16 September 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA...


Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru. Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara.

Sehelai peta yang diterbitkan di Chicago pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.
Bahagian semenanjung memakai nama Persekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura.
Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian.

Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.

Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "Tanah Bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu.

" Potret menunjukkan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir, selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963".

No comments:

Translate