21 March 2013

DYAM Raja Yang Dipertuan Jajahan Hilir Perak

Raja Yang Di Pertuan Jajahan Di Hilir Perak
Duli Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ja'afar Ibni Raja Muda Musa di puterakan pada 26 September 1941 dan mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh; kemudian melanjutan pengajian di Universiti Malaya dan mendapat ijazah BA pada tahun 1965.

Tuanku menyertai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1966 dan berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah sehingga tahun 1971. Tuanku kemudian menamatkan pengajian pascasiswazah dalam Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Cornell, Ithaca NY, pada tahun 1975.

Tuanku dilantik menjadi Waris Negeri Kanan Negeri Perak iaitu  Raja Kechil Tengah pada 13 Feb 1984, Raja Kechil Sulong (1998) dan dilantik menjadi menjadi Bakal Sultan bergelar Raja Di Hilir Perak pada 10 Mac 1998  selepas kemangkatan DYAM Raja Ahmad Hisham bin Raja Abdul Malik.
Tuanku bersurikan DYAM Raja Dato' Seri Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah.


Susur galur DYAM Raja Dato Seri Jaafar Ibni  Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Ibni Almarhum Raja Muda Musa I Ibni Almarhum Sultan  Ngah Jaafar Mua'azam Shah Ibni Raja Kechil Tengah Ahmad.
Tuanku kemudiannya kembali ke Malaysia dan menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia, berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (1976-1979), Kementerian Pendidikan (1979-1984), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (1985-1989), Kementerian Pertahanan (1989-1995) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (1995-1996).

Foto dari Sembangkuala.com 
Masa lapang Tuanku di isi melalui  minat Tuanku seperti bacaan bahan sejarah termasuk negeri Perak, sukan golf, muzik dan permainan pesawat kawalan jauh.

Tuanku ketika merasmikan suatu majlis dibawah pengelolaan Polis DiRaja Malaysia
Perkongsian ilmu sepintas lalu berhubung Bakal-bakal Sultan yang ada pada masa dahulu adalah : -

- Raja Muda 
- Raja Bendahara 
- Raja DiHilir 

Walau bagaimanapun, gelaran Raja Bendahara sebagai Bakal Sultan telah pun dihapuskan dan dimansuhkan.
Dengan itu, Bakal-Bakal Sultan pada masa kini adalah : -

- Raja Muda
- Raja DiHilir

Gelaran Bakal Sultan meletakkan satu jata yang di kongsikan oleh Tuanku Raja Muda Perak bersama Tuanku Raja Di Hilir Perak namun bendera berlainan.

Jata Bakal-Bakal Sultan
Bendera DYAM Raja Di Hilir Perak


Pemilihan dan perlantikan seseorang Sultan atau Raja Pemerintah dan juga lain-lain gelaran dalam hirarki sistem bergelara ataupun dalam ertikata lain kenaikan pangkat dari Raja Kechil Bongsu sehingga ke Raja Muda mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Yang Kedua. Perlu di nyatakan di sini tentang wujudnya satu badan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (perenggan 3.6) yang di kenali sebagai “Dewan Negara”.

Badan yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam hirarki yang tersebut di atas itu.
b) Peruntukan Bagi Perlantikan Bakal-Bakal Sultan “Fasal XXX : Maka dari antara mereka yang harus di pilih sebagai Raja Pemerintah mengikut tertib yang di tetapkan dalam fasal-fasal VII dan VIII itu, hendaklah di pilih dan di lantik tiga orang Bakal Sultan oleh Raja Pemerintah itu dengan nasihat Dewan Negara”.

RAJA Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa (kanan) bermesra dengan sebahagian waris Syed Hussein Al-Faradz Jamalulullail pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Persatuan Keluarga Jamalullail Perak di pekarangan Masjid At-Taqwa, Kampung Makmor, Sungai Siput, Perak tahun 2009. 
Sumber :- 
http://azliadlan.blogspot.com
Tertib Mengangkat sembah kepada Raja Yang Di Pertuan Jajahan Hilir Perak di mana pangkal ibu jari terletak di atas mulut sahaja. 

Keunikan Sistem Pewarisan Takhta Singgahsana Negeri Perak sangat unik untuk meletak sama ada Raja Di Hilir Perak mahupun Raja Muda Perak sebagai Paduka Seri Sultan Perak yang akan menaungi rakyat negeri Perak. Kenaikkan Raja Muda sebagai Paduka Seri Sultan tidak dapat dipastikan kerna Sistem yang unik ini menyatakan Bakal-Bakal Sultan boleh di pilih oleh Dewan Negara bagi dilantik sebagai Paduka Seri Sultan Perak.

