Untuk makluman, Klang telah menjadi pusat
 pentadbiran pada 1880 dan pada 1890 telah dijadikan sebuah daerah 
setelah pusat pentadbiran berpindah ke Kuala Lumpur. Mengikut lipatan 
sejarah nan lalu, Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Klang adalah 
sebahagian daripada kawasan jajahan takluknya. Ia diperintah oleh Tun 
Perak yang kemudiannya dipanggil untuk berkhidmat di Melaka dan telah 
menjadi seorang Bendahara yang terkenal. Ketrampilan hebat Tun Perak itu
 juga telah menyebabkan Klang menjadi terkenal dan masyhur. Sungai Klang merupakan nadi kepada 
pembangunan dan perkembangan Klang dan kawasan sekitarnya pada masa itu.
 Muara Sungai Klang menjadi pintu masuk utama yang mengawal keluar-masuk
 hasil mahsul dan barang dagangan kawasan Lembah Klang dengan pedagang 
asing. Bagaimanapun perkembangan Klang pada masa itu hanya tertumpu pada
 bahagian selatan Sungai Klang sahaja. Ia dapat ditunjukkan dengan 
terletaknya jumlah bangunan lama sebelum perang yang banyak di Klang 
Selatan.
29 December 2013
Astana Mahkota Puri Negara Merchu Keindahan Negeri
Istana ini dibina sekitar tahun 1899 
sebagai istana rasmi Paduka Sri Sultan Selangor Darul Ehsan oleh 
Kerajaan British bagi memastikan pusat pemerintahan Paduka Sri Sultan 
Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa berdekatan 
dengan pusat pentadbiran kolonial British di Kuala Lumpur.
Sebagai
 mana yang diketahui, Pusat pemerintahan Paduka Sri Sultan Selangor 
sebelum ini adalah di Jugra, Kuala Langat. Astana ini telah digunakan 
ketika istiadat pertabalan Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah 
sebagai Paduka Sri Sultan Selangor Darul Ehsan, Istiadat Pemasyhuran 
Tunku Maharum Sebagai Tengku Ampuan Selangor dan Tengku Musa Uddin 
Sebagai Tunku Putra Mahkota Selangor sekitar tahun 1903. Bertitik tolak 
dari peristiwa pembinaan Astana mahkota Puri ini, secara tidak langsung 
Klang dikenali sebagai Pusat Pemerintahan Diraja ertikata lain Bandar 
Diraja. Walaupun terbinanya Astana ini, namun Paduka Sri Sultan 
Ala’uddin Suleiman Shah tidak pernah sesekali meminggirkan Jugra tempat 
baginda bersemanyam sebelum ini di Astana Bandar. Astana Mahkota Puri 
ini dibina di atas bukit dan seni reka serta ukiran adalah hasil 
sentuhan Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah sendiri.
Takkala
 Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah mangkat sekitar tahun 1938. 
Maka di istana ini jua lah Raja Muda Alam Shah ditabalkan sebagai Paduka
 Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang baru. Semasa era
 pemerintahan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, Astana Mahkota 
Puri telah dirobohkan untuk pembinaan istana yang baru di atas tapak 
Astana Mahkota Puri yang kini dikenali sebagai Istana Alam Shah. Paduka 
Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah tidak sempat untuk merasmikan Istana 
baru ini, kerna baginda telah mangkat sebelum istana ini siapa 
sepenuhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment