27 December 2017

Ahli Dewan DiRaja Selangor - 1 Dis 2016 hingga 30 November 2019.

Dewan Diraja Selangor bermula dari 1959 dan berfungsi sebagai majlis penasihat kepada kerajaan negeri Selangor iaitu D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Tarikh kuatkuasa mulai dari 1 Dis 2016 hingga 30 November 2019.[1]

Ahli Dewan DiRaja Selangor
Sumber : Google dan The Star
Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor mengandungi 22 orang, yang terdiri daripada Kerabat DiRaja Selangor dan Ahli Kerajaan Negeri Selangor. Ahli Dewan DiRaja Selangor 2016-2019 Ahli Dewan Diraja Selangor. Sejarah Dewan Diraja Selangor boleh dirujuk di pautan :-  Sejarah Dewan Diraja Selangor

Pengerusi: 
D.Y.M.M Sultan Selangor 
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj 

Ex-officio (Ahli Kerana Jawatan) : 
– D.Y.T.M Raja Muda Selangor – 
Tengku Dato’ Seri Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, 
Y.A.M Tengku Laksamana Selangor – 
Tengku Dato’ Seri Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 
– Y.A.M Tengku Bendahara Selangor – 
Almarhum Tengku Dato’ Seri Azman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj (Kosong atas Kemangkatan), 
– Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor – 
Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, 
– Pengerusi MAIS – 
Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi,
– Mufti Selangor – 
Sahibus Samahah Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid. 

Ahli Waris Yang Lain : 
– Y.A.D. Tengku Aris Temenggong Selangor – 
Tengku Dato’ Setia Muhamad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Sulaiman Shah, 
– Y.A.D. Tengku Panglima Besar Selangor – 
Tengku Dato’ Seri Abdul Samad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, 
– Y.A.D. Tengku Indera Setia Selangor – 
Tengku Dato’ Seri Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, 
– Y.A.D. Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor – 
Tengku Dato’ Setia Putra Al-Haj Ibni Almarhum Tengku Bendahara Azman Shah Al-Haj. 

Orang-Orang Besar : 
Y.A.D. Tengku Seri Wangsa Diraja – Tengku Dato’ Setia Ramli bin Tengku Sri Andika Diraja Shaharuddin Shah, 
Y.A.D. Engku Setia Lela Bestari – Raja Tan Sri Arshad bin Raja Sir Tun Uda, 
Y.A.D. Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak – Dato’ Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, 
Y.A.D. Dato’ Jugra Kurnia Diraja – Tan Sri Syed Mohd Yusof bin Tun Syed Nasir, 
Y.A.D. Dato’ Salehuddin Saidin. 

Orang Tua-Tua : 
Y.A.D. Dato’ Abdul Halim bin Datuk Abdul Rauf 
Y.A.D. Tan Sri Ambrin Buang 
Y.A.D. Jen (B) Tan Sri Mohd Hashim bin Mohd Ali 
Y.A.D. Tan Sri Ismail bin Adam 
Y.A.D. Dato’ Setia Ramli bin Mahmud 
Y.A.D. Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, [2] 
Y.A.D. Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Klang – Dato’ Setia DiRaja Abdul Ghani bin Dato’ Kaya Haji Pateh Akhir 

Setiausaha Dewan : 
Hanafisah Jais

[1] TheStar- Advisory body to the state Ruler (Selangor) 
[2] Ahli Dewan Diraja Selangor berkuat kuasa 1 Jan 2018 hingga 30 Nov 2019. Sinar Harian bertarikh 14 Disember 2017

13 December 2017

Kenyataan Taksiran Titah Wawacara Akhbar The Star Bersama D.Y.M.M. Tuanku Sultan Selangor Oleh Y.D.M Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj

KENYATAAN TAKSIRAN TITAH WAWACARA AKHBAR THE STAR BERSAMA D.Y.M.M.  TUANKU SULTAN SELANGOR OLEH Y.D.M TENGKU DATO’ PROF. DR. JAMALUDDIN BIN TENGKU MAHMUD SHAH AL-HAJ (TENGKU ORANG KAYA MAHA BIJAYA SEPANG MERANGKAP PENASIHAT PERSATUAN MELAYU BUGIS SELANGOR - DAERAH SEPANG). 

Dengan penuh kerendahan sifat dan bersandarkan yang pengetahuan cetek namun bersandarkan pengalaman yang ada maka dapatlah saya untuk menghuraikan mauduk Titah Wawacara Akhbar The Star Bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor bersempena Ulang Tahun Keputeraan D.Y.M.M Tuanku Sultan pada 10 Disember 2017 yang lalu yang dikuatiri berpotensi mengundang impak negatif dan membawa pelbagai taksiran rakyat.

Pada hemat saya, sesungguhnya Kebawah Duli Tuanku menzahirkan dukacita melihat Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menentang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/ United Malay National Organisation (UMNO), BUKAN ATAS FAKTOR MENYOKONG MANA-MANA PARTI POLITIK ATAUPUN MENCAMPURI URUSAN POLITIK, SESUNGGUHNYA BAGINDA AMAT MENGETAHUI RAJA BERPERANAN SEBAGAI TONGGAK KESTABILAN - SUMBER KEADILAN, TERAS PERPADUAN - PAYUNG PENYATUAN. 

Kebawah Duli Tuanku jua amat peka dalam dinamik politik yang sedang berlaku, maka bertambah penting bagi Raja Pemerintah untuk berada di atas segala yang sedang berlaku, BERSIFAT BERKECUALI SUPAYA DALAM KEADAAN BERLAKUNYA KRISIS, INSTITUSI RAJA BERUPAYA MEMBERIKAN NASIHAT, TEGURAN DAN PANDANGAN YANG MENCERMINKAN KEADILAN TANPA MEMIHAK. 
Sumber dari The Malaysian Insight 

Sejarah Penyatuan bangsa Melayu amat dekat dihati Kebawah Duli Tuanku dan menjadi kebimbangan polemik politik akan mengundang perpecahan bangsa kepada rakyat dibawah Payung Naungan Kebawah Duli Tuanku dan Duli-Duli Raja-Raja Melayu yang lain, kerna Nenda Kebawah Duli Tuanku iaitu ALMARHUM SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN SULEIMAN SHAH MEMPUNYAI SEJARAH SENTUHAN YANG AMAT PENTING DALAM MERINTIS SEMANGAT PERJUANGAN BANGSA APABILA TELAH MEMBERI LIMPAH PERKENAN DAN AMANAT SEMASA MERASMIKAN PERSIDANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU YANG TELAH DIADAKAN PADA 1-4 MAC 1946 DI KELAB SULTAN SULAIMAN, KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR. 
Persidangan bersejarah tersebut dinamakan sebagai Kongres Melayu Se-Malaya yang telah dihadiri oleh 107 orang perwakilan dan 56 orang pemerhati rasmi dari 41 Pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Melalui perkenan dan sokongan Almarhum nenda baginda dalam Kongres tersebut telah membawa kepada sokongan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu bagi merealisasikan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dan secara tidak langsung memberikan tekanan kepada pihak British. Nenda Kebawah Duli Tuanku juga semasa merasmikan kongres telah MEMPERKENANKAN KURNIAAN SUMBANGAN PERIBADI SEBANYAK $ 5000.00 DAN TELAH BERTITAH (AMANAT) DUA PERKARA SEBAGAI ASAS PENYATUAN BANGSA MELAYU IAITU;

PERJUANGAN AGAMA ISLAM YANG AKAN MENGIKAT HATI NURANI BANGSA DAN; 
BERANI DAN TERUS MEMBELA DAN MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU. 

Titah Kebawah Duli Tuanku sebenarnya merujuk kepada PENERIMAAN BANGSA MELAYU DAN RAKYAT KEPADA PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU DALAM PENYATUAN BANGSA YANG AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA YANG BERDAULAT, BERDIRI MEGAH ATAS NAMA MALAYSIA. Sememangnya semangat 41 Pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura pada ketika itu bermatlamat untuk membentuk sebuah Pertubuhan Melayu Bersatu dan penerimaan bangsa Melayu pada ketika itu terus di terima sehingga memungkinkan enam (6) Perdana Menteri mentadbir Negara. Sehinggalah berlakunya peristiwa tertentu yang berlaku di dalam negara sejak beberapa tahun kebelakangan yang lalu yang memisahkan semangat perpaduan bangsa dan membentuk puak-puak dalam satu bangsa. 

Suhu politik semakin membara, menyemarakkan api persengketaan, menanti masa untuk meluap dan dengan kehadiran unsur-unsur menghasut yang mampu mencetuskan huru-hara dan perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara. Kebawah Duli Tuanku sememangnya amat menyedari bahawa Institusi Raja dan takhta pada setiap masa wajib berada di atas politik kepartian, memisah dan menjauhkan diri dari terlibat secara langsung dalam urusan dan kegiatan politik kepartian. 

