25 November 2012

Senarai Raja Kechil Muda Perak Mulai Tahun 1740 Hingga Tahun 1940


Negeri Perak mengamalkan Sistem Penggantian dalam susunan hierarki pemerintahan yang terdiri daripada kalangan Raja-Raja Yang Bergelar. Dalam sistem ini, seorang Sultan akan melalui beberapa tahap jawatan atau pangkat, dari yang paling bawah hingga akhirnya mencapai ke tahap yang paling tinggi. 
Persoalannya adakah gelaran Raja Kechil Muda adalah sama dengan jawatan didalam sistem pengiliran dan adakah jawatan tersebut merujuk kepada tanggungjawab sebagai Pawang Raja setelah ketiadaan Sultan Muda dan mestikah ianya dari benih Sultan Iskandar Zulkarnain [ Cempaka Sari ] 

Amalan Sistem Penggantian ini, putera sulung kepada Sultan yang sedang memerintah tidak semestinya akan mewarisi takhta kerajaan, kerana pewaris sebenar takhta adalah kepada sesiapa dari kalangan Raja-Raja Yang Bergelar yang memegang kedudukan selaku Raja Muda. 

Proses bagaimana Raja-Raja Yang Bergelar itu menaiki sesuatu jawatan adalah ditentukan oleh pelantikan Sultan apabila berlaku kekosongan jawatan. 

Mengikut Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala (1918-1938) (halaman 5-8) menetapkan susunan Raja-Raja Yang Bergelar seperti berikut: 

Adat Lembaga Gelaran 
  1. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Yang Dipertuan Negeri Perak. 
  2. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Wazir-al-Azim wakil Sultan. 
  3. Duli Yang Amat Mulia Raja Bendara Wakir al-Sultan Wazir al Kabir. 
  4. Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak bakal Raja Bendahara. 
  5. Yang Amat Mulia Raja Di Hulu. 
  6. Yang Amat Mulia Raja Di Darat. 
  7. Yang Amat Mulia Raja Di Baruh. 
  8. Yang Amat Mulia Raja Kecil Besar. 
  9. Yang Amat Mulia Raja Kecil Sulung. 
  10. Yang Amat Mulia Raja Kecil Tengah. 
  11. Yang Amat Mulia Raja Kecil Muda. 
  12. Yang Mulia Raja Kecil Bongsu Muda. 
5) Yang Amat Mulia Raja Di Hulu. Pada zaman dahulu dilantik oleh Sultan memerintah Jajahan Teluk Rantau, sebelah hulu Pucuk Sungai Perak.
6) Yang Amat Mulia Raja Di Darat. Pada zaman dahulu dilantik pemerintah disebelah darat negeri Perak (Hala ke Timur).
7) Yang Amat Mulia Raja Di Baruh. Pada zaman dahuluya dilantik sebagai wakil Sultan memerintah jajahan sebelah daratan negeri perak ( hala ke barat).
11) Yang Amat Mulia Raja Kecil Muda (batinnya pada zaman dahulu tugas pembantu Sultan Muda. Susunan jawatan dalam kerajaan Negeri Perak mempunyai 12 termasuk anak Raja Bergelar. Kini Gelaran Yang Mulia Raja Kecil Muda sebagai Pawang Diraja Perak dan disebut Raja Chik Muda dan tiada didalam lingkungan sebagai Raja Bergelar sebagai Pewaris Kesultanan Negeri.
Gelaran Anak Raja Bergelar Yang lain seperti Raja di Hulu, Raja Di Darat, Raja Di Baruh telah luput diakhir abad ke-19. 
Sebermulanya undang-undang 1953 dikuatkuasa tubuh Negeri Perak telah disusun semula struktur susun pangkat Raja Bergelar seperti berikut. Fakta (The Constitution of Perak, Second Part, 1953, fasal xxxvii(1),(2),(3), dan (4). 

Perincian hireaki anak raja bergelar di atas adalah di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Sir Yusuf Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil. Ini dapat dibuktikan dari Menyuarat Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Istana Iskandariah pada 29 Mac 1948 bermula daripada 25 Februari 1953 dengan kuatkuasa perlembagaan Negeri Perak, gelaran Raja Kecil Muda digugurkan ditetapkan susunan baru Raja-Raja Bergelar iaitu Raja Kecil Besar. 

