Selepas kemangkatan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau pertama (I) iaitu Paduka Sri Sultan Alauddin Ri’ayat Shah Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga pada tahun 1728, ataupun lebih dikenali dengan gelaran Daeng Merewah. Maka Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua (II) bagi mengantikan kekandanya.
Bagaimana lazimnya tanggungjawab dan peranan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau adalah menjaga dan mengawal wilayah-wilayah dibawah naungan Empayar Kerajaan Johor-Riau.
Sekitar tahun 1730-an, seorang Bugis yang bernama Daeng Mateko telah berbaik dengan Raja Kecil dari Siak telah mengacau ketenteraman di Selangor; Ini membuatkan Paduka Sri Raja Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau bagi mengamankan kekacauan yang tercetus. Didalam misi ini Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya lari ke Siak. Semenjak dari itu, Paduka Sri Raja Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor bagi memastikan keamanan di Selangor berterusan.
Ketika Paduka Sri Raja Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada baginda supaya terus menetap di situ. Namun di tolak oleh baginda walau bagaimanapun, baginda telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu bergelar Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), selepas itu baginda pun pulang ke riau bersama-sama dengan rombongan anak buah baginda yang telah datang dari riau. Tidak beberapa lama selepas meletakkan anakanda baginda sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor di Kuala Selangor maka baginda pun mangkat pada tahun 1745.
Raja Lumu telah datang ke Kuala Selangor sebagaimana yang telah diperintahkan oleh ayahandanya pada tahun 1743 sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), namun baginda tidak mendapat perkenan dari Datuk Engku Klang selaku pemimpin utama di antara empat orang datuk yang menjaga wilayah-wilayah di dalam Selangor namun akur dikala Raja Lumu mendapat pengintirafan dari Paduka Seri Sultan Perak yang mewarisi Kedaulatan Empayar Kesultanan Melaka.
Datuk Engku Klang merupakan anakanda Sultan Johor bersama Puteri Mayang Selida puteri kepada Datuk Melingkar Seri Alam yang merupakan wakil yang dilantik oleh Sultan Johor untuk menjaga wilayah Klang.
Sila rujuk lampiran salasilah Datuk Engku Klang :-
Empat orang datuk yang lebih dikenali dengan nama Dato Empat Suku adalah seperti yang di nyatakan :-
Kuala Selangor ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat oleh Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Klang dan Klang pula ditadbir oleh Datuk Kecil Yang Tujuh (Anak Encik Kuning) yang menggelar dirinya Orang Kaya Klang dan Datuk Engku Klang, selaku pemimpin utama ketika itu namun mereka mempunyai tanggungjawab yang sama.
Setelah empat keturunan dari Datuk Engku Klang iaitu di zaman Datuk Engku Naga Menghulur, ketika inilah orang rakyat berkehendakkan seorang raja sebagai Payung. Oleh kerana ketika itu Selangor berada dalam pengaruh Bugis, maka keempat-empat Datuk pun bermuafakat dam telah memutuskan untuk menjemput seorang raja sebagai penaung dikalangan anak Raja Bugis.
Datuk berempat telah sepakat untuk meletakkan anak Raja Gowa yang bernama Arung Pasarai dalam tahun 1700 dengan ditabal oleh Datuk Engku Klang dan menyerahkan mohor sebagai Yam Tuan Besar Selangor. Arung Pasai mangkat pada tahun 1723, kemudian digantikan oleh adindanya yang bernama Raja Siti, Raja Siti mangkat dalam tahun 1743 tidak meninggalkan seorang zuriat pun. Kerana inilah Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua iaitu Paduka Sri Raja Chelak Ibni Daing Rilaga melantik anakandanya yang bernama Raja Lumu sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil Jajahan Selangor agar dapat mengisi kekosongan Yam Tuan Besar Selangor.
" Mungkinkah Raja Siti adalah Upu Chendera Burung Kerana kerana dari sumber lisan menyatakan bahawa Kuala Selangor telah didiami oleh orang-orang bugis dan di ketuai oleh pemimpin perempuan yang bernama Upu Chendera Burung dan selepas kemangkatan Upu Chendera Burung Kuala Selangor barulah Daeng Mateko membuat kekacauan Kuala Selangor.
Berita yang mengatakan Raja Lumu anakanda Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Dipertuan (Raja Kecil) telah sampai ke pengetahuan Paduka Seri Sultan Perak ".
Maka Paduka Seri Sultan Muhammad Shah Ibni telah menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu berangkat ke Kuala Bernam sebagai tempat pertemuan. Sejurus tiba Raja Lumu, telah di sambut dengan penuh adat istiadat kebesaran menyambut Raja-Raja Berdaulat dengan tiupan nefiri dan pukulan nobat, ianya tujuan untuk mengujian keluhuran daulat seseorang Raja sama ada ia benar-benar benih anak Raja Berdaulat ataupun sebaliknya. Setelah semua ujian tidak mendatangkan apa-apa musibah kepada Raja Lumu, maka Paduka Seri Sultan Perak pun mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor.
Faktor yang memungkinkan Paduka Seri Sultan Muhammad Shah memperkukuhkan kedudukan Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor adalah kerana membalas jasa Raja Lumu yang pernah membantu baginda ketika krisis perebutan takhta ketika baginda menjadi Yang Di-Pertuan Muda.
* Dalam tahun 1743 muncul seorang Raja Bugis bernama Daing Selili bergelar “Haji Besar” dilantik sebagai Mufti Negeri Perak, kemudian di gelar Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya oleh Paduka Seri Sultan Sultan Mudzaffar Shah III yang merupakan Orang Besar Perak, Daing Selili telah membawa Daing Hasanah yang kononnya dikatakan Lanun di Pulau Sembilan untuk menyerahkan diri dan bertuankan Paduka Seri Sultan Perak, maka Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III telah melantik Daing Hasanah Sebagai Orang Besar Negeri dan bergelar Laksamana Raja Mahkota. Kisah berhubung aharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota tidak dapat di jelaskan di ruangan ini kerna ianya melibatkan perihal negeri Perak namun mereka jua bukan nya orang lain dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Lumu.
