12 December 2014

Merafak sembah ‘Dirgahayu Tuanku’ kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Selangor



Merafak sembah ‘Dirgahayu Tuanku’ kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri 
Sultan Sharaf’uddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al Haj. 
Sultan, Raja dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Selangor 
bersemayam di takhta singgahsana Negeri Selangor Darul Ehsan 
dengan segala kemuliaan dan kebesaran 
Bersempena Ulang Tahun Keputeraan 
Paduka Sri Tuanku 
kali ke enam puluh sembilan (69) tahun pada 11 Disember 2014. 

Merafakkan sembah, penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Paduka Seri Tuanku dengan azam, terus memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi yang telah diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar, kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa. 

Semoga di bawah naungan pemerintahan Paduka Sri Tuanku, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya kukuh bersatu, hidup penuh harmoni – saling hormat antara satu sama lain. 

Semoga negeri Selangor Darul Ehsan mencapai kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi dari mala petaka dan sebarang bencana. Semoga Paduka Sri Tuanku Sultan Sharaf’uddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al Haj dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan Fid Dunia Wal Akhirat. Dirgahayu Tuanku, 

Sembah Takzim

Captain Raja Aman Shah: Pahlawan Berani dan Setia

Kisah Pahlawan ini harus dijadikan satu renungan didalam kejahilan rakyat bertanya akan Sumbangan Raja-Raja Melayu kepada Negara. Maka tidak dapat dihuraikan kerna terlalu banyak sumbangannya Raja-Raja Melayu. Namun di kongsikan satu jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai kepada negara oleh Waris Negeri Perak. Ini lah kisah Kapten Raja Aman Shah Bin Y.M. Raja Kapten Aman Shah bin Raja Kechil Sulung Harun Al Rashid Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah. Dilahirkan pada sekitar tahun 1902 dan mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Daerah [ DO ] Port Dickson ketika Jepun menyerang Persekutuan Tanah Melayu untuk berkhidmat didalam pasukan tentera.
Gugur sebagai Pahlawan yang Gagah Berani. Sumber Keratana Akhbar bertarikh 28 February 1967, Page 4 Captain Raja Aman Shah: Pahlawan berani dan setia

05 November 2014

Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar) Kedua di Kuala Lumpur

Potret Gambar beramai-ramai semasa Persidangan Raja-Raja Melayu
Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar kedua telah diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Julai 1903. Persidangan ini telah dihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Pembesar-pembesar negeri.
Antaranya Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar; Sultan Selangor, Paduka Sri Sultan Ala'uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa; Sultan Pahang, Baginda Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah, Residen-residen British pula terdiri dari J.P. Rodger (Perak), H. Conway Belfield (Selangor), D.G. Campbell (Pahang) dan W. Egerton (N. Sembilan). 

Persidangan kali kedua ini telah dirasmi dan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham. Beliau dibantu oleh Residen Jeneral, W.H. Treacher. Peruntukan sebanyak RM80,000 telah diluluskan untuk perbelanjaan persidangan ini. 

  • Perkara-perkara yang dibincangkan antara lain berhubung dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, 
  • Pengambilan orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan, 
  • Peruntukan rumah-rumah dan balai-balai bagi Penghulu, perluasan dan penanaman padi dan kelapa di kalangan orang-orang Melayu, 
  • Pelaburan tabung Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam Pembinaan Jalan Keretapi Johor dan sebagainya. 
  • Persidangan Durbar kedua yang berlangsung selama empat hari ini di Kuala Lumpur telah memberi erti yang besar kepada Raja-raja Melayu. Ia bukan sahaja memberi kesempatan bersuara malah ia juaa telah membuka ruang kepada Raja-Raja Melayu untuk perjuangkan hak-hak demi kepentingan orang-orang Melayu. 


The High Commissioner, Sultan of Perak, Raja Muda Musa, Raja Di Hilir Abdul Jalil. Kuala Lumpur, Malaya – 1903
collection The National Archives.
Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar adalah yang paling banyak mengemukakan pendapat. Baginda menentang usul Inggeris bagi menyatukan Negeri-Negeri Melayu kerana ini akan mengakibatkan Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa mutlak dan berharap negeri-negeri ini dikekalkan sebagai entiti yang berasingan bagi menjamin kuasa Raja-Raja Melayu. Persidangan ini juga telah membuka jalan ke arah Penubuhan Majlis Persekutuan. 

Raja-Raja Melayu Memperkenan Lambang @ Jata Persekutuan Tanah Melayu Yang Baru Diwartakan.


Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri Melayu telah memperkenankan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang baru diwartakan pada 30 Mei 1952. Hal ini telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan iaitu Jeneral Sir Gerald Templer di Kuala Lumpur. 


Reka bentuk lambang baru tersebut telah diusahakan oleh Jabatan Ukur bersama dengan Raja-raja Melayu dan Sir Henry Gurney. Ia menggunakan enam warna. Dalam lambang Persekutuan itu terdapat bintang pecah sebelas, yang mewakili 11 negeri dan bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi. Lima bilah keris di bawahnya menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Di kirinya lambang Negeri Pulau Pinang – Prince Of Wales yang berlatarkan ombak laut. Di kanannya pula lambang Gerbang Kota Santiago yang mewakili Negeri Melaka. Kedua negeri dipisahkan oleh warna hitam, merah dan kuning yang merupakan warna-warna berasingan bagi Negeri-negeri Bersekutu. Lambang harimau merupakan lambang yang digunakan bagi Negeri-negeri Melayu sejak sebelum perang lagi. 

Lambang ataupun Jata Persekutuan yang baru ini telah menjadi lambang kemegahan dan menjadi tanda Persekutuan Tanah Melayu sehingga selepas kemerdekaan. 

Sumber :
Arkib Negara

31 October 2014

Sejarah Penubuhan Pasukan Polis Negeri Selangor.

Y.T.M Tunku Kudin
Pada sekitar tahun 1870 Paduka Sri Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Abdullah telah menyerahkan pentadbiran negeri kepada menantunya, iaitu D.Y.T.M Raja Muda Kedah - Tunku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid I @ Tunku Kudin dari Negeri Kedah dengan gelaran Wakil Yamtuan.

Tunku Kudin kemudiannya menubuhkan sebuah Pasukan Polis dan didalam tahun 1871 telah merekrut dua orang pegawai Eropah - seorang Belanda bernama Van Hagen dan seorang Italy bernama Cavaleiri. Pasukan Polis tersebut mengandungi 30 orang Eropah dan Serani serta 80 orang sepoi India. Tunku Kudin adalah rakan sepakatan Yap Ah Loy, Kapitan Cina waktu itu.