Dari masa ke semasa Kebawah Duli Tuanku senantiasa menzahirkan pelbagai subjek, atas hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman – warga terus sejahtera dan makmur. Perbuatan oleh pihak tertentu memanipulasi titah Kebawah Duli Tuanku memberi implikasi dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan sebahagian rakyat; seolah-olah Kebawah Duli Tuanku secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu dan pada masa yang sama telah memperkecilkan kumpulan politik lain. Perbuatan tersebut sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah. 

Kebawah Duli Tuanku senantiasa menzahirkan peringatan kepada Orang Besar-Orang Besar di negeri Selangor supaya berwaspada dan berhati-hati dalam perkataan dan tindak tanduk supaya mencerminkan sifat berkecuali dan tidak terlibat secara langsung dalam program-program yang dianjurkan atas nama parti politik dan bermatlamatkan politik kepartian. Takhta pemerintahan senantiasa berpendirian berkecuali, berada di atas politik kepartian agar dapat berperanan secara saksama sebagai payung negeri serta dapat diterima tanpa ragu sebagai institusi penyatuan dalam kepelbagaian, terutama untuk menangani sebarang pertentangan dan pertelagahan yang berlaku di kalangan rakyat Kebawah Duli Tuanku. 

Sekian takrifan, 

Y.D.M TENGKU DATO’ PROF. DR. JAMALUDDIN BIN TENGKU MAHMUD SHAH AL-HAJ 
TENGKU ORANG KAYA MAHA BIJAYA SEPANG 
MERANGKAP PENASIHAT PERSATUAN MELAYU BUGIS SELANGOR - DAERAH SEPANG. 

13 Disember 2017

Sumber dari Page FB Persatuan Melayu Bugis Selangor - Daerah Sepang. 

16 October 2017

KENYATAAN BALAS PENASIHAT PERSATUAN MELAYU BUGIS SELANGOR DAERAH SEPANGBERHUBUNG KENYATAAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

KENYATAAN BALAS 
PENASIHAT PERSATUAN MELAYU BUGIS SELANGOR DAERAH SEPANG, 
Y.D.M TENGKU DATO’ PROF. DR. JAMALUDDIN BIN TENGKU MAHMUD SHAH AL-HAJ, 
BERHUBUNG 
KENYATAAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 
"DI MANA PERDANA MENTERI ADALAH SEORANG PEROMPAK, 
IALAH MUNGKIN KERANA DIA BERASAL DARI LANUN BUGIS, 
ENTAH MACAM MANA DIA SESAT SAMPAI KE MALAYSIA". 

Kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4 dalam ucapannya pada 14 Oktober 2017 di lihat bersifat serangan peribadi dan merendahkan ilmu pengetahuannya yang membawa kepada keruntuhan sifat-sifat sebagai seorang pemimpin yang berwibawa di Himpunan Anti-Kleptokrasi;

“ DI MANA PERDANA MENTERI ADALAH SEORANG PEROMPAK, IALAH MUNGKIN KERANA DIA BERASAL DARI LANUN BUGIS, ENTAH MACAM MANA DIA SESAT SAMPAI KE MALAYSIA, PERGI BALIKLAH KE BUGIS, KAMI TAK NAK KAMU, KERANA KAMU ADALAH PENYANGAK DAN PENCURI ”.

Tun Dr. Mahathir Mohamed apabila menyebut “DI MANA PERDANA MENTERI ADALAH SEORANG PEROMPAK”, itu adalah haknya dan boleh dianggap sebagai serangan peribadi ataupun mengkritik kepimpinan di bawah pentadbiran Dato’ Sri Najib Tun Razak, pada hemat saya, namun bila sebutan “IALAH MUNGKIN KERANA DIA BERASAL DARI LANUN BUGIS, ENTAH MACAM MANA DIA SESAT SAMPAI KE MALAYSIA, PERGI BALIKLAH KE BUGIS, KAMI TAK NAK KAMU, KERANA KAMU ADALAH PENYANGAK DAN PENCURI” adalah satu penghinaan kepada bangsa Bugis itu sendiri. Secara tidak langsung memperlihatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tokoh negarawan. Penghinaan ini tidak boleh diterima sama sekali dan tidak boleh sama sekali mengaitkan kepimpinan itu atas faktor keturunan.

