Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah kepada D.Y.M.M Pemangku Raja Perak - Raja Dr. Nazrin Shah di atas Perlantikan Sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan serta Jajahan Takluknya yang Ke 35.
Membawa kepada gelaran Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfullah.
Pengumuman perlantikkan telah dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen (B) Mohd Zahidi Zainuddin sekitar jam 3.15 petang di Balai Rongseri Istana Iskandariah. Kuala Kangsar hari ini.
Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Bertitah.
"Bismillahirrahmanirrahim...
Adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah."
Kemudian baginda meletakkan tangan kanan atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai tanda terima pelantikkan sebagai Sultan Perak.
Laungan Daulat Tuanku dilaungkan sebanyak 3 kali dan diakhiri denga bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri - Tan Sri Harussani Zakaria.
30 May 2014
21 May 2014
Penglibatan Wangsa Diraja Dalam Pasukan Sukarelawan (Home Guard)
Raja-Raja Melayu Negeri Melayu Bersekutu |
Menyingkap tadbir sejarah Pasukan
Sukarelawan didalam negara khususnya Home Guard (Pengawal Kampung) dan
penglibatan Raja-Raja Melayu dan Putera-Putera Raja khususnya didalam
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu didalam Pasukan Sukarelawan amnya.Sebagaimana
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang merupakan Negeri dibawah naungan Ke’rajaan
British dan titik tolak serta batu asas kepada pembentukkan Negara Malaysia yang
bermula dari Pembentukkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kemudian Persekutuan
Tanah Melayu kemudian Malaysia.
Huraian mauduk ini akan memberikan gambaran
didalam sentuhan Raja-Raja Melayu dan Putera-Putera Raja dalam memberi nafas dan
pengisian didalam membentuk perwatakan dan kesungguhan didalam mengangkat
Pasukan Sukarelawan didalam penyertaan mereka bagi menarik minat anak watan. Penyertaan
Putera-Putera Raja didalam memberi nafas dan pengisian maka tidak terkecuali
terdapat jua yang telah gugur sebagai seorang perajurit dan pejuang bersama-sama
anggotanya yang lain demi Pasukan dan
tanah air. Contoh yang boleh dilihat adalah Y.M. Raja Kapten Aman Shah bin
Raja Kechil Sulung Harun Al Rashid Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Idris
Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah yang merupakan seorang Pegawai Daerah kemudian memakai pakaian seragam sebagai seorang Angkatan Sukarelawan Tentera untuk berbakti kepada Negara semasa penjajahan jepun di Tanah Melayu.
Undang-undang Darurat yang diisytiharkan
oleh kerajaan pada 16 Jun 1948 telah membawa kerajaan mengambil pelbagai
tindakan dalam usaha membanteras habis-habisan akan ancaman yang telah dicetuskan
oleh pengganas komunis.[1]
Ordinan Undang-Undang Darurat 1948 melalui peruntukan Undang-Undang Darurat
No.10, 1948, bidang kuasa pasukan Home Guard telah digariskan secara umum oleh
kerajaan di bawah bidang kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
Dengan kuasa dan perakuan Pesuruhjaya Tinggi
British melalui Seksyen 4 Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948, Pesuruhjaya
Tinggi telah mengeluarkan arahan Darurat (Home Guard) (Pindaan)
Peraturan-Peraturan 1952 dengan pindaan;
a) Terhadap pentakrifan “competent
authority”[2]
b) Pengertian terhadap konsep kawasan Home Guard
yang merujuk kepada
Inspektor
General membawa maksud Inspector General Home Guard”[3]
Sejarah kewujudan Angkatan Sukarelawan telah bermula semenjak
1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States
Volunteer Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak
Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF)
dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer
Force (SSVF)[4]. Angkatan Sukarelawan telah memainkan peranan
yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, Darurat
1948-1960 dan konfrontasi.
