18 October 2007

KEAGUNGAN KERAJAAN MELAKA

Keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi tahun 1612, edisi 1961 halam 81, 220 "Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang". Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan sriwijaya yang terletak dipalembang.

Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan. Pemerntah Melaka iaitu Parameswara merupakan keturunan kerabat diraja Palembang. Parameswara berusaha menjadikan Melaka ebagai sebuah emporium melayu pada abad ke 15. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana terdapat faktor geografi iaitu kedudukan Selat Melaka iaitu dipersimpangan jalan laut dari India dan China ataupun timur dan barat.

Di sini fungsi Melaka iaitu sebagai perlabuhan persiggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka. Perlabuhan Melaka terlindung dari angin dan jjauh dari paya bakau, pintu perlabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal besar masuk berlabuh. Terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang semenanjung iaitu mengikut kawasan pengangkutan iaitu Penarikan yang bersambung ke jalan sungai Muar-Pahang iaitu membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di ulu pahang. Iklim juga berperanan dalam menentukan perdagangan di Melaka.

Terdapat dua jenis angin yang bertiup iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya dimana kedua-dua angin ini bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Oleh itu pedagang dari barat dan timur tidak pernah berjumpa akibat tiupan angin yang berlainan musim tadi. Malah lalulintas laut ditentukan oleh angin monsun.

Oleh itu mereka menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan iaitu meletak barang dagangan digudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada monsun yang satu lagi. Sultan telah menyediakan semua kemudahan fizikal dan material di perlabuhan entrepot contohnya raja Iskandar Syah telah menyediakan kemudahan, dorongan ke arah menjadikan Melaka pusat perdagangan seperti bendajara, syahbandar, laksamana dan penghulu bendahari.

Bendahara Seri Maharaja dikatakan santar memelihara kebajikan pedagang. Terdapat empat orang syahbandar dilantik mewakili setiap bangsa seperti Gujerat, Jawa, China dan sebagainya. Tugas syahbandar mengawal ukuran dan timbangan, mengawasi perjalanan dan organisasi pasar dan gudang simpan barang dagangan serta keselamatan, dan menghakim sebarang pertikaian yang timbul antara kapten kapal dengan saudagar.

Syah bandar juga dikenali sebagai raja perlabuhan. Melaka terkenal sebagai pusat perdaganagn juga di atas bantuan dari orang laut. Orang laut lebih kurang empat puluh orang telah mengiringi Parameswara ketika berundur dari singapura ke Melaka. Mereka ini menjaga keselamatan pertahanan dan perairan serta menentang lanun di selat Melaka yang boleh menjejaskan keselamatan diperairan dan perdagangan.

Kepentingan orang laut kepada Melaka menyebabkan Melaka telah menakluki gugusan riau lingga yang dapat membekalkan orang laut untuk Melaka. Orang laut juga bertugas sebagai pendayung kepal perang tentera laut untuk tujuan penaklukan. Kepesatan perdagangan dimelaka terbukti melalui catatan perdagangan bangsa Portugis iaitu Tome Pires mangatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kuragnya 100 buah kapal yang besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil ke perlabuhan Melaka dan perlabuhan Melaka begitu besar sehinggakan boleh menampung hampir dua ribu buah kapal yan bersaiz untuk sesuatu masa.

kemudahan disediakn oleh pemerintah menurut MA huan dan Few Hsin terdapat gudang-gudang di bawah tanah dan gudang-gudang yang dikelilingi oleh pagar kayu dan pintu berkunci, dikawal oleh penjaga dan lonceng akan dibunyikan bila berlaku kecemasan. Melaka juga telah berjaya menakluki negeri-negeri dikepulauan Asia Tenggara. Penaklukan dibantu oleh orang laut, angkatan laut Melaka dengan wawasan ahli-ahli politik dan pentadbir Melaka seperti Seri Nara Diraja, bendahara Tun Perak dan Tun Mutahir. Tujuan penaklukan untuk mendapatkan hasil perdagangan seperti Kelang, Selangor dan kedah yang kaya dengan Bijih Timah.

Bijih timah icairkan dan dijaikan kepingan Jongkong untuk dieksport. Siak dikuasai bagi membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emasnya untuk dibawa kemelaka bagi tukaran bahan perdagangan dengan saudagar asing. Kampar, Rokan ditakluki untuk mengawal eksportlada dan emas. Penjualan barang=barang dagangan di atas pondok sepanjang jambatan Melaka, jalan raya, pasar, lorong-lorong epan rumah atau dibawa ke tempat lain di Nusantara untuk ditukarkan dengan barangan lain.

Pedagang ini akan dikenakan lesen oleh kerajaan yang merupakan pendapatan kerajaan. pEndapatan kerajaan ialah daripada cukai-cukai yang dikenakan kepada pedagang seperti cukai import sebanyak 6% daripada jumlah barang dagangan yang dibawa oleh pedagang dari India, ceylon dan tanah Arab. 5 % dikenakan kepada pedagang dari China dan jepun. Import bagi makanan dikecualikan kerana Melaka bukan negara pertanian. Barang dagangan yang dibawa oleh pedagang dikenakan dua jenis bayaran import sebelum urusniaga dilakukan iaitu bayaran rasmi, dan bayaran tidak rasmi mesti diberikan kepada raja, bendahara, temenggung dan syahbandar.

Nilai bayaran ini antara 1 hingga 2 % daripada nilai barang dagangan yang diimport. Urusan perbniagaan mempunyai dua entuk iaitu melalui sistem tukar barang dan menerusi proses perjualan dan pembelian. Wang logam digunakan dalam urusan jual beli dagangan. Semua ukuran dan timbangan dalam urusniaga adalah mengikut old custom peribumi. Timbangan diukur dengan min unit tahil dan kati, sekati bersamaan 20 tahil. Setahil bersamaan dengan 16 mas, ukuran bahara dugunakan untuk menimbang bahan-bahan seperti rempah, lada, cengkih dan sebagainya. Alat timbangan dikenali sebagai dacing.

Dalam tradisi Melaka saudagar yang menghantar dan sebarkan barangan untuk perdagangan disebut kiwi, saudagar yang menjadi wakil kiwi untuk berdagang ditempat lain disebut maula kiwi. Taraf Melaka sebagai pusat perdagangan melahirkan kelas masyarakat iaitu nakhoda yang mahir dalam selok belok perkapalan dan pintar berniaga, dikatakan seorang nakhoda yang mengelapai sebuah kepal yang belayar dengan menggunakan nama Melaka adalah raja didalam kapal itu.

Nakhoda, kiwi dan maula kiwi mesti bekerjasama dalam urusniaga mereka. Tempoh masa yang sibuk dimelaka antara bulan disember dan mac apabila kapal-kapal dari Asa Timur dan Timur jauh tiba. Bulan Mei hingga september pedagang dari Jawa dan timur Nusantara pual yang datang. Pedagnag melayu terbahagi kepada dua pedagang yang berdagang ecara kecil-kecilan banyak tertumpu di sabak.

Sepanjang tebing Melaka. Pedagang yang berdagang secara besar-besaran tertumpu dikawana elit di atas lereng bukit. Alat pengangkutan di alut yang digunakan iaitu perahu, sampan, baluk, jong dan bahtera. Fungsi Melaka sebagai perlabuhan entrepot iaitu sebagaio pusat epngumpulan dagangan dan uruskan penyebaran bahan-bahan kepelbagai tempat dan dijadikan pihak diantara bagai pedagang dari timur dan Nusantara.negeri yang mengadakan hubungan perdagangan dengan Melaka sepertipedir menghantar lada dan beas menerusi Pasai ke Melaka. Bengkalis membekalkan ikan kering dan terubuk. Kapur barus dibawa oleh saudagar. Kebanyakan barang-barang ini ditukarkan dengan kain-kain belacu yang dibawa dari Gujerat dan Kalingga.

Palembang membekalkan hamba untuk didagangkan di Melaka. Saudagar dari China membawa permata, sutera, tembikar mewah kemelaka untk dipasarkan ke Eropah. Saudagar China membawa balik lada gaharu, candu, rempah dan bahan-bahan hutan dari nusantara. Saudagar ari kepulauan Liu Kiu, Tome Pires menyebut sebagai Gores, ditaksirkan oleh Boxer sebagai Jepun.

