Pakaian semasa berkhidmat sebagai Sergeant At Arms Di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan |
Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Sir’ Alauddin Suleiman Shah jua bergelar sebagai Tengku Aris Temenggong Selangor mula membina kerjaya sehingga ditauliah sebagai salah seorang daripada 136 orang yang menerima Tauliah sebagai Juruterbang Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu sekitar tahun 1958.
Memulakan kerjaya pada tahun 1953 di Pejabat Setiausaha Negeri Selangor sekembalinya ke Tanah Melayu setelah berangkat untuk menuntut ilmu di England pada sekitar tahun 1948.
Pada tahun 1957 telah menyandang jawatan Sergeant At Arms Di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan sehingga Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Dilantik menjadi Juruiring Pertama dan Setiausaha Sulit kepada Gabenor Pulau Pinang Y.B.M Raja Sir Tun Uda. Menghantar permohonan untuk masuk berkhidmat dengan Pasukan Udara Sukarela Malaya di Pulau Pinang setelah lulus dalam Peperiksaan Kecekapan untuk latihan sebagai Juruterbang. Dilantik sebagai Pegawai interligence dalam pasukan tersebut. Perkhidmatan tersebut jua adalah Sambilan.
Apakala Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu membuka pemohonan pegawai baru sebagai Pegawai. Telah memujuk bondanya dan menerangkan cita-citanya setelah diperkenan. Telah meletakkan jawatan dari perkhidmatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Gabenor Pulau Pinang dan masuk berkhidmat dalam Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu.
Semasa didalam perkhidmatan telah dilantik menjadi juruiring kepada Pegawai Pemerintah Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu, Air Commodore N C Hyde (30 May 1958: Air Force Member Armed Forces Council, Malaya).
No comments:
Post a Comment