Tahun 1948          -          Tahun 1953 
Raja Kecil Sulung -         Raja Kecil Besar 
Raja Kecil Tengah -         Raja Kecil Sulung 
Raja Kecil Muda   -         Raja Kecil Tengah 
Raja Kecil Bongsu -         Raja Kecil Bongsu 

Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar sebelum bergelar Paduka Seri Sultan Perak dewasa kini adalah seperti berikut :- 

1. Raja Muda 
2. Raja Di Hilir 
3. Raja Kecil Besar 
4. Raja Kecil Sulong 
5. Raja Kecil Tengah 
6. Raja Kecil Bongsu 

SENARAI RAJA KECHIL MUDA PERAK MULAI TAHUN 1740 HINGGA TAHUN 1940, DIAKUI TERDAPAT BERERAPA KESILAPAN DARI SEGI TAHUN BAGI SETIAP DIANTARA PENYANDANG GELARAN TERSEBUT... INSYALLAH AKAN DI TELITI DAN KEMASKINI KELAK :- 

Sekitar Tahun 1740 
Raja Daha ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, diberi gelar Raja Kechil Muda sekitar tahun 1740 kerana pada ketika itu Raja Muda Perak adalah Raja Bisnu yang bergelar Yang Di-Pertuan Muda - Raja Muhammad Shah Aminu'llah ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah Jalalu'llah, 

Sekitar tahun 1743, 
1754 - 1765 Paduka Seri Sultan Iskandar Zulkarnain Inayat Shah Kaharu'llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu'llahi fil-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amaiu'llah [al-Marhum Kahar] diberi gelar sebagai Raja Kechil Muda pada tahun 1743, 

Sekitar tahun 1750, 
1765 - 1773 Paduka Seri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Aminu'llah [al-Marhum Muda], diberi gelar sebagai Raja Kechil Muda pada tahun 1750, 

Sekitar Tahun 1753, 
1773 - 1792 Paduka Seri Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda Khalifatur Rahman Sulong ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Aminu'llah [al-Marhum Sulong], diberi gelar Raja Kechil Muda sekitar tahun 1753, 


Sekitar Tahun 1754, 
Y.T.M. Raja Bendahara Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah [al-Marhum Sayong], diberi gelar Raja Kechil Muda sekitar tahun 1754 selepas Paduka Seri Sultan Zulkarnain Inayat Shah Kaharu'llah Khalifat ur-Rahman Johan Berdaulat Zillu'llahi fil-Alam menaiki takhta. * Maklumat di perolehi dari Raja Khuzairei B Raja Azaham.


Sekitar Tahun 1764,
Y.T.M Raja Bendahara Mahmud Bin Raja Bendahara Ibrahim diberi gelar Raja Kechil Bongsu Muda sekitar tahun 1764. * Maklumat di perolehi dari Raja Khuzairei B Raja Azaham.

Sekitar Tahun 1765, 
Raja Husain bin Raja Sayyid Hitam dari Siak berkahwin dengan Raja Utih binti al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'lla, diberi gelar Raja Kechil Muda sekitar tahun 1765, 
* Raja Husain Bin Sayyid Hitam di sebut dari Siak kerna pada ketika itu benih Sayyid telah menjadi pemerintah Siak selepas Benih Warisan Raja Kecik dari Sultan Mahmud Mangkat dijulang tidak merajai Siak.

Sekitar Tahun 1786, 
1830 - 1851 Paduka Seri Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah Safiu'llah ibni al-Marhum Raja Inu Muhammad Saleh nama sebenar adalah Raja Chulan anakanda kepada Raja Kechil Lasa - Raja Inu Muhammad Saleh ibni al-Marhum Sultan Ahmad ud-din Shah, diberikan gelaran Raja Kechil Muda pada tahun 1786, 

Sekitar Tahun 1820, 
1851 - 1857 Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I Atiku'llah ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu Abdul-Rahman ibni al-Marhum Sultan Ahmad ud-din Shah diberi gelara Raja Kechil Muda pada tahun 1820, 

Sekitar Tahun 1875, 
Raja Kechil Muda tidak di nyatakan nama batang tubuh, namun ianya adalah insan yang terlibat didalam istiadat berhantu ketika Pembunuhan RESIDEN INGGERIS PERAK - J.W.W BIRCH. Rujuk Info Tambahan dibawah.

