Sejarah
Pada masa dahulu Bidor ini adalah sebuah penempatan kecil yang mengunakan sungai sebagai satu perhubungan di antara satu pekan ke satu pekan. Sungai Bidor digunakan sebagai penghubung penempatan ini ke Pekan Teluk Intan. Kebanyakan rumah ada ditepi sungai sehinggalah perusahaan Bijih Timah bermula. Penduduk disekitar kampong menghantar barang-barang niaga mereka ke Teluk Intan mengunakan sampan sejak kurun ke 18. Mengikut catatan penempatan di Bidor ini kemungkinan bermula dari kurun ke 8 dan 9. Ini berdasarkan penemuan sebuah patung berhala gangsa yang mempunyai 8 tangan di Anglo Oriental Perak Tin mine pada tahun 1936 setinggi 79cm. Patung ini boleh dilihat di Muzium Negara di Kuala Lumpur.
Bidor dipercayai adalah sebahagian dari Permerintahan Negara Gangga yang di diami oleh Hindu-Buddhism sekitar 900 tahun yang lalu. Semasa pemerintahan Sultan Salehuddin, Sultan Perak ke-9 Bidor dibuka kerana hasil timahnya. Perkataan Bidor berasal daripada acuan bijih timah yang dibuat daripada kayu bagi menyukat bijih.Setiap satu Bidor mengandungi kira kira 70 kati bijih timah. Orang yang pertama dilantik menjadi penghulu Bidor ialah Syeikh Abdul Ghani. Untuk mengenang jasa penghulu pertama Bidor kerajaan telah menamakan sebuaha sekolah menengah di Bidor ini dengan nama SMK Syeikh Abdul Ghani.
Perang Dunia Ke2
Apabila perusahaan bijih timah bermula maka berhijrahlah bangsa-bangsa cina ke Bidor dari kawasan sekitar seperti Batu Gajah dan Teluk Intan. Semasa Perang Dunia Kedua Jepun telah menakluki Bidor dan membuat kubunya di Kampong Poh. Pada 29 Dis 1941 terdapat pentempuran antara Jepun dan Inggeris di Kuala Dipang yg menyebakan 5 orang terkorban. Kemasukan tentera ialah pada Disember 1941 oleh Rejimen 137 oleh Lt. Hartley''s di bahagian Sungkai dan Bikam. Pada 1943 MPAJ Patrol Pertama Rejemin ke 5 yg menjaga Kol.John Davis yg mewakili Admiral Lord Mountbatten iaitu head Office of Force at Blantan Hill telah di serang hendap di lebih kurang 7 batu diutara selatan Bandar Bidor oleh Huang Song dan pemantunya Cai Dadi. Pada 2 Oktober 1948 Kaptain D.G Lock telah mati dibunuh ketika mandi di Bidor bagitu juga Kaptain A.R.Pickin yg terbunuh semasa berperang pada 18 julai 1948. Kedua-dua mereka ditanam di Batu Gajah. Pada tahun 1950 sebuah pasukan GHQ ke 26 Brigate Gurkha dan Royal Artillary 95 telah ditempatkan di Bidor.
Lokasi
Bidor terletak diantara Tapah dan Sungkai. Ia adalah jalan masuk dari lebuh raya jika hendak ke Lumut atau Teluk Intan. Jika dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur, anda akan melalui Kampar, Tapah, Bidor, Sungkai,Tanjung Malim, Sungai Buloh; mengikut turutan tersebut.
Ekonomi
Dahulu ekonomi pekan Bidor bergantung kepada pertanian seperti perusahaan jambu batu, buah-buahan eksotik, penternakan ayam/itik, getah, dan kelapa sawit. Kini, perindustrian telah sedia terdapat atas galakan kerajaan negeri yang membawa masuk usahawan dari luar negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan untuk menjana industri kecilan. Juga, salah satu punca pendapatan Bidor datangnya daripada orang luar yang singgah di bandar ini dalam perjalanan mereka ke tempat lain disebabkan populariti makanan dan hasil tani pekan ini. Sebelum pengenalan Lebuh raya Utara Selatan, Bidor ialah bandar persinggahan yang tidak boleh dielakkan oleh semua pemandu. Kini, pemandu tetap memilih untuk singgah di Bidor untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Patung Sumber : |
No comments:
Post a Comment