11 October 2011

TENGKU AMPUAN JEMA'AH BINTI ALMARHUM RAJA AHMAD - TENGKU AMPUAN SELANGOR

Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah Binti Almarhum Raja Ahmad merupakan Tengku Ampuan Selangor dan Suri Negeri bagi Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah. Almarhumah diputerikan di Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat, Selangor sekitar tahun 1900 dan mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu dalam kawasan Istana Bandar Termasha, Jugra.


Pada tahun 1920, Almarhumah bertemu jodoh dengan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang ketika itu menjadi Pengiring Diraja kepada DYMM Sultan Alauddin Suleiman Shah. Dengan itu secara tidak langsung almarhumah menjadi pengiring khas kepada DYMM Tengku Ampuan Fatimah Binti Almarhum Sultan Idris.


Almarhumah jua rajin mencuba pelbagai kerja pertukangan tangan di istana dan mahir menyulam, mengait dan membuat sulaman tampal. Apabila Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah berpindah ke Klang, baginda mengumpul kaum wanita di kampung-kampung dan memulakan program latihan seni pertukangan tangan untuk mereka. Hasil pertukangan ini dihantar ke Hotel Raffles di Singapura di bawah jenama "Pertukangan Tangan Melayu Selangor" yang dibiayai oleh isteri Gabenor Singapura ketika itu. Kedai Pertukangan Tangan Melayu dibuka di Klang dan kemudiannya sebuah lagi cawangan dibuka di Kedai Robinson di Kuala Lumpur dengan bantuan pengurus kedai tersebut.

"Gerai Selangor" di pameran Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai pelancong Eropah, dan beberapa anugerah barangan perak yang dimenangi oleh gerai itu boleh dilihat di Muzium Istana Alam Shah. Penghargaan yang diterima ini adalah hasil usaha Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah.


Pada tahun 1952, Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah menunaikan fardu haji di Mekah dan pada tahun berikutnya jua Almarhumah mengiringi Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk menyaksikan pertabalan Ratu Elizabeth II pada 02.06.1953 di Westminister Abbey, London.

Almarhumah mangkat pada 8 April 1973 dan dimakamkan Di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang.

Nota kaki :

Almarhumah menetap di Klang selepas Kemangkatan Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Almarhumah jua pernah membela dan mencarikan pekerjaan kepada Atuk saudara kita,


No comments:

Translate