Almarhum merupakan putera sulong Paduka Sri Sultan Saleh ud-din Shah Ibni Almarhum Daing Chelak @ Raja Tua bersama Engku Puan Bt Almarhum Sultan Alauddin Ri'ayat Shah (Yang di-Pertuan Muda Riau) di angkat menjadi Sultan Selangor Kedua selepas kemangkatan Ayahanda baginda pada tahun 1778.
Semasa pemerintahan baginda telah melantik Adindanya Raja Nala sebagai Raja Muda Selangor dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor.
Almarhum mangkat pada 27 Oktober 1826 dan di makamkan di Pemakaman DiRaja Selangor Bukit Selangor ( Bukit Melewati ).
Almarhum bersurikan beberapa Suri Singgahsana dan Suri Negeri dan meninggalkan beberapa putera dan puteri yang telah memungkinkan Kesultanan Selangor terus Subur mengikut peredaran masa.
(Pertama) Y.A.M. Tunku Chik [Chu Che] [Ku Chik] Puteri Kedah,
(Kedua) (Cerai. 1776) Y.A.M Raja Andak binti Daing Kemboja (Yang di-Pertuan Muda Riau)
(Ketiga) 177x, seorang anak perempuan Tengku Mangku Putera, Kedah.
'(keempat) Cik Puan Besar Bt Dato' Sri Maharaja Lela Daeng Loklok Husain
(Kelima) Che Salama Puteri bangsawan Bugis.
(Keenam) Cik Shaima Bt ???
(Ketujuh) Tun Salama Bt Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid,
(Kelapan) ??? di Rembau, 1784,
(Kesembilan) Raja Tengah binti Raja Haji Ibni Daing Chelak, Yang di-Pertuan Muda Riau,
1) Y.A.M. Raja Ismail ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.- Mangkat Muda.
4) Y.A.M. Raja Abdullah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Tengku Panglima Besar Kuala Langat
5) Y.A.M. Raja Ahmad (Tok Mad Prang) ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Tengku Panglima Perang Selangor.
6) Y.A.M. Raja Yusoh ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
7) Y.A.M. Raja Hassan ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
8) Y.A.M. Raja Husain ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
9) Y.A.M. Raja Haji ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
10) Y.A.M. Raja Abdu'l Rahman ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
11) Y.A.M. Raja Yusuf ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
12) Y.A.M. Raja Abbas ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
13) Y.A.M. Raja Saleh ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.
1 ) Y.A.M. Raja 'Aisha [Siah] binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
2) Y.A.M. Raja Sani [Sitti] binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
3) Y.A.M. Raja Amina [Inah] binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
4) Y.A.M. Raja Fatima binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
5) Y.A.M. Raja Mariam binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
6) Y.A.M. Raja Maimuna binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
7) Y.A.M. Raja Khadija binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
8) Y.A.M. Raja Halija binti al-Marhum Sultan Ibrahim.
9) Y.A.M. Raja Hamida binti al-Marhum Sultan Ibrahim
Almarhum dianggap seorang Sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi. Baginda sering mengikut ayahandanya dalam setiap lawatan seperti ke Riau, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740an lagi. Api ini terus menyala selepas 14hb. January, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar Marhum Ketapang. Kemangkatan Ayahanda saudara Almarhum telah menimbulkan kemarahan dan menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Almarhum telah membina dua buah kota.
Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung. Sangkaan ini tepat, pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan menakluki kedua-dua kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor, lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta bantuan.
Semasa di Pahang Almarhum sempat berkahwin dengan Tun Selamah, anak Bendahara Ab. Majid. Selama Belanda di Kuala Selangor dia telah memperbaiki kota batu di Bukit Selangor. Diberinya nama Kota Altings burg sempena nama Gebenor Jeneral Belanda pada masa itu. Begitu juga kota tanah di Bukit Tanjung dinamakan Kota Utrecht iaitu mengikut nama kapal Jacob Pieter van Braam, kemudiannya kota ini dipanggil Kota Belanda oleh Orang Melayu. Ketika inilah Belanda melantik Raja Muhammad Ali memangku jawatan Sultan Selangor dengan dibantu anak saudaranya, Syed Ali. Kedua-duanya dari Siak.
Berundurnya Alamrhum ke Pahang tidak bererti tewas terus-menerus, malah baginda menyusun pasukan tentera dan memperkemaskan segala kelengkapan di samping azam dan semangat yang berkobar-kobar. Dengan satu tekad menuju ke matlamatnya, pada 27hb.Jun, 1785, angkatan perang Alamrhum berjaya menghalau Belanda yang berada di Kuala Selangor.
Setelah Kuala Selangor ditadbir oleh Almarhum cuba mententeramkan Selangor dengan membuat dua perjanjian dengan Belanda iaitu pada 29hb. Julai, 1786 dan 29hb. Julai, 1790. Kemudiannya berbaik- baik dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang serta membuat perjanjian perniagaan pada 23hb. Ogos, 1818.
Di zaman pemerintahan Alamrhum jualah (*7) Raja Hassan anakanda Baginda dihantar ke Kuala Bidor sebagai pemungut cukai bijih timah yakni sebagai suatu tanda bahawa wilayah ini tertakluk ke Selangor dan Sultan Ibrahim juga pernah menyerang negeri Perak semasa pemerintahan Sultan Ahmaddin, Paduka Seri Sultan Perak ke 18.
