Konflik yang dialami oleh dawlah Uthmaniyah di rantau mendapat tumpuan dan perhatian masyarakat Melayu.
YAM Raja Harun Al-Rashid Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul ‘Adzam merupkan salah seorang kerabat diraja Perak bertanggungjawab sebagai Setiausaha Dana Turki Uthmaniyah.
Pada 4 Januari 1913, kutipan tersebut berjaya mencecah $7610.33 yang diperolehi daripada Paduka Seri Sultan Perak dan juga masyarakat Islam. Kutipan itu kemudiannya disalurkan untuk Persatuan Bulan Sabit Merah dawlah Uthmaniyah.
Raja Harun Al-Rashid bergelar Raja Kechil Sulong dan pernah mengiringi Paduka Seri Sultan Idris ke England pada bulan Julai tahun 1911, bagi menghadiri majlis Pertabalan King George V.
Meninggal dunia pada 10 Mei 1945
No comments:
Post a Comment