28 April 2011

AQIDAH SULTAN SELANGOR ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN SULEIMAN SHAH : ALLAH ADA TANPA TEMPAT


Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersemayam di atas mimbar masjid Diraja Sultan Kg. Bandar Kuala Langat membaca kuthbah Jumaat pada 1937".

Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah bertitah dalam kitab baginda Pohon Agama; Bahagian Rukun Iman[1]:

“5. “Qiyamuhu bi-nafsi-hi” maka bukan Ia jirim (mengambil lapang) dan bukan Ia arad (barang yang berkehendak kepada tempat pendiriannya). Maka tiada Ia di atas sesuatu dan tiada Ia di bawah sesuatu dan tiada ada kanan sesuatu dan tiada di kiri sesuatu dan tiada di hadapan sesuatu dan tiada di belakang sesuatu dan tiada bagi-Nya atas dan tiada bagi-Nya bawah dan tiada bagi-Nya kanan dan [tiada] bagi-Nya kiri dan tiada bagi-Nya hadapan dan tiada bagi-Nya belakang dan tiada bermasa dan tiada bertempat dan tiada disifatkan zat-Nya dengan kecil atau besar atau panjang atau pendek dan tiada bersifat zat-Nya dengan warna putih atau kuning atau hijau atau barang sebagainya dan tiada bermasuk-masukkan dengan sesuatu dan tiada Ia mengambil manfaat atau kerana menolakkan mudarat.”. Intaha [dipindahkan dari tulisan jawi]

Kitab Pohon Agama, hlm 10.

Aqidah yang ditulis oleh Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah di atas adalah aqidah yang telah diijmakkan (disepakati) oleh Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama muktabar. Antara ulama muktabar tersebut ialah al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir al-Baghdadi. Beliau telah menjelaskan kesepakatan tersebut dalam kitab beliau al-Farq baynal-Firaq (sila lihat dalam http://al-masabihul-munawwirah.blogspot.com/).

Jawapan: Allah itu ada dan tiada sebarang keraguan tentang kewujudan-Nya. Adanya Allah itu tanpa kayf (bagaimana, bentuk atau cara)[1], tanpa tempat, tanpa arah atau ruang dan tidak menyamai suatu pun daripada makhluk-Nya serta tiada suatu pun daripada makhluk-Nya yang menyerupai-Nya.


Allah ta^ala berfirman:

أَفِى اللهِ شَكٌّ

Maknanya: “Tiada keraguan akan adanya Allah”. [Surah Ibrahim: 10]

Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya]
___________________________

[1] Persoalan bagaimana atau cara hanya layak diajukan tentang sifat makhluk kerana ia merujuk kepada suatu bentuk, pergerakan dan perubahan sifat. Oleh itu, Allah Maha Suci dari sebarang persoalan bagaimana kerana ia melibatkan sifat makhluk.

[1] Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Pohon Agama; Bahagian Rukun Iman, Khazanah al-Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1325 H/ 2005 R, hlm. 10.

No comments:

Translate