Cebisan riwayat Gelaran Raja Yang Di Pertuan Jajahan Di Hilir Perak.
Diriwayatkan Sultan Mahmud Iskandar Shah (1653-1720) bertitah kepada anak adindanya, Raja Muzaffar (Inu), untuk pergi memerintah di muara-muara Sungai Perak, Sungai Bernam dan Sungai Besar, iaitu jajahan hilir Perak yang cuma disebut ‘Bernam’. Paduka Raja Muzaffar itu kemudiannya dipangkatkan sebagai Raja Di-Bernam. Kemudiannya Raja Di-Bernam Muzaffar diangkat sebagai Yang Di-Pertuan Sultan Perak ke-13,  iaitu Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah III (1728-1754).

Notakaki :-

Almarhum Paduka Seri Sultan Abdul Aziz Mu’tassim Billah Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa I yakni Nenda kepada Tuanku Raja Di Hilir yang menaiki Takhta Singgahsana Negeri Perak 17 October 1938 telah membuat satu tradisi yakni meletakkan anakanda sulung baginda sebagai Raja Kechil Bongsu Perak sehingga menjadi satu kelaziman mana-mana Paduka Seri Sultan Perak yang menaiki takhta singgahsana negeri perak meletakkan putera sulung ke gelaran tersebut.
Sebagai Contoh : Almarhum Sultan Yusuf meletakkan Raja Ekram, Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah meletakkan Raja Izuddin Iskandar Shah.

Sumber :
- Sembangkuala
- M.A. Fawzi Basri. Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak. 1986. 
- Portal Raja Kita Negeri Perak

Rujukan 
- YM Raja Kobat Salahuddin Ibni Raja Muda Musa.

05 January 2013

UNDANG-UNDANG ISKANDAR SCHOLARSHIP KERAJAAN PERAK CETUSAN PADUKA SERI SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH

Bahawasanya pada era pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Sultan Alang Iskandar Shah, Yang Dipertuan memerintah di atas singgahsana takhta kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan kalid Allah Taala Malakah Wa Sultanah, maka dengan arif bijaksana dan limpah kurnianya mengadakan Iskandar Scholarship Kerajaan Perak pada tiap-tiap tahun bagi murid-murid sekolah arab dan sekolah Quran, iaitu khas kerana murid-murid yang belajar didalam Negeri Perak sahaja. Maka kurniaan Yang Amat Berbahagia dan memberikan kebajikan itu tiadalah ternilai harganya oleh sekalian isi negeri ini. 

Maka sebelum disempurnakan undag-undang ini, dengan kehendak dan takdir Allah SWT, berlakulah di atas hamba-Nya Duli Yang Maha Mulia yang bergelar kemudian Almarhum Qadasallah telah mangkat pada 17 September 1938 yang mendukacitakan seisi Negeri Perak. 



Maka dengan sempurna limpah Tuhan kepada seisi Negeri Perak mengadakan ganti Almarhum Qadasallah itu diangkat naik singgahsana takhta Kerajaan Negeri Perak yang amat di kasihi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Sir Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah. Mudah-mudahan barang dicucurkan kepada Roh Almarhum Qadasallah rahmat-Nya dan ampunan-Nya yang mendapati kepada roh Almarhum itu bersenang sentosa dalam syurga Jannat al-Firdaus. Dan jua barang dilanjutkan Allah Taala usia Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Sir Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah, suami isteri putera berputera dengan bertambah-tambah darjat yang ketinggian, serta aman sentosa limpah makmur dalam kebajikan selama-lamanya fid al-dunia wal akhirat. Aamiin ya rabbal alamin... 

Raja Kechil Sulong Perak

Yang Dipertua : Yang Mulia Raja Harun Al-Rashid Al-Haj [ Raja Kechil Sulung Perak ] 
Naib Yang Dipertua : Yang Mulia Raja Abdul Rashid [ Raja Kechil Tengah ] 
Setiausaha Kehormat : Tuan Haji Muhammad Zain Amin [ Mufti Perak ] 
Ahli :- Tuan Haji Ahmad [ Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja Diraja Perak ] 
Ahli :- Tuan Haji Amir Yahya [ Orang Kaya-Kaya Seri Andika Shahbandar Muda Perak ] 
Ahli :- Tuan Haji Hashim [ Ketua Qadhi Perak ] 