Dalam tahun 1872, Tunku Kudin menempatkan sebahagian besar anggota Pasukan Polisnya di Kuala Lumpur bagi menghadapi ancaman Syed Masyhur yang juga menjadi musuh ketat Yap Ah Loy. Kuala Lumpur ditawan oleh Syed Masyhor dalam bulan Ogos tahun yang sama. Pasukan Tunku Kudin telah diserang hendap oleh satu lagi kumpulan penentang yang diketuai oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah.

Cavaleiri dan 20 orang anggota pasukan Tunku Kudin terbunuh. Ah Loy terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur. Sementara itu Van Hagen dan 40 anggotanya ditawan dan dihukum bunuh di Kuala Lumpur. Bila Davidson dilantik sebagai Residen British dalam tahun 1874, salah satu tindakan utamanya ialah menubuhkan Pasukan Polis. Pembentukan Pasukan Polis diserahkan kepada seorang pegawai muda yang bernama Harry Charles Syers (Kemudian menjadi Pesuruhjaya Polis FMS). Dalam bulan Julai 1875, Harry Charles Syers dilantik sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor.

H.C Syers
Menjelang Oktober 1878 anggota Pasukan Polis Selangor meningkat ke angka 270 dan kesemuanya adalah orang Melayu. Balai-balai polis jua didirikan di Klang, Kuala Lumpur, Damansara, Kubu Lama, Sungai Pelong, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Jugra, Kancing, Krian dan Hulu Langat. Pasukan Polis itu dikenali sebagai Pasukan Polis Tentera Selangor (Selangor Military Police Force). Mulai tahun 1882, Ibu Pejabat Polis Selangor dipindahkan dari Klang ke Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun ketika itu. Balai Polis Central terletak di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Cross tetapi pusat pentadbiran polis Selangor yang diketuai oleh H.C. Syers, terletak di jalan Bluff, tempat terletaknya Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekarang.

Pasukan Polis Selangor pimpinan Syers terus berkembang pesat terutamanya pada akhir tahun 1880-an. Setelah membentuk sebuah pasukan polis yang cekap di Selangor. Syers diarahkan ke Pahang untuk membantu menubuhkan sebuah pasukan polis di negeri itu.

Sumber :

- Penelitian
 - Laman sesawang PDRM - rmp.gov.my

29 September 2014

Komiti Quran Negeri Perak Darul Ridzuan

Paduka Seri Sultan Abdul Jalil bersama Tengku Permaisuri Yong Sapiah Bt Dato' Panglima Besar Muhammad Yunus
Semasa pemerintah Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Ibni Almarhum Sultan Idris Ramatullah Shah telah tertubuhnya Komiti Quran Perak pada tahun 1917. Di mana penubuhannya bertujuan untuk mengawal dan memantau pengendalian pengajaran agama Islam di Negeri Perak.

Pengerusi pertama yang dilantik ialah Raja Bendahara Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Ramatullah Shah (1918-1938). Komiti Quran Perak bertindak sebagai Komiti Syariah Negeri Perak, yang bertanggungjawab dalam segala hal ehwal berkaitan dengan pentadbiran agama Islam secara umum pada masa itu termasuklah mengeluarkan kebenaran bagi penerbitan buku-buku agama, pentauliahan mengajar dan sebagainya.

Paduka Seri Sultan Abdul Jalil bersama menantunya iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Suleiman Shah 

01 August 2014

Gaya Pemakaian Baju Melayu Anak Raja Negeri Perak.

DYTM Raja Muda Ahmed Sifuddin Ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar
Negeri Perak sememangnya terkenal sebagai pusat adat. Kerna sejarah Kesultanan Negeri Perak itu sendiri mempunyai kaitan langsung dari Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Berikut adalah gaya pemakaian Baju Melayu Anak Raja Negeri Perak yang di praktikkan sejak tahun 1890an dan mungkin lebih awal. Cara pakaian baju melayu tidak sedondong diperlihatkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang terdahulu.

Almarhum Sultan Sir Idris Murshidulazam Shah
Paduka Seri yang pertama mengenakan adalah Almarhum Sultan Sir Idris Murshidul'Adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar kemudian di praktikkan oleh Almarhum Sultan Alang Iskandar Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshidul'Adzam Shah Kemudian disusuri oleh Almarhum Raja Muda Ahmed Sifuddin Ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar. Keluarga Diraja Johor mengunakan pemakaian ini dengan mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga semasa Almarhum Sultan Iskandar bersama-sama YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa [Diceritakan sendiri oleh Y.M Raja Kobat] terlihat Potret Almarhum Sultan Alang Iskandar didalam Kelab Polo Ipoh yang mengenakan Baju Melayu Cekak Musang berseluar hitam kemudian memuji dan mempraktikkan cara pemakaian tersebut.

DYTM Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz
Kesimpulannya Anak Raja Perak mengenakan cara pemakaian baju melayu dua warna dan tidak sedondon dan terdapat jua sebuah cerita yang diperceritakan bahawa anak raja perak mempunyai pantang larang yang diperkisahkan dari turun temurun Sultan Idris Idris Murshidul'Adzam Shah. Benar ataupun tidak berhubung pantang larang tersebut hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui akan sesuatu.

Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah
Sebagai contoh yang jelas. Panglima Istana Negeri Perak mengenakan Pakaian ini iaitu Baju Merah, Samping Merah dan Berseluar Hitam. Anak-Anak Raja Perak telah lama praktikkan pakaian ini. 

Panglima Istana Negeri Perak




28 July 2014

Adat Zaman Dahulukala Ketika Hari Raya.

Sekadar Gambar Hiasan

Adat Raja Berangkat pada Hari Raya secara berusungan 

Raja akan berangkat dengan usungan. Kepala usungan kanan akan dipegang oleh Penghulu Bendahari dan sebelah kiri oleh Laksamana. Di sebelah belakang pula Menteri Kedua. Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan membawa alat kerajaan di kiri dan kanan sementara Bentara memikul pedang. Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala orang besar dan segala menteri yang tua. 

Adat Menyambut Hari Raya. 

