12 June 2010

MENJUNJUNG WARISAN BANGSA

Gugusan Nusantara Diberi Gelar
Diberi Gelar Kesultanan Melaka
Melaka Dijajah Hilang Warisan
Hilang Berganti Tanah Melayu

Bangsa Melayu Meniti Hari
Hari Mendatang Penuh Erti
Erti Kepincangan Membakar Diri
Menentang Penjajah Teguh Berdiri

Putera Raja Mencemar Duli
Turun Istana Merapati Rakyat
Rakyat Bersatu Mohon Simpati
Agar Bebas Merdeka Diri

Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan
Bijal Laksana Membelit Penjajah
Berkat Daulat Putera Raja
31 Ogos Kita Merdeka

Raja Berdaulat Payung Mahkota
Mahkota Negara Tinggi Darjatnya
Negara Beradat Kerana Bangsa
Bangsa Berdaulat Tanah Melayu Namanya.

Malaysia Gagah Laksana Mentari
Terik Memancar Keheningan Hari
Saban Hari Menjunjung Tinggi
Tanda Semangat Patriotik Diri

Tanah Bertuah Dijulang Tinggi
Tinggi Langit Dijunjung Bakti
Junjung Kasih Kerna Budi
Buat Sempadan Teguh Berdiri

Tiang Seri Teguh Berdiri
Seri Buana Gelaran Diri
Kenegaraan Melakar Diri
Menampa Nama Sempadan Diri

Bulan Purnama Seindah Rupa
Indah Lagi Tanah Air Ku
Indah Bangsa Bumi Berdaulat
Kedaulatan Negara Dijunjung Tinggi

Menabur Budi Untuk Pertiwi
Mengangkat Peranan Memotivasi Diri
Biro Tatanegara Tanggungjawab Diberi

Nurkilan Ku Alam

No comments:

Translate