Warna warni "Kursus Sejarah dan Kebudayaan Institusi Beraja" kepada Ahli Majlis Perbandaran Sepang dan Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Sepang anjuran Majlis Perbandaran Sepang di Hotel Cyberview Resort dan Spa, Cyberjaya, Sepang pada 8 November 2018.
Seterusnya Majlis Pelancaran Buku bertajuk "Sejarah dan Martabat Tengkolok Dalam Etika Pemakaian Busana Kebudayaan Institusi Keistanaan Melayu Perak" disempurnakan bersama oleh Yang DiMuliakan Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang - Tengku Dato' Prof. Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj dan Yang Mulia Raja Kapten (B) Kobat Salehuddin ibni Almarhum Raja Muda Musa.
Yang Mulia Raja Kapten (B) Kobat Salehuddin ibni Almarhum Raja Muda Musa. |
Yang DiMuliakan Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang - Tengku Dato' Prof. Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj |
Buku ini yang sarat dengan isi kandungan seperti perincian di bawah ;
1. Pengenalan,
2. Sejarah Kepentingan Tengkolok,
3. Perbezaan Antara Tanjak, Tengkolok Dan Destar,
4. Taraf Dalam Pemakaian Tengkolok,
5. Makna Pucuk Rebong,
6. Makna Kedudukan Garam Sebuku,
7. Jenis-Jenis Ikatan Tengkolok Yang Diperagakan Oleh Paduka Seri Sultan, Waris Negeri Dan Kerabat Diraja Perak,
8. Jenis-Jenis Tengkolok Diraja Perak,
9. Pengikat Tengkolok Negeri Perak,
10. Tatacara Seni Ikatan Tengkolok,
11. Etika Pemakaian Busana Dalam Majlis Keistanaan,
12. Etika Penggunakan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Dalam Busana Istiadat Keistanaan,
13. Etika Pemakaian Busana Dalam Majlis Pemakaman Diraja,
14. Penggayaan Pemakaian Baju Melayu Anak Raja Perak,
15. Gaya Memakai Kain Samping,
16. Tertib Mengangkat Sembah,
17. Kesimpulan,
18. Lampiran,
19. Tokoh Seni Ikatan Tengkolok Diraja Perak.
Dalam program ini kami iaitu saya, Y.M Raja Kobat Salehuddin ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Y.M Raja Ahmad Akashah bin Raja Abdul Malek telah memberikan ceramah kepada peserta iaitu Kepentingan Hiasan Kepala (Perbezaan antara Tanjak, Tengkolok dan Destar), Adab Pertuturan diperkarangan Istana dan Seni Ikatan Tengkolok Diraja Perak.
====================
Bagi yang BERMINAT BUKU SEJARAH DAN MARTABAT TENGKOLOK DALAM ETIKA PEMAKAIAN BUSANA KEBUDAYAAN INSTITUSI KEISTANAAN MELAYU PERAK butiran adalah seperti di bawah;
HARGA:
✅RM 70.00 (KULIT LEMBUT)
✅RM 90.00 (KULIT KERAS) - Mengikut stok.
*exc postage
✅POS RM10 SM
✅POS RM15 SS
✅Full Colour
✅Foto yang menarik
PERTANYAAN LANJUT BOLEH
Whats App : +60162851718 ataupun ku_alam@yahoo.com
Y.M Raja Kobat Salehuddin ibni Almarhum Raja Muda Musa (Adab Pertuturan diperkarangan Istana) |
Kepentingan Hiasan Kepala (Perbezaan antara Tanjak, Tengkolok dan Destar) |
Y.M Raja Ahmad Akashah bin Raja Abdul Malek (Seni Ikatan Tengkolok Diraja Perak) |
Foto : Ihsan Unit Media, MPSepang
No comments:
Post a Comment