Y.T.M Tunku Kudin |
Tunku Kudin kemudiannya menubuhkan sebuah Pasukan Polis dan didalam tahun 1871 telah merekrut dua orang pegawai Eropah - seorang Belanda bernama Van Hagen dan seorang Italy bernama Cavaleiri. Pasukan Polis tersebut mengandungi 30 orang Eropah dan Serani serta 80 orang sepoi India. Tunku Kudin adalah rakan sepakatan Yap Ah Loy, Kapitan Cina waktu itu.
Dalam tahun 1872, Tunku Kudin menempatkan sebahagian besar anggota Pasukan Polisnya di Kuala Lumpur bagi menghadapi ancaman Syed Masyhur yang juga menjadi musuh ketat Yap Ah Loy. Kuala Lumpur ditawan oleh Syed Masyhor dalam bulan Ogos tahun yang sama. Pasukan Tunku Kudin telah diserang hendap oleh satu lagi kumpulan penentang yang diketuai oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah.
Cavaleiri dan 20 orang anggota pasukan Tunku Kudin terbunuh. Ah Loy terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur. Sementara itu Van Hagen dan 40 anggotanya ditawan dan dihukum bunuh di Kuala Lumpur. Bila Davidson dilantik sebagai Residen British dalam tahun 1874, salah satu tindakan utamanya ialah menubuhkan Pasukan Polis. Pembentukan Pasukan Polis diserahkan kepada seorang pegawai muda yang bernama Harry Charles Syers (Kemudian menjadi Pesuruhjaya Polis FMS). Dalam bulan Julai 1875, Harry Charles Syers dilantik sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor.
H.C Syers |
Pasukan Polis Selangor pimpinan Syers terus berkembang pesat terutamanya pada akhir tahun 1880-an. Setelah membentuk sebuah pasukan polis yang cekap di Selangor. Syers diarahkan ke Pahang untuk membantu menubuhkan sebuah pasukan polis di negeri itu.
Sumber :
- Penelitian
- Laman sesawang PDRM - rmp.gov.my