Pada 11 Disember 2011, Bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor - Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang ke-66, Nenda Saudara baginda Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah yang merupakan Tengku Aris Temenggong Selangor telah mengetuai senarai penerima darjah dan pingat kebesaran negeri Selangor pada tahun 2011.
Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah telah diberi gelar sebagai Tengku Aris Temenggong Selangor pada tahun 1936 pada usia 10 tahun oleh Ayahandanya Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Sir' Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa didalam satu istiadat di Istana Mahkota Puri, Klang.
Pernah menerima Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) pada 2002. Merupakan Waris Negeri Selangor antara yang tertua kerna didalam 44 orang adik-beradik serta antara anak raja yang paling lama memegang gelaran.
Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah bertemu jodoh pada tahun 1953 dengan Y.M Raja Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Perak - Raja Datuk Sri Lope Nur Rashid.
Patik merafak sembah tanhiah kepada Atah @ Tengku Aris Temenggong Selangor - Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah atas penganugerahan Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K.II).
D.K.II merupakan darjah kebesaran tertinggi kedua negeri Selangor yang dizahirkan pada 1977 mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selempang dan Lencana Selempang.
Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K.II) dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia dan ianya juga diberikan kepada Putera-Putera Raja Negara Asing sebagai tanda penghormatan dan hubungan silaturrahim dengan baginda Sultan.
D.K.II ini juga dipertimbangkan untuk dianugerahkan kepada penyandang-penyandang jawatan tertinggi yang telah menyumbang jasa dan bakti cemerlang kepada baginda Sultan atau Kerajaan Negeri Selangor.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Ahli Dewan Diraja Selangor bergambar bersama Yang Di Pertuan Agong semasa lawatan rasmi di Negeri Selangor.
Tiga Ahli Ex-Officio Dewan Diraja Selangor ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris Temenggong Selangor - Tengku Muhamad Yusof Shah, Tengku Panglima Diraja Selangor - Tengku Sulaiman Shah, Tengku Indera Setia Selangor - Tengku Ahmad Shah dan Tengku Besar Putra Selangor - Tengku Ismail Shah.
Orang-Orang Besar Tengku Seri Wangsa Diraja Selangor - Tengku Datuk Setia Ramli, Engku Setia Lela Bestari - Raja Tan Sri Arshad dan Tengku Indera Pahlawan Diraja Selangor - Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah.
Orang Tua-Tua termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf dan Tan Sri Ambrin Buang.
Sumber : Bernama, Laman Darjah Kebesaran Selangor dll sumber.
Foto : Ihsan Aunty Gee @ YM Tengku Soraya dan laman Google.