[1] Jawatan Raja Kechil Muda kemudian telah diambil oleh Raja Ahmad yang merupakan anakanda kepada Raja Kechil Muda, Sekitar Tahun 1878 Raja Ahmad Bin Raja Kechil Muda,

[2] *** Selepas Ketiadaan Raja Ahmad ini, entah ke mana ianya mengilangkan riwayat kehidupannya dan warisannya. Gelaran Raja Kechil Muda telah digalas oleh Keluarga Raja Kulop Muhammad Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) bin Raja Kechil Tengah Ahmad [ Sultan Muda ] bin Raja Sa'id bin Daeng Merewah. 

Sekitar Tahun 1938, Raja Johor ibni al-Marhum Sultan Yusuf Sharif ud-din Muzaffar Shah Ghafiru'llah, diberi gelaran Raja Kechil Muda pada tahun 1938, 

Sekitar Tahun 1940, 
D.Y.A.M. Raja Haji Kamar al-Azzam bin Raja Mansur - diberi gelaran Raja Kechil Muda pada tahun 1940,

Di jelaskan bahawa Raja Kechil Muda kini telah dikenali sebagai Raja Chik Muda dan Gelaran ini telah di pegang oleh benih warisan Raja Muhammad Iskandar @ Kulop Muhammad bin Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja), dan Raja Ali bin Raja Muhammad Iskandar merupakan Pawang Diraja Perak.

Generasi Raja Kulop Muhamad @ Raja Muhammad Iskandar yang mewarisi gelaran Raja Chik Muda Perak :- 
1. Raja Ahmad Tajuddin @ Raja Alang Bihi Bin Raja Ismail Bin Raja Muhammad Iskandar bin Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) bin Raja Kechil Tengah Ahmad. 
2. Raja Ali bin Raja Muhammad Iskandar bin Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) bin Raja Kechil Tengah Ahmad. 

Tambahan Ilmu : 

1. The Sultan tried to laugh about it but declared later that he had never been so insulted in his life, and sent off a boat to Pasir Panjang to fetch the state wizard Raja Kechil Muda to hold a seance and enquire if the guardian genies of Perak would destroy Mr. Birch. Before the seance began, the Sultan said, "If there be any spirits left in Perak, let us look into the future and see if there is any means by which he may die and his steamer be wrecked on the Perak bar." The Sultan himself was one of the mediums and declared that Mr. Birch would die within a month. He stabbed a flour mannikin repeatedly and said, " See! in a month Mr. Birch will be dead." He paid another medium, Raja Ahmad B Raja Kechil Muda, $100 to produce Birch's spirit of life in the form of a butterfly, which was killed with a knife. The excuse for the ceremony was the Sultan's illness but the Sultan was walking about quite well and threatened death to any one who should speak of the seance to the English. 

2. Raja Ahmad, Son of the Raja Kechil Muda, took the place prepared for his father, while on his right hand sat his father with a drum and 3 or 4 women with tambourines. raja ahmad lit the big candle and the women lit the small and set fire to the the insane.Raja Kechil Muda chanted an incantation to the sound of the drum , while his son sat with a red silk scarf over his head, his arms and body jerking and quivering.At last the son said "what is the news" why am i called upRaja Kechil Muda answered, Bye Order of Sultan Abdullah. 

3. In Perak the State shaman was commonly of the reigning house and bore the title of Sultan Muda. He was too exalted to inherit any other office except the Sultanate, and according to one account could ascend no temporal throne. He was allotted a State allowance from port dues and the tax on opium. The twenty-fifth holder of the office was a grandson on the distaff side of Marhum Kahar - Sultan Iskandar Zulkarnain - Cempaka Sari, a famous ruler of Perak in the eighteenth century: on the spear side he was a descendant of the Prophet! The wife of its holder bore the title of Raja Puan Muda. His deputy or heir-apparent was styled Raja Kechil Muda. So, too, in parts of Timor two Rajas are recognised-a civil raja who governs the people, and another raja who can declare tabus and must be consulted by his colleagues in all important matters.  

