|
Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar |
Madrasah Ihsaniah yang terdapat di Teluk Intan, Perak telah ditubuhkan dengan hasil wakaf yang menawarkan pengajian dalam bahasa Arab dan jua bahasa Melayu serta turut menerima pelajar dari luar daripada Negeri Perak. Iklan promosi madrasah Ihsaniah ini telah mendapat reaksi daripada pembaca al-Imam yang turut berminat untuk mendapatkan pendidikan di madrasah tersebut [Al-Imam, bil. 4, jil. 2,8 Oktober 1907, hlm. 135].
|
Madrasah Ihsaniah yang terdapat di Teluk Intan |
Wakaf yang diperolehi dalam menubuhkan madrasah ini sebahagian besarnya diperolehi daripada Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar sendiri. Ini adalah kerna baginda merupakan seorang Raja, Yang Dipertuan yang mengambil berat mengenai aspek pendidikan dan pembangunan Negeri. Baginda jua berperanan di dalam penubuhan kebanyakan madrasah dan jua surau di negeri Perak. Untuk menjamin perjalanan surau dan madrasah di Negeri Perak, Paduka Seri Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar telah menyediakan Dana Khas untuk perbelanjaan institusi tersebut.