Saya percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sendiri sedar, kalau tidak kerna kehadiran dan penglibatan Opu Bugis Lima Bersaudara yang Gagah Perkasa iaitu; Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng Chelak, Daeng Menambung dan Daeng Kemasi dalam kancah politik Melayu di Johor, Linggi (Negeri Sembilan), Selangor, Perak, Kedah (Semenanjung Tanah Melayu), Matan, Sambas dan Mempawah (Kalimantan Barat) sekitar 1721 takkan wujud sebuah Empayar Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga. 
Contoh yang boleh dilihat mengenai sejarah bangsa Bugis iaitu Raja Lumu (Sultan Sallehuddin – Sultan Selangor pertama) putera kepada Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga (II) Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga yang merupakan dari benih Bangsawan Bugis yang telah berupaya membentuk sebuah Kesultanan Selangor yang Berdaulat, demikian jua Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga IV - Raja Haji Ibni Paduka Sri Raja Chelak yang terkorban dan gugur sebagai syuhada syahid Fi Sabilillah kerana melawan penjajah Belanda di Melaka. Almarhum-almarhum tersebut sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Raja Haji diperakui ketokohannya apakala dianugerahi gelaran Pahlawan Nasional Indonesia oleh Presiden Republik Indonesia di Jakarta pada 11 Ogos 1997.

Sebagai mana yang diketahui umum, Dato’ Sri Najib Tun Razak merupakan penyandang gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar Pahang iaitu gelaran di antara satu daripada Orang Besar Berempat negeri Pahang, jawatan yang disandang secara turun temurun.

Orang Kaya Indera Syahbandar XI - Dato Seri Najib Bin Orang Kaya Indera Syahbandar X - Tun Hj Abdul Razak Bin Orang Kaya Indera Syahbandar IX - Dato Hussain Bin Muhammad Taib Bin Dato Haji Andak (Tuan Hakim) Bin Orang Kaya Indera Syahbandar VI - Hussain Bin Orang Kaya Indera Syahbandar V – Jahidin @ Chalidin Bin Orang Kaya Indera Syahbandar III - Bediman Bin Orang Kaya Indera Syahbandar I - Tondek. Keturunan ini jua ada kaitan dengan raja-raja bugis di Gowa dan Luwuk Sulawesi iaitu dari perkahwinan antara Orang Kaya Indera Syahbandar V - Jahidin @ Chalidin dengan Che Embong Binti Orang Kaya Indera Syahbandar II - Jenal, ibu kepada Che Embong ialah Che Mas Binti Tok Pondoh Bin Tok Pongkeng Bin Tok Tuan Karaeng Aji yang datang ke Pahang pada tahun 1722.

Saya ingin menjelaskan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dalam masyarakat bangsa Bugis. Belayar, mengembara, berdagang dan merantau merupakan tradisi utuh dalam kehidupan mereka. Sebagai suku bangsa yang terkenal dalam aktiviti pelayaran, pelaut Bugis telah mengembangkan suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad yang lalu. Selain itu, mereka juga cukup terkenal sebagai pahlawan yang berani sehinggakan digelar sebagai ‘Lanun’ yang digeruni oleh Belanda dan Inggeris. Bagaimanapun, persepsi segelintir masyarakat yang melabelkan orang Bugis sebagai lanun tercetus hasil daripada teknik propaganda Belanda dan Inggeris sedangkan ia tidak benar. Orang Belanda cukup anti dengan bangsa Bugis, sehingga menggelarkan bangsa Bugis sebagai lanun kerana mereka banyak terlibat dalam penentangan dengan penjajah dan merampas kembali hak, khazanah dan hasil negara yang hendak dibawa ke negara mereka. Namun kita sebagai bangsa Melayu perlu mengetahui mengapa dan sebab apa pihak menjajah melakukan propaganda tersebut!.

Maka, saya dengan tegasnya menyarankan Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik balik kenyataan yang dibuat dan memperakui kesilapannya berhubung masyarakat bangsa Bugis dan kepada Ahli-Ahli Politik diluar sana sukacita saya memperingatkan kembali agar tidak sesekali membuat kenyataan yang melibatkan hal ehwal keturunan seandainya tidak mengetahui sejarah pembentukan Negeri-Negeri Melayu di gugusan Tanah Melayu.

Saya jua sebelum ini pernah menegur dan meminta Affifuddin menarik balik kenyataan yang dibuat dan memohon maaf kepada seluruh masyarakat Bugis di atas keceluparan mulut dan keterlanjuran kata-katanya di dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Dewan Sivik MBPJ pada 23 Mei 2015 yang lalu.