Senarai Jawatankuasa diatas memperlihatkan susunan pegawai yang dianggotai oleh Waris Negeri, pembesar, kadi dan mufti. Ianya suatu contoh yang baik bagi memberi gambaran yang jelas betapa prihatinnya Raja terhadap pendidikan anak-anak negeri Perak, khususnya membantu pelajar-pelajar yang berpontesi melanjutkan pengajian , sama ada didalam mahupun luar negara

Dinyatakan Suatua hadiah pelajaran agama negeri berharga $ 2000.00 setahun untuk murid-murid yang lulus sekolah quran yang cemerlang bagi melanjutkan pelajatrannya ke Madrasah Idrisiah, bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sumber :

1. Undang-Undang Iskandar Scholarship
2. Arkib Negara
3. Sejarah Perkembangan Pendidikan Negeri Perak

25 December 2012

ENGKU MUDA ORANG KAYA-KAYA MAHAKURNIA INDIRA DIRAJA PERAK

Raja Razman B Raja Abdul Hamid
Foto : Dengan Izin Sembangkuala
Batang tubuh ini bukanlah searif insan untuk menghuraikan dan merungkai berhubung perihal hal ehwal sejarah, namun didalam kekurangan yang ada, dipohon pertunjuk dari Ilahi, agar dikurniakan petunjuk, berpandukan pengetahuan yang sedikit, bersandarkan pengalaman yang singkat. Insyallah dengan izin Ilahi jua memungkinkan Wangsa Mahkota Selangor memberikan huraian didalam menyuarakan pandangan, menghuraikan pendapat, mudah-mudahan barang di awasikan ILAHI. 

Engku Muda Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indira DiRaja merupakan satu gelaran yang dibentuk dan diberikan kepada anakanda Raja Bendahara Abdul Hamid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul-Azzam Shah ketika pemerintahan Paduka Seri Sultan Alang Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul-Azzam Shah. Secara realitinya tidak pernah berlaku didalam negeri perak yang mempunyai gelaran lain yang disandang oleh Waris Negeri Perak selain Raja Bergelar yang akan membawa kepada bakal-bakal Sultan Perak. 

Paduka Seri Sultan Alang Iskandar telah memberi gelar kepada Raja Shahriman sebagai Engku Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indira DiRaja dan Raja Razman sebagai Engku Muda Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indira DiRaja pada 1 Julai 1929. Namun hakikatnya gelaran ini mempunyai peranan yang sangat bernilai khususnya negeri perak dan amnya negara. Terutama Engku Muda Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indira DiRaja yang telah memungkinkan penghargaan yang amat ketara takkala Ucapan penghargaan pada Raja Razman Bin Raja Abdul Hamid di dalam Cenderamata sempena Pertabalan Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah, Oktober 1963. 

Sesungguhnya gelaran yang dibentuk dan dikurniakan kepada Raja Razman merupakan satu lembaran sejarah yang baru didalam negeri perak didalam mengumpul hal ehwal sejarah Adat Lembaga Orang-orang Melayu di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan daripada Zaman Purbakala. Sesungguhnya Almarhum Paduka Seri Sultan Alang Shah telah memenuhi watak didalam pengisian amanah yang mana Raja perlu memiliki hikmah merangkai yang lama dengan yang baru membawa pembaharuan di samping memelihara tradisi agar Raja bersedia membolehkan berlakunya perubahan dalam rangka kesinambungan budaya modenasi tanpa melupus kekayaan adat yang kekal diwarisi kerna itu jua segala hal ehwal sejarah Adat Lembaga Orang-orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan daripada Zaman Purbakala dikumpul dan diteliti, serta bukukan agar dapat dikongsikan kepada sekalian rakyat didalam negeri perak agar tak lapuk di hujan, tak lekang di panas iaitu Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. Almarhum Sultan Alang Iskandar jua merupakan seorang Raja Yang Dipertuan yang amat meminati sejarah. 

Contoh yang paling jelas takkala batang tubuh yang bernama Raja Razman dipanggil nama timbang-timbangan sebagai Ku Nick yang lebih menjurus untuk meletakkan identiti seseorang empunya diri dengan amanah didalam pengisian gelaran KURNIA. 
Maka adalah tepat diberi jolokkan tersebut kerna sesungguhnya Raja Razman telah banyak menyumbangkan KURNIA didalam merungkai dan mengumpul perihal-perihal isi negeri yang melibatkan seni warisan budaya. Sesungguhnya tidak ternilai dan dapat di nilai apa jua sumbangan yang telah diberikan oleh Raja Razman Bin Raja Abdul Hamid kepada negeri mahupun negara. 