Sumber : The Guardian Genies of the State dalam buku A History of Perak (1934: 166-171) dijelaskanan oleh Raja Hj. Yahya b. Raja Syed Mohammad Ali b. Raja Syed Alang Hussain b. Syed Ahmad b. Syed Aqil b. Syed Yassin b. Aqil al-Faqih al-Yahya (Terengganu) 
" Semasa upacara, Sultan Muda dan pembantunya Raja Kecil Muda akan melakukan ritual-ritual tertentu bagi menyeru roh jin-jin tersebut. Sumber yang digunakan oleh Winstedt dan Wilkinson dinyatakan seperti berikut (1934: 166): A list of the guardian jinn (jin kerajaan) of Perak, or, to give themtheir other name, the genies of the royal drums and trumpets, whoseindwelling spirits were fed and revived annually, was made manyyears ago by the late Raja Haji Yahya bin Raja Muhammad Ali of Chendriang, who on the distaff side was descended from Sultan Iskandar Zulkarnain and whose family had numbered a state pawang (Sultan Muda) among its members. 

19 November 2012

DYAM RAJA DI HILIR PERAK - RAJA SIR CHULAN IBNI ALMARHUM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH II


Raja Sir Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Raja Sir Chulan diputerakan pada tahun 1869. Baginda mendapat pendidikan dari Raffles Institution, Singapura dan Malacca High School. Dalam tahun 1886 dalam usia 17 tahun baginda telah bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Kuala Kangsar. 

Baginda merupakan Putera Melayu Pertama yang menyertai perkhidmatan dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu . 

Pada tahun 1890 baginda telah dilantik sebagai pegawai penempatan di Larut. Seterusnya baginda dilantik pula menjadi Penolong Pemungut Jabatan Hasil Tanah dan Penolong Pegawai Daerah Matang.

Keakrabannya dengan pemerintah Inggeris dan penyertaannya dalam perkhidmatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membawa kepada penganugerahan Bintang 'H.R.H. Prince of Wales' yang diterima oleh baginda pada tahun 1901. 



Dalam tahun 1907 baginda telah dilantik menganggotai Majlis Negeri Perak dan pada bulan Januari 1924 baginda dilantik sebagai anggota tidak rasmi Majlis Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan penyertaan pertama dari kalangan orang Melayu. 

Pada 10.04.1933 baginda telah kembali kerahmatulah. Kemangkatan baginda adalah merupakan satu kehilangan besar bagi rakyat negeri Perak dan Tanah Melayu.

07 November 2012

DI MANA LETAKKAN TARAF BANGSA MELAYU TAKKALA PENGHINAAN TERHADAP RAJA PEMERINTAH DAN TAKHTA KERAJAAN



Raja Yang Dipertuan dan Takhta kerajaan merupakan rangkaian institusi dan individu, melambangkan jawatan dan kuasa. Peranan utama Raja menjadi Penyuluh Seri, agar dapat dijadikan teladan untuk dijadikan pedoman - untuk memberikan panduan - untuk disandarkan harapan dan naungan. Ianya jelas memberi pengertian yang sangat mendalam sebagai Paduka Seri " pemberi Seri " kepada " Keindahan sesebuah Negeri ". 

Sistem Beraja adalah penerus tradisi sistem warisan yang diwarisi berakarkan sistem khalifah, sistem yang tidak asing dalam budaya umat Islam berkerajaan dan bernegara. sebagaimana yang terkandung didalam kalimah 'Bismillahi Rahmani Rahim," Allah itu Maha Pemurah - Maha Mengasihani, itulah pengertian Raja dimartabatkan sebagai Dewata, sekali gus memenuhi tanggungjawab keagamaan; lantas Raja dikaitkan dengan kesaktian sebagai keistimewaan anugerah Tuhan. 