Tindakan
yang dibuat oleh pihak kerajaan adalah dengan menubuhkan pasukan pengawal
kampung atau Home Guard di kampung-kampung dan juga Kampung Baru. Tujuannya
adalah bagi memastikan kawalan keselamatan di kawasan terbabit dapat dikawal
rapi oleh penduduk tempatan sendiri dengan kerjasama pasukan keselamatan yang
lain. Namun sebelum Penubuhan Pasukan Home Guard, telah wujud sebelum itu
pasukan-pasukan lain yang seumpamanya di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
Selain polis dan tentera (termasuk pasukan dari negara Komanwel), terdapat juga
pasukan Special Constabulary (SC), Police Jungle Squad, Police Field Force
(PFF) dan Auxiliary Police (AP).
Pasukan
Home Guard merupakan sebuah unit keselamatan yang dibentuk berasaskan
penyertaan secara sukarela, namun dari segi pengurusan pengendalian latihan
dalam pasukan sukarelawan ini amat sistematik. Ini kerana, sejurus
pengisytiharan darurat dibuat, faktor desakan dan tekanan daripada pengganas
komunis yang bermaharalela di tanah air memaksa pihak British menyelaraskan
secara teratur pasukan Home Guard sebagai sebuah organisasi yang penting pada
waktu itu. Justeru, pasukan Home Guard menjadi nadi penting kepada pasukan
bersenjata utama lain kerana mereka meringankan beban pasukan bersenjata
khususnya di kawasan-kawasan kampung.
Undang-undang
Darurat yang diisytiharkan telah membawa Lieutenant General Sir Rawdon
Briggs dilantik sebagai Pengarah Operasi di Persekutuan Tanah Melayu pada April
1950 bagi membantu pihak kerajaan menghadapi ancaman komunis. "Salah satu langkah
yang diambil olehnya dalam memerangi ancaman komunis adalah meneruskan
rancangan penempatan semula yang telah dilakukan oleh Sir Henry Gurney.[5]
Usaha penubuhan pasukan Home Guard telah digerakkan bermula September 1950.[6]
Ketua
Home Guard Persekutuan (Inspector General of Home Guard) merupakan
peneraju dalam pasukan Home Guard seluruh Persekutuan Tanah Melayu.[7] Merangkap
Ketua Pengarah Operasi dalam pasukan Home Guard yang menerima arahan dari
Setiausaha Pertahanan. Selain itu, bertanggungjawab jua dalam menguruskan
keperluan-keperluan utama pasukan ini berhubung peralatan senjata dan lain-lain
peralatan yang diuruskan bersama pihak SWEC.[8] Ketua Home Guard
Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam soal perjalanan sesebuah
operasi tetapi bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan pentadbiran
pengurusan dan juga tahap kecekapan serta disiplin pasukan secara langsung.
Seorang
Putera Raja yang terlibat secara langsung didalam pentadbiran Home Guard
sewaktu zaman darurat adalah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Munawir Ibni
Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang
memerintah Negeri Sembilan Darul Khusus sekitar 1960 – 1967. Almarhum telah
mengalas tanggungjawab sebagai District Home Guard Officer sekitar tahun
1952-1957 di beberapa daerah dalam Negeri Sembilan antaranya Kuala Pilah dan
Tampin. District Home Guard Officer adalah suatu jawatan didalam pasukan Home
Guard. Rujuk rajah dibawah.
Jawatan
|
Pangkat
|
State
Home Guard Officer
|
Lt.
Col (Home Guard)
|
Deputy
atau Timbalan
|
Major
(Home Guard)
|
District
Officer atau Pegawai Daerah
|
Major
(Home Guard)
|
District
Home Guard Officer
|
Major
atau Kapten (Home Guard)
|
C.O
Battalion
|
Leftenan/Lieut
(Home Guard)
|
Adjutant
(pegawai Tentera)
|
W.O.
I dan II
|
Inspektor
Home Guard
|
W.O.
I dan II
|
Company
Comander
|
Sarjan
|
Pengajar
Tetap
|
Sarjan
|
Komander
Platun
|
Kopral
|
Komander
Bahagian/Sekseyen
|
Lans.
Kopral
|
Jadual
2: Hierarki perjawatan pasukan Home Guard.