Takkala terdirinya Sembangkuala maka secara tidak langsung telah memenuhi amanah gelaran yang diterima oleh Raja Razman sebagai Engku Muda Orang Kaya-Kaya Mahakurnia Indira Diraja didalam memelihara kemuliaan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi yang telah diwarisi turun temurun, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa agar ilmu yang dikumpul dapat di sebarluas, baik melalui pendidikan formal dan nonformal, seperti perbincangan, ceramah, dakwah, dan sebagainya termasuk dalam kategori menulis buku yang berguna. Insyallah...

25 November 2012

Senarai Raja Kechil Muda Perak Mulai Tahun 1740 Hingga Tahun 1940


Negeri Perak mengamalkan Sistem Penggantian dalam susunan hierarki pemerintahan yang terdiri daripada kalangan Raja-Raja Yang Bergelar. Dalam sistem ini, seorang Sultan akan melalui beberapa tahap jawatan atau pangkat, dari yang paling bawah hingga akhirnya mencapai ke tahap yang paling tinggi. 
Persoalannya adakah gelaran Raja Kechil Muda adalah sama dengan jawatan didalam sistem pengiliran dan adakah jawatan tersebut merujuk kepada tanggungjawab sebagai Pawang Raja setelah ketiadaan Sultan Muda dan mestikah ianya dari benih Sultan Iskandar Zulkarnain [ Cempaka Sari ] 

Amalan Sistem Penggantian ini, putera sulung kepada Sultan yang sedang memerintah tidak semestinya akan mewarisi takhta kerajaan, kerana pewaris sebenar takhta adalah kepada sesiapa dari kalangan Raja-Raja Yang Bergelar yang memegang kedudukan selaku Raja Muda. 

Proses bagaimana Raja-Raja Yang Bergelar itu menaiki sesuatu jawatan adalah ditentukan oleh pelantikan Sultan apabila berlaku kekosongan jawatan. 

Mengikut Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala (1918-1938) (halaman 5-8) menetapkan susunan Raja-Raja Yang Bergelar seperti berikut: 

Adat Lembaga Gelaran 
  1. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Yang Dipertuan Negeri Perak. 
  2. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Wazir-al-Azim wakil Sultan. 
  3. Duli Yang Amat Mulia Raja Bendara Wakir al-Sultan Wazir al Kabir. 
  4. Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak bakal Raja Bendahara. 
  5. Yang Amat Mulia Raja Di Hulu. 
  6. Yang Amat Mulia Raja Di Darat. 
  7. Yang Amat Mulia Raja Di Baruh. 
  8. Yang Amat Mulia Raja Kecil Besar. 
  9. Yang Amat Mulia Raja Kecil Sulung. 
  10. Yang Amat Mulia Raja Kecil Tengah. 
  11. Yang Amat Mulia Raja Kecil Muda. 
  12. Yang Mulia Raja Kecil Bongsu Muda. 
5) Yang Amat Mulia Raja Di Hulu. Pada zaman dahulu dilantik oleh Sultan memerintah Jajahan Teluk Rantau, sebelah hulu Pucuk Sungai Perak.
6) Yang Amat Mulia Raja Di Darat. Pada zaman dahulu dilantik pemerintah disebelah darat negeri Perak (Hala ke Timur).
7) Yang Amat Mulia Raja Di Baruh. Pada zaman dahuluya dilantik sebagai wakil Sultan memerintah jajahan sebelah daratan negeri perak ( hala ke barat).
11) Yang Amat Mulia Raja Kecil Muda (batinnya pada zaman dahulu tugas pembantu Sultan Muda. Susunan jawatan dalam kerajaan Negeri Perak mempunyai 12 termasuk anak Raja Bergelar. Kini Gelaran Yang Mulia Raja Kecil Muda sebagai Pawang Diraja Perak dan disebut Raja Chik Muda dan tiada didalam lingkungan sebagai Raja Bergelar sebagai Pewaris Kesultanan Negeri.
Gelaran Anak Raja Bergelar Yang lain seperti Raja di Hulu, Raja Di Darat, Raja Di Baruh telah luput diakhir abad ke-19. 
Sebermulanya undang-undang 1953 dikuatkuasa tubuh Negeri Perak telah disusun semula struktur susun pangkat Raja Bergelar seperti berikut. Fakta (The Constitution of Perak, Second Part, 1953, fasal xxxvii(1),(2),(3), dan (4). 

