berpandangan jauh. Almarhum bersaudara sepupu dengan Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II Sultan Perak Ke 26.

Almarhum tidak pernah ke sekolah formal ketika itu namun mempelajari menulis dan membaca Jawi, Al-Quran dan pengajian agama Islam semasa di Kuala Keboi. Almarhum pernah berguru dengan Lebai Said Minangkabau, Kadi Besar Saiyid Abdullah Abu Bakar Al-Attas, Syeikh Mohd.Tahir Jalaluddin dan Syeikh ul-Islam Syeikh Mohd.Salleh juga mempelajari bahasa Inggeris dengan bimbingan Pegawai Tadbir Kuala Kangsar, D.H. Wise. Pada tahun 1887 dan mendapatkan khidmat Mr. Homes sebagai Tutor Bahasa Inggeris.

Almarhum banyak menyumbang kearah dalam bidang Pendidikan, Agama dan Kebajkan.
Sumbangan buah fikiran Almarhum jelas dalam Persidangan Raja-Raja Melayu (DURBAR). Keberanian Almarhum menyuarakan dan menggesa pihak British agar lebih ramai orang Melayu dilantik untuk berkhidmat dengan kerajaan dan menjawat jawatan yang lebih tinggi pada Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar) kedua yang telah diadakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur.

Almarhum menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah Muhammad Shah II kepada Gabenor Sir Andrew Clarke. Pada ketika itu Almarhum telah di lantik sebagai Hakim oleh Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II.

Almarhum menjadi hakim dalam perbicaraan Seputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad di Bandar Baharu yang telah didakwa oleh British atas Pembunuhan Residen J.W.W Birch di Perak.

Pada 1878 Almarhum pulang ke Negeri Perak dari Singapura bagi membantu Raja Muda Perak Raja Yusuf yang menjadi Pemangku Raja Perak dan dilantik menjadi Raja Bendahara Perak dan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Di kala Raja Muda Yusuf di Tabal menjadi Sultan Perak Ke 27 pada 7 Oktober 1886, Almarhum diangkat menjadi Raja Muda Perak dan selepas Sultan Yusuf mangkat. Almarhum telah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-28 pada usia 38 tahun dan diberi gelar Paduka Sri Tuanku Sultan Idris Murshidul Adzam Shah. Almarhum bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Ketika Almarhum menjadi Hakim dalam tahun 1884, Almarhum telah berangkat ke London bersama-sama Sir Hugh Low dan Yang Amat Mulia Raja Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah bagi mengambil semula perkakas Kerajaan Negeri Perak yang dibawa oleh orang-orang Inggeris untuk disimpan selepas Perang Perak dalam tahun 1875 hingga 1876.

Tahun 1888 Almarhum berangkat kembali ke England bersama-sama Sir Hugh Low dan Yang Amat Mulia Raja Ngah Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II bagi menunaikan jemputan Queen Victoria. Dengan persetujuan Almarhum, Yang Amat Mulia Raja Ngah Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II telah mencipta lagu "Lagu Kebangsaan Negeri Perak iaitu Terang Bulan". Lagu ini mula diketengahkan pada 5 April, 1889 didalam Istiadat Pertabalan Almarhum.

Semasa Zaman Pemerintahan Almarhum Negeri Perak kian maju, pekan-pekan semakin banyak dibuka, hasil bijih timah dari Daerah Kinta banyak dikeluarkan dan ladang-ladang getah semakin banyak dibuka di daerah-daerah dalam Negeri Perak.

Pada tahun 1895, dengan persetujuan Almarhum Sultan-Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan, keempat-empat buah negeri ini menjadi sebuah Persekutuan Negeri-Negeri yang dinamakan "Negeri-Negeri Melayu Bersekutu".

Persekutuan ini telah dirasmikan pertubuhannya pada 1 Julai 1896 dan Majlis Raja-Raja keempat-empat buah negeri ini disebut "DURBAR". Pengerusinya ialah Sir Charles Mitchell selaku Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Majlis tersebut buat pertamanya diadakan di Istana Istana Negara di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897.

Almarhum telah dikurniakan Bintang Kebesaran G.C.M.G. oleh Raja Inggeris, King George V pada tahun 1901.

Almarhum adalah pencetus kepada penubuhan beberapa buah Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris bagi menempatkan anak-anak Raja dan Orang-orang Besar seluruh Negeri Perak antaranya ialah Babul'd-Darjat (Kolej Melayu) Kuala Kangsar dan King Edward School (asalnya Central School).

Sewaktu pemerintahan Almarhum bahagian Hulu perak yang luasnya seribu batu persegi diambil oleh Kerajaan Reman (Perintah Siam) dalam tahun 1909. Sebagai ganti, Kerajaan Reman menyerahkan balik kepada Kerajaan Perak Kelian Intan dan Keroh, Hulu Perak.

Dalam tahun 1911, Sultan Idris bersama isteri Baginda Tengku Permaisuri Uteh Mariah berangkat ke England menghadiri kemahkotaan Raja Inggeris King George V. Pengiring Almarhum adalah Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Raja Sir Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dan Dato' Setia Jeragan Abdul Shukur.

Sebuah Maktab Perguruan Melayu di Melaka dan Matang dibuka dan ditutup dalam tahun 1922, kemudian digabungkan menjadi sebuah Maktab Perguruan Melayu yang besar di Tanjung Malim dinamakan Maktab Latihan Sultan Idris semperna nama Almarhum,

Bagi menyempurnakan Nazar Almarhum telah membina dan meletakkan batu asas bangunan Masjid Ubudiah Bukit Chandan yang terletak tidak jauh dari Istana Almarhum.

Semasa Perang Dunia pertama pada tahun 1914, Almarhum bersama-sama Raja-Raja pemerintah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah mengambil bahagian menghadiah sebuah Kapal Perang kepada Kerajaan British yang di beri nama H.M.S Malaya dan telah ditenggelamkan dalam Perang Dunia yang kedua.

Almarhum mangkat di Istana Bukit Chandan Pada 14 Januari 1916, dan dimakamkan di Permakaman Di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar bergelar "Marhum Rahmatullah".

***

Sekian Riwayat Almarhum Sultan Idris Murshidul adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Almarhum tokoh Kesultanan Melayu yang Intelektual, yang dapat kite kongsikan akan ianya. andai huraian yang kurang bijak, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada Kanda, Adinda, Kerabat Serumpun dan Handai Taulanlah jua pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.

17 June 2010

KISAH DI SEBALIK TANAH SUNGKAI

Sumber : Google
Versi dari Blog maswafi.blogspot.com
Sungkai mengikut ilmu asal-usul* ada kaitan dengan keturunan Sultan Perak sekarang. Mengikut ceritanya pada masa lalu terdapat seorang bayi perempuan hanyut kat sungai Sungkai di atas buih lalu diambil orang kampung lalu dinamakan Puteri Buih. Lalu suatu hari Sultan Perak meminang Puteri Buih, namun terdapat masalah kerana Puteri Buih ni kononnya datang dari keluarga bunian. Setelah perbincangan diadakan antara pihak sultan dan Panglima Hitam (bunian) maka 2 syarat telah ditetapkan untuk menghormati tempat datangnya Puteri Buih ini. 2 syarat tersebut ialah keturunan sultan tidak boleh minum air berpunca dari mukim Sungkai dan kedua tidak boleh memijak tanah di Sungkai tanpa beralaskan kain kuning.

Versi kite yang di ceritakan oleh Nenda kite akan kite susuri kelak.

cerita puteri buih.
Terdapat sepasang suami isteri yang mana si suami yang bernama Laksamana Raja Tua pun sering belayar. namun semasa pelayaran tersebut bahtera laksamana tersangkut pada sebatang tiang (Berdekatan Kg. Tiang Bertarah), setelah melihat akan ianya, laksamana cubalah untuk mencabut tiang tersebut namun di tiang tersebut terdapat sebilah keris, lalu laksamana pun mencabut dan mengambil keris tersebut dan selepas itu kapal yang tidak dapat bergerak. Bergerak seperti biasa dan terus meneruskan pelayaran, setelah lama belayar, Laksamana pun pulang kediamannya, didalam masa yang sama semasa laksamana menjumpai keris tersebut, isteri beliau yang sering pergi ke muara sungai, melakukan kerja harian beliau iaitu membasuh pakaian dan telah menjadi adat orang dulu-dulu, membasuh pakaian mengunakan rakit, semasa sedang membasuh pakaian, di sungai tersebut terdapat gumpalan buih-buih.

