16 September 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA...


Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru. Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara.

Sehelai peta yang diterbitkan di Chicago pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.
Bahagian semenanjung memakai nama Persekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura.
Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian.

Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.

Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "Tanah Bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu.

" Potret menunjukkan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir, selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963".

15 September 2012

AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA TERSAYANG DIATAS KEMBALINYA KERAHMATULLAH


Ucapan Terima kasih tak terhingga atas apa jua bantuan yang di hulurkan kepada seluruh ahli keluarga saya ketika kembalinya kerahmatullah AyahandaTersayang saya yakni Abdul Jalil Bin Ramli (Warisan Diraja Perak dan Selangor) Warisan Keturunan [1] Raja Ahmad Bin Raja Kechil Muda. 

Saya mohon doa kehadrat Ilahi, Agar Allah SWT jua yang akan membalas segala bantuan yang dihulurkan...

Kembalinya Kerahmatullah Ayahanda saya akibat daripada Sakit Tua di Rumah Taman Samudra, pada 30 Ogos 2012 dan selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih.


Di doa semoga roh Ayahanda ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman. Aamiin...
Al Fatihah....

NOTA KAKI :-

[1] A History Of Perak – R.O Winstedt & R.J Wilkinson (SULTAN ABDULLAH SÉANCE) The Sultan Abdullah Muhammad Shah tried to laugh about it but declared later that he had never been so insulted in his life, and sent off a boat to Pasir Panjang to fetch the state wizard Raja Kechil Muda to hold a séance and enquire if the Guardian Genies Of Perak would destroy Mr. Birch. Before the séance began, the Sultan said, "If there be any spirits left in Perak, let us look into the future and see if there is any means by which he may die and his steamer be wrecked on the Perak bar." The Sultan himself was one of the mediums and declared that Mr. Birch would die within a month. He stabbed a flour manikin repeatedly and said, “See! In a month Mr. Birch will be dead." He paid another medium, Raja Ahmad B Raja Kechil Muda, $100 to produce Birch's spirit of life in the form of a butterfly, which was killed with a knife. The excuse for the ceremony was the Sultan's illness but the Sultan was walking about quite well and threatened death to any one who should speak of the séance to the English. 

In Perak the State shaman was commonly of the reigning house and bore the title of Sultan Muda. He was too exalted to inherit any other office except the Sultanate, and according to one account could ascend no temporal throne. 
He was allotted a State allowance from port dues and the tax on opium. The twenty-fifth holder of the office was a grandson on the distaff side of Marhum Kahar - Sultan Iskandar Zulkarnain - Cempaka Sari, a famous ruler of Perak in the eighteenth century: on the spear side he was a descendant of the Prophet! The wife of its holder bore the title of Raja Puan Muda. His deputy or heir-apparent was styled Raja Kechil Muda. So, too, in parts of Timor two Rajas are recognised-a civil raja who governs the people, and another raja who can declare tabus and must be consulted by his colleagues in all important matters.. 

At a curative (but not apparently at a State-cleansing) séance the spirit-raising shaman may be a woman. During the last illness of Sultan Yusuf, a nineteenth century ruler of Perak, a séance was conducted by Raja Ngah, a scion of the reigning house on the female side, "a middle-aged woman dressed as a man" for the occasion-a device I have seen adopted by Malay midwives also. 

Upacara bermain hantu atau berhantu diadakan di Batak Rabit pada 24-26 Ogos 1875. Kira-kira pukul 8.00 malam ramai hadir, duduk bersama Sultan Abdullah di balai. Di antara mereka yang hadir: Syahbandar, Raja Idris, Raja Kechil Muda, Raja Ahmad, Raja Mahkota, Raja Musa, Raja Lop Ahmad, Tuk Bandar, Che Amin, Indut, Syed Masahor dan Kulup Mat Ras. Ini adalah 1 daripada 5 cara dicadangkan untuk membunuh RESIDEN INGGERIS OF PERAK - J.W.W BIRCH. Ianya dicadangkan oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah II sendiri dan mohom jua telah menjemput Pawang Diraja iaitu Raja Kechil Muda bersama anaknya iaitu Raja Ahmad dari Pasir Panjang ke Batak Rabit.