Perincian hireaki anak raja bergelar di atas adalah di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Sir Yusuf Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil. Ini dapat dibuktikan dari Menyuarat Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Istana Iskandariah pada 29 Mac 1948 bermula daripada 25 Februari 1953 dengan kuatkuasa perlembagaan Negeri Perak, gelaran Raja Kecil Muda digugurkan ditetapkan susunan baru Raja-Raja Bergelar iaitu Raja Kecil Besar. 

Tahun 1948          -          Tahun 1953 
Raja Kecil Sulung -         Raja Kecil Besar 
Raja Kecil Tengah -         Raja Kecil Sulung 
Raja Kecil Muda   -         Raja Kecil Tengah 
Raja Kecil Bongsu -         Raja Kecil Bongsu 

Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar sebelum bergelar Paduka Seri Sultan Perak dewasa kini adalah seperti berikut :- 

1. Raja Muda 
2. Raja Di Hilir 
3. Raja Kecil Besar 
4. Raja Kecil Sulong 
5. Raja Kecil Tengah 
6. Raja Kecil Bongsu 

SENARAI RAJA KECHIL MUDA PERAK MULAI TAHUN 1740 HINGGA TAHUN 1940, DIAKUI TERDAPAT BERERAPA KESILAPAN DARI SEGI TAHUN BAGI SETIAP DIANTARA PENYANDANG GELARAN TERSEBUT... INSYALLAH AKAN DI TELITI DAN KEMASKINI KELAK :- 

Sekitar Tahun 1740 
Raja Daha ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, diberi gelar Raja Kechil Muda sekitar tahun 1740 kerana pada ketika itu Raja Muda Perak adalah Raja Bisnu yang bergelar Yang Di-Pertuan Muda - Raja Muhammad Shah Aminu'llah ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah Jalalu'llah, 

Sekitar tahun 1743, 
1754 - 1765 Paduka Seri Sultan Iskandar Zulkarnain Inayat Shah Kaharu'llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu'llahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amaiu'llah [al-Marhum Kahar] diberi gelar sebagai Raja Kechil Muda pada tahun 1743, 

Sekitar tahun 1750, 
1765 - 1773 Paduka Seri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Aminu'llah [al-Marhum Muda], diberi gelar sebagai Raja Kechil Muda pada tahun 1750, 

Sekitar Tahun 1753, 
1773 - 1792 Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda Khalifatur Rahman Sulong ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Aminu'llah [al-Marhum Sulong], diberi gelar Raja Kechil Muda sekitar tahun 1753, 


Sekitar Tahun 1754, 
Y.T.M. Raja Bendahara Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah [al-Marhum Sayong], diberi gelar Raja Kechil Muda sekitar tahun 1754 selepas Paduka Seri Sultan Zulkarnain Inayat Shah Kaharu'llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu'llahi fil-Alam menaiki takhta. * Maklumat di perolehi dari Raja Khuzairei B Raja Azaham.


Sekitar Tahun 1764,
Y.T.M Raja Bendahara Mahmud Bin Raja Bendahara Ibrahim diberi gelar Raja Kechil Bongsu Muda sekitar tahun 1764. * Maklumat di perolehi dari Raja Khuzairei B Raja Azaham.

Sekitar Tahun 1765, 
Raja Husain bin Raja Sayyid Hitam dari Siak berkahwin dengan Raja Utih binti al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'lla, diberi gelar Raja Kechil Muda sekitar tahun 1765, 
* Raja Husain Bin Sayyid Hitam di sebut dari Siak kerna pada ketika itu benih Sayyid telah menjadi pemerintah Siak selepas Benih Warisan Raja Kecik dari Sultan Mahmud Mangkat dijulang tidak merajai Siak.

Sekitar Tahun 1786, 
1830 - 1851 Paduka Seri Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah Safiu'llah ibni al-Marhum Raja Inu Muhammad Saleh nama sebenar adalah Raja Chulan anakanda kepada Raja Kechil Lasa - Raja Inu Muhammad Saleh ibni al-Marhum Sultan Ahmad ud-din Shah, diberikan gelaran Raja Kechil Muda pada tahun 1786, 

Sekitar Tahun 1820, 
1851 - 1857 Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I Atiku'llah ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu Abdul-Rahman ibni al-Marhum Sultan Ahmad ud-din Shah diberi gelara Raja Kechil Muda pada tahun 1820, 

Sekitar Tahun 1875, 
Raja Kechil Muda tidak di nyatakan nama batang tubuh, namun ianya adalah insan yang terlibat didalam istiadat berhantu ketika Pembunuhan RESIDEN INGGERIS PERAK - J.W.W BIRCH. Rujuk Info Tambahan dibawah.