Takkala itu jua Raja berperanan mutlak sebagai penggubal, pentafsir, pelindung dan pelaksana undang-undang, di samping diiktiraf sebagai ketua agama. Kepercayaan dan penghormatan yang diberikan kepada Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. 
Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan Payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam negeri agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang mengekalkan warisan sejarah Raja-Raja rumpun Melayu :- 

 "Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak' 

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun ( Merupakan Bendahara ) yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu. Maka Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun.

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' 

Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun' 

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah' 

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu' Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah SWT bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. 

Kerna itu di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa. 

Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya" 

Raja perlu memiliki hikmah merangkai yang lama dengan yang baru membawa pembaharuan di samping memelihara tradisi. Raja harus bersedia membolehkan berlakunya perubahan dalam rangka kesinambungan budaya Raja berkewajipan mengizinkan modenasi tanpa melupus kekayaan adat yang kekal diwarisi. 
Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa. Sewajarnya Raja berpegang kepada prinsip utama untuk menentukan kesetiaan. Bahawa jawatan berkembar dengan kuasa, dan kuasa disertai dengan tanggungjawab. 

Kedudukan dan kuasa adalah anugerah dan amanah dari ALLAH SUBAHANAHU WATAALA.  

Amalan muafakat adalah budaya berkerajaan dalam sistem beraja dan budaya bernegara menurut amalan Islam. Khalifah Islam mengamalkan syura dan Raja Melayu melakukan muafakat Ini telah dijadikan amanat penting kepada pewaris takhta seperti terkandung dalam wasiat Sultan Alauddin Shah kepada putera Baginda Sultan Mahmud Shah.

"Hai anak ku, ketahui oleh mu bahawa dunia ini tiada akan kekal adanya melainkan iman adanya peninggalan ku ini hendaklah anak ku berbuat ibadat sangat-sangat, jangan tiada sebenarnya, kerana segala hamba Allah semuanya terserah kepada mu. Jikalau kesukaran baginya hendaklah segera engkau tolong, jikalau teraniaya ia hendaklah segera engkau periksa baik-baik supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasnya leher mu. Syahadan hendaklah engkau muafakat dengan segala perdana menteri dan segala orang besar-besar, kerana raja-raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada ia muafakat dengan segala pegawai, tiada akan sentosa adanya, dan tiada akan dapat ia melakukan adilnya, rakyat itu umpama akar raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar nescaya tiada akan dapat berdiri.“

(Petikan dari Sulalat al-Salatin)


Sistem Raja berpelembagan adalah perkongsian kuasa antara Raja dan Rakyat. Raja menjadi sumber rujukan ketika berlakuanya krisis di kalangan rakyat. Raja memastikan bahawa berlakunya keadilan mekanisme semak dan imbang antara cabang-cabang perundangan eksekutif dan kehakiman sekali gus memperkukuhkan institusi demokrasi di dalam negara. 

Kekuatan serta kelemahan, citra dan daulat Institusi Raja bergantung pada citra serta keutuhan sifat perilaku batang tubuh seseorang Raja. Perhubungan rakyat dan Raja tidak lagi terbatas kepada sekumpulan pembesar istana. 

Raja perlu membuktikan tahap pencapaian, memenuhi harapan rakyat, mempamerkan perilaku dan keperibadian sejajar dengan kemuliaan dan penghormatan yang diberikan. Kekuatan dan kelemahan seseorang Raja dipengaruhi oleh kekuatan atau kelemahan terutama di kalangan mereka yang diberi amanah menjadi pembesar dan penasihat Raja. Hubungan Raja, pembesar, pemimpin dan rakyat perlu dibina secara sihat, disuburkan melalui saluran komunikasi yang berkesan. 

Barisan yang diberikan kepercayaan dan tanggungjawab menasihati Raja, wajib bersifat ikhlas, arif lagi berilmu, berkata benar betapa pahit sekalipun, supaya Raja tidak dibuai dalam khayalan - tidak diulit gurindam pujian. Kuasa Raja dan kuasa rakyat digabung dan diimbang, dalam semangat mengekal yang di kendong sementara berusaha mencipta yang baru.

Kesimpulannya : Siapa yang mengubah janji terdahulu... Kaji sejarah dahulu kemudian baru takrifkan akan ianya.!!!

