28 January 2014

Tatacara Mengangkat Sembah Adat Dahulukala.

Dalam kehidupan rakyat di dunia tidak terkecuali lain-lain bangsa dan terutama sekali Orang Melayu terhimpun Adat Resam Melayu dan Adat Istiadat, perkataan protokol mungkin baru tetapi amalan protokol telahpun dipakai sejak dahulu lagi. Jika susunan keutamaan yang menjadi takrif utama, maka hal ini sudah wujud. Bahasa istana atau bahasa diraja dan tertib menghadap raja dan pembesar adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. 

Ringkasnya pada zaman kerajaan Melayu tradisi, ianya lebih banyak dilihat sebagai adat istiadat dan pantang larang istana. 

Dihuraikan berhubung adat istiadat mengangkat sembah adat dahulukala. 

1. Cara Untuk Yang Dipertuan Besar Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening. 

2. Cara Untuk Yang Dipertuan Muda Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening 

3. Cara Untuk Bendahara / Temenggong Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak dibawah dagu. 

*** Di ingatkan bahawa mengikut adat istiadat diraja dahulu kala menyembah itu hanya dilakukan sambil duduk ataupun bertelekukan lutut sebelah kanan dan kaki kiri dijelepokkan. Sesekali tidak pernah dilakukan menyembah itu sambil berdiri. Apatah lagi sambil berjalan.

No comments:

Translate