18 October 2016

MERAFAK SEMBAH JUNJUNGAN TAHNIAH ATAS PERLANTIKKAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE XV DAN TIMBALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE XV

Menghadap 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Muhammad V Ibni Sultan lsmail Petra, 
Menghadap 
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah 

MERAFAK SEMBAH JUNJUNGAN TAHNIAH 
ATAS PERLANTIKKAN 
DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE XV DAN 
TIMBALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE XV 

Patek Merafakkan Sembah Junjungan Tahniah
buat 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia 
Al-Sultan Muhammad V Ibni Sultan lsmail Petra 
diatas Perlantikan sebagai 
DULI YANG MAHA MULIA 
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE XV 
dan jua 
Duli Yang Maha Mulia 
Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah 
sebagai 
TIMBALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE XV 
berkuatkuasa 12 Disember 2016. 

Patek sekalian, penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan institusi beraja, terus memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi yang telah diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar, kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa. 

Semoga di bawah naungan pemerintahan Duli-Duli Tuanku, rakyat berbilang kaum berbilang agama, hidup penuh harmoni - saling hormat antara satu sama lain dan semoga Duli-Duli Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam pemeliharaan dan lindungan ILAHI, dapat menyempurnakan tugas adil lagi saksama, arif lagi bijaksana, berpandukan petunjuk Allah SWT. 

Semoga Negara Malaysia mencapai kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi dari mala petaka dan sebarang bencana. 
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku... Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...

No comments:

Translate