Berkemungkinan besar Raja Lumu mendapat pengiktiraf sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor atas pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja Lumu jua.
Ini kerana takkan mungkin Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III dengan mudah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor yang melepaskan Selangor sebagai salah satu Negeri yang bebas dari takluk Johor dan mana mungkin Raja Lumu yang pernah menyerang orang-orang baginda ketika krisis perebutan takhta diantara baginda dengan adindanya yakni Yang Di-Pertuan Muda Raja hingga memungkinkan Kesultanan Perak berpecah menjadi dua ianya berlaku sekitar tahun 1742-1743.
Dari Pachat hingga ke Ulu (Utara) di bawah perintah Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III yang bersemayam di Kuala Kangsar dan dari Pachat ke hilir hingga ke Kuala Perak di bawah perintah Paduka Seri Sultan Muhamad Shah yang bersemayam di Pulau Tiga.
Berhubung pengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor terlalu banyak versi namun dapatlah dinyatakan bahawa Raja Lumu di iktiraf dan di nobatkan oleh Paduka Seri Sultan Perak sekitar tahun 1743 atas jasa yang pernah diluhurkan dan pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja Lumu jua.
Hakikatnya Kesultanan Selangor telah terbina pada tahun 1743 dan Nobat di terima pada tahun 1765 sebagai tanda, Selangor Bebas di bawah Empayar Kesultanan Johor – Melaka. Telah menjadi tradisi dilantik kemudian ditabal kemudian.
" Fakta-fakta dari lain-lain sumber
Menurut Pejabat Sultan Perak : Sultan Mahmud Shah memerintah Perak dari tahun 1765-1773. Waktu pemerintahan Baginda, orang-orang Belanda masih menjalankan perniagaan membeli bijih timah di gudang atau loji Belanda di Tanjung Putus. Raja Haji, Panglima Bugis yang masyhur dari Riau bersama kekandanya Raja Lumu, Raja Selangor telah datang ke Negeri Perak dalam tahun 1770. Raja Lumu telah beisterikan Puteri di-Raja Perak lalu dinobatkan dan digelar oleh Sultan Mahmud Shah dengan nama Sultan Sallehuddin Shah. Apabila Sultan Sallehuddin Shah berangkat balik ke Negeri Selangor, Baginda ditabalkan pula di hadapan rakyat Selangor dengan membunyikan nobat. Waktu itu Negeri Perak dan Selangor merupakan sahabat baik ".
Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang Di-Pertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang Di-Pertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak.
Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat.
Tetapi Sejarah Melayu V ditulis oleh Buyong Adil dalam The Malay School Series 1952 menyebut Sultan Selangor itu memerintah dalam tahun 1743-1770. Ketika itu baginda berangkat ke Perak dan dinobatkan oleh Sultan Perak bergelar Sultan Salehuddin
Begitu juga dalam sebuah buku cenderamata Selangor 1939 yang bertulis dalam tulisan jawi, diruangan salahsila Sultan Selangor bertulis Sultan Salehuddin memerintah dalam tahun 1743.
Mengikut buku Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan bin Raja Ab. Hamid, semasa Perak diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Raja Selangor datang mengadap ke Perak. Ketika ini Raja Selangor dinobatkan dan terus dikurniakan gelaran Sultan Salehuddin dengan mengurniakan cap mohor.
Buku yang ditulis oleh Barbara Watson Andaya, Perak bertajuk The Abode of Grace, terbitan Oxford University Press 1979. Menyebut Raja Kimas atau Sultan Mahmud Syah Perak yang mengistiharkan Raja Lumu sebagai pemerintah bebas Selangor.
Portal Majlis Daerah Kuala Selangor Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang Di-Pertuan Selangor itu sampai pula dari pendengaran Sultan Muzaffar Syah III di Perak, ketika itu bersemayam di Beruas. Sultan Muzaffar Syah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Syah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Syah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husin
11 comments:
raja mahadi dipenjara ke singapura. beliau mati dalam buangan di sana
Saya berminat dengan sejarah diraja selangor, Siapa itu Daeng Nekmah adakah benar beliau permaisuri Sultan Abdul Samad dan mengapa tiada dalam sejarah selangor berikut adalah laman web makam tersebut yang bagi saya masih misteri mungkin ada sesiapa dapat memberikan kepastian http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/2012/07/the-new-look-of-tomb-of-wife-of-sultan.html
Kalau x silap Sultan Abdul Jalil mempunyai kekanda bernama Raja Putih. Siapakah beliau?
macam mana pula dengan keturunan saya puteri mayang selida isteri kepada sultan johor dan ibu kepada datuk engku klang.. kita orang hanya tahu risalah dan sejarah dari orang2 tua dahulu.. dan kita orang dapat smpaikan pesan dan bercerita kepada anak2 cucu kita orang.. tapi takda keistimewaan apa2pun.. hhuuhuuu...
keturunan raja mahdi..terdapat di ulu klang..
dyan zifiaz..betolkah anda keturunan Puteri Mayang Selida? Saya amat berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai beliau.
dyan zifiaz..betolkah anda keturunan Puteri Mayang Selida? Saya amat berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai beliau.
dyan zifiaz..betolkah anda keturunan Puteri Mayang Selida?sebab saya membuat kajian mengenai Dato' engku klang.
http://www.bendamustikabertuah.com/
Post a Comment