(Sumber: U/1
Home Guard Regulations and Instructions, “Home Guard Ranks”, hlm. 64
[SULIT])
Susunan
kedudukan pangkat pasukan Home Guard yang ditunjukkan dalam jadual di atas
menjelaskan peranan yang telah dilaksanakan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman semasa bergelar Tunku
Laksamana Negeri Sembilan. Seandainya diteliti lipatan sejarah penjawatan
Pengawai Daerah dan Penghulu, ianya adalah jawatan yang sering disandang oleh
golongan bangsawan dan secara tidak langsung memperlihatkan sentuhan golongan
ini kepada pasukan Home Guard. Demikian jua Almarhum Paduka Sri Sultan Saleh’uddin
Abdul Aziz Shah Al Haj ibni Almarhum Sultan Sir Hisham’uddin Alam Shah Al Haj
yang menjawat tanggungjawab sebagai C.O
Battalion Kampong Home Guard, Ipoh 1949-1953.[9]
Bidang kuasanya yang telah ditetapkan dalam Undang-Undang Home Guard. Jika
dilihat dari segi Arahan Organisasi Home Guard (Home Guard Command
Organisation) secara umumnya struktur organisasi pasukan Home Guard negeri
atau di negeri-negeri atau Negeri-Negeri Selat diketuai oleh Ketua Home Guard
Negeri. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Home Guard Negeri, yang akan
dibantu oleh sorang Penolong SHGO (State Home Guard Officer). Pada peringkat
seterusnya pula, Pegawai Daerah atau DO akan mengetuai pasukan Home Guard di
setiap daerah dibawahnya. Jawatan ini dibantu oleh Pegawai Home Guard Daerah
atau DHGO (District Home Guard Officer) dan juga Pegawai Home Guard berpangkat Inspektor. Kemudiannya, selepas
DHGO (District Home Guard Officer), pasukan Home Guard akan diterajui oleh
pegawai-pegawai Komander Batalion yang dilantik mengikut keperluan. Manakala
pada peringkat bawahan pula, terdapat jawatan-jawatan seperti PSI, Coy Comander,
PI Comander sehinggalah kepada jawatan Komander Seksyen yang akan mengetuai
anggota-anggota Home Guard peringkat paling bawah.[10]
Manakala di peringkat daerah pula, Pegawai
Daerah (District Officer) akan mengetuai keseluruhan anggota pasukan Home Guard
yang ada dalam daerah pentadbirannya. Pegawai Daerah bertanggungjawab menerajui
pasukan Home Guard untuk memastikan anggota-anggota Home Guard daerah
mempertingkatkan keberkesanan tugasan mereka. Pegawai Daerah ini juga akan
dibantu oleh beberapa orang Pegawai Inspektor Home Guard yang akan memainkan
peranan penting dalam pengendalian latihan dan pentadbiran pasukan Home Guard dalam
daerah pengawasan beliau. Walau bagaimanapun pegawai berpangkat Inspektor ini
tidak akan memegang sebarang kuasa eksekutif melainkan hanya dalam sesuatu
operasi khusus sahaja.
Di samping Pegawai Daerah dan Pegawai Home Guard
Daerah, dalam keadaan tertentu, Pegawai-Pegawai Home Guard Daerah (DHGO) boleh
dilantik bagi membantu jentera pentadbiran. Di peringkat kawasan pula, anggota
Home Guard diselaraskan ke dalam “Company” atau kumpulan yang terdiri daripada
150 orang anggota. Kompeni ini dibahagikan kepada beberapa platun yang
terdapat sekurang-kurangnya 30 orang anggota dalam satu platun. Setiap platun
dibahagikan kepada seksyen yang terdiri daripada 10 orang anggota dipilih oleh
Komander. Jumlah anggota dalam sesebuah platun atau unit-unit berkenaan adalah
tidak tetap kerana ia bergantung kepada keadaan ancaman yang dihadapi di
sesebuah kawasan. Sekiranya keadaan terdesak, battalion boleh ditubuhkan namun
hal ini bergantung kepada situasi semasa dan mestilah melibatkan keputusan dari
pihak tertinggi organisasi.