Bendahara dan segala Orang Besar-besar akan duduk berkampung dan usungan akan diarak oleh Penghulu Bendahari. Apabila usungan tiba, segala orang yang duduk dibalai turun berdiri, beratur bersaf-saf gendang akan dipalu tujuh ragam, diiringi nafiri. selepas tujuh kali, raja berangkat menaiki gajah dan diarak ke masjid dan barulah ke istana Sekadar Gambar Hiasan.

16 July 2014

Adat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

D.Y.M.M Pemangku Raja Perak sedang menandatangani Surat Perlantikkan sebagai D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Artikel ini menerangkan akan hal ehwal yang berkaitan dengan Adat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Adat Istiadat Pertabalan melibatkan beberapa peringkat iaitu peringkat Adat Tabal Kerajaan, Istiadat Tabal Adat dan Istiadat Tabal Pusaka. Didalam Istiadat Tabal Pusaka terdapat beberapa fasa istiadat iaitu Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Menyantap Nasi Berastakona.

D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Sedang Membaca Lafaz Sumpah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Pengumuman perlantikkan telah dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen (B) Mohd Zahidi Zainuddin sekitar jam 3.15 petang pada  29 Mei 2014 di Balai Rongseri Istana Iskandariah. Kuala Kangsar.

Dalam lafaz sumpah.
"Bismillahirrahmanirrahim...

Adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan 
Wallahi Wabillahi Watallahi 
bahawa kita mengaku memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah." 
Titah Raja Dr Nazrin Shah, 

Kemudian baginda meletakkan tangan kanan atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai tanda menerim Amanah sebagai Sultan Perak yang baru.


Laungan Daulat Tuanku dilaungkan sebanyak 3 kali. 
Kemudian di akhiri bacaan Doa Selamat oleh Mufti Negeri Tan Sri Harussani Zakaria. 

Istiadat Tabal Kerajaan - Pemasyhuran Sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Istiadat Tabal Kerajaan disempurnakan setelah Raja Pemerintah baru dipilih dan dilantik oleh Dewan Negara Perak sebelum permakaman Almarhum Paduka Seri Sultan. sebelum itu Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja mengumumkan perlantikan Raja Pemerintah baru itu di khalayak orang besar-besar dan orang kenamaan yang hadir di balai rong seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Selepas pengumuman itu, para hadirin menyeru tiga kali 'Daulat Tuanku'. Raja Pemerintah baru meletakkan tangan kanannya pada keranda Almarhum sebagai tanda penerimaan perlantikan tersebut. [Gambar diatas memperlihatkan Istiadat Tabal Kerajaan yang telah disempurnakan pada 29 Mei 2014 yang lalu].

1. Tabal Adat

Istiadat Tabal Adat adalah upacara pertabalan rasmi di mana Raja Pemerintah baru akan ditabal secara rasmi mengikut adat resam yang turun-menurun dan dengan penuh gilang-gemilang. Istiadat ini dilangsungkan di dalam Balairong Seri, Istana Iskandariah dengan keberangkatan hadir wakil-wakil Sultan dan Raja Pemerintah Negeri yang lain dari Semenanjung Malaysia serta Negara Brunei Darussalam. Juga diundang hadir adalah Menteri Besar, orang besar-besar, wakil rakyat dan orang kenamaan. 
Pawang Diraja - Raja Chik Muda mempersembahkan Pedang Cura Si Manja Kini
Istiadat Pertabalan dimulakan dengan DATO' PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA yang menatang AL-QURAN diiringi SAHIBUL SAMAHAH MUFTI KERAJAAN PERAK masuk ke Balairong Seri bersama PAWANG DI-RAJA PERAK - RAJA CHIK MUDA [ dahulunya dikenali sebagai Y.A.M Raja Kechil Muda ] yang menatang PEDANG CURA SI MANJA KINI [Asalnya Curik man Dakini] dan didahului oleh PANGLIMA DALAM yang diapit oleh PANGLIMA PERANG KANAN dan PANGLIMA PERANG KIRI dan BENTARA-BENTARA di kiri dan kanan.

Apabila tiba di hadapan Singgahsana Dato' Pengelola Bijaya di-Raja memohon perkenan PADUKA SERI SULTAN untuk meletakkan AL-QURAN di atas meja khas.

Setelah memberi hormat, dulang berisi PEDANG CURA SI MANJA KINI dibawa naik oleh PAWANG DI-RAJA - RAJA CHIK MUDA ke Singgahsana hingga ke tingkat dua, bertelut memohon perkenan PADUKA SERI SULTAN dan menyembahkan PEDANG CURA SI MANJA KINI ke bawah PADUKA SERI SULTAN.

PADUKA SERI SULTAN menerima pedang tersebut, menghunus mata pedang lalu mengucup. Selepas PAWANG DI-RAJA - RAJA CHIK MUDA mengundur diri dari Singgahsana, TOH SERI NARA DI-RAJA berjalan masuk ke Balairong Seri dan terus naik ke Singgahsana hingga ke tingkat dua dan mempersembahkan MASTIKA EMBUN dan menyunting CAP HALILINTAR ke telinga kanan PADUKA SERI SULTAN sambil membisikkan "RAHSIA NISAB SULTAN I". Kemudian diikuti pula dengan PENGISYTIHARAN PEMASYHURAN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN yang dibaca oleh ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah dan berseru tiga kali "DAULAT TUANKU" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir.

"Nobat Tabal" dipalu dan tembakan meriam dua puluh satu das dilepaskan. Selepas itu PADUKA SERI SULTAN menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Apabila semuanya mustaid ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah, bertinggul dan mengangkat sembah kepada PADUKA SERI SULTAN mohon izin perkenan untuk RAJA PERMAISURI mengadap. RAJA PERMAISURI bangun mengangkat sembah PADUKA SERI SULTAN, bertelut dan mengangkat sembah. TOK RAKNA SENARI mengadap dan menyembah "BUNGA PENCAWA PENCARA" kepada PADUKA SERI SULTAN. Baginda mengambil dan menyematkan ke hulu RAJA PERMAISURI. Selepas itu RAJA PERMAISURI mengadap, mengangkat sembah dan mengucup tangan PADUKA SERI SULTAN dan seterusnya PADUKA SERI SULTAN mempersilakan RAJA PERMAISURI bersemayam semula diikuti dengan Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah lalu berseru tiga kali "DAULAT" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Selepas Istiadat Pemasyhuran dijalankan, PAWANG DI-RAJA - RAJA CHIK MUDA  memulakan ISTIADAT MERENJIS AIR "PANCA BICARA" PADUKA SERI SULTAN dan  RAJA PERMAISURI.