Pada awalnya, isteri raja tua sekadar mengkias gumpalan buih tersebut namun gumpalan buih-buih tersebut masih menjadi gumpalan buih-buih semula, lalu di ditelangkup dengan tangan beliau, gumpalan buih-buih tersebut dan meletakkan di atas rakit, lalu di kias akan ianya, maka terkejutlah isteri raja tua, apabila kiasan ke atas gumpalan buih tersebut terdapat seorang bayi perempuan, lalu di bawa balik ke rumah.

Semasa pulang ke rumah isteri Raja Tua, bertanya kepada Raja Tuan, apa yang abang (Mike) dapat pergi berlayar, “ maka di jawab oleh Raja Tua, nie hah, sebilah keris.
Lalu di tanya balik oleh Raja Tua apa yang mike dapat duduk di rumah maka dijawab oleh isteri raja tua, “ tue hah yang dalam buiyan, lalu di jenguk oleh Raja Tua didalam buiyan tersebut “ lantas ditanya bagaimana bayi perempuan tersebut diperolehi , maka di ceritakan kisah tersebut. Apa bila bayi tersebut meningkat remaja maka diserahkan puteri buih berserta keris kepada Raja yang memerintah Negeri Perak.

Maka puteri buih (nama puteri buih tidak kite ketahui) tersebut dikahwinkan dengan anak raja yang memerintah lalu dari perkahwinan ini lahirkan Raja-Raja Pemerintah Perak yang Berdaulat dan sebagai tanda asal usul warisan raja tersebut, warisannya tidak dibenarkan menjejaki tanah sungkai tanpa beralahkan kain kuning dengan penuh adat istiadat raja, jika turun jua maka ribut yang menyambut ataupun lain-lain yang tidak dapat kita nyatakan di sini, Sesungguhnya itu semua dari keizinan dan kehendak ilahi jua. Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Namun apa yang kite di maklumkan bahawa, titisan dari Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'adzam Shah dari Warisan Puteri Buih atau lebih dikenali dengan panggilan Kerabat Sungkai, Perak.

Berkemungkinan kata Atuk kita, Nenda Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'adzam Shah lah yang telah berkahwin dengan Puteri Buih, kerna itulah Warisan Sultan Idris mempunyai Aulah Diraja yang sebenar. Waulah Wallam..

POKOK SESUNGKAI


Sungkai seharusnya sinonim dengan pokok Sesungkai tumbuhan yang melata di sepanjang Sungai Sungkai dan sekitarnya. Secara fizikalnya teras batangnya lembut seperti pokok ubi dan daunnya seperti daun pokok mengkudu tapi bercabang dan batangnya boleh membesar pokok durian. Ironiknya orang di pedalaman Pahang (Sungai Pahang) memanggilnya pokok Sungkai dan mereka mengamalkan dalam perubatan tradisional dimana air rebusan daunnya diminum untuk menghilangkan demam panas. Orang Sungkai suka menggunakan pokok tersebut untuk dibuat tiang jambo (pondok menjaga buah durian gugur) kerana tiang tersebut akan hidup dan tahan lama (seperti yang kita menanam pokok ubi).


Bahawa pokok Sesungkai jua hanya boleh didapati di Sungai Sungkai, Kawasan di tanah Sungkai dan Sungai Pahang sahaja dan yang menariknya pokok ini juga mempunyai mistik apabila ianya di jaga oleh Panglima Hitam yakni yang mengawal hal-hal ghaib di kawasan adanya pokok Sesungkai.


***
Sesungguhnya Allah SWT jua maha mengetahui akan sesuatu...


MESTERI SUNGAI SUNGKAI



Sungai Sungkai mempunyai mesteri yang mungkin tidak di ketahui oleh masyarakat luar, namun ketahuilah bahawa Mukim Sungkai bukan lah Mukim yang baru kerna ianya pernah mempunyai Pembesar Negeri Suatu Ketika dahulu iaitu To Kerma Setia Sungkai.

Air Sungai Sungkai ini tidak boleh di minum oleh Paduka Sri Tuanku Sultan Perak kerna di Sungai ini lah turunnya Keturunan Raja-Raja Perak hasil Perkahwinan Sultan Muda Ahmad yang merupakan Pawang DiRaja dan Penjaga Jin Kerajaan Perak dengan Puteri Buih yang di temui di Sungai Sungkai.

PENARIKAN DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT



Tindakan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di beberapa Negeri yang menarik balik Darjah kebesaran dan Pingat Ngeri kepada penerima sebelum ini adalah tindakan yang waja bagi memastikan keperibadian seseorang yang bergelar Dato mempunyai imej yang murni dan menjadi contoh yang baik di kalangan masyarakat.

Penarikan ini juga memberikan gambaran bahawa Darjah Kebesaran dan Pingat yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu berintegriti dalam memeatikan Institusi Istana senantiasa membuka mata melihat Insan-insan yang benar-benar layak menerima Darjah Kebesaran dan Pingat.

13 June 2010

NURKILAN

NURKILAN

CEBISAN RIWAYAT ALMARHUM SULTAN SULEIMAN SHAH-SULTAN YANG MENGASIHI ULAMA

Almarhum di puterakan di Kuala Selangor pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat di Istana Mahkota Puri, Klang pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi, almarhum mempunyai lima (5) orang adinda iaitu YM Raja Yahya Sani, YM Raja Abdul Murad, YM Raja Muhammad Tahir, YM Raja Taksiah dan YM Raja Chik. Dilantik menjadi Raja Muda selepas kemangkatan almarhum ayandanya iaitu Raja Muda Musa Ibni Sultan Abdul Samad pada Tahun 1887 di Istana Jugra, Kuala Langat, oleh nenda baginda iaitu Paduka Sri Sultan Abdul Samad Ibni Tengku Panglima Besar - Raja Abdullah
Baginda diberi nama sebagai Raja Sulaiman Shah Bin Raja Musa, Dengan kehendak ilahi yang maha Esa, baginda di angkat darjatnya untuk menjadi pemerintah di Negeri Selangor. Maka dikenali dengan panggilan Raja Yang Dipertuan Paduka Sri Sultan Ala' uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Ungku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah-Sultan Selangor yang pertama) Ibni Almarhum Upu Daeng Celak@ Raja Tua (Yamtuan Muda Riau yang kedua) Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga Ibni Opu La Madusalat (La Madu Saleh) (‘Datu Of LUWU’ La Patiware’ Daeng Parebung) Bin Letta Lenderang @ Lenderang Letok Bin Paduka Sawari Gading, Datu Of Luwu, Opu na Ware (Yang Dipertuan Diware) Bin Batara Lettu Ibni Batara Guru I.

Warisan susur galur almarhum dari keturunan sebelah ayah baginda adalah keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari Luwuk, Sulawesi dan dari sebelah Bonda dari jurai keturunan puteri Kerajaan Riau. Datuk nenek almarhum yang bernama Raja Lumu adalah adik beradik dengan pahlawan Melayu yang terkenal, iaitu Almarhum Raja Haji Asy-Syahid FiSabilillah yang mangkat dalam peperangan melawan Belanda di Teluk Ketapang, Melaka pada 18 Jun 1784 Masihi.

