28 January 2014

Tatacara Mengangkat Sembah Adat Dahulukala.

Dalam kehidupan rakyat di dunia tidak terkecuali lain-lain bangsa dan terutama sekali Orang Melayu terhimpun Adat Resam Melayu dan Adat Istiadat, perkataan protokol mungkin baru tetapi amalan protokol telahpun dipakai sejak dahulu lagi. Jika susunan keutamaan yang menjadi takrif utama, maka hal ini sudah wujud. Bahasa istana atau bahasa diraja dan tertib menghadap raja dan pembesar adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. 

Ringkasnya pada zaman kerajaan Melayu tradisi, ianya lebih banyak dilihat sebagai adat istiadat dan pantang larang istana. 

Dihuraikan berhubung adat istiadat mengangkat sembah adat dahulukala. 

1. Cara Untuk Yang Dipertuan Besar Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening. 

2. Cara Untuk Yang Dipertuan Muda Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening 

3. Cara Untuk Bendahara / Temenggong Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak dibawah dagu. 

*** Di ingatkan bahawa mengikut adat istiadat diraja dahulu kala menyembah itu hanya dilakukan sambil duduk ataupun bertelekukan lutut sebelah kanan dan kaki kiri dijelepokkan. Sesekali tidak pernah dilakukan menyembah itu sambil berdiri. Apatah lagi sambil berjalan.

10 January 2014

RAJA NOOR JAN BUKAN PEWARIS KESULTANAN PERAK JAUH SEKALI KESULTANAN MELAKA

Batang tubuh ini bukanlah searif insan untuk menghuraikan mauduk berkaitan namun dalam segala kekurangan, dipohon pertunjuk dan kudrat dari Ilahi, berpandukan pengetahuan yang masih sedikit, bersandarkan pengalaman yang masih singkat, dengan segala kesedaran, dengan penuh keinsafan. Kepada Mu jua Ya Allah, dipohonkan segala panduan dan bimbingan. Amin, Ya Rabul Alamin. Dalam menyuarakan pandangan - menghuraikan pendapat, mudah-mudahan barang diawasi Allah SWT jua hendaknya.

Ingin dihuraikan mauduk berkaitan berhubung Benih Keturunan Kesultanan Perak kini yang lebih dikenali sebagai Waris Negeri Perak. Semoga dengan huraian mauduk berkaitan ini, maka dapatlah seluruh anggota masyarakat mengetahui perihal keunikan Kesultanan Perak. Dengan secara tidak langsung menolak tuntutan yang dibuat oleh individu terhadap takhta Ke'Raja'an Melaka yang mengunakan susur galur dari Kesultanan Perak.

Kenyataan " HAK MUTLAK RAJA KESULTANAN MELAKA DAN PERAK YANG SAH " dakwaan yang dibuat oleh individu yang bernama RAJA NOOR JAN SHAH BIN RAJA TUAH SHAH. RAJA NOOR JAN SHAH BIN RAJA TUAH SHAH yang mendakwa dari keturuan RAJA TUAH SHAH BIN RAJA ALANG MUHAMMAD LAJIN SHAH BIN RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I) SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857) ADALAH TIDAH BERASAS DENGAN MENGISTIHARKAN DIRI SEBAGAI HAK MUKLAK RAJA KESULTANAN MELAKA DAN PERAK YANG SAH. Kerna Sistem Kesultanan Perak mengamalkan Sistem Bergilir Keluarga bukan Sistem turun temurun. Sebagaimana yang ditaksirkan oleh Raja Nor Jan Shah sebagai Sistem Turun Temurun. 

Merujuk satu keratan akhbar bertarikh 20 Mei 2011– Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekali gus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Raja Noor Jan Shah berkata, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851. Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Lop Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul. 

