07 August 2010

SEJARAH KUALA LUMPUR



Era Pra-Kemerdekaan (1857-1957)

Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga DiRaja Selangor yang bernama Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. pada awalnya hanya 87 pencari gali Cina yang telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, pada masa itu kawasan tersebut adalah hutan belantara.
Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan.
Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan.

Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang Panglima kepada kerajaan Negeri Selangor semasa dibawah Pemerintahan Almarhum Sultan Abd Samad.

Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan dan memastikan ada undang-undang dan peraturan.

Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi telah menjadi bandar yang terutama di Selangor. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor.

Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

Dataran Merdeka di pusat Kuala Lumpur, di mana kemerdekaan Malaya diumumkan pada tahun 1957 Ia telah menjadikan Kuala Lumpur Ibu Negeri Selangor.
Sir Frank Swettenham pada waktu itu diwakilkan Residen Selangor dan dia menjadi orang bertanggungjawab untuk membuat Kuala Lumpur kedudukan pentadbiran Selangor. Masa pentadbirannyalah Kuala Lumpur bersambung menjadi bandaraya kaya dan aman, selepas kematian Kapitan Yap. Apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu digabungkan dengan Swenttenham sebagai penjaganya pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi ibu negerinya.

Pada Perang Dunia II tentera Jepun menakluki Kuala Lumpur pada 11 Januari, 1942 dan menguasai bandar itu selama 44 bulan.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kuala_Lumpur

SELAMAT MENYAMBUT DAN MENJALANI IBADAT PUASA DIBULAN MULIA RAMADHAN AL MUBARAK 2010 (1431H)


Kite dengan hati yang hening menzahirkan setulus kalam dari pancaran mata hati melahir kesyukur atas rahmatMu jua Allah SWT yang telah memungkinkan kite dapat menyambut seterusnya menjalani Ibadah Puasa di Bulan yang penuh keberkatan Ramadhan Al Mubarak.

Di sini jua kite ingan mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada rakan dan sekalian muslimin dan muslimat.

Semoga kite semua mendapat keberkatan di bulan yang Mulia ini...
Insyallah...



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ

“Apabila datang Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Siapa yg berpuasa pada bulan Ramadhan dlm keadaan iman dan mengharapkan pahala akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ، فَرَضَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِيْنِ، لِلَّهِ فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، مَنْ حُرِمَ خَيْرُهَا فَقَدْ حُرِمَ

“Telah datang pada kalian Ramadhan bulan yang diberkahi Allah Subhanahu Wa Ta’ala mewajibkan atas kalian untuk puasa di bulan ini. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu setan-setan yg sangat jahat. Pada bulan ini Allah memiliki satu malam yg lebih baik dari seribu bulan. Siapa yang diharamkan untuk mendapatkan kebaikan malam itu maka sungguh ia telah diharamkan.”

25 June 2010

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU.



Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ianya bersama-sama dengan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral.

Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Sir Frank Swettenham.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri sehinggalah tahun 1946. Bendera itu mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu putih, merah, kuning, dan hitam. Gabungan mana-mana warna terbabit dapat membentuk warna untuk negeri-negeri terlibat:-
Merah, Hitam dan Kuning untuk Negeri Sembilan; Putih dan Hitam untuk Pahang; Hitam, Putih dan Kuning untuk Perak; dan Merah dan Kuning untuk Selangor.

Sumber : http://ms.wikipedia.org

MAJLIS RAJA RAJA MELAYU



Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan menjadi Negeri-Negeri Bersekutu. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud Istana Raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (Pengerusi Mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu.

24 June 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR


Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Pada zaman dahulu, Raja atau Sultan ditandu ketika melawat Jajahan takluknya, ada kalanya Raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh. Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat. Pihak istana juga tidak terlepas dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakkan, gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Lantaran kerbekesanan Kembara Mahkota Johor 2001, DYMM Tuanku Sultan telah mengumumkan agar program ini dijadikan acara tahunan istana. Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, Kembara Mahkota Johor juga bertujuan sebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini juga dapat mempromosikan lokasi lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor. Selain itu Kembara Mahkota Johor juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.

Kembara Mahkota Johor mempunyai beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (Pendalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program Kembara Mahkota Johor ini menjadi lebih bermakna apabila DYMM Tuanku Sultan bersama keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam di rumah penduduk kampung yang terpilih. Baginda seisi keluarga juga bersukan dan bermesra dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kaum. Program ini juga memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap institusi diraja apabila masyarakat berbilang kaum dan lapisan sanggup berhujan dan berpanas untuk menunggu keberangkatan DYMM Tuanku Sultan dan berebut untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan yang mereka kasihi.