Baginda dimahyurkan menjadi Sultan Selangor ke-5 di Istana Jugra, Kuala Langat, Bertahta dari tahun 1898 Masihi hingga 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun hingga memungkinkan sambutan Jubli Emas Pemerintahan almarhum. Almarhum Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang Sultan yang mengasihi akan ulama dan bertaraf ulama.
Potret beramai-ramai ketika Pertabalan Paduka Sri Sultan Alauddin  Suleiman Shah sebagai Paduka Sri Sultan Selangor.
mOHOM sULEIMANKewajipan dan tanggungjawab menyebar dan mempertingkatkan pengetahuan Islam di Kerajaan Selangor, almarhum Sultan Sulaiman telah mendatangkan beberapa orang ulama besar didalam kerajaan yang diperintahnya. ianya mencerminkan keperibadian almarhum Sultan Sulaiman dalam usaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara pemerintah dan ulama sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah S.A.W.
Dalam penyebaran Islam di negeri lain selain Selangor, almarhum Sultan Sulaiman juga mempunyai rasa tanggungjawab. Sebagai buktinya, walaupun baginda kasih terhadap Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun kerana masyarakat Jambi sangat memerlukan ulama, baginda merestui keberangkatan Tengku Muhammad dari Klang ke Jambi.
Sebagai bukti bahawa baginda mementingkan Pembangunan keIslaman, didalam negeri maka terbinanya sebuah masjid dengan nama baginda sendiri iaitu Masjid Alauddin di Jugra, Selangor. Di masjid tersebutlah Sultan Alauddin Sulaiman Shah selalu membaca khutbah Jumaat, khutbah kedua-dua hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagai bukti bahawa baginda adalah seorang sultan yang mampu dan aktif dalam kegiatan-kegiatan Islam.
Almarhum jua menulis karangan dan puisi mengenai akidah iaitu Nasihat Guru Pada Murid''. Mengenai ini baginda menulis dalam bentuk puisi yang terdiri daripada 22 bait empat-empat rangkap. Sebagai contoh, beberapa bait antaranya ialah:
`Tuntutlah ilmu akhirat dunia, hidup matimu dapat bahagia. 
Ke manamu pergi jadi mulia, tidaklah hidup sia-sia
Pergi sekolah janganlah segan, 
ilmu agama jangan dilupakan
Sama dituntut sama amalkan, dua-duanya sama muliakan.
Agama Islam amat sebenar, peraturannya cukup benar. 
Tetaplah padanya jangan nanar, beroleh kebajikan yang bersinar `

Puisi yang mengandungi pemantapan pengenalan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. diatas baginda tutup dengan beberapa bait, katanya, `

Sekadar ini rencananya disurat, supaya ingat jangan melarat. 
Menghafaz membaca janganlah berat, iman di dada akar berurat.
Cinta ibu harus diingat, bapa berharap beserta sangat 
Anak yang soleh jadi semangat, setiap waktu setiap saat.
Harap ibu orang yang cinta, bapa dan kaum pula serta. 
Anak berilmu alim pendeta, biarlah habis wang harta `

Almarhum telah bersuri beberapa kali dan mempunyai keturunan yang ramai iaitu seramai 44 orang Anakanda. Antara Warisan Almarhum Sultan Sulaiman Shah yang telah memungkinkan berkembangnya warisan almarhum di pelusuk negeri hasil perkahwinan anakanda, cucuanda almarhum dengan Raja Raja Melayu di dalam Gugusan Nusantaraa khususnya Warisan Perak, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan, Brunei, Langkat dan Riau. Rujuk salasiah dibawah.

Hakikatnya terlalu banyak sumbangan almarhum sepanjang memerintah negeri Selangor Darul Ehsan selama 40 Tahun yang sukar untuk di perincikan didalam sesebuah artikel.
Senarai putera dan puteri Sultan Alauddin Suleiman Shah

Dari Tuhfat Al-Nafis:- Di Nyatakan Raja Bugis Berasal Dari Puteri Balkis + Nabi Sulaiman AS, Zuriat Nabi Daud AS Keturunan Nabi Ibrahim AS:...
Waullah Wallam Sumber dari :-
1. Dari lain-lain sumber.
2. Namun sumber didalam Uqconnet dan Royalark terdapat sedikit sebanyak pencangahan
3. Ruangan Agama, Utusan Malaysia, terbitan Isnin, 22 Mac 2004,
4. http://uqconnect.net/~zzhsoszy/states/malaysia.htm.
5. http://www.royalark.net/Malaysia/selangor.htm.

KEKUATAN DIRI

MAKSUD DI SEBALIK WARNA BENDERA NEGERI PERAK



Setiap Negeri dan Tanah Jajahan mempunyai Benderanya yang tersendiri dan di sebalik warna benar jua mempunyai maksud dan makna yang mungkin di ketahui mahupun tidak di ketahui oleh sebilangan Rakyatnya.

Bagi Bendera Negeri Perak mempunyai maksud dan maknanya.
Bendera Negeri Perak mempunyai tiga warna iaitu Putih, Kuning dan Hitam.

Terdapat tiga (3) Makna dan Maksud di sebalik tiga (3) Warna di Atas.

Masud yang Pertama : Warna Putih Untuk Waris Sultan Acheh, Warna Kuning Untuk Waris Sultan Melaka dan Warna Hitam untuk Waris Raja Bugis.

Maksud yang Kedua : Warna Putih Untuk DYMM Paduka Sri Tuanku Sultan, Warna Kuning Untuk DYTM Raja Muda dan Warna Hitam untuk DYAM Raja Dihilir.

Maksud yang Ketiga : Warna Putih Untuk Rakyat, Warna Kuning Untuk Raja dan Warna Hitam untuk Panglima.

Sekadar ini ilmu yang di ketahui untuk di kongsikan...

12 June 2010

STRUKTUR SISTEM PEMBESAR

PENGENALAN

Sistem pembesar merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan Tanah Melayu pada abad ke-19. Seperti juga sistem beraja, sistem ini berasaskan kepada sistem pembesar Kesultanan Melayu Melaka. PEMBESAR EMPAT LIPATAN yang terdapat di KESULTANAN MELAYU MELAKA diamalkan di hampir semua negeri Melayu KECUALI NEGERI SEMBILAN, tetapi gelaran pembesarnya berbeza-beza di antara satu sama lain. Selepas kedatangan British, sistem pembesar ini mengalami penjejasan.

STRUKTUR SISTEM PEMBESAR


Pada dasarnya, struktur pembesar yang utama di Tanah Melayu ialah seperti berikut : Bendahara ® Laksamana ® Temanggung ® Penghulu Bendahari. Walau bagaimanapun, terdapat juga pembesar yang bertugas sebagai penguasa sesuatu kawasan jika kawasan pentadbiran sesebuah negeri itu luas.

Seseorang pembesar itu boleh jadi menguasai sesuatu kawasan yang luas yang mungkin terdiri daripada beberapa buah kampung atau lembah. Perlantikan beliau dilakukan olah Sultan melalui sepucuk surat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambing jawatannya. Dan ketua-ketua kampung ini adalah bertanggungjawab kepada pembesar itu.

1.Kedah :-
Di negeri Kedah terdapat seorang pembesar Raja Bendahara yang lebih tinggi tarafnya daripada Menteri Berempat dan gelarannya ialah Seri Paduka Maharaja Sura. Menteri Berempat pula terdiri daripada Seri Paduka Raja Laksamana, Seri Maharaja Anggota Desa dan Seri Maharaja Putera Dewa. Selain itu, terdapat seorang Syahbandar yang tergolong dalam pembesar enam belas.

2.Pahang :-
Di Pahang, Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Maharaja Indera Perba, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan Orang Kaya Indera Syahbandar. Orang Besar Berempat ini diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir. Pembesar pertama berkuasa di Tanjung Lindung, pembesar kedua di Temerloh, pembesar ketiga di Bera ke Kuala Luit dan pembesar keempat di Luit ke Bebar.

3.Perak :-
Orang Besar Berempat juga dikenal sebagai Orang Empat di Balai. Mereka ialah Bendahara, Orang Kaya Besar Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Orang Besar Delapan pula terdiri daripada Maharajalela, Syahbandar, Laksamana, Imam Paduka Tuan, Sri Amar Diraja, Sri Adika Raja, Panglima Kinta dan Panglima Bukit Gantang. Orang Besar Enambelas memakai gelaran Maharaja, Paduka dan Sri.