UCAPAN YANG AMAT MULIA RAJA DI HILIR PERAK - RAJA IDRIS SHAH IBNI SULTAN ALANG ISKANDAR


Pada hari Jumaat bertarikh 9 Jan 1935, Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak - Raja Idris Shah Ibni Paduka Seri Sultan Iskandar Shah berangkat untuk menunaikan solat Jumaat berjemaah di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, diiringi oleh beberapa orang-orang besar Istana.
Setelah selesai sembahyang, Yang Amat Mulia itu telah mengambil kesempatan untuk memberi ucapan di atas Mimbar Masjid tersebut,

Ucapan pendek Yang Amat Mulia adalah seperti berikut:-

“Tuan, cuba kita pandu dengan bersungguh-sungguh menyukakan Tuhan kita dan Raja kita, iaitu menuntut ilmu dan beribadat seperti sembahyang lima waktu dan jemaah dan lainnya.
Cubalah kita pandu dengan bersungguh-sungguh supaya jangan dimurkai oleh Tuhan kita dan Raja kita, kerana siapa-siapa yang dimurkai oleh Tuhannya di dalam Neraka nampaknya, dan siapa-siapa yang dimurkai oleh Rajanya, tiada berguna duduk di dalam negeri ini.

Saya ini budak lagi bodoh, tetapi apa-apa yang saya dengar dan apa-apa yang saya lihat nanti saya khabarkan kepada bapa saya; hanya doa saya Selamat Umur Panjang sekalian isi negeri Perak ini”.

Ucapan itu sungguhpun pendek tetapi mempunyai intipati yang sangat bernilai kepada sekalian rakyat negeri Perak. Seperkara lagi, sekalian hamba rakyat yang hadir merasai betapa moleknya keperibadian Raja Kecil yang bakal menjadi Raja, Yang Dipertuan bagi Negeri Perak kelak setelah mendengar ucapan tersebut oleh Yang Amat Mulia Raja di Hilir yang pada ketika itu bearu berusia sepuluh tahun.

Sumber : Warta Malaya, 16 Jan 1935
Potret : Kredit Sembangkuala

NASIHAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN PAHANG - SULTAN SIR ABU BAKAR


Pada 11.4.1934, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Pahang - Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah telah memberikan Nasihat Kepada murid-murid Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

Wahai sekalian murid-murid yang hadir pada pagi ini, dengarlah olehmu akan nasihat beta yang ringkas ini, mudah-mudahan menjadi faedah kepada kamu di dalam hal kehidupan kamu kelak.

Oleh itu beta harap kepada kamu sekalian hendaklah bersungguh-sungguh hati dengan rajin dan usaha mengambil serba pelajaran yang diajari oleh guru kamu itu mudah-mudahan majulah kamu di dalam pelajaran yang tinggi-tinggi yang sangat dikehendaki oleh zaman tamadun ini.

Beta percaya, adapun pelajaran yang kamu sekalian tuntuti sekarang ini tentulah jadi kepayahan sedikit pada permulaannya kerana yang dipelajari itu bukannya bahasa sendiri (Bahasa Melayu), tetapi tentulah kamu mengerti akan faedah-faedahnya kepada kamu kemudian hari dan fikirlah oleh kamu akan keadilan dan kemurahan kerajaan telah mengeluarkan beberapa banyak perbelanjaan mendirikan sekolah-sekolah dan mengadakan guru-guru yang bijaksana itu ialah maksud tujuannya hendak memberi pertolongan kepada anak-anak negeri mengambil pelajaran yang akan menjadi kesenangan pada jalan mencari nafkah kehidupan sebagai kaki tangan kerajaan dan lain-lainnya.

Tetapi oleh kerana didapati dari semasa ke semasa pada tentang pelajaran anak-anak Melayu kita ini tersangatlah lemahnya dan jauh ketinggalan ke belakang oleh itu terpaksalah kerajaan mengambil bangsa-bangsa asing dijadikan kaki tangannya di dalam segala pekerjaan yang mana beta percaya kamu sekalian telah mengerti yang perkara itu menjadi kerugian yang amat besar kepada anak-anak Melayu dan jua mengurangkan kekayaan dan kemakmuran negeri Melayu ini.

Setelah kamu sekalian faham akan faedah perkataan-perkataan beta tadi, maka hendaklah kamu hati-hatikan sungguh segala pengajaran guru-guru kamu di dalam sekolah ini; kerana kamu masih berumur muda lagi dan mudah menerima pelajaran dan apabila sudah berumur banyak tak dapat tiada susahlah bagi otak kamu hendak menerima apa-apa pelajaran lagi dan lihatlah oleh kamu akan saudara-saudara kamu yang tiada mempunyai ilmu pengetahuan yang dikehendaki itu sangatlah kepicikan dan kesusahan mencari jalan kehidupan melainkan sentiasalah mereka itu di dalam perusahaan yang susah-susah dan pekerjaan-pekerjaan yang berat-berat.