[1] Jawatan Raja Kechil Muda kemudian telah diambil oleh Raja Ahmad yang merupakan anakanda kepada Raja Kechil Muda, Sekitar Tahun 1878 Raja Ahmad Bin Raja Kechil Muda,

[2] *** Selepas Ketiadaan Raja Ahmad ini, entah ke mana ianya mengilangkan riwayat kehidupannya dan warisannya. Gelaran Raja Kechil Muda telah digalas oleh Keluarga Raja Kulop Muhammad Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) bin Raja Kechil Tengah Ahmad [ Sultan Muda ] bin Raja Sa'id bin Daeng Merewah. 

Sekitar Tahun 1938, Raja Johor ibni al-Marhum Sultan Yusuf Sharif ud-din Muzaffar Shah Ghafiru'llah, diberi gelaran Raja Kechil Muda pada tahun 1938, 

Sekitar Tahun 1940, 
D.Y.A.M. Raja Haji Kamar al-Azzam bin Raja Mansur - diberi gelaran Raja Kechil Muda pada tahun 1940,

Di jelaskan bahawa Raja Kechil Muda kini telah dikenali sebagai Raja Chik Muda dan Gelaran ini telah di pegang oleh benih warisan Raja Muhammad Iskandar @ Kulop Muhammad bin Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja), dan Raja Ali bin Raja Muhammad Iskandar merupakan Pawang Diraja Perak.

Generasi Raja Kulop Muhamad @ Raja Muhammad Iskandar yang mewarisi gelaran Raja Chik Muda Perak :- 
1. Raja Ahmad Tajuddin @ Raja Alang Bihi Bin Raja Ismail Bin Raja Muhammad Iskandar bin Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) bin Raja Kechil Tengah Ahmad. 
2. Raja Ali bin Raja Muhammad Iskandar bin Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) bin Raja Kechil Tengah Ahmad. 

Tambahan Ilmu : 

1. The Sultan tried to laugh about it but declared later that he had never been so insulted in his life, and sent off a boat to Pasir Panjang to fetch the state wizard Raja Kechil Muda to hold a seance and enquire if the guardian genies of Perak would destroy Mr. Birch. Before the seance began, the Sultan said, "If there be any spirits left in Perak, let us look into the future and see if there is any means by which he may die and his steamer be wrecked on the Perak bar." The Sultan himself was one of the mediums and declared that Mr. Birch would die within a month. He stabbed a flour mannikin repeatedly and said, " See! in a month Mr. Birch will be dead." He paid another medium, Raja Ahmad B Raja Kechil Muda, $100 to produce Birch's spirit of life in the form of a butterfly, which was killed with a knife. The excuse for the ceremony was the Sultan's illness but the Sultan was walking about quite well and threatened death to any one who should speak of the seance to the English. 

2. Raja Ahmad, Son of the Raja Kechil Muda, took the place prepared for his father, while on his right hand sat his father with a drum and 3 or 4 women with tambourines. raja ahmad lit the big candle and the women lit the small and set fire to the the insane.Raja Kechil Muda chanted an incantation to the sound of the drum , while his son sat with a red silk scarf over his head, his arms and body jerking and quivering.At last the son said "what is the news" why am i called upRaja Kechil Muda answered, Bye Order of Sultan Abdullah. 

3. In Perak the State shaman was commonly of the reigning house and bore the title of Sultan Muda. He was too exalted to inherit any other office except the Sultanate, and according to one account could ascend no temporal throne. He was allotted a State allowance from port dues and the tax on opium. The twenty-fifth holder of the office was a grandson on the distaff side of Marhum Kahar - Sultan Iskandar Zulkarnain - Cempaka Sari, a famous ruler of Perak in the eighteenth century: on the spear side he was a descendant of the Prophet! The wife of its holder bore the title of Raja Puan Muda. His deputy or heir-apparent was styled Raja Kechil Muda. So, too, in parts of Timor two Rajas are recognised-a civil raja who governs the people, and another raja who can declare tabus and must be consulted by his colleagues in all important matters.  