4.Negeri Sembilan :-
Ketua pemerintah memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Di bawahnya ialah 4 orang Undang yang merupakan ketua daerah yang dipanggil Luak. Terdapat 4 Luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Di bawah Undang, Lembaga merupakan ketua bagi setiap suku anggota masyarakat. Di bawah Lembaga ialah Buapak, iaitu gabungan perkataan ibu dan bapak.

5.Kelantan:-
Terdapat 7 orang di peringkat pusat, iaitu Raja Bendahara Banggol, Raja Kampung Laut, Raja Bukit Panar, Tengku Kota, Tengku Aria Pahlawan, Dato’ Kaya Hulubalang Kaduk dan Dato’ Panglima Perang Londang.

PERANAN PEMBESAR

1. MENJAGA DAN MENGEKALKAN KEAMANAN KAWASAN PENTADBIRAN

Pada zaman ini, pembesar berempat akan diberi kawasan tadbiran. Pembesar ini bertanggungjawab menjaga kawasan yang diberi oleh sultan dan berusaha mengekalkan keamanan kawasan ini. Beliau juga bertanggungjawab menasihati anak buahnya supaya sentiasa taat setia terhadap sultan.

2. MEMASTIKAN JENTERA PENTADBIRAN NEGERI DIJALANKAN DENGAN BERKESAN


Tugas seseorang pembesar adalah untuk membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Keadaan ini dapat dibuktikan malalui Kelantan di mana Sultan Muhammad I telah melantik 7 orang pembesar untuk membantu baginda dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar-pembesar ini akan membentuk satu Jemaah Menteri. Setiap pembesar bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Secara tidak langsung, jentera pentadbiran negeri akan dapat dijalankan dengan berkesan kerana kerja pemerintahan telah dibahagikan kepada setiap pembesar dan bukan terkumpul dalam tangan seseorang raja atau sultan.

3. MENGERAH TENAGA TENTERA

Mengikut sistem serah dan kerah, rakyat jelata bekerja untuk raja atau kerajaan merupakan suatu kewajipan khasnya dalam menjaga keselamatan negeri, memperbaiki istana dan sebagainya tanpa menerima bayaran. Dari sini, pembesar akan menolong sultan untuk mengerah tenaga tentera ketika menghadapi ancaman dari luar atau dalam dan menyerahkannya kepada sultan. Sebahagian daripada tentera itu akan digunakan oleh para pembesar untuk menjaga kawasan pentadbirannya supaya keamanan dapat dikekalkan selalu.

4. MELAKSANAKAN ISTIADAT MENJUNJUNG DULI

Mengikut Kamus Dewan, menjunjung duli bermaksud memberi khidmat kepada raja. Ini bermaksud, seseorang pembesar haruslah sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada raja. Contohnya, semasa sultan hendak berangkat daripada suatu tempat ke tempat lain, Temenggung akan duduk di hadapan gajah dan Laksamana pula akan duduk di belakang gajah. Ini merupakan sebahagian daripada istiadat menjunjung duli yang harus dilakukan oleh seseorang pembesar.

5. MENASIHATI SULTAN DALAM SEGALA HAL

Para pembesar telah membentuk Majlis Penasihat Sultan bagi membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sultan akan mengemukakan pendapat baginda dan pembesar akan menasihati baginda sekiranya pendapat sultan mempunyai kelemahan. Cadangan juga akan dikemukakan oleh para pembesar terhadap sultan supaya suatu keputusan yang sempurna dapat dicapai dan diperolehi.

6. MENYELARASKAN SEMUA ISTIADAT DALAM ISTANA

Dalam istana, setiap pembesar mempunyai tugasan tertentu dalam menyelaraskan istiadat dalam istana. Contohnya, semasa Kerajaan Melayu Melaka, Bendahara akan menjadi ketua adat-istiadat serta penjaga alat kebesaran raja. Penghulu Bendahari pula bertanggungjawab menyediakan balai rong seri serta hidangan makanan dan memastikan segala upacara rasmi berjalan lancar. Selain itu, Temenggung akan bertugas dalam urusan jamuan di raja termasuk mengatur dan menentukan orang yang bertugas ketika upacara rasmi.

7. MEMUNGUT CUKAI

Setiap orang pembesar akan diberikan kawasan tertentu yang menjadi kawasan pentadbiran, misalnya di Kerajaan Pahang, Orang Kaya Maharaja Indera Perba bertanggungjawab mentadbir kawasan Tanjung Lindung. Pembesar ini akan memungut cukai daripada anak buahnya selain daripada menjaga keamanan kawasan tersebut. Pembesar ini akan melantik penghulu atau penggawa di setiap kampung. Penghulu inilah yang bertanggungjawab mengutip cukai dari kalangan anak buahnya. Penghulu ini tidak diberi gaji tetapi sebahagian daripada hasil cukai akan diberi kepadanya.

8. SERAH UFTI/CUKAI

Sudah diketahui bahawa pembesar utama akan diberi kawasan pentadbiran dan pembesar berhak memungut cukai daripada anak buahnya. Ini tidak bermaksud semua cukai yang dikutip merupakan kepunyaannya, tetapi disebaliknya, sebahagian daripada cukai yang dikutip ini akan diserah kepada sultan bagi menunjukkan kesetiaannya terhadap sultan yang memerintah.

9. MENYEDIAKAN TENAGA BURUH

Bagi masyarakat Melayu lama, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap rakyat untuk bekerja bagi pihak sultan untuk membina istana atau bangunan lain tanpa menerima apa-apa ganjaran. Di sini, pembesar akan mengerah tenaga buruh daripada kawasan pentadbirannya dan diserahkan kepada sultan. Sistem ini juga dipanggil sistem kerah dan serah. Tanpa pembesar, sultan tidak akan dapat memperolehi tenaga buruh untuk bekerja bagi pihaknya.

10. MENJAGA KEADILAN

Pembesar bertanggungjawab menjatuhkan hukuman terhadap orang yang melakukan kesalahan. Hukuman yang boleh diambil oleh beliau tidak termasuk hukuman mati. Hukuman mati hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat keizinan daripada sultan. Dari sini, jelaslah kita lihat pembesar ini bertangguyngjawab menjaga keadilan sosial melalui undang-undang bertulis, undang-undang tidak bertulis, contohnya hokum syarak.

11. MENJADI PERANTARAAN ANTARA RAJA DENGAN RAKYAT

Pembesar mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat jelata khasnya di kawasan pentadbirannya. Beliaulah yang menjadi perantaraan di antara raja dan rakyat dimana semua titah perintah sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada rakyat jelata. Di sebaliknya, pembesar akan menyampaikan ketidakpuasan rakyat jelata terhadap sesuatu kepada sultan supaya langkah yang berkaitan dapat diambil.

PEMBESAR DAN PERANANNYA DI SABAH DAN SARAWAK

1. Pada abad ke-18 dan ke-19, Sarawak dan kawasan barat Sabah telah dikuasai oleh Kerajaan Brunei. Sultan Brunei telah melantik pembesar-pembesar tempatan untuk mentadbir Sarawak. Mereka ialah Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar.

2. Setiap pembesar mempunyai tugasannya yang tertentu :
a. Datu Patinggi – mengutip dan menyerahkan hasil kepada Kerajaan Brunei sebagai ufti.
b. Datu Temenggung – mengawal keselamatan.
c. Datu Bandar – menyelenggarakan hal-ehwal perdagangan seluruh kawasan.

3. Di bawah Pemerintahan Brooke (1841-1941) :
a. Pembesar tempatan dilantik sebagai penasihat kanan dalam pentadbirannya digelar Pegawai Anak Negeri.
b. Berperanan membantu Residen Inggeris apabila Sarawak dibahagikan kepada 5 bahagian.
c. Pembesar ini bertugas untuk menasihati residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan
d. Di peringkat kempung, ketua penduduk tradisi mengekalkan peranturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai.

4. Di Sabah, sehingga tahun 1881, bahagian utara dan timur Sabah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan ditadbir oleh pembesar Sulu yang digelar Datu.