Selesai sudah ISTIADAT MERINJIS AIR "PANCA BICARA", Istiadat diteruskan dengan penyembahan dan bacaan Ucapan Tahniah oleh DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA bagi mewakili Raja-Raja dan Orang Besar Perak, dan Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia daripada YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Perak.
Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Istiadat Pertabalan diakhiri dengan TITAH UCAPAN PADUKA SERI SULTAN dan DOA SELAMAT oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Perak. Pakaian bagi istiadat ini adalah lengkap dengan bertengkolok. Bintang-bintang dan pingat-pingat kurniaan juga dipakai bersama.

2. Istiadat Tabal Pusaka 

Istiadat Tabal Pusaka mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Menyantap Nasi Berastakona.
Panca Persada Istiadat Bersiram
2.1 Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada

Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada merupakan adat yang dijalankan sebelum Tiang Utama Panca Persada daripada Kayu Khas bernama 'SUNGKAI' dipasakkan [Kayu Khas ini diceritakan akan dibawa oleh Orang Besar Jajahan Batang Padang]. Pada zaman dahulu, Panca Persada dibangunkan di pertengahan Sungai Perak, akan tetapi sekarang ianya didirikan di perkarangan Istana Iskandariah. Berbentuk empat persegi setinggi 9 atau 11 tingkat, ianya dikisar sekelilingnya dengan tangga. Di kemuncaknya terletaknya tempat bersemayam Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan yang berbumbung. Siling dan tiang dibalut dengan kain kuning. 

Di sekiling tingkat digantung dengan daun budi dan tingkat kemuncak diulas dengan kain keemasan. Lazimnya, istiadat ini cuma dihadiri oleh orang besar-besar, pawang-pawang, panglima-panglima dan bentara-bentara sahaja.

2.2 Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak

Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak juga merupakan salah satu adat yang unik. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta yang memuatkan pasukan Nobat Diraja, panglima-panglima, Toh Seri Nara Diraja dan Raja Cik Muda (Pawang Diraja) bersama-sama dengan tujuh orang bomoh yang lain, bentara-bentara yang membawa perkakas istiadat, dan enam belas jejawat berlembing dari Istana Iskandariah hingga ke tebing Sungai Perak. Nobat akan dipalukan sepanjang istiadat ini. 

Di tebing sungai, perkakas istiadat dibawa naik ke atas bot. Raja Chik Muda, Toh Seri Nara Diraja dan bentara-bentara menaiki bot serta bermula mengambil air dari kuala Sungai Kangsar. 

Rombongan bergerak ke kuala-kuala sungai lain, iaitu Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Bunya dan Sungai Menora, untuk mengambil air serta dimasukkan ke dalam geluk.

2.3 Istiadat Tabal Pusaka

Istiadat Tabal Pusaka, yang dahulunya dikenali sebagai Istiadat Tabal Jin, berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada. Istiadat ini disempurnakan pada waktu malam dan disaksikan oleh kerabat-kerabat diraja rapat, orang besar-besar serta pemimpin-pemimpin negeri. 

Pakaian majlis ini adalah baju Melayu hitam, bertengkolok hitam dan bersamping kain benang emas tetapi tidak memakai bintang-bintang kurniaan.
Istiadat Bersiram Tabal
Istiadat ini bermula di Balairong Seri, dan para undangan dipandu ke tempat duduk di Balairong Seri. Istiadat dimulakan dengan paluan nobat. Antara perkakas kerajaan yang dibawa masuk ke dalam Balairong Seri ialah pedang 'Cura Si Manja Kini', Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi yang dipersembahkan kepada Sultan. 
Istiadat ini diikuti dengan Istiadat Memulih Perkakas Kerajaan dan Perkakas Nobat, dan selepas itu, 

Istiadat Bersiram Tabal disempurnakan di atas Panca Persada di perkarangan istana. Apabila Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat tiba di kawasan Panca Persada, Raja Chik Muda akan memulakan Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada sebanyak tujuh kali bersama-sama dengan para bomoh dan bentara yang membawa perkakas merenjis. Baginda Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan menaiki Panca Persada, diiringi oleh Raja Muda dan Raja Di Hilir serta isteri mereka, dan diikuti oleh orang besar-besar serta isteri. Sebaik sahaja Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan selamat bersemayam di atas kemuncak Panca Persada, Raja Chik Muda memulakan Istiadat Bersiram Tabal. Air siram adalah air daripada tujuh kuala Sungai Perak yang telah dibekaskan pada Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dua atau tiga hari terlebih dahulu. Selesai sudah istiadat ini, baginda berdua berangkat turun dari Panca Persada berselimut dengan kain benang emas serta dipandu berangkat balik ke istana diringi dengan paluan nobat. Setelah menyalinkan pakaian, Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat masuk ke dalam Balairong Seri semula, dan bersemayam di atas petarakna singgahsana. Istiadat Merenjis Air Panca Bicara dilangsungkan, dan setelah selesai istiadat itu diikuti pula Istiadat Santapan Nasi Berastakona. 

2.4 Tabal Menziarahi Makam-Makam Diraja

Istiadat Menziarah Makam
Istiadat Menziarahi Makam-makam Diraja bermula dengan kegunaan kenderaan dari bahagian hulu Sungai Perak berangkat menziarahi makam-makam Almarhum Sultan-Sultan yang terdahulu yang terletak di sepanjang Sungai Perak sehingga ke Pemakaman Diraja Kuala Kangsar. Setelah itu, Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan diiringi oleh para orang besar-besar akan berangkat menaiki sebuah bot khas atau Balai Gambang bernama Cempaka Sari, untuk menghilir serta menziarahi makam-makam diraja. Semasa keberangkatan menziarahi, doa selamat dan kenduri arwah diadakan. 

Balai Gambang CEMPAKA SARI
2.5 Tabal Beting Beras Basah

Di Teluk Intan, Paduka Seri Sultan berangkat ke Beting Beras Basah, iaitu bumi Perak yang pertama dipijak oleh Almarhum Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama takkala Almarhum berangkat tiba dari Kampar, Sumatera. Kaum wanita tidak boleh menyertai adat ini. 

Istiadat Beting Beras Basah
Di sini, Paduka Seri Sultan mencelup kakinya ke beting dan seterusnya membasuh muka sebagai tanda baginda telah selamat berangkat sampai, dan diikuti dengan bacaan doa selamat. 

Foto yang dipaparkan adalah sekadar hiasa bagi memperlihatkan adat istiadat pertabalan sultan.