Taat setia saya hanya pada Raja, Yang di-Pertuan Negeri dan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Ketua Utama Negara.

Kenyataan saya menjurus kepada Bangsa Bugis dan bukan kepada Politik.

Sekian,

Y.D.M Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj,
Penasihat Persatuan Melayu Bugis Selangor Daerah Sepang,

16 Oktober 2017

27 September 2017

Ulang Tahun Keputeraan D.Y.T.M Raja Muda Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, kali ke-76.


Dirgahayu Tuanku

Patek merafak sembah Setinggi-tinggi Junjungan Tahniah 
Atas Ulang Tahun Keputeraan D.Y.T.M Tuanku Raja Muda Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa,
Raja Muda Perak Darul Ridzuan,
kali ke-76. 

Patek mendoakan semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan dan dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat. 

Patek jua merafakkan sembah penuh taat, penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa. Aamiin.... 

Daulat Tuanku... Dirgahayu Tuanku...

02 May 2017

Y.T.M. Raja Kecil Bongsu Perak – Raja Dato’ Seri Izzuddin Chulan Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Zainal Azman Shah Menyempurnakan Program Pembangunan Masyarakat Desa

PROGRAM : 
MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN 
KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TANJUNG ARA, PARIT, 
DAERAH PERAK TENGAH, PERAK. 
SEMPENA PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT DESA.

WAKTU : 2.00PM – 3.30PM

TEMPAT : LANAI CASUARINA @ CEMPAKA SARI, PARIT, PERAK 

TARIKH : 1 MEI 2017


TETAMU KEHORMAT : 
YANG TERAMAT MULIA RAJA KECIL BONGSU NEGERI PERAK – 
RAJA DATO’ SERI IZZUDDIN CHULAN IBNI ALMARHUM RAJA KECIL TENGAH ZAINAL AZMAN SHAH DAN ORANG BESAR JAJAHAN PERAK TENGAH - YBHG ORANG KAYA-KAYA SETIA BIJAYA DIRAJA - DATO' SERI HAJI MOHD. GHAZALI BIN HAJI ABD. RAHMAN SERTA 
YBHG. PENGARAH, PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE), 
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA - PROF. MADYA DR. FAIROL BIN HALIM, 


Majlis meraikan penerima-penerima sumbangan sempena Program Pembangunan Masyarakat Desa yang dianjurkan oleh pelajar Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bertemakan “Mahasiswa Prihatin Pengerak Pembangunan Desa” yang dilaksanakan di Kampung Tanjung Ara, Parit, Daerah Perak Tengah di Negeri Perak Darul Ridzuan bukan sekadar bagi melengkapkan keperluan kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat namun ianya lebih kepada membentuk dan mengisi jiwa-jiwa mahasiswa kepada satu bentuk khidmat masyarakat yang berasaskan semangat kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang tinggi di kalangan mahasiswa dalam membentuk hubungan sesama masyarakat dan menjalinkan hubungan dua hala antara mahasiswa dan penduduk kampung serta pendedahan dan kesedaran kepada semua golongan mahasiswa bahawa masih terdapat golongan yang perlu dibantu dalam kehidupan hari ini.

    

Bertemakan “Mahasiswa Prihatin Pengerak Pembangunan Desa” menggambarkan bahawa hubungan kemasyarakatan digalas oleh mahasiswa dalam memberikan satu tanggungjawab dalam membantu masyarakat desa melalui aktiviti yang disumbangkan seperti ;
1. Sumbangan Pembangunan Infuktruktur Masyarakat Desa
   (Penambahbaikkan Bilik Air), 
2. Pemberian Barang Asas dan
3. Meraikan Penerima Sumbangan 

Majlis Perasmian dan Penyampaian Sumbangan Program Pembangunan Masyarakat Desa telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak – Raja Dato’ Seri Izzuddin Chulan Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Zainal Azman Shah dan turut dihadiri Orang Besar Jajahan Perak Tengah - YBhg. Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya Diraja - Dato' Seri Haji Mohd. Ghazali Bin Haji Abd. Rahman pada 1 Mei 2017 di Lanai Casuarina @ Cempaka Sari, Parit, Perak.  