5. Jawatan Ketua Anak Negeri diperkenalkan di peringkat Daerah untuk membantu Pegawai Daerah berbangsa Eropah, hasilnya :
a. Peranan pembesar diperluaskan dengan penubuhan Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri pada tahun 1915.
b. Di peringkat kampung, ketua kampung yang bergelar Orang Tua dilantik untuk menjaga hal pentadbiran kampung.
c. Mahkamah Anak Negeri yang wujud secara tradisional di kalangan penduduk pribumi Sabah dikekalkan. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Ketua Anak Negeri yang berfungsi sebagai hakim tempatan.

PERJANJIAN SANG SA PERBA DENGAN DEMANG LEBAR DAUN

Menurut Sejarah Melayu, ia berlaku apabila Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul ‘Ard kerajaan Basram di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka dikatakan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Setelah mereka muncul di Bukit Siguntang, Palembang, tiga beradik ini bertemu dua orang wanita, Wan Empok dan Wan Walini yang sedang berladang di sana. Dipendekkan cerita, Wan Empok berkahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini dengan Kerishna Pendita. Nila Utama pula mendapat gelaran baru sebagai Sang Sa Perba.

Menurut Sejarah Melayu, pada masa itu Palembang sedang diperintah oleh seorang raja yang dipanggil Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.

Berita ini tersebar jauh ke merata tempat sehingga raja-raja lain pun turut sama bertumpu ke situ. Sesetengah raja datang membawa kaum keluarga mereka. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja yang elok untuk dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda (Tak pasti ‘kedal’ penyakit apa. Mengikut ceritanya, ini berlaku disebabkan ketinggian daulat baginda).

Tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun yang cantik paras rupa. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi si bapa pula takut puterinya pun akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Sa Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

Ini kerana kisah sejarah purba ini jelas membawa makna yang tersirat yang wajar diteliti oleh generasi hari ini.Ringkasnya jika pemimpin menyiksa rakyat pada hari ini rakyat sememangnya ada hak untuk menentang.

ZURIAT ISKANDAR ZUI-KARNAIN

Adapun diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, bahawa Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi, telah Hamil lah ia dengan Raja Iskandar;’ tetapi Raja Iskandar tiada tahu akan isterinya HaruiI itu, dan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun tiada tahu akan dirinya bunting itu. Tatkala Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, maka baharulah ia tahu akan dirinya bunting itu; dirasanya dirinya tiada haid. Maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun memberi tahu kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, katany a, “Ketahuilah ayahanda, bahawa Hamba ini dua bulanlah se­karang tiada haid. Setelah Raja Kida Hindi mendengar kata anaknya itu, maka Raja Kida Hindi pun terlalu sukacita oleh anaknya itu bunting dengan Raja Iskandar; maka dipelihara­’kannya dengan sepertinya. Setelah genaplah bulannya, maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun beranaklah seorang lelaki, Maka oleh Raja Kida Hindi akan cunda itu pundi namai Aristun Syah uialadul-malihul-mukarram, terlalu sangat di­kasihi oleh Raja Kida Hindi.

Hatta berapa lamanya Raja Aristun Syah pun besarlah, terlalu baik rupanya,seperti rupa ayahanda baginda, Raja Is­kandar Zul-Karnain. Maka oleh Raja Kida Hindi dipinangkannya anak raja Turkistan. Maka Raja Aristun Syah. beranak se­orang lelaki, maka dinamainya Raja Aftus. Setelah empat puluh lima tahun lamanya Raja Iskandar kembali ke negeri Makaduniah, maka Raja Kida Hindi pun kembali ke rahmat Allah; maka cunda baginda, Raja Aristunlah kerajaan dalam negeri Hindi mengangkatkan kerajaan ninda baginda. Adalah umur baginda di atas kerajaan tiga ratus lima puluh lima tahun; maka Raja Aristun Syah pun berpindahlah dari negeri yang fana ke negeri yang baka. Maka anakanda baginda Raja Aftus­lah naik kerajaan dalam “negeri Hindi; adalah umur baginda di atas kerajaan seratus dua puluh tahun, maka baginda pun hilang; maka Raja Aska’inat naik raja, umur baginda di ataskerajaan tiga tahun. Setelah sudah hilang maka Raja Kasdas namanya naik raja pula; adalah umur baginda di atas kerajaan dua belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Amtabus namanya naik raja pula di atas takhta kerajaan; ada­lah umur baginda di atas kerajaan tiga belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Zaman Yus namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Kharu Seka’inat namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tiga puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Arkhad Seka’inat namanya naik raja pula, adalah umur baginda di atas kerajaan sembilan tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Kudar Zakuhun, anak Raja Amtabus pula naik raja, adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Nabtayusar nama­nya naik raja; adalah umur baginda itu di atas kerajaan empat puluh tahun.

Maka Raja Ardis Mikan naik kerajaan; adalah baginda ber­isterikan anak Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, maka beranaklah baginda dengan tuan puteri anak Raja Nu­syirwan Adil seorang lelaki bernama Raja Darmanus. Maka anak cucu bagindalah kerajaan turun-temurun sampailah kepada anak cucu baginda yang bernama Tersi Berderas naik raja. Akan baginda itu anak Raja Zaman, cucu Syah Tersi, cicit Raja Dermanus, piut Raja Ardis Mikan anak Raja Kudar Zakuhun, cucu Raja Amtabus, cicit Raja Sabur, piut Raja Aftus, anak Raja Aristun Syah, anak Raja Iskandar Zul­Karnain. Maka Tersi Berderas beristerikan anak Raja Sulan, raja di negeri Amdan Negara; kata seTerigah riwayat, Raja Sulan itu daripada anak cucu Raja Nusyirwan Adil, anak Kobat Syahriar, raja masyrik dan maghrib; melainkan Allah subha nahu wa taala juga yang mengetahuinya Tetapi akan Raja Sulan itu raja besar sekali, segala raja-raja Hindi dan Sindi, sekalian dalam tangannya, dan segala raja-raja yang di bawah angin ini sekaliannya takluk kepada baginda itu. Maka Raja Tersi Berderas beranak dengan puteri anak Raja Sulan itu tiga orang lelaki, Raja Hiran seorang namanya, ialah kerajaan di benua Hindi dan seorang namanya Raja Suran, diambil ninda baginda Raja Sulan; seorang lagi Raja Fandin namanya, ialah kerajaan di benua Turkistan.

ZURIAT RAJA SURAN

Adapun Raja Aktabu’l-Ard ada beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya, bernama Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri. Maka oleh Raja Aktabu’l-Ard akan Raja Suran dikahwinkan dengan anaknya Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri itu; antara tiga tahun lamanya baginda duduk dengan Tuan Puteri Mahtabu’1­-Bahri itu, maka baginda pun beranaklah tiga orang lelaki. Setelah baginda melihat anakanda baginda ketiga itu, maka ba­ginda pun terlalu masyghul, fikir baginda, “Apa kesudahan anakku diam di bawah bumi ini, apa upayaku membawa dia keluar?”