Di kawasan kampung, penghulu memainkan
peranan utama dalam menggerakkan pertahanan pasukan Home Guard di kawasan yang
ditadbirnya dilantik sebagai peneraju utama anggota-anggota Home Guard di
sesebuah kampung.[11] Di
samping itu penghulu juga terlibat dalam menyampaikan arahan dari Ketua Home
Guard Persekutuan kepada anggota-anggota di kawasan kampung. Adakalanya
seseorang penghulu itu dilantik sebagai Komander Batalion atau menjadi ketua
pasukan Home Guard di kawasan mukim mereka.
BERIKUT ADALAH
DIANTARA RAJA-RAJA MELAYU YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA ANGKATAN PASUKAN
SUKARELAWAN SEMASA KERAJAAN BRITISH.[12]
1887 - 1916 - Paduka Seri Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar,
Kolonel Kehormat 1st (Perak) Batalion MSVI.
1918 - 1938 - Paduka Seri Sultan Sir Iskandar Shah al-Kaddasu’llah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah,Kolonel Kehormat Batalion Perak, Malay Volunteer Infantry (MVI) 18/7/1919-1931,Kolonel Kehormat Batalion 1st (Perak), Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF) 1/8/1931-1938.
1938 - 1948 - Paduka Seri Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah Nikmatu’llah ibni al-Marhum Raja Muda Musa,Enlisted as a Private MSVI 1920, cmsnd as 2nd Lieut 1923, prom Lieut 1927, prom Hon Capt 13/7/1931, and Hon Col 1st (Perak) Btn MSVF 7/12/1938, Hon Group Capt SSVAF 1/1/1941. 1948 - 1963 - Paduka Seri Sultan Sir Yusuf Izzuddin Rathiu’llah Ghafaru’llahulahu Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah, enlisted as a Private 1st (Perak) Btn MVI 1924, cmsnd as 2nd-Lieut 23/8/1926, transf FMS Vol Force (reserve) 1933, prom Lieut Reserve of Officers 1935.
1963 - 1984 - Paduka Seri Sultan Idris II al-Mutawakil Allahahi Afifu’llah Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasu’llah,Cmsnd as 2nd-Lieut FMSVF [Federated Malay States Volunteer Force] 1941, volunteer Giu Tai 1944-1945 but secretly employed with “Force 136” 1945, transferred Malay Regt 1951, served in Malayan Emergency in Pahang and Negri Sembilan, prom Capt 1/5/1954, retd as Maj,
D.Y.A.M. Raja Di-Hilir Perak, Raja Haji Kamaral zaman bin Raja Haji Ngah Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II,Batalion MSVI berpengkat Leftenan 2/8/1929.
Y.A.M Raja Kechil Besar, Brigadier Jeneral Datuk Sri Raja Lope Nur Rashid bin Raja ‘Abdu’l Rahman,2nd-Lieut MVI 1932-1933, Berpindah kepada Rejimen Askar Melayu 1/3/1933 sehingga berpangkat Brigadier Jeneral
1898 - 1938 - Paduka Sri Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa [Marhum 'Atiqu'llah],Kolonel Kehormat Batalion Selangor, MVF, 18/6/1919.Kolonel Kehormat Batalion Selangor 2nd (Selangor). Malay States Vol. Regt. 1/8/1931-1938.
1942 - 1945 - Paduka Sri Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan ‘Ala ud-din Sulaiman Shah,Sertai Pasukan Polis Bersekutu sebagai Penolong Penguasa Polis 1913, Bersara sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis 1916,Leftenan Malay Volunteer Infantry (MVI) 1916,Kapten Kehormat Volunteer Force (MVF) 25/2/1932,
1938-1942 & 1945-1960 - Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah,Kolonel Kehormat Batalion Selangor 2nd (Selangor), FMSVF 8/6/1938-1942. Kapten Kehormat SSVAF 1/1/1941.
1960 - 2001 - Paduka Sri Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj,Mejar Kehormat Royal Malay Regt 1960, Insp. Auxiliary Police 1949-1953,
C.O Battalion Kampong Home Guard, Ipoh 1949-1953
1917 - 1932 - Baginda Sultan Sir Abdullah al-Mu’tasim Bi’llah Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Ahmad Mua’azzam Shah ibni al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun‘Ali,Kolonel Kehormat Batalion Pahang, Malay States Volunteer Regt, October 1923-1932.