Sumber : The Guardian Genies of the State dalam buku A History of Perak (1934: 166-171) dijelaskanan oleh Raja Hj. Yahya b. Raja Syed Mohammad Ali b. Raja Syed Alang Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) 
" Semasa upacara, Sultan Muda dan pembantunya Raja Kecil Muda akan melakukan ritual-ritual tertentu bagi menyeru roh jin-jin tersebut. Sumber yang digunakan oleh Winstedt dan Wilkinson dinyatakan seperti berikut (1934: 166): A list of the guardian jinn (jin kerajaan) of Perak, or, to give themtheir other name, the genies of the royal drums and trumpets, whoseindwelling spirits were fed and revived annually, was made manyyears ago by the late Raja Haji Yahya bin Raja Muhammad Ali of Chendriang, who on the distaff side was descended from Sultan Iskandar Zulkarnain and whose family had numbered a state pawang (Sultan Muda) among its members. 

19 November 2012

DYAM RAJA DI HILIR PERAK - RAJA SIR CHULAN IBNI ALMARHUM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH II


Raja Sir Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Raja Sir Chulan diputerakan pada tahun 1869. Baginda mendapat pendidikan dari Raffles Institution, Singapura dan Malacca High School. Dalam tahun 1886 dalam usia 17 tahun baginda telah bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Kuala Kangsar. 

Baginda merupakan Putera Melayu Pertama yang menyertai perkhidmatan dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu . 

Pada tahun 1890 baginda telah dilantik sebagai pegawai penempatan di Larut. Seterusnya baginda dilantik pula menjadi Penolong Pemungut Jabatan Hasil Tanah dan Penolong Pegawai Daerah Matang.

Keakrabannya dengan pemerintah Inggeris dan penyertaannya dalam perkhidmatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membawa kepada penganugerahan Bintang 'H.R.H. Prince of Wales' yang diterima oleh baginda pada tahun 1901. 



Dalam tahun 1907 baginda telah dilantik menganggotai Majlis Negeri Perak dan pada bulan Januari 1924 baginda dilantik sebagai anggota tidak rasmi Majlis Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan penyertaan pertama dari kalangan orang Melayu. 

Pada 10.04.1933 baginda telah kembali kerahmatulah. Kemangkatan baginda adalah merupakan satu kehilangan besar bagi rakyat negeri Perak dan Tanah Melayu.

07 November 2012

DI MANA LETAKKAN TARAF BANGSA MELAYU TAKKALA PENGHINAAN TERHADAP RAJA PEMERINTAH DAN TAKHTA KERAJAAN



Raja Yang Dipertuan dan Takhta kerajaan merupakan rangkaian institusi dan individu, melambangkan jawatan dan kuasa. Peranan utama Raja menjadi Penyuluh Seri, agar dapat dijadikan teladan untuk dijadikan pedoman - untuk memberikan panduan - untuk disandarkan harapan dan naungan. Ianya jelas memberi pengertian yang sangat mendalam sebagai Paduka Seri " pemberi Seri " kepada " Keindahan sesebuah Negeri ". 

Sistem Beraja adalah penerus tradisi sistem warisan yang diwarisi berakarkan sistem khalifah, sistem yang tidak asing dalam budaya umat Islam berkerajaan dan bernegara. sebagaimana yang terkandung didalam kalimah 'Bismillahi Rahmani Rahim," Allah itu Maha Pemurah - Maha Mengasihani, itulah pengertian Raja dimartabatkan sebagai Dewata, sekali gus memenuhi tanggungjawab keagamaan; lantas Raja dikaitkan dengan kesaktian sebagai keistimewaan anugerah Tuhan. 

Takkala itu jua Raja berperanan mutlak sebagai penggubal, pentafsir, pelindung dan pelaksana undang-undang, di samping diiktiraf sebagai ketua agama. Kepercayaan dan penghormatan yang diberikan kepada Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. 
Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan Payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam negeri agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang mengekalkan warisan sejarah Raja-Raja rumpun Melayu :- 

 "Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak' 

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun ( Merupakan Bendahara ) yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu. Maka Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun.

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' 

Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun' 

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah' 

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu' Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah SWT bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. 

Kerna itu di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa. 

Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya" 

Raja perlu memiliki hikmah merangkai yang lama dengan yang baru membawa pembaharuan di samping memelihara tradisi. Raja harus bersedia membolehkan berlakunya perubahan dalam rangka kesinambungan budaya Raja berkewajipan mengizinkan modenasi tanpa melupus kekayaan adat yang kekal diwarisi. 
Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa. Sewajarnya Raja berpegang kepada prinsip utama untuk menentukan kesetiaan. Bahawa jawatan berkembar dengan kuasa, dan kuasa disertai dengan tanggungjawab. 

Kedudukan dan kuasa adalah anugerah dan amanah dari ALLAH SUBAHANAHU WATAALA.  