Jawatankuasa Induk 
Program Pembangunan Masyarakat Desa

Khidmat Masyarakat 1. 
Ahi Jawatankuasa Program Pembangunan Masyarakat Desa membuang pembungkusan barangan asas 

Khidmat Masyarakat 2. 
Ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Masyarakat Desa membuat kerja-kerja mengecat bilik air penduduk Kampung Tanjung Ara,

Khidmat Masyarakat 3.
 Kerja-kerja bagi Sumbangan Pembangunan Infuktruktur Masyarakat Desa (Penambahbaikkan Bilik Air) 

Khidmat Masyarakat 4. 
Majlis Makan Meraikan Penerima-Penerima Sumbangan yang terdiri daripada Penduduk Kampung Tanjung Ara

Ahli Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Masyarakat Desa iaitu Pengarah PACE UUM dan Pensyarah sedang beramah mesra sejurus ketibaan Orang Besar Jajahan Perak Tengah.

Pengarah Program  sedang berucap mengenai matlamat pelaksanaan program 

Ketua Kampung Tanjung Ara - Tuan Mior Ramli sedang memberikan ucapan

Pengarah PACE UUM - YBhg. Prof. Madya Dr. Fairol sedang menyampaikan kata-kata aluan 

Pengarah PACE UUM - YBhg. Prof. Madya Dr. Fairol bersama Y.T.M. Raja Kecil Bongsu Perak - Raja Dato' Seri Izzuddin Chulan Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Zainal Azman Shah serta Ketua Kampung sedang memberikan Sumbangan Bantuan Asas Isi Rumah kepada penduduk kampung.

Pengarah PACE UUM - YBhg. Prof. Madya Dr. Fairol bersama Y.T.M. Raja Kecil Bongsu Perak - Raja Dato' Seri Izzuddin Chulan Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Zainal Azman Shah serta Ketua Kampung sedang memberikan Sumbangan Bantuan Asas Isi Rumah kepada penduduk kampung.



Pengarah PACE UUM - YBhg. Prof. Madya Dr. Fairol sedang menyampaikan Cenderamata kepada Y.T.M. Raja Kecil Bongsu Perak - Raja Dato' Seri Izzuddin Chulan Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Zainal Azman Shah
Pengarah PACE UUM - YBhg. Prof. Madya Dr. Fairol sedang menerima cenderamata dari Jawatankuasa Program Pembangunan Masyarakat Desa

Matlamat program adalah merealisasikan hasrat murni dalam membentuk keterampilan diri yang mengimbangi daya keintelektualan dan kepekaan sosial di dalam mencapai matlamat sebagai mahasiswa penggerak pembangunan masyarakat desa. Sumbangan yang diberikan bersifat jangka panjang dan jangka pendek seperti sumbangan yang berbentuk material dan spiritual kepada masyarakat desa.


Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Masyarakat Desa 
Merafak Junjungan Kasih kepada ;

Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Negeri Perak 
Raja Dato’ Seri Izzuddin Chulan Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Zainal Azman Shah

03 January 2017

Istiadat Pemasyhuran Gelaran, Mengangkat Sumpah, dan Menjunjung Duli sebagai Y.D.M Engku Kecil Tengah Selangor

Y.M. Raja Abdul Hamid bin Raja Haji Nong metika menjalani Istiadat Pemasyhuran Gelaran, Mengangkat Sumpah, dan Menjunjung Duli sebagai Y.D.M Engku Kecil Tengah Selangor sekitar tahun 1961.

Istiadat Mengangkat Sumpah Gelaran Y.D.M. ENgku Kecil Tengah Selangor
Telah khidmat dengan Istana seawal belasan tahun semasa era pemerintahan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah sebagai Panglima Perang Kiri Setia Diraja Selangor, kemudian bergelar Y.D.M. Engku Kecil Tengah Selangor dan seterunya bergelar Y.D.M Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja Selangor sehingga kini yang memikul tanggungjawab sebagai Penghulu Adat Istiadat Selangor.

Menerima Keris Kebesaran Y.D.M. Engku Kecil Tengah Selangor

Gelaran Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar diRaja Selangor adalah gabungan dua gelaran orang besar dahulu iaitu Dato' Maha Kurnia Bijaya (gelaran asal adalah Datuk Aru iaitu Ketua Tok Ampat, namun dimudian hari diganti sebagai Orang Kaya Maha Kurnia Bijaya Diraja Selangor - Datuk Haji Hassan Bin Muhammad Zin) dan Dato Amar DiRaja (Dato Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Said, Penghulu Istiadat Selangor)

Translate