"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak,” kata Raja Noor Jan Shah. Raja Noor Jan Shah berkata, tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak. Sumber Bernama.
Benar mahupun tidak kesahihah berhubung susur galurnya yang dinyatakan oleh Raja Noor Jan, hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui. Namun Beliau tidak layak untuk menuntut dan bercakap berhubung Kesultanan Melaka.
Dakwaan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka dikatakan turut mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 25 November 2013. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf Raja Noor Jan Shah dan masih di ragui.
Untuk pengetahuan umum, di antara gulungan Pembesar dan Sultan terdapat gulungan kerabat DiRaja yang digelar sebagai Waris Negeri. Waris Negeri merupakan satu [1] gelaran yang julung-julung kalinya yang hanya terdapat didalam negeri Perak Darul Ridzuan [1], Waris Negeri gelaran yang dimiliki oleh seseorang yang lahir dari benih zuriat Almarhum Paduka Seri Sultan Ahmaddin Shah – Sultan Perak ke Lapan Belas [18] sebagaimana yang diperuntukkan didalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Maka dengan jelas Raja Noor Jan Shah BUKAN PEWARIS KESULTANAN PERAK JAUH SEKALI KESULTANAN MELAKA kerna Raja Nor Jan Shah merujuk kepada susur galurnya dating dari Kesultanan Perak. 

Fakta yang lebih kukuh dan jelas takkala Raja Noor Jan Shah tidak mempunyai sebarang alat kebesaran diraja Perak kerna ianya tersandar dibawah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan kini. 

Untuk makluman, Kesultanan Perak Sebagai sebuah kesultanan yang berasal-usul daripada kesultanan Melaka, yang sebahagian daripada aturan adat istiadat kesultanan Perak adalah menyamai seperti apa yang pernah diamalkan oleh raja-raja di Melaka, ataupun merupakan lanjutan daripada amalan adat istiadat kesultanan Melaka.

Nobat Di Raja at Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Seen in the picture are the 'Nefiri', 'Gendang Nobat', 'Nengkara', 'Gendang Kecil. Foto Ihsan : Sembangkuala'.
Salah satu alat kebesaran kesultanan Perak yang sangat utama dalam upacara pertabalan ialah Nobat. Seorang Sultan yang ingin menaiki takhta Perak harus mewarisi Nobat daripada waris yang terdahulunya. Kedua Pedang Cura Simanjakini yang merupakan salah satu alat kebesaran negeri Perak. Pedang ini, yang juga dipanggil ‘Pedang Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan’, Nama "Cura Si Manjakini" dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit churiga (si) Mandakini yang bermaksud "bilah dari Mandakini".[2] Teori lain mengaitkan namanya dengan "Curik Man Dakini" - curik ialah perkataan Tamil-Sanskrit yang bermaksud 'membelah', man berasal daripada perkataan Sanskrit mantera, manakala dakini bermaksud mambang kecil yang dikatakan memakan daging dan darah manusia. Sebuah cerita, menyatakan pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Nila Utama yang menjelma di Bukit Si Guntang Mahameru, Palembang bersama-sama dengan dua orang adindanya.

Keris Taming Sari bukanlah alat kebesaran kesultanan Melaka. Maka ianya tidak boleh sama sekali dijadikan sandaran untuk seseorang individu mengelarkan diri sebagai Sultan Melaka. 

Maka kini sila jelas dengan huraian mauduk ini. Raja Nor Jan Shah boleh ditakrifkan sebagai Penderhaka takkala mengelarkan diri sebagai Sultan Perak ke 35. Sebagaimana yang dinyatakan didalam blogspotnya. Malah pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak beradap didalam satu video dibawah ini kepada Raja-Raja Melayu. http://www.youtube.com/watch?v=bzjdPlLiz7I

Kesimpulan berhubung dakwaan Individu yang mengelarkan diri sebagai Sultan Melaka adalah tidak berasas. Buat seluruh anggota masyarakat. ingin saya tegas dan jelaskan bahawasanya didalam negara yang telah termaktub didalam undang-undang tubuh negeri dan perlembagaan persekutuan tanah melayu. Maka tiadalah barang siapa jua yang berhak untuk menuntut takhta bagi negeri Melaka. Berhubung tindakan undang-undang yang boleh dibuat mengenai tuntutan ini dan lain-lain sepanjang 9 tahun mengelarkan diri sebagai Sultan Melaka akan dihuraikan kelak.

