05 March 2012

PERJANJIAN DAMAI NEGERI PERAK DAN SELANGOR

Sekitar tahun 1825, Perjanjian Damai antara Perak dan Selangor dan Persahabatan di antara Selangor dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris di tandatangani.

1. Sultan Selangor dan Inggeris bersetuju mengesahkan Perjanjian Perdagangan bertarikh 23 Ogos 1818.
2. Sultan bersetuju Sungai Bernam dijadikan sempadan tetap bagi jajahan takluk Selangor dan bersetuju tidak akan menyerang Perak.
3. Sultan bersetuju mengundurkan Raja Hassan dari Sungai Bidor.
4. Sultan dan juga pihak Inggeris tidak akan membenarkan lanun-lanun bersembunyi di tanah jajahan mereka.
5. Kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama menangkap lanun, perompak, pembunuh dan lain-lain serta menyerahkan kepada pihak yang berkuasa.
6. Perjanjian ini mengekalkan keamanan dan perhubungan persahabatan diantara Selangor dan Inggeris.

Pihak Inggeris telah membuat perjanjian yang sama dengan Sultan Perak pada 6 September 1825.
Dengan perjanjian ini pihak Inggeris berjaya memperkukuhkan persahabatan dengan Sultan Perak dan Selangor.

No comments:

Translate