1932 - 1974 Colonel H.R.H. Paduka Sri Baginda Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Sir ‘Abdu’llah al-Muhtasim Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Ahmad Mua’azzam Shah,Cmsnd as 2nd-Lieut. 4th (Pahang) Btn, Malay Volunteer Infantry 1931, resig 22/6/1932, Kolonel Kehormat Batalion 4th (Pahang) FMS Volunteer Force 23/61932-1942. Japanese forces occupied Pahang 3rdJanuary 1942 and immediately imposed a military administration over the state. The sultan secretly supported the formation and organisation of the Tentera Wataniah in 1942, of which he became titular C-in-C. He also supported cooperation with the clandestine activities of “Force 136” and was taken under their protection 17th August 1945. He subsequently returned to the capital under escort of “Force 136” and resumed full control 8th September 1945.
1974 - Baginda Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah,Cmsnd as 2nd Lieut 4th Btn RMR 1953, prom Maj 1963, o/c 12th Infantry Btn (TA) 1963-1965, retd as Lieut-Col 1965.Kolonel Kehormat Pahang Home Guard 19/8/1958,
1888 - 1933 - Tuanku Muhammad Shah ibni al-Marhum Tuanku Antah,Kolonel Kehormat Batalion Negeri Sembilan Malay Volunteer Infantry (MVI), 18/7/1919-1931.
1933 - 1960 - Tuanku ‘Abdu’l Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad,Leftenan Batalion Negeri Sembilan Malay Volunteer Infantry (MVI) 1916,Kolonel Kehormat Batalion 3rd (Negeri Sembilan) Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), 3/8/1933-1942.
Foto memperlihatkan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah sedang melihat Pasukan Keselamatan SC. Sumber Foto : Google |
Pada tanggal 11 Januari 1972, Ikatan Relawan
Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan. Kemudian Penubuhan Pasukan Sukarelawan
Malaysia 2012 dan pada tahun 2014 Jabatan Sukarelawan Malaysia diluluskan
sebagai sebuah Jabatan Kerajaan. Sejak dari awal penubuhannya lagi, fungsi yang
dimainkan oleh pasukan Home Guard kepada keselamatan negara adalah penting. Selain
menjadi nadi utama dalam membantu pihak berkuasa keselamatan awam mengekang
komunis, pasukan Home Guard turut memainkan peranan sebagai “mata dan telinga”
kerajaan.
Sumber http://militarybadgecollection.com/ |
[1] Pengisytiharan
Darurat sebenarnya telah dibuat lebih awal oleh Sir Edward Gent yang merupakan
Pesuruhjaya Tinggi British ketika itu. Keganasan komunis mencapai kemuncaknya
apabila 3 orang peladang Eropah telah mati dibunuh di Sungai Siput, Perak pada
16 Jun 1948. Kejadian tersebut menyebabkan Darurat diisytiharkan pada petang
tersebut meliputi kawasan Ipoh dan Sungai Siput, Perak serta daerah Kluang,
Muar, Kulai dan Plentong di Johor. Butiran lanjut, sila rujuk Ho Hui Ling,
Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2004, hlm. 15
[2] “Competent
authority” bermaksud bahawa Menteri Besar dan juga Pegawai Home Guard Negeri di
setiap negeri dan juga Pesuruhjaya Residen, Pegawai Home Guard Negeri di
Negeri-Negeri Selat, serta semua Pegawai Daerah atau individu yang diakui
sebagai wakil pihak Menteri Besar atau Pesuruhjaya Residen. Lihat Federation of
Government Gazette No. 10 of 1948, hlm. 2.
[3] Federation of
Government Gazatte No. 10, 1948, hlm. 2.
[4] The Volunteer
Forces Of The Federated And Unfederated States Of Malaya, And The Straits
Settlements: 1940- 1942, Summary- Audrey Holmes Mccormick
[5] Briggs telah
memindahkan lebih kurang 650,000 setinggan ke 600 buah penempatan baru (Kampung
Baru) dalam tempoh empat tahun dengan kos sebanyak AS$44.3 juta. Rujuk Mohd.