Kata sahibu’l-hikayat, Telah baginda berfikir itu, dengan takdir Allah Yang Empunya Iradat, sekonyong-konyong da­tanglah raja jin Asmaghiah Peri mengadap baginda. Setelah Raja Suran melihat raja jin itu, lalu dikenal baginda; maka titah baginda, “Apakah kerja tuan hamba ke mari? “Maka sembahnya, “Sahaja hamba mengadap.” Maka titah Raja Suran, “Jika demikian hendaklah tuan Hamba perbuatkan hamba, mahkota tiga biji akan pakaian anak hamba, supaya ada tanda Raja Iskandar Zul-Karnain kepadanya.” Maka sahut raja jin Asmaghiah Peri, “Mahkota kudrat yang di dalam perbenda­haraan Paduka Mambanglah hamba ambil.” Maka sahut ba­ginda, “Sebenar-benar bicaralah kehendak tuan hamba itu.” Maka raja jin pun bermohonlah, lalu ghaib dari mata baginda. Maka diambilnya mahkota tiga buah dari dalam perbendaha­raan Raja Sulaiman ‘alaihi s-salam, dibawanya kepada Raja Suran. Maka diambil baginda dengan sukacitanya. Maka raja jin pun bermohon lalu kembali. Maka Raja Suran pun datang kepada Raja Aktabu’l-Ard membawa mahkota itu; maka kata Raja Suran, “Jikalau anak Hamba ketiga ini sudah besar, hen­daklah tuan Hamba hantar ia ke dalam dunia, supaya mahkota kerajaan Iskandar Zul-Karnain itu jangan berputusan; mahkota ini akan pakaiannya.” Maka sahut Raja Aktabu’l-Ard, “Baik­lah. “

Setelah itu maka Raja Suran pun bermohonlah kepada Raja Aktabu’l-Ard, dan bertangis-tangisan dengan isteri ba­ginda, memeluk mencium anakanda baginda ketiga. Maka Raja Aktabu’l-Ard memberi kuda semberani jantan, Farasu’l-Bahri namanya; maka Raja Suran pun naiklah ke atas kuda itu, maka oleh kuda itu dibawanya Raja Suran keluar dari dalam laut, lalu berjalan ia di Tengah laut itu.

Maka dilihat oleh rakyat baginda, yang di atas kuda itu Raja Suranlah; maka segera dibawanya seekor kuda betina yang baik ke pantai Baniras. Setelah kuda jantan itu melihat kuda betina itu, maka ia pun naiklah berjalan ke darat. Maka baginda pun turunlah semayam dihadap menteri, hulubalang, rakyat sekalian; maka kuda itu pun kembalilah ke dalam laut itu. Maka titah Raja Suran kepada menterinya. “Himpunkan­lah segala bala Tentera kita sekalian, kampungkan segala gajah kuda, jangan diberi berpecah-pecah, kerana hendak kembali; dan tafahus segala yang sakit dan yang kekurangan makanan; tetapi alat Senjata perbaiki barang yang tiada baik, dan pang­gil segala hakim dan utus. Maka segala mereka itu pun datang­lah mengadap baginda dengan alat pegawainya; maka titah baginda pada segala hakim dan utus itu, “Hendaklah kamu sekalian perbuatkan aku suatu alamat, tanda kita masuk ke dalam laut ini. Adalah kehendak hatiku, biarlah perbuatan­nya kekal hingga hari kiamat; dan kamu suratkan segala hi­kayat kita masuk ke dalam laut, supaya diketahui dan di­dengar oleh segala anak cucu kita yang kemudian.”

Setelah segala hakim dan utus mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh mereka itu suatu batu, maka di surat nyalah dengan bahasa Hindustan. Setelah sudah maka disuruh oleh Raja Suran masukkan beberapa harta daripada emas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam dan segala mata benda yang ajaib-ajaib. Maka titah Raja Suran, “Pada akhir zaman kelak ada seorang daripada anak cucuku juga, ialah beroleh harta ini, dan raja itulah yang menaklukkan segala negeri yang di bawah angin ini.”

Setelah itu maka Raja Suran pun kembalilah ke benua Keling. Setelah sampai baginda ke negeri Keling, maka baginda pun berbuat sebuah negeri terlalu besar, kotanya daripada batu hitam tujuh lapis, serta dengan tebalnya, dan tingginya sembilan depa; daripada pandainya segala pandai dan utus berbuat dia itu, tiadalah kelihatan rapatannya lagi, rupanya seperti dituang, pintunya daripada besi melela bertatahkan emas ber­permata, Adapun peri luasnya kota itu, tujuh buah gunung di dalamnya; sama Tengah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas, seperti laut rupanya, jikalau gajah berdiri di seberang sana, tiada kelihatan dari sebelah sini, maka serba ikan dilepaskan di dalam tasik itu. Maka di Tengah tasik itu pula ada sebuah pulau terlalu tinggi, Sentiasa berasap seperti di saput embun rupanya; maka di atas pulau itu, ditanami pelbagai kayu-kayuan daripada serba jenis buah-buahan dan bunga-bungaan yang ada di dalam dunia ini semuanya ada di sana; apabila Raja Suran hendak bermain-main ke sanalah ia pergi. Maka di tepi tasik itu diperbuatnya pula suatu hutan terlalu besar; maka dilepaskannya segala binatang liar, dan apabila Raja Suran hendak berburu atau menjerat gajah, pada hutan itulah ia pergi. Setelah sudahlah negeri itu diperbuat, maka dinamai oleh Raja Suran “Bijaya Negara”, sekarang pun ada lagi negeri itu di benua Keling. Adapun kisah Raja Suran itu, jikalau dihikayatkan semuanya, seperti Hikayat Hamzahlah tebalnya.

Hatta berapa lamanya maka Raja Suran pun beranaklah dengan Tuan Puteri Onang Kiu anak Raja Chulan, seorang perempuan, terlalu baik parasnya, pada zaman itu tiadalah sebagainya seorang jua pun; maka dinamai oleh ayahanda baginda Tuan Puteri Cendani Wasis, dan beranak dengan Tuan Puteri Dara Segangga tiga orang lelaki, yang tua bernama Citram Syah, seorang bernama Paladu Tani, dan seorang ber-nama Nila Manam. Maka Puteri Cendani Wasis dipinang oleh raja China didudukkannya dengan anaknya yang bernama Raja Cu Lan. Maka oleh Raja Suran anakandanya Paladu Tani dirajakan di negeri Amdan Negara, dan Nila Manam di­rajakannya di Bijaya Negara akan menggantikan kerajaan baginda. Maka Citram Syah dirajakannya di negeri Candu Kani.

Maka kata Citram Syah, “Aku anak yang tua, dirajakan­nya pada negeri kecil; baiklah aku membuang diriku.” Maka Citram Syah pun pergilah membuang dirinya berkapal, dibawanya segala alat kerajaannya, dan dua puluh buah kapal lengkap dengan alat peperangan. Niat baginda hendak meng­alahkan segala negeri yang di tepi laut, supaya takluk kepada baginda. Setelah beberapa puluh buah negeri dialahkan ba­ginda, maka datanglah pada Laut Selbu; maka pada suatu malam, turun taufan terlalu besar, dengan hujan, ribut, guruh, petir, Maka segala kapal itu pun habislah pecah cerai-berai ke sana sini, setelah kembali ke negeri Candu Kani, setelah tiada ketahuan perginya. Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya, jemu orang yang mendengar dia; maka kami sirupankan juga, kerana per­kataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang ber­akal adanya.

KISAH BERMULA DI BUKIT SI GUNTANG

ALKISAH maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan . Maka ada dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan se­orang namanya Wan Malini. Maka terlalulah jadi padinya. Tiada dapat terkatakan; telah Hampir akan masak padinya itu.

Sebermula maka tersebutlah perkataan anak Raja Suran yang tiga bersaudara, yang dipeliharakan oleh Raja Aktabu’l­-Ard. Setelah besarlah terlalu baik parasnya anak raja ketiga itu; yang tua dinamai oleh Raja Aktabu’l-Ard Nila Pahlawan, yang Tengah dinamai Krisyna Pandita, dan yang bongsunya dinamai Nila Utama, Maka ketiga anak raja itu bertanyakan ayahnya kepada ninda baginda, Raja Aktabu’l-Ard. Maka sahut Raja Aktabu’l-Ard, “Adalah akan ayahmu itu anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, nasab Sulaiman ‘alaihi s-salam, pancar Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib. Maka ada­lah pesan ayahmu apabila tuan Hamba besar, disuruhnya han­tarkan ke dunia. Sekarang kembalilah tuan ke dunia”

Setelah ketiga anak raja itu mendengar kata ninda baginda itu terlalulah sukacitanya; seraya katanya, “Berilah kami ke­tiga bersaudara ini jalan ke dunia itu.” Maka oleh Raja Ak­tabu’l-Ard ketiga cucunda baginda itu diberinyalah memakai alat kerajaan dengan selengkap pakaian anak raja-raja, yang bertatahkan ratna mutu manikam, serta dikenakannya mah­kota itu ketiganya, Setelah itu maka ketiga baginda pun ber­mohonlah kepada ninda dan bonda baginda. Maka dipeluk dicium baginda serta ditangisinya, Maka oleh Raja Aktabu’l­Ard diberinya seekor lembu yang amat putih, seperti perak yang terupam wamanya; maka ketiga anak raja itu pun naik­lah ke atas lembu itu lalu berjalanlah keluar.