Sekadar itulah beta nasihatlan hubaya-hubaya adanya.

Sumber : Warta Melayu

25 August 2012

Paduka Sri Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir' Alauddin Suleiman Shah


Paduka Sri Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir' Alauddin Suleiman Shah Bersama Tengku Permaisuri Sharifah Mastura Binti Syed Shahabuddin.

Tengku Mahkota Selangor (1903) Raja Muda Selangor (1920) Tengku Kelana Jaya Putera (1936) Paduka Sri Sultan Selangor (1943)

Almarhum Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah (1893–1955)

Bonda baginda adalah Tengku Ampuan Maharum Binti Raja Muda Tunku Dziauddin (Tunku Kudin - Kedah).

Diputerakan di Jugra pada tahun 1893 diberi nama MUSA UDDIN dan mangkat pada tahun 1955.

Kesultan Selangor mengunakan Gelaran " UDDIN " bagi penambahan nama bagi setiap Sultan yang menaniki Takhta Kerajan.
> ALA"UDDIN (Raja Suleiman Shah) HISHAM' UDDIN (Tengku Alam Shah)> GHIATH' UDDIN (Tengku Musa Uddin) > SALEH' UDDIN (Tengku Abdul Aziz) > SHARAF' UDDIN (Tengku Idris Shah)...

HAKIKATNYA HANYA ALLAH SWT YANG MAHA MENGETAHUI...

26 July 2012

AL-FATIHAH BUAT BONDA TERSAYANG DIATAS KEMBALINYA KERAHMATULLAH

Ucapan Terima kasih tak terhingga atas apa jua bantuan yang di hulurkan kepada seluruh ahli keluarga saya ketika kembalinya kerahmatullah Bonda Tersayang saya yakni Zaliha Bt Che Pin.Saya mohon doa kehadrat Ilahi, Agar Allah SWT jua yang akan membalas segala bantuan yang dihulurkan...
Kembalinya Kerahmatullah Bonda saya akibat daripada kemalangan jalanraja di KUALA KUBU iaitu di laluan Jalan Bandaran, 19 Julai 2012 (29 Syaaban 1433H) dan selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih.
Terbayang Senyuman...Yang Sering Dikau Ukirkan, Bagaikan Tiada Kedukaan...Walau Halangan Datang Menerpa, Dikau Berkorban Jiwa Dan Raga,Tiada Harta Paling Berharga, Kaulah Satu-Satunya.........Kasih Ibunda Kekal Selamanya, Agar Bahagia Hidup SejahteraBila Berjauhan Rindu Terasa, Terkenang Setiap Masa, Kasihmu Ku Damba....Tak Dapatku Bayangkan, Hidupku Ini...Tanpa Engkau Di Sisi....Kosong Jiwaku Tak Bererti.. Jasamu Kekal Abadi...
Di doa semoga roh bonda ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman. Al Fatihah.

09 June 2012

CREST ATAUPUN BADGE CAR WARISAN KELUARGA DIRAJA

Jata ataupun dalam ertikata lain sebagai mana merujuk Kamus Dewan ialah Lambang Kebesaran Negeri dan jata diraja hanya digunakan pada kepada kenderaan Sultan, Raja Perempuan, Bakal-Bakal Raja bagi Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu DYTM Raja Muda dan DYAM Raja Di Hilir.

WARIS NEGERI PERAK mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, adalah zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang (18) kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak BENIH turun temurun sehingga yang akhir sekali, ini kerna sistem pemerintahan beraja Perak berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan.

Negeri Selangor ianya hanya dikhaskan kepada Paduka Sri Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda. Namun di Selangor mempunyai Jata Warisan Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang lebih dikenali sebagai Suleiman Takok yang digunakan olehAnakanda, Cucu, Cicit, Piut (Warisan Sultan Alauddin Suleiman Shah) dan jata ini telah digunakan ketika era tahun 50an.

JATA WARIS NEGERI dan JATA SULEIMAN TAKOK hanya kepada Waris sahaja. Ianya bukan untuk bermegah-megah, jauh sekali untuk bebas daripada peraturan di jalan raya dibawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333) DAN PERATURAN LALULINTAS 1958 tetapi hanyalah sebagai lambang ukhuwwah dan silaturahim sesama Warisan Kekeluargaan Diraja. Barangsiapa diantara Waris Negeri Perak dan jua Warisan Sultan Suleiman yang melakukan kesalahan pasti akan dikenakan tindakan undang-undang negara.