Untuk pengetahuan umum, gulungan Waris Negeri terbahagi kepada dua [2] iaitu Waris Negeri biasa dan Waris Negeri Kanan yang merujuk kepada raja-raja bergelar seperti Raja Kecil Bongsu, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Sulong dan Raja Kechil Besar sementara itu, bagi bakal-bakal Raja Pemerintah negeri Perak adalah DYAM Tuanku Raja Di-Hilir, DYTM Tuanku Raja Muda. Seseorang Waris Negeri biasa yang layak di pertimbangkan menjadi Waris Negeri Kanan [Raja Bergelar] seterusnya bakal dipilih kelak sebagai Bakal Sultan namun hendaklah terlebih dahulu dilantik menyandang suatu gelaran dalam hirarki yang dinyatakan di atas lazimnya sebagai Raja Bergelar. Pemilihan dan perlantikan seseorang Sultan atau Raja Pemerintah dan jua lain-lain gelaran dalam hirarki di atas hendaklah mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Yang Kedua. 

Wujudnya satu badan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (perenggan 3.6) yang di kenali sebagai “Dewan Negara”. Badan ini mempunyai peranan amat penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam hirarki yang tersebut. Pemilihan dan perlantikan bagi tempat atau gelaran selain daripada Raja Pemerintah adalah atas titah perkenan Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara Perak. Bagi memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu di Negeri Perak apabila berlaku kekosongan, Dewan Negara Perak dengan dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Sri Maharaja, hendaklah mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah untuk memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu.
 ____________________ 

Nota Kaki :
1. Fasal VII (I) menjelaskan bahawa Raja Pemerintah itu hendaklah seorang zuriat di akui telah di peranakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan Yang Kelapanbelas. Anak-anak Raja yang layak dan harus di pertimbangkan untuk maksud di atas itu adalah mereka yang di sebutkan sebagai “Waris Negeri”. Mengikut definisi dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, “Waris Negeri” maknanya seorang zuriat keturunan benih (lelaki) daripada Sultan Perak yang kelapan belas, iaitu Al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Shah. 

2. Peruntukan Bagi Perlantikan Raja Pemerintah Fasal VII
(I) menjelaskan bahawa Raja Pemerintah itu hendaklah seorang zuriat di akui telah di peranakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan Yang Kelapanbelas [18].
(2) Zuriat yang harus menjadi Raja Pemerintah itu hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun menurun sehingga yang akhir sekali dan tidaklah boleh dibenarkan sekali-kali walaupun dengan apa-apa sebab, dan hendaklah di haramkan memilih dan melantik seseorang sebagai Raja Pemerintah lain daripada seorang zuriat daripada Sultan yang kelapanbelas itu selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan itu” Anak-anak Raja yang layak dan harus di pertimbangkan untuk maksud di atas itu adalah mereka yang di sebutkan sebagai “Waris Negeri”. Mengikut definisi dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, “Waris Negeri” maknanya seorang zuriat keturunan benih (lelaki) daripada Sultan Perak yang kelapan belas, iaitu Al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Shah.

Info :

1. Negeri Perak sebagai sebuah kesultanan yang berasal-usul daripada kesultanan Melaka, sebahagian daripada aturan adat istiadat kesultanan Perak adalah menyamai seperti apa yang pernah diamalkan oleh raja-raja di Melaka, ataupun merupakan lanjutan daripada amalan adat istiadat kesultanan Melaka. Salah satu alat kebesaran kesultanan Perak yang sangat utama dalam upacara pertabalan ialah Nobat. 

Suatu contoh kepentingan Nobat semasa adat pertabalan kesultanan Perak tersurat dalam naskhah Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala (hlm. 39-41).
Menurut naskhah tersebut (hlm. 39), Nobat Perak terdiri daripada 5 jenis alat, iaitu Gendang Nobat, Gendang Kecil (Penengkah), Nafiri, Serunai dan Gendang Nengkara. Kelima-lima jenis peralatan muzik ini adalah sebahagian daripada alatan kebesaran raja-raja dan sangat dihormati di istana Perak. Antara peralatan tersebut, Gendang Nobat (Nyenyalu) adalah yang paling utama dan sang dimuliakan oleh kerabat istana, lebih-lebih lagi dalam kalangan Orang Kalur. Maka Gendang itulah yang besar keramatnya, tidak boleh siapa-siapa mendekati dia melainkan Tok Setia Guna kepala Kalur sahaja. Dan Gendang itulah yang dipuja sepanjang waktu seolah-olah seperti suatu keramat kepada mereka Sepanjang yang diketahui, penelitian terhadap kedua-dua buah naskhah ini masih belum dibuat oleh para sarjana. 