Amalan muafakat adalah budaya berkerajaan dalam sistem beraja dan budaya bernegara menurut amalan Islam. Khalifah Islam mengamalkan syura dan Raja Melayu melakukan muafakat Ini telah dijadikan amanat penting kepada pewaris takhta seperti terkandung dalam wasiat Sultan Alauddin Shah kepada putera Baginda Sultan Mahmud Shah.

"Hai anak ku, ketahui oleh mu bahawa dunia ini tiada akan kekal adanya melainkan iman adanya peninggalan ku ini hendaklah anak ku berbuat ibadat sangat-sangat, jangan tiada sebenarnya, kerana segala hamba Allah semuanya terserah kepada mu. Jikalau kesukaran baginya hendaklah segera engkau tolong, jikalau teraniaya ia hendaklah segera engkau periksa baik-baik supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasnya leher mu. Syahadan hendaklah engkau muafakat dengan segala perdana menteri dan segala orang besar-besar, kerana raja-raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada ia muafakat dengan segala pegawai, tiada akan sentosa adanya, dan tiada akan dapat ia melakukan adilnya, rakyat itu umpama akar raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar nescaya tiada akan dapat berdiri.“

(Petikan dari Sulalat al-Salatin)


Sistem Raja berpelembagan adalah perkongsian kuasa antara Raja dan Rakyat. Raja menjadi sumber rujukan ketika berlakuanya krisis di kalangan rakyat. Raja memastikan bahawa berlakunya keadilan mekanisme semak dan imbang antara cabang-cabang perundangan eksekutif dan kehakiman sekali gus memperkukuhkan institusi demokrasi di dalam negara. 

Kekuatan serta kelemahan, citra dan daulat Institusi Raja bergantung pada citra serta keutuhan sifat perilaku batang tubuh seseorang Raja. Perhubungan rakyat dan Raja tidak lagi terbatas kepada sekumpulan pembesar istana. 

Raja perlu membuktikan tahap pencapaian, memenuhi harapan rakyat, mempamerkan perilaku dan keperibadian sejajar dengan kemuliaan dan penghormatan yang diberikan. Kekuatan dan kelemahan seseorang Raja dipengaruhi oleh kekuatan atau kelemahan terutama di kalangan mereka yang diberi amanah menjadi pembesar dan penasihat Raja. Hubungan Raja, pembesar, pemimpin dan rakyat perlu dibina secara sihat, disuburkan melalui saluran komunikasi yang berkesan. 

Barisan yang diberikan kepercayaan dan tanggungjawab menasihati Raja, wajib bersifat ikhlas, arif lagi berilmu, berkata benar betapa pahit sekalipun, supaya Raja tidak dibuai dalam khayalan - tidak diulit gurindam pujian. Kuasa Raja dan kuasa rakyat digabung dan diimbang, dalam semangat mengekal yang di kendong sementara berusaha mencipta yang baru.

Kesimpulannya : Siapa yang mengubah janji terdahulu... Kaji sejarah dahulu kemudian baru takrifkan akan ianya.!!!

04 November 2012

THE DIRECTOR OF EDUCATION WLCOMING THE SULTAN OF SELANGOR


21 Sept 1927, On an overcast day on Wednesday, a little after 4 p.m, the whole school headed by the Cadet Corps left the school premises at High Street and marched to Petaling Hill where the boys were formed up on the platform in front of the foundation stone. 

On the right of the stone an attap covering had been erected over the seats reserved for the distinguished visitors and the staff. His Highness the Sultan of Selangor was received by the Headmaster, Mr G. C. Davies, and after the general salute had been given, the inspection of the Cadet Corps and the Boy Scouts followed. 

Dr R. O. Winstedt, the Director of Education, in calling on the Sultan to lay the foundation stone said that His Highness had been invited to lay the foundation stone of the new buildings for the chief English school in the State of Selangor. 

In reply, His Highness said that he was happy to see so many people present. He hoped that all the pupils would study hard in order to be clever to help their parents. Moving to the foundation stone, His Highness was presented with a silver trowel by the architects and then laid the stone, declaring it to be "well and truly laid". He addressed the spectators again, saying that the weather was perfect that afternoon - not too hot and without rain. He said that he had planted, in effect, a "tree", which he hoped, would flourish in time. 

The sultan expressed the wish that the new school would progress and make itself a good name. The headmaster then rose to make his speech and at the end of it, the Sultan left the platform with the Chief Secretary, the British Resident and the Director of Education. 

Souce : THE VICTORIA INSTITUTION

Translate