Sumber Rujukan :
- Buku Adat Lembaga Orang-Orang Melayu Didalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala,
- Artikel Pertabalan Sultan Idris Affifullah,
- Biografi Pertabalan Sultan Azlan Shah,
- Portal Raja Kita Negeri Perak,
- Pejabat D.Y.M.M Sultan Perak,
- Perceritaan turun-turun

Foto :
Wan Hashim Wan Teh. DYMM Sultan Azlan Shah: Biografi Bergambar. Dewan Bahasa dan Pustaka; 1990

08 July 2014

Hirarki Kesultanan Perak Era Pemerintahan Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah

DYTM Raja Muda Perak Dan DYAM Raja Di-Hilir Perak Angkat Sumpah Pangkat Gelaran Di Hadapan DYMM Sultan Perak - 1 Julai 2014 
Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 20 Jun 2014 memutuskan Tuanku Zara Salim diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuat kuasa pada Jumaat. Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim berkata berkuat kuasa hari ini juga, balu Almarhum Sultan Azlan Shah diperkenan gelaran Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

Turut memutuskan Raja Di-Hilir Perak - Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Muda Perak berkuat kuasa hari ini, katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat. "Berkuat kuasa hari ini juga, Raja Kechil Besar Perak - Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Di-Hilir Perak. 
"Mesyuarat itu turut memutuskan Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dikurnia pangkat gelaran Raja Kechil Besar Perak berkuat kuasa hari ini,"  
Ayop berkata mesyuarat itu memutuskan tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ditetapkan pada 27 Nov. katanya.

Hirarki Kesultanan Perak Era Pemerintahan Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah

1. D.Y.M.M Sultan dan Raja, Yang Di Pertuan - Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah
2. D.Y.T.M Raja Muda  Perak : Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
3. D.Y.A.M Raja Di Hilir : Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah
4. Y.A.M Raja Kecil Besar : Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah Ibni Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah
5. Y.A.M Raja Kecil Sulong : Kosong
6. Y.A.M Raja Kecil Tengah : Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Kechil Sulung Ashman Shah
7. Y.A.M Raja Kecil Bongsu : Kosong

Sumber rujukan :

1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak
2. Astro Awani - www.astroawani.com/.../tuanku-zara-diperkenan-gelaran-raja-permaisuri

02 June 2014

Madrasah Ihsaniah Wakaf Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah

Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar
Madrasah Ihsaniah yang terdapat di Teluk Intan, Perak telah ditubuhkan dengan hasil wakaf yang menawarkan pengajian dalam bahasa Arab dan jua bahasa Melayu serta turut menerima pelajar dari luar daripada Negeri Perak. Iklan promosi madrasah Ihsaniah ini telah mendapat reaksi daripada pembaca al-Imam yang turut berminat untuk mendapatkan pendidikan di madrasah tersebut [Al-Imam, bil. 4, jil. 2,8 Oktober 1907, hlm. 135].

Madrasah Ihsaniah yang terdapat di Teluk Intan
Wakaf yang diperolehi dalam menubuhkan madrasah ini sebahagian besarnya diperolehi daripada Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar sendiri. Ini adalah kerna baginda merupakan seorang Raja, Yang Dipertuan yang mengambil berat mengenai aspek pendidikan dan pembangunan Negeri. Baginda jua berperanan di dalam penubuhan kebanyakan madrasah dan jua surau di negeri Perak. Untuk menjamin perjalanan surau dan madrasah di Negeri Perak, Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar telah menyediakan Dana Khas untuk perbelanjaan institusi tersebut.

30 May 2014

DYMM Pemangku Raja Perak Diisytiharkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35,

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah kepada D.Y.M.M Pemangku Raja Perak - Raja Dr. Nazrin Shah di atas Perlantikan Sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan serta Jajahan Takluknya yang Ke 35. Membawa kepada gelaran Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfullah.
Pengumuman perlantikkan telah dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen (B) Mohd Zahidi Zainuddin sekitar jam 3.15 petang di Balai Rongseri Istana Iskandariah. Kuala Kangsar hari ini.

Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Bertitah.
"Bismillahirrahmanirrahim...
Adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah."

Kemudian baginda meletakkan tangan kanan atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai tanda terima pelantikkan sebagai Sultan Perak.

Laungan Daulat Tuanku dilaungkan sebanyak 3 kali dan diakhiri denga bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri - Tan Sri Harussani Zakaria.

21 May 2014

Penglibatan Wangsa Diraja Dalam Pasukan Sukarelawan (Home Guard)

Raja-Raja Melayu Negeri Melayu Bersekutu 
Menyingkap tadbir sejarah Pasukan Sukarelawan didalam negara khususnya Home Guard (Pengawal Kampung) dan penglibatan Raja-Raja Melayu dan Putera-Putera Raja khususnya didalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu didalam Pasukan Sukarelawan amnya.Sebagaimana Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang merupakan Negeri dibawah naungan Ke’rajaan British dan titik tolak serta batu asas kepada pembentukkan Negara Malaysia yang bermula dari Pembentukkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kemudian Persekutuan Tanah Melayu kemudian Malaysia.

Huraian mauduk ini akan memberikan gambaran didalam sentuhan Raja-Raja Melayu dan Putera-Putera Raja dalam memberi nafas dan pengisian didalam membentuk perwatakan dan kesungguhan didalam mengangkat Pasukan Sukarelawan didalam penyertaan mereka bagi menarik minat anak watan. Penyertaan Putera-Putera Raja didalam memberi nafas dan pengisian maka tidak terkecuali terdapat jua yang telah gugur sebagai seorang perajurit dan pejuang bersama-sama anggotanya yang lain  demi Pasukan dan tanah air. Contoh yang boleh dilihat adalah Y.M. Raja Kapten Aman Shah bin Raja Kechil Sulung Harun Al Rashid Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah yang merupakan seorang Pegawai Daerah kemudian memakai pakaian seragam sebagai seorang Angkatan Sukarelawan Tentera untuk berbakti kepada Negara semasa penjajahan jepun di Tanah Melayu.

Undang-undang Darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan pada 16 Jun 1948 telah membawa kerajaan mengambil pelbagai tindakan dalam usaha membanteras habis-habisan akan ancaman yang telah dicetuskan oleh pengganas komunis.[1] Ordinan Undang-Undang Darurat 1948 melalui peruntukan Undang-Undang Darurat No.10, 1948, bidang kuasa pasukan Home Guard telah digariskan secara umum oleh kerajaan di bawah bidang kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.


