|
Paduka Seri Sultan Abdul Jalil bersama Tengku Permaisuri Yong Sapiah Bt Dato' Panglima Besar Muhammad Yunus |
Semasa pemerintah Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Ibni Almarhum Sultan Idris Ramatullah Shah telah tertubuhnya Komiti Quran Perak pada tahun 1917. Di mana penubuhannya bertujuan untuk mengawal dan memantau pengendalian pengajaran agama Islam di Negeri Perak.
Pengerusi pertama yang dilantik ialah Raja Bendahara Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Ramatullah Shah (1918-1938). Komiti Quran Perak bertindak sebagai Komiti Syariah Negeri Perak, yang bertanggungjawab dalam segala hal ehwal berkaitan dengan pentadbiran agama Islam secara umum pada masa itu termasuklah mengeluarkan kebenaran bagi penerbitan buku-buku agama, pentauliahan mengajar dan sebagainya.
|
Paduka Seri Sultan Abdul Jalil bersama menantunya iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Suleiman Shah |