16 September 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA...


Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru. Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara.

Sehelai peta yang diterbitkan di Chicago pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.
Bahagian semenanjung memakai nama Persekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura.
Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian.

Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.

Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "Tanah Bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu.

" Potret menunjukkan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli dengan laungan oleh seluruh rakyat yang hadir, selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September 1963".

15 September 2012

AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA TERSAYANG DIATAS KEMBALINYA KERAHMATULLAH


Ucapan Terima kasih tak terhingga atas apa jua bantuan yang di hulurkan kepada seluruh ahli keluarga saya ketika kembalinya kerahmatullah AyahandaTersayang saya yakni Abdul Jalil Bin Ramli (Warisan Diraja Perak dan Selangor) Warisan Keturunan [1] Raja Ahmad Bin Raja Kechil Muda. 

Saya mohon doa kehadrat Ilahi, Agar Allah SWT jua yang akan membalas segala bantuan yang dihulurkan...

Kembalinya Kerahmatullah Ayahanda saya akibat daripada Sakit Tua di Rumah Taman Samudra, pada 30 Ogos 2012 dan selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih.


Di doa semoga roh Ayahanda ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman. Aamiin...
Al Fatihah....

NOTA KAKI :-

[1] A History Of Perak – R.O Winstedt & R.J Wilkinson (SULTAN ABDULLAH SÉANCE) The Sultan Abdullah Muhammad Shah tried to laugh about it but declared later that he had never been so insulted in his life, and sent off a boat to Pasir Panjang to fetch the state wizard Raja Kechil Muda to hold a séance and enquire if the Guardian Genies Of Perak would destroy Mr. Birch. Before the séance began, the Sultan said, "If there be any spirits left in Perak, let us look into the future and see if there is any means by which he may die and his steamer be wrecked on the Perak bar." The Sultan himself was one of the mediums and declared that Mr. Birch would die within a month. He stabbed a flour manikin repeatedly and said, “See! In a month Mr. Birch will be dead." He paid another medium, Raja Ahmad B Raja Kechil Muda, $100 to produce Birch's spirit of life in the form of a butterfly, which was killed with a knife. The excuse for the ceremony was the Sultan's illness but the Sultan was walking about quite well and threatened death to any one who should speak of the séance to the English. 

In Perak the State shaman was commonly of the reigning house and bore the title of Sultan Muda. He was too exalted to inherit any other office except the Sultanate, and according to one account could ascend no temporal throne. 
He was allotted a State allowance from port dues and the tax on opium. The twenty-fifth holder of the office was a grandson on the distaff side of Marhum Kahar - Sultan Iskandar Zulkarnain - Cempaka Sari, a famous ruler of Perak in the eighteenth century: on the spear side he was a descendant of the Prophet! The wife of its holder bore the title of Raja Puan Muda. His deputy or heir-apparent was styled Raja Kechil Muda. So, too, in parts of Timor two Rajas are recognised-a civil raja who governs the people, and another raja who can declare tabus and must be consulted by his colleagues in all important matters.. 

At a curative (but not apparently at a State-cleansing) séance the spirit-raising shaman may be a woman. During the last illness of Sultan Yusuf, a nineteenth century ruler of Perak, a séance was conducted by Raja Ngah, a scion of the reigning house on the female side, "a middle-aged woman dressed as a man" for the occasion-a device I have seen adopted by Malay midwives also. 

Upacara bermain hantu atau berhantu diadakan di Batak Rabit pada 24-26 Ogos 1875. Kira-kira pukul 8.00 malam ramai hadir, duduk bersama Sultan Abdullah di balai. Di antara mereka yang hadir: Syahbandar, Raja Idris, Raja Kechil Muda, Raja Ahmad, Raja Mahkota, Raja Musa, Raja Lop Ahmad, Tuk Bandar, Che Amin, Indut, Syed Masahor dan Kulup Mat Ras. Ini adalah 1 daripada 5 cara dicadangkan untuk membunuh RESIDEN INGGERIS OF PERAK - J.W.W BIRCH. Ianya dicadangkan oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah II sendiri dan mohom jua telah menjemput Pawang Diraja iaitu Raja Kechil Muda bersama anaknya iaitu Raja Ahmad dari Pasir Panjang ke Batak Rabit.