Dengan takdir Allah Subhanahu wa taala Yang Maha Kuasa, maka teruslah ke Bukit Si Guntang itu waktu malam. Maka kepada malam itu dipandang oleh Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di at as Bukit Si Guntang itu bemyala seperti api. Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini, “Ca­haya apa gerangan di Bukit Si Guntang itu? Bemyala seperti cahaya matahari terbit kelihatan. Takut pula beta melihat dia.” Maka kata Wan Malini, “Janganlah kita ingar-ingar, jika­lau gemala naga besar gerangan itu.” Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun diamlah dengan takutnya, lalu keduanya tidur.

Setelah hari siang maka keduanya pun bangunlah; maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini, “Mari kita lihati, apa yang terang bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu.” Maka kata Wan Malini, “Marilah.” Maka keduanya basuh muka dan makan sirih lalu turun berjalan. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatang­kan suasa. Maka kata Wan Empuk, “Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa ini. ” Maka sahut Wan Malini, “Beta pan­dang semalam di at as Bukit Si Guntang itu, bukannya padi huma kita ini.” Maka keduanya naiklah ke Bukit Si Guntang itu. Maka dilihatnya tanah negara bukit itu menjadi seperti wama keem as-em asan; maka datang sekarang tanah itu di­ceritakan orang seperti emas juga.

Maka dilihat oleh Wan Empuk dan Wan Malini di atas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna, muda wangsa, duduk di atas lembu putih seperti perak, leng­kap ketiganya itu memakai pakaian anak raja-raja yang ber­tatahkan ratna mutu manikam; memakai mahkota ketiga, ter- lalu sekali elok parasnya, Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang-cengang melihat paras sikapnya orang muda ketiga itu; seorang memegang curik dan satu kayu yang bercap di tangannya, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang, sekaliannya daripada keemasan. Maka Wan Empuk pun fikir dalam hatinya, “Anak raja mana orang muda ketiga ini, sekonyong-konyong ada di Bukit Si Guntang ini, dari mana gerangan datangnya? Dan apa jua bangsanya? Baik aku bertanya kepadanya; entah sebabnya maka padiku berbuahkan emas, dan tanah negara bukit itu pun seperti emas. “

Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya, “Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak ‘raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah, atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan Hamba ketiga kepada kami kedua ini; kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun tiada datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini.”

Maka sahut Nila Pahlawan, “Adapun kami ini bukan dari­pada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera; bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, pancar kami daripada Raja Sulaiman ‘alaihi s-salam, dan. nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna pendita, dan yang seorang Nila Utama; dan nama curik kami ini Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kerupa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya.”

Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini, “Jikalau tuan hamba daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka tuan hamba ke mari, dari mana jalan tuan hamba?” Maka Nila Pahlawan pun berceriteralah seperti ceritera ayahnya kepada Raja Aktabu’l-Ard. Segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suran masuk ke dalam laut, dan peri duduk dengan bondanya beranakkan baginda ketiga bersaudara itu, semuanya dihikayatkannya kepada Wan Empuk dan Wan Malini. Maka kata Wan Empuk, “Apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu?” Maka sahut Nila Pahlawan, “Mahkota kami ketiga inilah alamatnya; serta padi habis ber­buahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa, dan tanah negara bukit inimenjadi seperti wama keemas-emasan. Jikalau embuk tiada percaya, pandanglah alamat kami, anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain; pancar Sulaiman alaihi s-salam.”

Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata orang muda itu, serta dengan sukacitanya. Ketiga anak raja itu dibawanya kembali ke rumahnya. Maka ketiga baginda bersaudara pun duduklah dipeliharakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini; padinya pun dituainyalah. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun kayalah dengan sebab mendapat anak raja itu.

Maka terdengarlah kepada Demang Lebar Daun bahawa Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain itu. Maka Demang Lebar Daun pun mudiklah, mendapatkan Wan Empuk dan Wan Malini mengadap anak raja itu. Maka di ambilnya ketiga anak raja itu dibawa dengan kenaikan baginda lembu putih itu ke negeri Palembang, dipeliharakannya dengan sempumanya. Maka Nila Pahlawan digelar Sang Si Perba. Dengan takdir Allah taala, maka lembu kenaikan baginda itu pun muntahkan buih, maka keluar daripada buih itu seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaiannya, serta ia berdiri mem­baca ciri demikian bunyinya:

Ahusta Paduka Seri Maharaja serta Seri Sepah Buana suran bumi boji bala pikrama nakalang kama makuta dan Menteri Buana prasama Sakritbana Tanggadarma dan busaya kuta dan singgahsana ranawikrama dan Rawanaba Palawikasad dadi prabu di kala mula mali mala ka Seri Darma Rajadiraja, Raja Permaisuri. *

Maka oleh Demang Lebar Daun dinamainya “Batala”, erti­nya orang yang membaca ciri. Daripada anak cucu Batala itu­lah asal orang membaca ciri dahulukala.

ASAL RAJA MINANGKABAU DAN TANJUNG PURA

Syahadan termasyhurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang dan daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain. Maka datanglah Patih Suatang, raja Minangkabau, ke Palem­bang dengan segala pegawai dan rakyat sekaliannya, minta seorang anak raja itu hendak dirajakannya di alam Minang-kabau. Maka oleh Demang Lebar Daun diberikannya yang bernama Sang Si Perba, serta dengan sekalian alatnya. Maka oIeh Patih Suatang dibawanya kembali ke alam Minangkabau, dirajakannya di sana.

Selama baginda kerajaan di alam Minangkabau itu, maka batang jelatang-ayam pun terlalu besar, diperbuatkan tiang balai baginda; lain daripada anak cucu baginda tiada siapa dapat duduk di sana kegatalan, dan batang saluguri akan baluhan tabuh, dan batang pulut-pulut baluhan gendang, dan ruyung-kayang dapat diperbuatkan tetaran lembing menjadi pagar istana baginda itu; sebab itulah alam Minangkabau itu dinamai “Pagar Ruyung”, yang tersebut datang sekarang. Syahadan Patih Suatanglah akan bendahara baginda, memerintahkan kerajaan baginda.

Bermula ke Tanjung Pura pun kedengaranlah. Rajanya pun telah hilang; maka patihnya datang ke Palembang, meminta anak raja itu kepada Demang Lebar Daun akan diraja­kannya di Tanjung Pura. Maka diberikannya Krisyna Pandita dengan alatnya; tinggallah Nila Utama kerajaan di Palembang, dipangku Demang Lebar Daun. Setelah berapa lamanya baginda dalam kerajaan bergelar Seri Teri Buana, maka baginda pun hendak beristeri. Maka baginda menyuruh memanggil Demang Lebar Daun. Maka Demang Lebar Daun pun datang mengadap, duduk menyembah; sembahnya: “Apa kehendak duli tuanku memanggil patik?” Adapun Demang Lebar Daunlah memulai asal berbahasa kepada raja bertuanku berpatik itu; serta meletakkan adat Melayu setengahnya. Maka titah Seri Teri Buana, “Adalah kita memanggil paman ini, kita hendak beristeri, carikan kita, adakah paman?” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, yang mana titah duli tuanku Yang Maha Mulia, patik junjung;” seraya ia menyembah, lalu kembali menyuruh mengambil anak raja-raja, barang yang baik dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Setelah malam dibawalah baginda beradu; setelah siang hari maka dilihat baginda anak raja itu sekonyong-konyong kedal. Maka dikembalikan baginda kepada Demang Lebar Daun, minta carikan yang lain pula. Maka dipersembahkannya pula; serta dibawa baginda beradu, kedal pula. Maka habislah anak raja-raja dalam negeri Palembang itu, serta dibawa baginda beradu kedal pula semua tubuhnya. Maka dipersembahkan oleh Demang Lebar Daun mengatakan tiada lagi anak raja-raja dalam negeri Palembang ini yang baik.

