Istiadat Mengangkat Sumpah Gelaran Y.D.M. ENgku Kecil Tengah Selangor |
Telah khidmat dengan Istana seawal belasan tahun semasa era pemerintahan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah sebagai Panglima Perang Kiri Setia Diraja Selangor, kemudian bergelar Y.D.M. Engku Kecil Tengah Selangor dan seterunya bergelar Y.D.M Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja Selangor sehingga kini yang memikul tanggungjawab sebagai Penghulu Adat Istiadat Selangor.
Menerima Keris Kebesaran Y.D.M. Engku Kecil Tengah Selangor |
Gelaran Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar diRaja Selangor adalah gabungan dua gelaran orang besar dahulu iaitu Dato' Maha Kurnia Bijaya (gelaran asal adalah Datuk Aru iaitu Ketua Tok Ampat, namun dimudian hari diganti sebagai Orang Kaya Maha Kurnia Bijaya Diraja Selangor - Datuk Haji Hassan Bin Muhammad Zin) dan Dato Amar DiRaja (Dato Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Said, Penghulu Istiadat Selangor)
No comments:
Post a Comment