Reduan Haji Asli, Pemberontakan ersenjata Komunis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2008, hlm. 43.
[6] Dennis, P.
& Grey, J., Emergency and Confrontation Australian Military Operations in
Malaya and Borneo 1950-1966, Australia: Allen & Unwin Pty Ltd, 1996, hlm.
58.
[7] Dari tahun
1948-1960’an Ketua Pasukan HG Persekutuan Tanah Melayu diterajui Sgd.
Maj. Gen. E.B. de Fonblanque. Beliau merupakan ketua pasukan Home Guard
yang telah berjaya meletakkan pasukan Home Guard menjadi
pasukan keselamatan yang dihormati dan disegani ekoran perkhidmatan cemerlang
anggota pasukan Home Guard.
[8] State War
Executive Committee atau Jawatankuasa Eksekutif Perang Negeri.
[9] Royal Ark
Selangor page 9
[10] Untuk melihat
struktur organisasi Home Guard negeri dan Negeri-Negeri Selat di Tanah Melayu,
sila lihat Lampiran B.
[11] U/10 Home
Guard Appointments, Def. Y. 37/4/37, “Letter from E.B. David, the Secretary of
Defense, David to all Chairman SWEC’S of State/Settlements”, 16 Oktober 1952.
[SULIT]
[12] Royal Ark
Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang
[13] Ikatan
Relawan Rakyat - Pengenalan, Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
*** Pentadbiran Dan Perkembangan Pasukan Home Guard - Zulkifli
Muhamad
[2] “Competent authority” bermaksud bahawa Menteri Besar dan juga Pegawai Home Guard Negeri di setiap negeri dan juga Pesuruhjaya Residen, Pegawai Home Guard Negeri di Negeri-Negeri Selat, serta semua Pegawai Daerah atau individu yang diakui sebagai wakil pihak Menteri Besar atau Pesuruhjaya Residen. Lihat Federation of Government Gazette No. 10 of 1948, hlm. 2.
[3] Federation of Government Gazatte No. 10, 1948, hlm. 2.
[4] The Volunteer Forces Of The Federated And Unfederated States Of Malaya, And The Straits Settlements: 1940- 1942, Summary- Audrey Holmes Mccormick
[5] Briggs telah memindahkan lebih kurang 650,000 setinggan ke 600 buah penempatan baru (Kampung Baru) dalam tempoh empat tahun dengan kos sebanyak AS$44.3 juta. Rujuk Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan ersenjata Komunis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008, hlm. 43.
[6] Dennis, P. & Grey, J., Emergency and Confrontation Australian Military Operations in Malaya and Borneo 1950-1966, Australia: Allen & Unwin Pty Ltd, 1996, hlm. 58.
[7] Dari tahun 1948-1960’an Ketua Pasukan HG Persekutuan Tanah Melayu diterajui Sgd. Maj. Gen. E.B. de Fonblanque. Beliau merupakan ketua pasukan Home Guard yang telah berjaya meletakkan pasukan Home Guard menjadi pasukan keselamatan yang dihormati dan disegani ekoran perkhidmatan cemerlang anggota pasukan Home Guard.
[8] State War Executive Committee atau Jawatankuasa Eksekutif Perang Negeri.
[9] Royal Ark Selangor page 9
[10] Untuk melihat struktur organisasi Home Guard negeri dan Negeri-Negeri Selat di Tanah Melayu, sila lihat Lampiran B.
[11] U/10 Home Guard Appointments, Def. Y. 37/4/37, “Letter from E.B. David, the Secretary of Defense, David to all Chairman SWEC’S of State/Settlements”, 16 Oktober 1952. [SULIT]
[12] Royal Ark Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang
[13] Ikatan Relawan Rakyat - Pengenalan, Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
*** Pentadbiran Dan Perkembangan Pasukan Home Guard - Zulkifli Muhamad
03 May 2014
Adat Istiadat Menyambut & Mengarak Surat
Gambar sekadar hiasan Ini adalah gambar gajah Paduka Seri Sultan Perak |
Adat istiadat
menyambut dan mengarak surat sering dipaparkan apabila ada perutusan dari luar
ke Melaka. Kitab Sejarah Melayu menggambarkan jika ada utusan datang, yang
menyambut surat di balai ialah kepala abintara di sebelah kanan, dan yang
menyampaikan titah raja kepada para utusan ialah kepala abintara di sebelah
kiri.
