ADAT ISTIADAT KETINGGIAN RAJA-RAJA MELAYU
Para pembesar akan
disusun mengikut pangkat kebesaran masing-masing. Bendahara,
Penghulu Bendahari dan Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anak
raja akan duduk dibahagian serambi balai sebelah kiri dankanan. Sida-sida
yang muda-muda akan duduk berselang seli dengan Bentara dan hulubalang yang
berdiri di ketapakan balai.
Istiadat raja ke istana,
Gendang adi dipalu
sebanyak tujuh ragam, nafiri dibunyikan. Sampai kali ke tujuh,
maka raja pun keluar bergajah di arak ke istana. Mereka
yang hadir akan duduk di tanah.
Adat menjunjung duli,
Empat lima orang kepala
bentara yang terdiri daripada sida-sida akan duduk di Seri balai. Segala
perkakas diraja seperti ketur,kendi.kipas,dan barang sebagainya diselang
selang kedudukannya. Sementara puan dan pedang berada dikelekan kiri dan
kanan. Pedang kerajaan akan dipikul oleh Laksamana atau Seri Bija
DiRaja.
Adat menyambut
kedatangan Utusan Kerajaan dari Iuar,
Sambutan terhadap
kedalangan utusan adalah berbeza mengikut tahap kebesaran kerajaan
tersebut. Apabila utusan dari kerajaan yang besar seperti Pasai dan
Haru, sambutannya menggunakan selengkap alat kerajaan seperti gendang,
serunai bcergajah dan lain-lain. Sekiranya utusan datang dari negeri
yang kurang kebesarannya, alat kelengkapan keraiaan untuk sambutan akan dikurangkan,
cukup sekadar gendang, serunai sahaja, atau berpayung kuning atau bergajah. Walau
bagaimanapun sepersalinan tetap akan diberikan.
Adat penganugerahan
gelaran,
Adat ini dimulakan
dengan menjemput mereka yang menerima gelaran ke istana. Jemputan
penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang akan
diterima. Jika "Perserian" orang besar-besar akan
menjemputnya.
Jika "Persangan",orang kecil
menjemputnya. Jika "Pertuanan", orang sedang menjemputnya. Orang
yang menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda.
Di
istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran
yang diberikan. Untuk Bendahara diberi lima ceper persalinan, anak raja
dan menteri empat ceper persalinan, dan ada yang tiada berceper sekadar
diampu oleh hamba raja.
Adat istiadat
perkahwinan di Raja,
Adat ini dimulakan
dengan adat meminang dan adat berjaga-jaga selama empat puluh hari empat puluh
malam. Setelah selesai adat berjaga-jaga itu barulah diadakan majlis
akad nikah. Misalnya perkahwinan antara Raja Omar dengan Raja
Fatimah, bermula dengan menghantar sirih pinang dan emas belanja, perarakan
dengan gajah dan akad nikah oleh kadi.
Adat menyambut malam
tujuh likur atau malam dua puluh tujuh,
Pada waktu siangnya
sejadah akan diarak ke masjid. Temenggung akan gajah, puan serta segala
alat kerajaan dan gendang akan dibawa terlebih dulu kemasjid. Keesokannya,
laksamana akan mengarakkan serban. Raia-raja Melayu akan berangkat ke masjid
bertengkolok dan berbaju sarung.
Adat Raja Berangkat pada
hari raya secara berusungan,
Raja akan berangkat
dengan usungan. Kepala usungan kanan akan dipegang oleh Penghulu Bendahari dan
sebelah kiri oleh Laksamana. Di sebelah belakang pula Menteri
Kedua. Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan membawa alat
kerajaan di kiri dan kanan, sementara Bentara memikul pedang. Bendahara
berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala orang besar dan segala
menteri yang tua.
Adat menyambut hari raya.
Bendahara dan segala
Orang Besar-besar akan duduk berkampung dan usungan akan diarak oleh Penghulu
Bendahari. Apabila usungan tiba, segala orang yang duduk
dibalai turun berdiri, beratur bersaf-saf gendang akan dipalu tujuh ragam,
diiringi nafiri. selepas tujuh kali, raja berangkat menaiki gajah dan diarak ke
masjid dan barulah ke istana.
PANTANG LARANG/
LARANGAN & HUKUMAN
Larangan memakai
barangan berwarna kuning,
Orang-orang kebanyakan
dilarang memakai sapu Langan, tepi tabir dan bantal besar yang berwarna
kuning. Kain baju, destar yang berwarna kuning boleh dipakai sekiranya
dianugerahkan oleh raja.
Larangan berbuat rumah
bermanjungan bertiang gantung,
Rakyat dilarang membina
rumah yang bertiang gantung dan tidak terletak ke tanah atau bertiang
terus dari atap .
Larangan memakai penduk
dan teterapan keris,
Orang kebanyakan
dilarang bergelang kaki emas dan berkeroncong emas berkepala perak kecuali
yang dianugerahkan oleh raja.
Larangan bertengkolok
dan berbaju sarung,
Rakyat biasa tidak
dibenarkan memakai baju sarung dan bertengkolok pada hari perkahwinan
kecuali dikurniakan oleh raja. Sekiranya adat ini tidak
dipatuhi, akandikenakan hukuman denda
Larangan berbaju keling,
Rakyat tidak dibenarkan
memakai pakaian ini kecuali disediakan oleh orang-orang Besar. Sekiranya adat
ini tidak dipatuhi akan dikenakan hukuman denda.
Larangan berkelakuan
biadap terhadap raja pembesar,
Rakyat mesti menghormati
raja dan pembesar, sekiranya engkar akan dijatuhkan hukuman
bunuh. Contohnya Perpatih Hitam cuba dibunuh oleh
Laksamana kerana menguis tikar di hadapan Bendahara.