Pemakaian badge kereta Waris Negeri Perak atau Alauddin Suleiman Shah tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang.

Di antara syarat-syarat pengunaan Crest (BADGE CAR) adalah seperti perincian dibawah.

1. Crest hanya boleh dipakai di hadapan kenderaan sahaja.
2. Crest hendaklah ditutup jika pemandu kenderaan tersebut BUKAN Waris Negeri.

CREST Warisan Diraja umpama maruah didalam memartabatkan institusi kekeluargaan Warisan Diraja. Tiada apa lagi yang tinggal untuk KAMI sebagai Warisan melainkan ‘crest’ ini sahaja sebagai lambang ukhuwwah dan silaturahim BUKAN untuk bermegah.

PERHATIAN:

Mana-mana individu yang bukan Warisan Diraja yang masih sedar akan benih batang tubuh diri sendiri harap dapat membuka Crest/Logo seperti diatas.
Seandainya didapati anda BUKAN WARISAN YANG SAH dan dianggap sebagai mencemar nama baik, tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat berdasarkan no pendaftaran kenderaan agar tindakan boleh diambil kerana mencemari institusi beraja.

BADGE ATAUPUN CREST TIDAK DIJUAL / TIDAK SAH DIPAKAI KEPADA MANA-MANA INDIVIDU YANG TIDAK DIKATEGORIKAN SEBAGAI WARIS NEGERI dan WARISAN SULEIMAN TAKOK KERNA IANYA BOLEH DITAKRIFKAN KESALAHAN DIDALAM PENIPUAN khususnya BANGSA ASING, JANGAN TERPEDAYA KHUSUSNYA BANGSA ASING DAN ADALAH WAJIB BERTANYA SIAPA KEPADA SI PEMAKAI DIKALANGAN MEREKA BERBANGSA MELAYU, SEPERTI DARI WARISAN MANA, HUBUNGAN KEKELUARGAAN, DAN MERUJUK KEPADA WARISAN YANG LEBIH TUA UNTUK KEPASTIAAN DAN YANG PENTING NO PENDAFTARAN KENDERAAN TERSEBUT DI REKOD..

NOTA PENTING :

Terdapat banyak orang luar yang menyamar sebagai WARIS NEGERI PERAK dan WARISAN ALAUDIN SULEIMAN SHAH dengan mengunakan BADGE CAR WARISAN DIRAJA bagi tujuan BERMEGAH DIRI!!!

MANUSIA PENDUSTA PASTI BINASA,
MEROSAK NAMA WARISAN DIRAJA,
LUPA DIRI NAK BERMAHARAJALELA,
PENGKINATA BANGSA PEROSAK INSTITUSI BERAJA.

BADGE RIS adalah dibentuk oleh Bekas Raja Kecil Besra Perak, YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah ketika menjadi Raja Bergelar Negeri Perak kerana melihat Crest Bonda Saudara iaitu YAM RAJA DATO HAJJAH INTAN SURAIYA BT ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SHAH dan hanya dipakai oleh YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah sahaja bukan orang lain.

WATIKAH DIRAJA ianya HANYA BOLEH DIKURNIAKAN OLEH SULTAN SAHAJA bukan Raja-Raja biasa demikian jua pengunaan BADGE CAR AHLI DIRAJA PERAK, KELUARGA DIRAJA PERAK kerana Di Perak hanya adalah WARIS NEGERI bukan Keluarga Diraja mahupun Ahli Diraja.

Contoh : Watikah Pengurniaan Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Almarhum Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran "DiRaja" kepada pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Di Raja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police".

Sumber : Penubuhan Pasukan Polis di Kedah.
Undang-Undang Tubuh Negeri Perak


BADGE CAR : YAM RAJA DATO HAJJAH INTAN SURAIYA BT. ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SHAH DPCM.

Badge Car

Khas Bagi Warisan Keturunan Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa - Sultan, Raja Yang Dipertuan Selangor Ke 4. "Crest Suleiman Takok adalah dirujuk kepada Jata"

Badge RIS adalah dibentuk oleh Bekas Raja Kecil Besra Perak, YAM Raja Datuk Seri Izzudin Iskandar Shah untuk peribadi tetapi tidak tertulis KELUARGA DIRAJA hanya tertulis perkataan RIS saja.


Translate