Kemudian pada 11hb. Julai, 1823, sultan menandatangani perjanjian dengan Perak mengenai bijih timah. Ketika itulah juga Siam berazam untuk menakluki Selangor. Hasil daripada perkara tersebut lahirlah pula Perjanjian Burnai pada 20hb. Jun, 1826. Akhirnya pada 27hb. Oktober,
Kuala Selangor Dalam Pentadbiran Belanda - Belanda menduduki di kedua-dua buah kota di Kuala Selangor dari 2hb. Ogos, 1784 hingga 28hb. Jun, 1785. Mengikut ceritanya Belanda dikalahkan hanya dalam tempuh semalam sahaja.
Tuhfat al Nafis - Menyebut Yamtuan Muhammad Ali membantu Belanda menyerang Kuala Selangor, kemudiannya merampas harta orang-orang di Kuala Selangor dan dibawanya pulang ke Siak. Tinggallah Syed Ali menggelar dirinya Yang DiPertuan Selangor, tinggal di atas Bukit Kota (Istana Melewati) iaitu istana Sultan Ibrahim. Dari semenjak itu tetaplah Syed Ali menjadi Yang DiPertuan Selangor dalam pemerintahan Belanda Sejarah Selangor pula menyebut, setelah Belanda menawan Kuala Selangor mereka telah mengangkat Raja Muhammad Ali jadi pemangku Yang DiPertuan Selangor dibantu oleh Syed Ali. Raja Muhammad Ali tidak lama di Selangor dengan Syed Ali menggantikannya tetapi tidak akui oleh pembesar-pembesar Selangor.
Sementara Sejarah Alam Melayu pula mengatakan pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda menakluki Kuala Selangor. Sultan Ibrahim berlepas ke Bernam sementara itu Belanda di Kuala Selangor melantik Raja Muhammad Ali , anak Raja Alam dan cucu Raja Kecil Siak jadi Sultan Selangor. Tidak lama lepas itu Raja Muhammad Ali pun keluar dari Kuala Selangor. Buku ini tidak pula menyebut apakala Raja Muhammad Ali keluar dari Kuala Selangor tempatnya diambil alih oleh Syed Ali, sebagaimana yang terdapat dalam keterangan sebelumnya. Belanda gagal memujuk penduduk Kuala Selangor walaupun dijanjikanhendak memberikan pengampunan beramai-ramai supaya mereka pulang ke rumah masing-masing. Orang-orang besarnya enggan mengiktiraf sultan yang dilantik oleh Belanda sebagai Yang DiPertuan Selangor. Orang ramai pula tidak mahu menjalankan perniagaan bijih timah dengan Belanda, selagi raja yang berhak tidak ditabalkan.
Perdagang yang lain dibekukan terus sementara Syed Ali menghabiskan masanya dengan merompak dan membinasakan daerah ini. Belanda melantik Raja Muhammad Ali sebagai pemangku Yang DiPertuan Selangor kerana untuk membalas jasa beliau yang membantu Belanda menentang Riau, Johor dan Selangor.
Di antara tiga orang Sultan Selangor yang bersemayam di Kuala Selangor, Sultan Ibrahim lah yang paling lama memerintah. Baginda juga dipandang oleh rakyat sebagai seorang sultan yang paling gigih.
PAWANG DIRAJA SELANGOR DI ERA PEMERINTAHAN SULTAN MUSA GHAITHUDDIN RIAYAT SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ALAEDDIN SULAIMAN SHAH (1893- 1955) Hj Syawal Bin Hj Yusuf Bin Bedun Bin Daeng Dewasa @ Raja Yusoh Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Shah (Raja Lumu) Ibni Almarhum Raja Tua @ Paduka Sri Raja Chelak Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga Ibni Opu La Madusalat (La Madu Saleh) (‘Datu Of Luwu’ La Patiware’ Daeng Parebung) Ibni Letta Lenderang @ Lenderang Letok Ibni Paduka Sawari Gading, Opu Na Ware (Yang Dipertuan Diware) *** Tanjung Syawal, Klang. Mungkin ada yang tak mengetahui bahawa nama tersebut diambil sempena nama siapa. Ingin kite kongsikan akan ianya. nama Syawal di ambil sempena nama Pawang DiRaja Selangor *** Kebetulan Opah Saudara berkahwin dengan Anak Hj Syawal.
Meriam ini diberi nama Ibrahim sempena nama Sultan Selangor ke 2. Meriam ini hakikatnya milik Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Sultan Salehuddin, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Selangor yang memerintah Tahun 1778 - 1826. Baginda merupakan putera sulung Paduka Sri Sultan Salehuddin Shah Ibni Almarhum Raja Chelak, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar dari Selangor dan bonda baginda bernama Engku Puan Bt Paduka Sri Sultan Alauddin Ri'ayat Shah Ibni Daeng Rilaga, Yang di-Pertuan Muda Riau. Meriam Keramat yang Pernah di letakkan di perkarangan Istana Kota, Klang. *** Meriam nie Ayah Teman duk Peluk masa menetap di Istana Kota, Klang ketika kecil... Asal peluk aja terus kena pekik dgn Penjaga Istana tersebut yakni Alang Besar yang merupakan Atuk Saudaranya. Baginda di makamkan di Permakaman Diraja Bukit Melawati yang mana suatu ketika dahulu terdapat sebuah Istana di Bukit tersebut..
Sumber : Royal
*** Paduka Sri Sultan Idris Sarifuddin Ibni Sultan Salehuddin Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Raja Abdullah ibni Amarhum Sultan Ibrahim, Tengku Panglima Besar Kuala Langat