Dagangan mereka iaitu kain sutera, tembikar, kapas di Melaka ditukarkan dengan rempah. Arak dan kain dari benggala. Dari kepulauan benggala iaitu pedagang Arab, Parsi, Turki Absinia membawa makanaan, beras, gula ditukarkan dimelaka bagi membeli lada, jagung dan sutera. Kepesatan perdagangan telah menaik minat Portugis di bawah pimpinan Alfonso De Albuqueque menakluk Melaka pada 1511.

Selepas kejatuhannya Melaka tidak lagi berperanan sebagai pusat perdaganganyang terkemuka. Disamping berperanan sebagai pusat perdagangan Melaka juga terkenal sebagai pusat penyebaran agama islam di rantau ini. Mengikut Sejarah Melayu Raja Kecil Besar iaitu sultan Melaka yang keempat telah memeluk agama islam melalui mimpi. Pengislaman baginda dilakukan oleh Nabi Muhammmad.

Selepas memeluk agama Islam Raja Kecil Besar telah belajar tentang islam seperti sembahyang daripadaMakhdum Abdul Aziz dan memakai gelaran Sultan mahmud Syah. Manakala pencatat cina Ma Huan mengatakan bahawa Megat Iskandar Syah yang memeluk Islam ketika usianya lanjut.

Sebelum kedatangan islam rakyat Melaka di percayai beragama Hindu-Buddha.kedatangan agama islam ke Melaka berlaku apabila pendakwah dari Tanah Arab iaitu Sheikh Abdul Aziz datang ke Melaka menerusi jalan laut kerana Melaka berada di akawasan persisiran laut.

Asal-usul kedatangan islam ke alam melayu ditentukan oleh cora Maritim kawasan yang menerima pengaruh agama iaitu kawasan persisiran. Kemudahan perjalanan seperti ini membolehkan agama islam dari Melaka ersebar lebih jauh ke bahagian utara pesisir Pulau Jawa, Kepulauan Sulu dan Brunei. Melaka berperanan menyebarkan agama islam kerana adanya faktor-faktor tertentu.

Diantara peranan sultan iaitu sultan Muzaffar Syah di mana baginda telah berusaha mengukuhkan dan menyebarkan agama islam di Melaka da kawasan berha,mpiran dengannya. Sultan muzafar menjadika hukum islam sebagai asas pemerintahan baginda. kUmpulan dakwah pula telah berusaha mengajar hukum islam dan dengan ini dapat membentuk meningkatkan tentang kefahaman dalam islam.

Tambahan pula sultan Muzaffar memberikan galakan kepada pendakwah bagi melaksanakan rancangan untuk mengembangkan islam. Antara pendakwah yang terdapat iaitu Kadi Melawar, Sayid Abdul Aziz, Maulana Abdul Sadar dan sebaginya. Mereka ini berasal dari Tanah Arab.

Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah dakwah islamiah telah berkembnag dengan meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke Gugusan Kepulauan Melayu. Pendakwa dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk menyerarkan agama islam.

Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula kenegeri masing-masing. dAsar perluasan kuasa juga membantu mengembang dan menyebarkan agama islam keseluruh semenanjung tanah Melayu dan negeri di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan inderagiri. Disini dikatakan kebanyakkan penduduknya beragama islam.

Terdapat juga negeri-negeri yang secara sukaraela meminta jadi sebahagian dari jajahan takluk Melaka seperti Kedah, pattani dan lain-lainnya seterusnya menerima dan memeluk islam. Ulama berperanan dsalam memperkembangkan serta menyebarkan agama islam.

Setelah islam berkembang, mereka memperluaskan serta memperdalamkan pengajaran dalam bidang tafsir, hadis dan tasawuf. Ulama juga bertugas sebagai mualim atau guru agama, kadi dan pendeta tasawuf. Selain menjadi guru agama mereka juga bertugas sebagai imam, juru nikah serta katib. Antaranya Maulana Abu Bakar dari mekah menjadi guru agama kepada Sultan mansor .

Sultan Mahmud pula berguru dengan Makhdum Sadar Jahan. Jadi disini boleh dikatakan ulama mempunyai hubungan yang baik dengan sultan. Penyebaran agama islam di Nusantara berlaku apabila pedagangpedagang dari nusantara yang membawa dagangan untuk dijual di Melaka melihat islam dalam amalannya dan martabat gelaran baru yang diambil oleh raja (sultan) dan pembesarnya.

