PENUBUHAN WARISAN WMS RESOURCES

LATAR BELAKANG 

Warisan WMS Resources ditubuhkan pada 26 Ogos 2015 yang bertujuan untuk mengerakkan Matlamat Blog Wangsa Mahkota Selangor secara lebih holistik tentang Sistem Pemerintahan Institusi Beraja khususnya Negeri Selangor dan amnya Negara.
Melihat kepada faktor keperluan dewasa kini didalam Memperkasa Sistem Pemerintahan Institusi Beraja maka Warisan WMS Resources di gerakkan bagi memberikan Perkhidmatan yang terdiri daripada Perkhidmatan Perundingan, Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator yang berkualiti dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan Institusi Beraja yang merangkumi Khazanah Seni Warisan Budaya Melayu Beraja.


Pengasas dan Editor Wangsa Mahkota Selangor Pengasas dan Editor Wangsa Mahkota Selangor Wangsa Mahkota Selangor yang diasaskan oleh Muhamad Adha Bin Abd Jalil ataupun lebih dikenali sebagai Ku Alam sekitar tahun 2006 dan bergerak sebagai sebuah Blog “pusat ilmu secara maya” (Alam Siber) yang berkongsi maklumat Khazanah Sistem Pemerintahan Institusi Beraja Negeri Selangor Darul Ehsan dan tidak bergabung dengan mana-mana institusi, persatuan atau badan-badan politik dan didokungi oleh Y.M Tengku Ahmad Kharib Bin Tengku Abdullah sebagai Editor dan didokungi oleh Panel Editor Sembangkuala yang terdiri daripada Y.M Raja Yusuf Izzudin Raja Dato’ Pahlawan Lope Ahmad dan Y.M Raja Shahriman Raja Harun Al-Rashid sebagai Penal Penasihat.

Teras ketulusan untuk menaikkan Institusi Beraja didalam Negeri Selangor amnya Negara adalah matlamat yang Wangsa Mahkota Selangor memilih untuk menghuraikan secara umum, sejarah sistem negara beraja, faktor-faktor kejatuhan dan kebangkitan, kekhilafan yang mungkin berlaku, kekuatan serta peranan, kesinambungan sistem beraja dalam menghadapi cabaran dunia global semasa kerna Wangsa Mahkota Selangor bertekad memelihara kemuliaan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi yang telah diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar, kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

VISI ORGANISASI 
Sebuah organisasi yang menyediakan Perkhidmatan Perundingan, Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator yang berkualiti dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan Institusi Beraja yang merangkumi Khazanah Seni Warisan Budaya Melayu Beraja dan membuat peruntukan yang sewajarnya untuk disumbangkan kepada pihak yang dikenalpasti sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

MISI ORGANISASI 
Membangunkan potensi yang terbaik dengan melaksanakan ‘reengineering’ kaedah penyampaian ilmu dan latihan dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, inovatif, holistik serta bersinergi dengan pelbagai pihak.

No comments:

Translate