Dengan kuasa dan perakuan Pesuruhjaya Tinggi British melalui Seksyen 4 Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948, Pesuruhjaya Tinggi telah mengeluarkan arahan Darurat (Home Guard) (Pindaan) Peraturan-Peraturan 1952 dengan pindaan;

a)       Terhadap pentakrifan “competent authority”[2]
b)       Pengertian terhadap konsep kawasan Home Guard yang merujuk kepada
Inspektor General membawa maksud Inspector General Home Guard”[3]

Sejarah kewujudan Angkatan Sukarelawan telah bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF)[4]. Angkatan Sukarelawan telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, Darurat 1948-1960 dan konfrontasi.

Tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan adalah dengan menubuhkan pasukan pengawal kampung atau Home Guard di kampung-kampung dan juga Kampung Baru. Tujuannya adalah bagi memastikan kawalan keselamatan di kawasan terbabit dapat dikawal rapi oleh penduduk tempatan sendiri dengan kerjasama pasukan keselamatan yang lain. Namun sebelum Penubuhan Pasukan Home Guard, telah wujud sebelum itu pasukan-pasukan lain yang seumpamanya di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Selain polis dan tentera (termasuk pasukan dari negara Komanwel), terdapat juga pasukan Special Constabulary (SC), Police Jungle Squad, Police Field Force (PFF) dan Auxiliary Police (AP).

Pasukan Home Guard merupakan sebuah unit keselamatan yang dibentuk berasaskan penyertaan secara sukarela, namun dari segi pengurusan pengendalian latihan dalam pasukan sukarelawan ini amat sistematik. Ini kerana, sejurus pengisytiharan darurat dibuat, faktor desakan dan tekanan daripada pengganas komunis yang bermaharalela di tanah air memaksa pihak British menyelaraskan secara teratur pasukan Home Guard sebagai sebuah organisasi yang penting pada waktu itu. Justeru, pasukan Home Guard menjadi nadi penting kepada pasukan bersenjata utama lain kerana mereka meringankan beban pasukan bersenjata khususnya di kawasan-kawasan kampung.

Undang-undang Darurat yang diisytiharkan telah membawa Lieutenant General Sir Rawdon Briggs dilantik sebagai Pengarah Operasi di Persekutuan Tanah Melayu pada April 1950 bagi membantu pihak kerajaan menghadapi ancaman komunis. "Salah satu langkah yang diambil olehnya dalam memerangi ancaman komunis adalah meneruskan rancangan penempatan semula yang telah dilakukan oleh Sir Henry Gurney.[5] Usaha penubuhan pasukan Home Guard telah digerakkan bermula September 1950.[6]

Ketua Home Guard Persekutuan (Inspector General of Home Guard) merupakan peneraju dalam pasukan Home Guard seluruh Persekutuan Tanah Melayu.[7] Merangkap Ketua Pengarah Operasi dalam pasukan  Home Guard yang menerima arahan dari Setiausaha Pertahanan. Selain itu, bertanggungjawab jua dalam menguruskan keperluan-keperluan utama pasukan ini berhubung peralatan senjata dan lain-lain peralatan yang diuruskan bersama pihak SWEC.[8] Ketua Home Guard Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam soal perjalanan sesebuah operasi tetapi bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan pentadbiran pengurusan dan juga tahap kecekapan serta disiplin pasukan secara langsung.

Seorang Putera Raja yang terlibat secara langsung didalam pentadbiran Home Guard sewaktu zaman darurat adalah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang memerintah Negeri Sembilan Darul Khusus sekitar 1960 – 1967. Almarhum telah mengalas tanggungjawab sebagai District Home Guard Officer sekitar tahun 1952-1957 di beberapa daerah dalam Negeri Sembilan antaranya Kuala Pilah dan Tampin. District Home Guard Officer adalah suatu jawatan didalam pasukan Home Guard. Rujuk rajah dibawah.

Jawatan
Pangkat
State Home Guard Officer
Lt. Col (Home Guard)
Deputy atau Timbalan
Major (Home Guard)
District Officer atau Pegawai Daerah
Major (Home Guard)
District Home Guard Officer
Major atau Kapten (Home Guard)
C.O Battalion
Leftenan/Lieut (Home Guard)
Adjutant (pegawai Tentera)
W.O. I dan II
Inspektor Home Guard
W.O. I dan II
Company Comander
Sarjan
Pengajar Tetap
Sarjan
Komander Platun
Kopral
Komander Bahagian/Sekseyen
Lans. Kopral
Jadual 2: Hierarki perjawatan pasukan Home Guard.
(Sumber: U/1 Home Guard Regulations and Instructions, “Home Guard Ranks”, hlm. 64 [SULIT])

Susunan kedudukan pangkat pasukan Home Guard yang ditunjukkan dalam jadual di atas menjelaskan peranan yang telah dilaksanakan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman semasa bergelar Tunku Laksamana Negeri Sembilan. Seandainya diteliti lipatan sejarah penjawatan Pengawai Daerah dan Penghulu, ianya adalah jawatan yang sering disandang oleh golongan bangsawan dan secara tidak langsung memperlihatkan sentuhan golongan ini kepada pasukan Home Guard. Demikian jua Almarhum Paduka Sri Sultan Saleh’uddin Abdul Aziz Shah Al Haj ibni Almarhum Sultan Sir Hisham’uddin Alam Shah Al Haj yang menjawat tanggungjawab sebagai C.O Battalion Kampong Home Guard, Ipoh 1949-1953.[9]

Bidang kuasanya yang telah ditetapkan dalam Undang-Undang Home Guard. Jika dilihat dari segi Arahan Organisasi Home Guard (Home Guard Command Organisation) secara umumnya struktur organisasi pasukan Home Guard negeri atau di negeri-negeri atau Negeri-Negeri Selat diketuai oleh Ketua Home Guard Negeri. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Home Guard Negeri, yang akan dibantu oleh sorang Penolong SHGO (State Home Guard Officer). Pada peringkat seterusnya pula, Pegawai Daerah atau DO akan mengetuai pasukan Home Guard di setiap daerah dibawahnya. Jawatan ini dibantu oleh Pegawai Home Guard Daerah atau DHGO (District Home Guard Officer) dan juga Pegawai Home Guard  berpangkat Inspektor. Kemudiannya, selepas DHGO (District Home Guard Officer), pasukan Home Guard akan diterajui oleh pegawai-pegawai Komander Batalion yang dilantik mengikut keperluan. Manakala pada peringkat bawahan pula, terdapat jawatan-jawatan seperti PSI, Coy Comander, PI Comander sehinggalah kepada jawatan Komander Seksyen yang akan mengetuai anggota-anggota Home Guard peringkat paling bawah.[10]