2. Di Arkib Negara Kuala Lumpur juga terdapat sebuah transliterasi Rumi naskhah yang berjudul Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan (ANM No. ARA/29/2007/0052786). Isi kandungannya adalah menyamai naskhah Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala dan Adat dan Lembaga Salasilah Sultan-Sultan Perak .

3. Kajian tentang sejarah dan amalan adat Nobat di istana raja-raja Melayu telah pun dilakukan oleh beberapa orang peneliti sejarah dan budaya. Lihat misalnya, Winstedt & Wilkinson (1934), Linehan (1951) dan Fawzi Basri (1986). Nobat dikatakan berasal dari perkataan Parsi “naubat” yang bermaksud “sembilan jenis”, merujuk kepada sembilan jenis peralatan yang lazimnya membentuk kumpulan muzik Nobat. Terdapat juga beberapa pandangan yang mengatakan Nobat berasal-usul dari India. Negeri Selangor dan Terengganu juga mempunyai tradisi Nobat masing-masing yang dipercayai berasal dari Perak dan Johor-Riau. Selain Johor-Riau, Nobat juga pernah menjadi tradisi istana bagi kesultanan di Patani (dalam wilayah Thailand sekarang). Dalam Sulalatus Salatin/ Sejarah Melayu (A. Samad Ahmad 1996: 242), ada diceritakan raja Patani dan raja Kedah yang telah dinobatkan oleh sultan Melaka. Sejarah Melayu juga (A. Samad Ahmad 1996: 222) ada merakamkan peristiwa Orang Kaya Seri Wak Raja diutus oleh sultan Melaka ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal selaku pemerintah Pahang yang sah. Walau bagaimanapun, sama seperti Johor-Riau, Nobat juga tidak lagi diamalkan dalam adat istiadat di istana Pahang pada hari ini. 

3. Pemain-pemain Nobat adalah terdiri daripada orang tertentu yang mewarisi kepandaian mereka daripada keluarga yang terdahulu. Sehingga kini, penulis sendiri tidak pernah menyaksikan permainan Nobat secara langsung di istana raja-raja Melayu. Pengetahuan penulis hanya bersadarkan bahan bacaan, bahan pameran di muzium dan juga rakaman video Nobat dalam bentuk DVD terbitan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia & Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia. Rakaman Nobat ini mengandungi keterangan Nobat bagi Negeri Kedah, Selangor dan Perak. Pemerian yang lebih panjang diberikan terhadap Nobat Perak termasuk rakaman sesi latihan permainan Nobat di rumah Ketua Nobat, Toh Setia Guna Abdul Aziz bin Yahya. 

4. Lazimnya, peralatan Nobat akan disimpan di sebuah tempat khas di istana. Di Kedah, peralatan Nobat disimpan di sebuah bangunan khas yang dikenali sebagai “Menara Nobat” yang dibina pada tahun 1907 dalam zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah. 

5. Suatu contoh pelaksanaan adat istiadat pertabalan sultan Perak masa silam dapat ditemui dalam Misa Melayu sewaktu Raja Chulan menceritakan pertabalan Raja Muda Iskandar Zulkarnain Shah selaku sultan Perak (Ahmad Fauzi Mohd. Basri 1992: 24-26). Pertabalan diiringi dengan nafiri Nobat sebanyak tujuh kali. 

6. Menurut Linehan (1951: 64-65), pada tahun 1949, beliau berpeluang menemuramah beberapa orang ahli Nobat Perak iaitu To’ Setia Guna Ngah Mat Noh bin Alang Bagok (bekas Ketua Nobat), To’ Setia Guna Chu bin Yusof (bekas Ketua Nobat) dan Muhammad Hashim bin Chu (Ketua Nobat yang sedang berkhidmat ketika itu

Translate