Larangan menyebarkan
fitnah,
Perbuatan menyebarkan
fitnah adalah berdosa besar. Malah menyebabkan orang yang
tidak bersalah teraniaya. Hukuman bunuh terhadap orang yang
menyebar fitnah. Contohnya, Raja Mandaliar dan Kitul dijatuhkan hukuman
bunuh kerana mereka yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah.
Larangan tidak mengikut
perintah raja,
Rakyat atau pembesar
mesti mematuhi perintah kerana jika ingkar akan dikenakan hukuman
bunuh. Contohnya, Seri Bija Diraja diperintahkan
bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana tidak datang menghadap pada hari
raya.
Larangan memakai sesuatu
yang menjadi hak seperti isteri dan gundik raja,
Sesuatu yang menjadi hak
raja tidak boleh diganggu kerana akan dijatuhkan hukuman bunuh. Contoh hukumah
bunuh yang dijatuhkan kepada Hang Tuah yang dikatakan telah bermesra
dengan salah seorang gundik raja.
Larangan menderhaka,
Rakyat tidak boleh
sesekali menderhaka kepada raja. Sekiranya menderhaka, mereka akan dikenakan
hukuman bunuh. Contohnya hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri
Maharaja serta seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah kerana dikatakan
Bendahara sedang merancang untuk merampas kuasa atau cuba mencabar hak dan
kedudukan raja.
Larangan menggunakan
payung putih dan kuning,
Payung kuning untuk
anak-anak raja dan orang-orang Besar. Manakala payung putih untuk
raja. Sekiranya tidak dipatuhi akan dikenakan didenda pati, yakni sekati lima.
Larangan bersekedudukan
dengan isteri orang atau merampas isteri orang,
Hukuman bunuh boleh
dilakukan oleh si suami. Contohnya Tun Biajid menimang-nimang
lembingnya pada sultan kerana perbuatan Sultan Mahmud Syah berkendakdengan
isterinya. Pengiring sultan cuba membunuh Tun Biajid kerana berkelakuan
biadap depan sultan tetapi baginda melarang kerana tindakan Tun Biajid
betul dari segi undang-undang.
Larangan mencuri dan
mengambil harta orang atau barang orang yang tercicir,
Hukuman kepada pencuri
ialah hukuman bunuh. Sesiapa yang terjumpa harta mesti dihantar ke balai
yang disediakan. Contohnya, semasa pemerintahan Sultan Alauddin
Riayat Syah, baginda bertindak membunuh pencuri-pencuri yang ditemuinya pada
malam baginda menyamar keluar untuk membanteras kegiatan kecurian yang terlalu
berleluasa.
Larangan menyembah
pembesar sebelum menyembah raja atau di hadapan raja,
Perbuatan menyembah
pembesar sebelum menyembah raja akan dihukum cerca. Contohnya,
Bendahara Seri Maharaja telah mencerca Raja Mandeliar kerana hendak
menyembah Bendahara Seri Maharaja di balai raja.
Larangan mengambil
tunangan atau anak dara orang,
Hukuman bunuh akan
dikenakan. Contohnya, Sultan Abdul Jamal berusaha membunuh Hang
Nadim kerana telah melarikan tunangannya Tun Teja. Tetapi gagal
kerana Hang Nadim sempat berlepas menyelamatkan diri dengan kembali ke Melaka.
Larangan-larangan diraja
mengenai perhiasan, pakaian dan peralatan diraja,
Larangan-larangan
memakai kain kuning, membuat rumah dengan bentuk tertentu, membuat
perahu dengan kelengkapan tertentu, memakai perhiasan emas, memakai
keris tertentu dan lain-lain akan dikenakan hukuman sekati lima.
KEPENTINGAN ADAT
ISTIADAT & PANTANG LARANG
1. Menggambarkan
keagungan dan kebesaran raja
Kedudukan raja yang
tinggi dalam struktur pemerintahan dapat dilihat melalui segala adat istiadat
dan juga pantang larang yang menunjukkan perbezaan ketara dengan golngan
rakyat. Sebagai contoh, kedudukan raja semasa dalam balai
penghadapan. Begitu juga dari segi pemakaian emas adalah barangan
yang amat berharga adalah khusus untuk untuk golongan raja sahaja. Ini
menunjukkan kedudukan dan ketinggian martabat raja di kalangan rakyat.
2. Menggambarkan
Keagungan Kerajaan Melayu Melaka.
Adat istiadat yang
disusun dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah menunjukkan Kerajaan Melayu
Melaka sebagai sebuah kerajaan yang agung, besar dan berdaulat. Sistem
pentadbiran yang tersusun di mana raja sebagai pemerintah dibantu oleh
pembesar-pembesar yang berwibawa bagi melancarkan perjalanan pentadbiran
negeri.
3. Menggambarkan
kesetiaan Rakyat.
Melalui adat istiadat
dan pantang larang dapat menggambarkan masyarakat Melayu yang taat dan patuh
serta sanggup menjunjung segala perintah dan peraturan yang dikenakan oleh
golongan pemerintah. Mereka beranggapan bahawa golongan raja adalah
berdaulat dan wajib ditaati dengan berpegang teguh prinsip :Pantang Melayu
Derhaka Kepada Raja”.
4.Mengukuhkan
Institusi Istana dan Pembesar Melayu
Melalui adat istiadat
dan pantang larang dapat menggambarkan institusi istana dan kuasa pembesar
dilindungi daripada ancaman jahat yang cuba untuk menjatuhkan mereka kerana
melalui adat dan pantang larang, rakyat seolah-olah dinafikan hak mereka. Secara
tidak langsung golongan istana dan pembesar akan dipandang tinggi dan mulia dan
rakyat tidak berpeluang untuk mencabar institusi beraja.