Manakala di peringkat daerah pula, Pegawai Daerah (District Officer) akan mengetuai keseluruhan anggota pasukan Home Guard yang ada dalam daerah pentadbirannya. Pegawai Daerah bertanggungjawab menerajui pasukan Home Guard untuk memastikan anggota-anggota Home Guard daerah mempertingkatkan keberkesanan tugasan mereka. Pegawai Daerah ini juga akan dibantu oleh beberapa orang Pegawai Inspektor Home Guard yang akan memainkan peranan penting dalam pengendalian latihan dan pentadbiran pasukan Home Guard dalam daerah pengawasan beliau. Walau bagaimanapun pegawai berpangkat Inspektor ini tidak akan memegang sebarang kuasa eksekutif melainkan hanya dalam sesuatu operasi khusus sahaja.

Di samping Pegawai Daerah dan Pegawai Home Guard Daerah, dalam keadaan tertentu, Pegawai-Pegawai Home Guard Daerah (DHGO) boleh dilantik bagi membantu jentera pentadbiran. Di peringkat kawasan pula, anggota Home Guard diselaraskan ke dalam “Company” atau kumpulan yang terdiri daripada 150 orang anggota. Kompeni ini dibahagikan kepada beberapa platun  yang terdapat sekurang-kurangnya 30 orang anggota dalam satu platun. Setiap platun dibahagikan kepada seksyen yang terdiri daripada 10 orang anggota dipilih oleh Komander. Jumlah anggota dalam sesebuah platun atau unit-unit berkenaan adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada keadaan ancaman yang dihadapi di sesebuah kawasan. Sekiranya keadaan terdesak, battalion boleh ditubuhkan namun hal ini bergantung kepada situasi semasa dan mestilah melibatkan keputusan dari pihak tertinggi organisasi.

Di kawasan kampung, penghulu memainkan peranan utama dalam menggerakkan pertahanan pasukan Home Guard di kawasan yang ditadbirnya dilantik sebagai peneraju utama anggota-anggota Home Guard di sesebuah kampung.[11] Di samping itu penghulu juga terlibat dalam menyampaikan arahan dari Ketua Home Guard Persekutuan kepada anggota-anggota di kawasan kampung. Adakalanya seseorang penghulu itu dilantik sebagai Komander Batalion atau menjadi ketua pasukan Home Guard di kawasan mukim mereka.

BERIKUT ADALAH DIANTARA RAJA-RAJA MELAYU YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA ANGKATAN PASUKAN SUKARELAWAN SEMASA KERAJAAN BRITISH.[12]
1887 - 1916 - Paduka Seri Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar,
Kolonel Kehormat 1st (Perak) Batalion MSVI. 
1918 - 1938 - Paduka Seri Sultan Sir Iskandar Shah al-Kaddasu’llah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah,Kolonel Kehormat Batalion Perak, Malay Volunteer Infantry (MVI) 18/7/1919-1931,Kolonel Kehormat Batalion 1st (Perak), Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF) 1/8/1931-1938.
1938 - 1948 - Paduka Seri Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Nikmatu’llah ibni al-Marhum Raja Muda Musa,Enlisted as a Private MSVI 1920, cmsnd as 2nd Lieut 1923, prom Lieut 1927, prom Hon Capt 13/7/1931, and Hon Col 1st (Perak) Btn MSVF 7/12/1938, Hon Group Capt SSVAF 1/1/1941. 1948 - 1963 - Paduka Seri Sultan Sir Yusuf Izzuddin Rathiu’llah Ghafaru’llahulahu Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah, enlisted as a Private 1st (Perak) Btn MVI 1924, cmsnd as 2nd-Lieut 23/8/1926, transf FMS Vol Force (reserve) 1933, prom Lieut Reserve of Officers 1935. 
1963 - 1984 - Paduka Seri Sultan Idris II al-Mutawakil Allahahi Afifu’llah Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasu’llah,Cmsnd as 2nd-Lieut FMSVF [Federated Malay States Volunteer Force] 1941, volunteer Giu Tai 1944-1945 but secretly employed with “Force 136” 1945, transferred Malay Regt 1951, served in Malayan Emergency in Pahang and Negri Sembilan, prom Capt 1/5/1954, retd as Maj,
D.Y.A.M. Raja Di-Hilir Perak, Raja Haji Kamaral zaman bin Raja Haji Ngah Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II,Batalion MSVI berpengkat Leftenan 2/8/1929. 
Y.A.M Raja Kechil Besar, Brigadier Jeneral Datuk Sri Raja Lope Nur Rashid bin Raja ‘Abdu’l Rahman,2nd-Lieut MVI 1932-1933, Berpindah kepada Rejimen Askar Melayu  1/3/1933 sehingga berpangkat Brigadier Jeneral 
1898 - 1938 - Paduka Sri Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa [Marhum 'Atiqu'llah],Kolonel Kehormat Batalion Selangor, MVF, 18/6/1919.Kolonel Kehormat Batalion Selangor 2nd (Selangor). Malay States Vol. Regt. 1/8/1931-1938. 
1942 - 1945 - Paduka Sri Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan ‘Ala ud-din Sulaiman Shah,Sertai Pasukan Polis Bersekutu sebagai Penolong Penguasa Polis 1913, Bersara sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis 1916,Leftenan Malay Volunteer Infantry (MVI) 1916,Kapten Kehormat Volunteer Force (MVF) 25/2/1932, 
1938-1942 & 1945-1960 - Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah,Kolonel Kehormat Batalion Selangor 2nd (Selangor), FMSVF 8/6/1938-1942. Kapten Kehormat SSVAF 1/1/1941. 
1960 - 2001 - Paduka Sri Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj,Mejar Kehormat Royal Malay Regt 1960, Insp. Auxiliary Police 1949-1953,
C.O Battalion Kampong Home Guard, Ipoh 1949-1953
1917 - 1932 - Baginda Sultan Sir Abdullah al-Mu’tasim Bi’llah Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Ahmad Mua’azzam Shah ibni al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun‘Ali,Kolonel Kehormat Batalion Pahang, Malay States Volunteer Regt, October 1923-1932. 
1932 - 1974 Colonel H.R.H. Paduka Sri Baginda Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Sir ‘Abdu’llah al-Muhtasim Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Ahmad Mua’azzam Shah,Cmsnd as 2nd-Lieut. 4th (Pahang) Btn, Malay Volunteer Infantry 1931, resig 22/6/1932, Kolonel Kehormat Batalion 4th (Pahang) FMS Volunteer Force 23/61932-1942. Japanese forces occupied Pahang 3rdJanuary 1942 and immediately imposed a military administration over the state. The sultan secretly supported the formation and organisation of the Tentera Wataniah in 1942, of which he became titular C-in-C. He also supported cooperation with the clandestine activities of “Force 136” and was taken under their protection 17th August 1945. He subsequently returned to the capital under escort of “Force 136” and resumed full control 8th September 1945.
1974 - Baginda Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah,Cmsnd as 2nd Lieut 4th Btn RMR 1953, prom Maj 1963, o/c 12th Infantry Btn (TA) 1963-1965, retd as Lieut-Col 1965.Kolonel Kehormat Pahang Home Guard 19/8/1958,
1888 - 1933 - Tuanku Muhammad Shah ibni al-Marhum Tuanku Antah,Kolonel Kehormat Batalion Negeri Sembilan Malay Volunteer Infantry (MVI), 18/7/1919-1931. 
1933 - 1960 - Tuanku ‘Abdu’l Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad,Leftenan Batalion Negeri Sembilan Malay Volunteer Infantry (MVI) 1916,Kolonel Kehormat Batalion 3rd (Negeri Sembilan) Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), 3/8/1933-1942.