Sumber : http://www.kembaramahkotajohor.com.my

Kesimpulan :-
Pada hemat kite alangkah molek seandainya semua Raja-Raja Melayu menganjurkan program sedemikian dalam memastikan sekalian rakyat senantiasa mengasihi dan menjunjung tinggi Raja Raja Melayu yang menjiwai rakyat... insyallah kite yakin dan pasti ke semua Raja Raja Melayu mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri dalam beramah mesra dengan rakyat.

20 June 2010

INSTITUSI DIRAJA MASIH RELEVEN DAN MEMANYUNGI NEGERI.

Institusi DiRaja yang masih wujub didalam negara adalah kerna keinginan dan hak Yam Tuan bagi tanah Negeri yang di Perintah berlandaskan kepada Hukum dan Undang-Undang Negeri yang di gubah dan di selia pada suatu ketika dahulu.

Sesungguhnya sekalian rakyat seharusnya bersyukur kerna di negara yang berdaulat ini masih mengamalkan Sistem raja berpelembagaan yang seseungguhnya unik dan tidak dapat di dalam mana-mana negara di dunia.

sejarah telah membuktikan betapa banyak negara-negara yang di perintah oleh Raja tersungkur di lembaran tanah sendiri, sifat dari revolusi yang berpaksikan kepada kepentingan diri sendiri. sesungguhnya institusi diraja merupakan panyung kepada negeri dalam menyangkal sebarang bentuk polimik politik yang di amalkan di sesebuah negara. sifat-sifat raja pemerintah yang lebih mengasihi sekalian rakyat juga membawa kepada kesetiaan rakyat kepada raja demi memastikan mereka di payungi dalam negara.

jatuhnya sesebuah kerajaan mahupun negara atas kepada tumbangnya sistem beraja yang di angkat dan di buat sumpah setia seperti mana yang berlaku di antara Sang Nila Utama dan Demang Lebar Daun suatu ketika dahulu di Tanah Palembang Darul Salam.

Sistem beraja jua merupakan sistem yang berpaksikan khalifah

DATUK SERI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN ANDAK TOKOH PERJUANG BAHASA MELAYU.,



JOHOR sememang terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan pejuang bangsa. Sehingga hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.

Seorang daripada tokoh besar kelahiran Johor ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat pintar hinggakan wujud usaha menyingkirkannya dari bumi sendiri.

Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak kepada Haji Andak Jamak. Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai Inggeris dan pedagang asing di Johor.

Tugas utama yang dilakukan oleh Cato' Abdul Rahman ialah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak Inggeris. Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.

Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Dato' Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan Inggeris pada 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.

Pada 1888, Dato' Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.
Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara berkumpulan melalui PBMPB.

Tujuannya untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.

Usaha yang utama organisasi ini (PBMPB) ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti Setiausaha, Pejabat dan Kerja Raya.

Pendekatan yang diamalkan Dato' Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai bijak pandai Melayu melalui pendidikan menyebabkan wujud 'taktik kotor' untuk menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.

Inggeris mendapati selagi ada Dato' Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan beliau dan 'disemadikan' di England pada 1909.

Gabenor Anderson bertindak menyingkir Dato' Abdul Rahman dengan persetujuan Sultan Ibrahim dan mencadangkan Dato' Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.

Situasi itu menyebabkan Dato' Abdul Rahman dibuang ke London dan meninggal dunia di sana, namun jasanya tetap dikenang sebagai seorang daripada tokoh yang membawa pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu.

Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan bangsa, Dato' Abdul Rahman tetap dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.

Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata, manakala 18 lagi mengenai Sejarah, Kebudayaan dan Laporan.

Dalam bidang peristilahan pula, PBMPB memainkan fungsi besar mencipta beberapa istilah baru seperti Pesuruhjaya, Warta, Jurucakap, Jadual Waktu dan Timbalan.

Dato' Abdul Rahman dianggap sebagai pemimpin pertubuhan terkenal dalam memberi nafas kepada organisasi itu. Namun begitu pertubuhan itu tidak kekal dan pada 1904 usaha dibuat untuk menghidupkannya kembali.

Organisasi itu semakin tidak bermaya sehinggalah pada 1934, baginda Sultan Johor bersetuju memberi bantuan RM2,000. Nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja (PBMPB). Gelaran 'Diraja' dianugerah oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935.

Sumbangan awal Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai Pustaka pada Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka (DBP) pada September 1956.

Translate