Sungkai seharusnya sinonim dengan pokok Sesungkai tumbuhan yang melata di sepanjang Sungai Sungkai dan sekitarnya. Secara fizikalnya teras batangnya lembut seperti pokok ubi dan daunnya seperti daun pokok mengkudu tapi bercabang dan batangnya boleh membesar pokok durian. Ironiknya orang di pedalaman Pahang (Sungai Pahang) memanggilnya pokok Sungkai dan mereka mengamalkan dalam perubatan tradisional dimana air rebusan daunnya diminum untuk menghilangkan demam panas. Orang Sungkai suka menggunakan pokok tersebut untuk dibuat tiang jambo (pondok menjaga buah durian gugur) kerana tiang tersebut akan hidup dan tahan lama (seperti yang kita menanam pokok ubi).
Bahawa pokok Sesungkai jua hanya boleh didapati di Sungai Sungkai, Kawasan di tanah Sungkai dan Sungai Pahang sahaja dan yang menariknya pokok ini juga mempunyai mistik apabila ianya di jaga oleh Panglima Hitam yakni yang mengawal hal-hal ghaib di kawasan adanya pokok Sesungkai.
Sesungguhnya Allah SWT jua maha mengetahui akan sesuatu...
4 comments:
Assalamualaikum. Saya minta izin menggunakan imej di atas ke dalam blog petua sejagat.
Harap pihak tuan dapat mengizinkannya.
Sekian, terima kasih.
Saudara Oktat...
Walaikumsalam dan di persilakan Saudara...
baru tahu sungkai tu nama pokok
Yeaaa... Sungkai itu adalah nama Pokok dan untuk pengkongsian ilmu jua terdapat Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada
Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada merupakan adat yang dijalankan sebelum tiang utama Panca Persada daripada kayu khas bernama 'Sungkai' dipasakkan. Pada zaman dahulu, Panca Persada dibangunkan di pertengahan Sungai Perak, akan tetapi sekarang ianya didirikan di pekarangan Istana Iskandariah. Berbentuk empat persegi setinggi 9 atau 11 tingkat, ianya dikisar sekelilingnya dengan tangga. Di kemuncaknya terletaknya tempat bersemayam Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan yang berbumbung. Siling dan tiang dibalut dengan kain kuning. Di sekiling tingkat digantung dengan daun budi dan tingkat kemuncak diulas dengan kain keemasan. Lazimnya, istiadat ini cuma dihadiri oleh orang besar-besar, pawang-pawang, panglima-panglima dan bentara-bentara sahaja.
Post a Comment