UCAPAN YANG AMAT MULIA RAJA DI HILIR PERAK - RAJA IDRIS SHAH IBNI SULTAN ALANG ISKANDAR


Pada hari Jumaat bertarikh 9 Jan 1935, Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak - Raja Idris Shah Ibni Paduka Seri Sultan Iskandar Shah berangkat untuk menunaikan solat Jumaat berjemaah di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, diiringi oleh beberapa orang-orang besar Istana.
Setelah selesai sembahyang, Yang Amat Mulia itu telah mengambil kesempatan untuk memberi ucapan di atas Mimbar Masjid tersebut,

Ucapan pendek Yang Amat Mulia adalah seperti berikut:-

“Tuan, cuba kita pandu dengan bersungguh-sungguh menyukakan Tuhan kita dan Raja kita, iaitu menuntut ilmu dan beribadat seperti sembahyang lima waktu dan jemaah dan lainnya.
Cubalah kita pandu dengan bersungguh-sungguh supaya jangan dimurkai oleh Tuhan kita dan Raja kita, kerana siapa-siapa yang dimurkai oleh Tuhannya di dalam Neraka nampaknya, dan siapa-siapa yang dimurkai oleh Rajanya, tiada berguna duduk di dalam negeri ini.

Saya ini budak lagi bodoh, tetapi apa-apa yang saya dengar dan apa-apa yang saya lihat nanti saya khabarkan kepada bapa saya; hanya doa saya Selamat Umur Panjang sekalian isi negeri Perak ini”.

Ucapan itu sungguhpun pendek tetapi mempunyai intipati yang sangat bernilai kepada sekalian rakyat negeri Perak. Seperkara lagi, sekalian hamba rakyat yang hadir merasai betapa moleknya keperibadian Raja Kecil yang bakal menjadi Raja, Yang Dipertuan bagi Negeri Perak kelak setelah mendengar ucapan tersebut oleh Yang Amat Mulia Raja di Hilir yang pada ketika itu bearu berusia sepuluh tahun.

Sumber : Warta Malaya, 16 Jan 1935
Potret : Kredit Sembangkuala

NASIHAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN PAHANG - SULTAN SIR ABU BAKAR


Pada 11.4.1934, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Pahang - Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah telah memberikan Nasihat Kepada murid-murid Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

Wahai sekalian murid-murid yang hadir pada pagi ini, dengarlah olehmu akan nasihat beta yang ringkas ini, mudah-mudahan menjadi faedah kepada kamu di dalam hal kehidupan kamu kelak.

Oleh itu beta harap kepada kamu sekalian hendaklah bersungguh-sungguh hati dengan rajin dan usaha mengambil serba pelajaran yang diajari oleh guru kamu itu mudah-mudahan majulah kamu di dalam pelajaran yang tinggi-tinggi yang sangat dikehendaki oleh zaman tamadun ini.

Beta percaya, adapun pelajaran yang kamu sekalian tuntuti sekarang ini tentulah jadi kepayahan sedikit pada permulaannya kerana yang dipelajari itu bukannya bahasa sendiri (Bahasa Melayu), tetapi tentulah kamu mengerti akan faedah-faedahnya kepada kamu kemudian hari dan fikirlah oleh kamu akan keadilan dan kemurahan kerajaan telah mengeluarkan beberapa banyak perbelanjaan mendirikan sekolah-sekolah dan mengadakan guru-guru yang bijaksana itu ialah maksud tujuannya hendak memberi pertolongan kepada anak-anak negeri mengambil pelajaran yang akan menjadi kesenangan pada jalan mencari nafkah kehidupan sebagai kaki tangan kerajaan dan lain-lainnya.

Tetapi oleh kerana didapati dari semasa ke semasa pada tentang pelajaran anak-anak Melayu kita ini tersangatlah lemahnya dan jauh ketinggalan ke belakang oleh itu terpaksalah kerajaan mengambil bangsa-bangsa asing dijadikan kaki tangannya di dalam segala pekerjaan yang mana beta percaya kamu sekalian telah mengerti yang perkara itu menjadi kerugian yang amat besar kepada anak-anak Melayu dan jua mengurangkan kekayaan dan kemakmuran negeri Melayu ini.

Setelah kamu sekalian faham akan faedah perkataan-perkataan beta tadi, maka hendaklah kamu hati-hatikan sungguh segala pengajaran guru-guru kamu di dalam sekolah ini; kerana kamu masih berumur muda lagi dan mudah menerima pelajaran dan apabila sudah berumur banyak tak dapat tiada susahlah bagi otak kamu hendak menerima apa-apa pelajaran lagi dan lihatlah oleh kamu akan saudara-saudara kamu yang tiada mempunyai ilmu pengetahuan yang dikehendaki itu sangatlah kepicikan dan kesusahan mencari jalan kehidupan melainkan sentiasalah mereka itu di dalam perusahaan yang susah-susah dan pekerjaan-pekerjaan yang berat-berat.

Sekadar itulah beta nasihatlan hubaya-hubaya adanya.

Sumber : Warta Melayu

Translate