Foto memperlihatkan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah sedang melihat Pasukan Keselamatan SC. Sumber Foto : Google
Pasukan Kawalan Tempatan, Pengawal Kampung (bahasa Inggeris: Home Guard) ialah satu pertubuhan sukarelawan yang memainkan peranan dalam mengawal keselamatan semasa keadaan darurat 1948 yang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu. Pasukan ini ditubuhkan British mengikut acuan Home Guard (United Kingdom). Namun Pasukan Pengawal Kampung ini dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.[13] Apabila berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963-1965, pasukan ini diwujudkan kembali bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Ia dibubarkan kembali selepas konfrontasi ini tamat. Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan.

Pada tanggal 11 Januari 1972, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan. Kemudian Penubuhan Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 dan pada tahun 2014 Jabatan Sukarelawan Malaysia diluluskan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan. Sejak dari awal penubuhannya lagi, fungsi yang dimainkan oleh pasukan Home Guard kepada keselamatan negara adalah penting. Selain menjadi nadi utama dalam membantu pihak berkuasa keselamatan awam mengekang komunis, pasukan Home Guard turut memainkan peranan sebagai “mata dan telinga” kerajaan.

Sumber http://militarybadgecollection.com/
Secara kesimpulannya sentuhan diraja didalam pasukan sukarelawan tidak dapat dinafikan lagi akan penglibatannya dan yang dinyatakan ini hanya cebisan sahaja. Jika direnungi penglibatan yang dinyatakan perihal penghulu yang memainkan peranan utama dalam menggerakkan pertahanan pasukan Home Guard di kawasan yang ditadbirnya dilantik sebagai peneraju utama anggota-anggota Home Guard di sesebuah kampong merupakan benih warisan diraja yang turun temurun mengalas tanggungjawab sebagai Penghulu sebelum tahun 1970an. Maka kesimpulan jua dapat difikirkan bahawa Jabatan Sukarelawan Malaysia yang merupakan satu jabatan yang di asas dari Home Guard mempunyai sentuhan diraja sebagaimana Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.



[1] Pengisytiharan Darurat sebenarnya telah dibuat lebih awal oleh Sir Edward Gent yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British ketika itu. Keganasan komunis mencapai kemuncaknya apabila 3 orang peladang Eropah telah mati dibunuh di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948. Kejadian tersebut menyebabkan Darurat diisytiharkan pada petang tersebut meliputi kawasan Ipoh dan Sungai Siput, Perak serta daerah Kluang, Muar, Kulai dan Plentong di Johor. Butiran lanjut, sila rujuk Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004, hlm. 15
[2] “Competent authority” bermaksud bahawa Menteri Besar dan juga Pegawai Home Guard Negeri di setiap negeri dan juga Pesuruhjaya Residen, Pegawai Home Guard Negeri di Negeri-Negeri Selat, serta semua Pegawai Daerah atau individu yang diakui sebagai wakil pihak Menteri Besar atau Pesuruhjaya Residen. Lihat Federation of Government Gazette No. 10 of 1948, hlm. 2.
[3] Federation of Government Gazatte No. 10, 1948, hlm. 2.
[4] The Volunteer Forces Of The Federated And Unfederated States Of Malaya, And The Straits Settlements: 1940- 1942, Summary- Audrey Holmes Mccormick
[5] Briggs telah memindahkan lebih kurang 650,000 setinggan ke 600 buah penempatan baru (Kampung Baru) dalam tempoh empat tahun dengan kos sebanyak AS$44.3 juta. Rujuk Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan ersenjata Komunis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008, hlm. 43.
[6] Dennis, P. & Grey, J., Emergency and Confrontation Australian Military Operations in Malaya and Borneo 1950-1966, Australia: Allen & Unwin Pty Ltd, 1996, hlm. 58.
[7] Dari tahun 1948-1960’an  Ketua Pasukan HG Persekutuan Tanah Melayu diterajui Sgd. Maj. Gen. E.B. de Fonblanque. Beliau merupakan ketua pasukan Home Guard yang  telah berjaya  meletakkan pasukan Home Guard  menjadi pasukan keselamatan yang dihormati dan disegani ekoran perkhidmatan cemerlang anggota pasukan Home Guard.
[8] State War Executive Committee atau Jawatankuasa Eksekutif Perang Negeri.
[9] Royal Ark Selangor page 9
[10] Untuk melihat struktur organisasi Home Guard negeri dan Negeri-Negeri Selat di Tanah Melayu, sila lihat Lampiran B.
[11] U/10 Home Guard Appointments, Def. Y. 37/4/37, “Letter from E.B. David, the Secretary of Defense, David to all Chairman SWEC’S of State/Settlements”, 16 Oktober 1952. [SULIT]
[12] Royal Ark Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang
[13] Ikatan Relawan Rakyat - Pengenalan, Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

*** Pentadbiran Dan Perkembangan Pasukan Home Guard - Zulkifli Muhamad

Translate