Hamba raja akan meletakkan kerikal dan ceper dari dalam balai untuk meletakkan
perutusan. Tetampan dan ceper berikan kepada orang yang membawa surat.
Perutusan dan surat dari Pasai dijemput dengan segala adat dan alat kerajaan.
Disediakan nagiri dan negara serta payung putih dua berapit, dan gajah
disediakan di hujung balai.
Perutusan dari Pasai dimuliakan kerana kedudukan darjat dan martabat raja dan kerajaan
sama taraf antara Pasai dengan Melaka.
Seandainya datang perutusan dan surat dari raja dan kerajaan yang lain
dikurangkan penghormatan yang patut diberikan, sama ada sekadar gendang dan
serunai serta payung kuning. Seandainya patut bergajah dan berkuda maka
diturunkan dari pintu di luar.
Seandainya perutusan tersebut dari raja yang besar sikit, maka diberi nafiri
dan berpayung satu putih dan satu kuning, gajah disediakan di luar pintu dari
dalam kota. Setiap perutusan akan diberi persalinan oleh raja apabila mereka
kembali ke negeri mereka. Jikalau perutusan dari Melaka membawa surat ke negeri
lain juga diberikan persalinan. Persalinan turut dianugerahi kepada para raja
dan sultan dari wilayah tetangga yang mengadap Sultan Melaka.
Selain darpada persalinan yang mulia-mulia, turut dianugerahkan juga segala
harta, emas perak dengan terlalu banyak. (hal. 65)
Ketinggian Adat Istiadat Mengarak Surat dan Utusan diterima sebagai tanda
persahabatan serta memperlihatkan tanda kemuliaan dan kebesaran.
Sultan Muzaffar Syan berhasrat mengutus surat ke Benua Siam. Setelah beberapa
kali mereka berperang, ada hasrat perdamaian dari Baginda, seperti titahnya,
"daripada banyak seteru baik banyak sahabat" (hal. 79). Raja Siam
juga membalas perutusan. Di Melaka surat berkenaan di suruh jemput, dan diarak
dengan menaiki gajah. Surat disambut oleh abintara, dibaca oleh khatib (hal.
82).
Begitu juga ada bingkisan dari Raja China yang datang dengan pilu yang sarat
dengan jarum. Surat juga dibalas dan perutusan dikirim ke China dan palu
berkenaan diisi sarat dengan sagu rendang.
Kedua-dua raja cuba membuktikan mereka adalah kerajaan yang besar lantaran
rakyat yang ramai (hal. 103 -104).
Selain memuliakan surat perutusan kesultanan Melaka juga memuliakan kitab agama.
Maulana Abu Bakar telah membawa kitab Durr Manzum, yang telah diarak ke
balairung. Sultan Mansur Syah telah mempelajari dan memperoleh ilmu yang amat
berguna dari kitab berkenaan, disamping menitahkan untuk "diertikan"
(mungkin diterjemahkan atau dipermudahkan) ke Pasai.
Dititah juga membawa bingkisan ke Pasai dangan permasalahan "Segala isi
syurga itu kekalkah ia dalam syurga dan bagi isi neraka itu kekalkah ia dalam
neraka". Bingkisan tersebut diiringi dengan emas urai tujuh tahil dan dua
perempuan sebagai persembahan, dan bingkisan juga dihias dengan kemala kuning
dan kemala ungu berbunga (hal. 120). Sultan juga menitahkan sekiranya dapat
dijawab oleh sesiapa pun, emas dan dua perempuan tersebut sebagai hadiah.
Bingkisan juga diarak dengan istiadatnya dan sambut juga dengan istiadatnya di
Pasai
Subscribe to:
Posts (Atom)