Perubahan ini diberitahu epada raja negeri mereka yang bersedia mencontohi kesultanan Melaka yang kaya-kaya dan bersedia memeluk islam. Perkembangan agama islam di Melaka boleh dilihat melalui contoh-contoh berikut. Melaka yang terkenal sebagai pusat agama islam menarik minat seorang ilmu tasawuf iaitu maulana Abu Isyak yang telah menghantar Maulana Abu Bakar dengan membawa kitab darul Mazlum untuk diajarakan kepada raja dan rakyat Melaka.

Beliau telah dihormati oleh sultan Mansor Syah. Kitab inintelah diertikan oleh Makhdum Patakan di Pasai. Sultan Mansor Syah telah menghantar Tun Bija wangsa e Pasai untuk menanyakan masalah tentang isi syurga dan neraka kekalkah ke dalam Syurga atau neraka., berjaya dijawab oleh makhdum Muda. Undang-undang Islam telah dilaksanakan di Melaka semasa pemerintahan sultan alauddin riayat Syah iaitu seotrang yang mencuri aka dipotong tanganya. teRdapat dua jenis undang-undang di Melaka yang didasarkan kepada undang-undang syariah dan undang-uundang adat iaitu undang-undang Melaka dan undang-undang laut Melaka.

Undang-undang ini meliputi tentang semua tanah, sungai, dusun dan tanah jajahan Melaka. Undang-undang laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan dan sebagainya. Dengan kedatangan islam ke Melaka telah memperkena;lkan tulisan jawi. Tulisan jawi digunakan dalam penulisan kitab agama seperti Darul Mazlum, bagi penulisan surat-,menyurat diraja, hukum kanun dan surat peribadi.

Dikatakan hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka ditulis dalam tulisan jawi. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Terdapat pelbagai karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Melaka samada karya asli aaupun diterjemahkan dari bahasa parsi dan arab. Kitab-kitab yang terdapat dimelaka seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah.

Hikayat-hikayat ini digunakan oleh orang Melaka semasa menentang Portugis bagi menaikkan semangat perjuangan. Sultan Melaka telah menjadikan istana baginda sebagai sebuah perpustakaan untuk pengajian islam. Terdapat kitab-kitab diistananya untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan untuk dikaji oleh pendakwah dan alim ulama. Cara hidup dan pergaulan rakyat Melaka mula berbah setelah kedatangan Islam dimana kegiatan keagamaan seperti muzakarah dan ceramah sentiasa diadakan.

Perayaan seperti hari raya Puasa disambut dengan meriah, perkahwinan, pertabalan dan kenduri kendara dijalankan mengikut ajaran agama. Mereka juga membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tafsir al-Quran. Keagungan dan kemasyuran Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam pada abad ke 15 dan awal abad ke -16 memang tidak dinafikan. Keagungan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam di rantau Asia Teggara

Nota Akhir
O.W Wolters, Studying Srivijaya, JMBRAS, LXII, ii, 1944, hlm 1-32
Wang Gungwu, The First Three Rulers Of Melaka, JMBRAS, XLI, 1968, hlm 11-22
Meilink Roelofs, asian Trade and Eropean Influence in the Indonesia Archipelago Between 1500 and About 1630, the Hague, 1962, hlm 36-40
Armando Cortesao (ed) The Suma Oriental of Tome Pires, jil 11, Hakluyt Society, London 1944, hlm 254-255
R.O Winstedt, History Of Malaya, JMBRAS, XIII, I, 1935, hlm 42, W.W. Rockhill, Notes on the relations, toung Pao, XVI, 1915, 117. Hal ini diterangan dengan jelas dalam fasal 10, undang-undang laut Melaka winstedt dan De Jong (eds) Maritime laws, hlm 39
Ibid, hlm 276-277, C.R. Boxer, Fdalgos in the far east, 1550-1770
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Preliminary statement on the general theory of the islamization on the malay, indonesiian Archipelago, Kuala Lumpur, 1969, hlm 5-6.

Bibliografi
Barbara Wantos Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Publishers Macmillan sdn. Bhd. terbitan pertama edisi BM 1983
Khoo Kay Kim, Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusuf Ibrahim, Amin Hassan dan Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangannya, DBP, Kuala Lumpur, 1992
Muhd Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, DBP, Kuala Lumpur 1990 cetakan ke-2
W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Fajar Bakti, 1975

No comments:

Translate