Hatta maka terdengarlah kepada Seri Teri Buana akan baik paras anak Demang Lebar Daun; pada zaman itu seorang pun tiada sebagainya yang di bawah angin ini. Maka baginda pun berahilah akan anak Demang Lebar Daun itu. Hendak dipinta oleh baginda, kalau-kalau tidak diberi oleh Demang Lebar Daun. Dengan hal demikian jadi masyghullah baginda; beber­apa hari baginda tiada keluar diadap oleh orang di balai. Se­telah Demang Lebar Daun melihat yang demikian itu, lalu ia masuk ke penghadapan dalam, maka ia pun bertanya kepada dayang-dayang, “Apa mulanya duli Yang Dipertuan telah berapa hari tiada keluar semayam?” Maka oleh dayang-dayang itu semuanya hal kelakuan baginda itu dikhabarkannya kepada Demang Lebar Daun.

Setelah Demang Lebar Daun mendengar khabar dayang­dayang itu, maka ia fikir dalam hatinya, “Ada juga sesuatu yang dikuyukan oleh anak raja ini, baik aku bertanya kepada­nya.” Setelah ia berfikir, maka kata Demang Lebar Daun, “Pergi dayang persembahkan ke bawah duli Yang Dipertuan katakan manira hendak mengadap.” Demang Lebar Daun yang permulaan . berbahasa kepada raja Melayu “Yang Dipertuan” itu. Maka dayang-dayang itu pun masuklah mengadap baginda, persembahkan Demang Lebar Daun hendak mengadap ba­ginda itu.

Maka Seri Teri Buana pun keluar semayam dihadap De­mang Lebar Daun; dipandangnya muka baginda pucat-pucat berseri, selaku-laku ada menaruh berahi. Maka sembah De­mang Lebar Daun, “Daulat tuanku patik berdatang sembah, apa sebab maka duli tuanku tiada keluar semayam seperti sediakala? Apa juga duli tuanku kehendaki tiada akan duli tuanku peroleh itu? Kerana negeri Palembang ini duli tuanku yang empunya dia. Patik sekalian ini hamba yang khas sekadar mengembalai sahaja. Jangankan setara yang lain, yang duli tuanku kehendaki tiada akan tuanku peroleh, jikalau atas nyawa patik sekalian duli tuanku kehendaki patik persem­bahkan. Jikalau tiada yang demikian sembah patik ini bukan­lah patik sekalian hamba Melayu.”

Setelah Seri Teri Buana mendengar sembah Demang Lebar Daun itu, maka baginda fikir dalam hati, “jika demikian baik-lah aku katakan rahsiaku ini, mudah-mudahan kuperoleh, kerana tiada tertanggung berahiku ini. Maka titah baginda, “Adapun rahsia dalam hati Hamba ini terlalu besar, jikalau Hamba katakan pun tiada akan Hamba peroleh, maka demiki­anlah hal Hamba.”

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Daulat tuanku, me­ngapa tuanku berlindung titah lagi? Kerana sembah patik ke bawah duli Yang Maha Mulia telah putus, tiada Hamba Melayu. itu dapat menyalahi kehendak tuannya. “Maka titah baginda, “Adalah Hamba mendengar khabar paman konon ada menaruh seorang anak perempuan, amat baik parasnya. Jikalau dengan ikhlas paman, inilah yang Hamba pohonkan kepada paman.”

RAJA DAN BENDAHARA ADIK-BERADIK

Hatta maka Wan Seri Beni dan Demang Lebar Daun dan Men­teri Bupala dan Aria Bupala pun telah hilang. Selang dua tahun datanglah peredaran dunia, maka baginda Seri Teri Buana pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit Singapura itu, tiada berapa jauh dengan Wan Seri Beni. Maka anakanda baginda Raja Kecil Besarlah kerajaan menggantikan kerajaan ayahanda baginda. Gelar baginda di atas kerajaan Paduka Seri Pikrama Wira; dan adinda baginda, Raja Kecil Muda dijadikan baginda Bendahara, bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar; ialah yang pertama jadi Bendahara.

Syahadan apabila Paduka Seri Pikrama Wira tiada keluar, maka Tun Perpatih Permuka Berjajarlah duduk diadap orang banyak di balai, akan ganti Paduka Seri Pikrama Wira. Ber­mula jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar duduk di balai, jikalau anak raja-raja datang tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan juga maka dituruninya. Jika Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu dibentangi permaidani. Jika raja sudah masuk maka Bendahara pulang, segala Orang Besar-besar dan segala Orang Kaya-kaya di balai itu semuanya pergi menghantarkan Bendahara pulang ke rumahnya.

Adapun akan Demang Lebar Daun ada seorang cucunya lelaki, dijadikan oleh Paduka Seri Pikrama Wira Perdana Men­teri, gelamya Tun Perpatih Permuka Jegalar, duduk berse­berangan dengan Bendahara,dan pada ketika menjunjung duli Bendahara dahulu; dan duduk di bawah Bendahara ialah Penghulu Bendahari, gelamya Tun Jana Buga Dendang. Sudah itu segala menteri dan segala Orang Besar-besar dan cateria, sida-sida, dan di bawahnya seorang pemegang jawatan hulubalang besar di atas segala hulubalang, gelamya Tun Tempurung; sudah itu segala Orang Besar-besar cateria, sida-sida bentara, Orang Kaya-kaya, masing-masing pada martabatnya, demikianlah adatnya pada zaman purbakala,

Hatta berapa lamanya Paduka Seri Pikrama Wira duduk dengan Tuan Puteri Nila Pancadi terlalu berkasih-kasihan, maka baginda beranak seorang lelaki, disebu t orang Raja Muda. Maka negeri Singapura pun makin besarlah, termasyhur besarannya pada segala alam.

NURKILAN KHAS WARISAN DIRAJA: MENAIKKAN KEMBALI MARTABAT DIRAJA MENYUSURI KEMBALI RINTIHAN BANGSA

Serumpun Kita Bangsa Diraja,
Ke Mana Pergi Membawa Nama,
Jangan Mudah Mencemar Nama,
Berdarah Raja Mussibah Hiba.

Takkala Ujian Menguji Diri,
Turun Darjat Penuh Rehda,
Tersisir Diri Mengharungi Sendiri,
Tetap Menghulur Jasa Pertiwi.

Penuh Ranjau Anak Raja,
Berkelana Sendiri Membawa Diri,
Luhur Niat Memberi Bakti,
Susah Senang Mengalas Sendiri.

Jika Hak Empunya Diri,
Akan Semula Mewarisi Kembali,
Bertambah Teguh Semangat Diri,
Bersikap Adil, Tanggungjawab Pemerintah.

Biar Tinggi Darjat Diri,
Berbadan Raja Warisan Diri,
Berjiwa Rakyat Perhias Diri,
Menjadi Tauladan Serata Negeri.

Pemimpin Sebenar Sukar Di Cari,
Alurnya Jua Dari Hati,
Sungguh Hati Beronak Duri,
Takkan Sekali Mengalah Pasti.

Bukan Untuk Menjadi Sanjungan,
Diri Pasti Dihitung Kembali,
Hari Kebangkitan Semestinya Pasti,
Bakti Ditabur Buat Akhirat.

Menaikkan Kembali Martabat Diraja,
Menyusuri Kembali Rintihan Bangsa,
Seindah Bahasa Seindah Rupa,
Kitalah Amanah Warisan Diraja.

Timbul Ia Di Tanah Palembang,
Warisannya Dari Raja Iskandar Zul-Karnain,
Pancar Dari Raja Sulaiman Alaihi S-Salam,
Dirgahayu Mahkota Raja Melayu.

Nurkilan - Ku Alam

Translate