04 November 2012

THE DIRECTOR OF EDUCATION WLCOMING THE SULTAN OF SELANGOR


21 Sept 1927, On an overcast day on Wednesday, a little after 4 p.m, the whole school headed by the Cadet Corps left the school premises at High Street and marched to Petaling Hill where the boys were formed up on the platform in front of the foundation stone. 

On the right of the stone an attap covering had been erected over the seats reserved for the distinguished visitors and the staff. His Highness the Sultan of Selangor was received by the Headmaster, Mr G. C. Davies, and after the general salute had been given, the inspection of the Cadet Corps and the Boy Scouts followed. 

Dr R. O. Winstedt, the Director of Education, in calling on the Sultan to lay the foundation stone said that His Highness had been invited to lay the foundation stone of the new buildings for the chief English school in the State of Selangor. 

In reply, His Highness said that he was happy to see so many people present. He hoped that all the pupils would study hard in order to be clever to help their parents. Moving to the foundation stone, His Highness was presented with a silver trowel by the architects and then laid the stone, declaring it to be "well and truly laid". He addressed the spectators again, saying that the weather was perfect that afternoon - not too hot and without rain. He said that he had planted, in effect, a "tree", which he hoped, would flourish in time. 

The sultan expressed the wish that the new school would progress and make itself a good name. The headmaster then rose to make his speech and at the end of it, the Sultan left the platform with the Chief Secretary, the British Resident and the Director of Education. 

Souce : THE VICTORIA INSTITUTION

DULI YANG TERAMAT MULIA - RAJA PUAN MUDA KEDAH


Duli Yang Teramat Mulia - Tunku Hajjah Raudzah Bt Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Diputerikan pada 29 September 1929 di Istana Bandar Temasha, Kampung Bandar Jugra, Kuala Langat Selangor. 
Tengku Raudzah menjadi Suri kepada Tunku Abdul Malik Ibni Sultan Badlishah 16 July 1956 di Istana Bukit Kota, Alor Setar. 
Bergelar Raja Puan Muda pada tahun 1981 setelah Tunku Abdul Malik bergelar Raja Muda Kedah.

02 November 2012

PAGE WANGSA MAHKOTA SELANGOR


Klik Link ini :- Wangsa Mahkota Selangor

Wangsa Mahkota Selangor adalah ruangan perkongsian maklumat blog yang tidak menguntungkan dan tidak bergabung dengan mana-mana institusi persatuan atau badan-badan politik.

Wangsa Mahkota Selangor adalah laman web perkongsian maklumat yang menyediakan maklumat mengenai sejarah Keluarga Diraja Selangor.
Termasuk maklumat yang berkait rapat kepada Sultan-Sultan Selangor dan khazanah warisan seni budaya serta sejarah umum Negeri Selangor dan perihal-perihal lain yang mempunyai intipati penting yang berkaitan dengan negeri Selangor.

Wangsa Mahkota Selangor akan cuba untuk memastikan teras ketulusan untuk menaikkan institusi beraja didalam negeri Selangor amnya negara.

Antaranya teras ketulusan :-

1. Menyebarkan maklumat, pendapat dan pandangan ke atas isu-isu semasa.
2. Membentangkan kertas kerja yang boleh memberi pengetahuan dari segi ilmu dan idea kepada masyarakat bagi memastikan sesuatu kepincangan akan sesuatu isu.
3. Mengupas dan mentakrif perihal isu-isu berhubung khazanah warisan budaya dan sejarah.
4. Menerima pandangan, saranan, idea, cadangan dan jua pendapat umum terhadap sesuatu isu dengan penuh kerendahan diri.

Perkongsian Ilmu adalah satu kebajikan yang menjadi tali penghubung yang terbaik... Insyallah...

Segala puji tertentu bagi ALLAH Subhanahu Wata’ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan Nya.

Selawat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, semulia-mulia kejadian.
Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan.

Semoga memperoleh ihsan daripada ALLAH Subhanahu Wata’ala sehingga ke hari kebangkitan.

Klik Link ini :- Wangsa Mahkota Selangor

Translate