17 April 2012

Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil merupakan seorang pahlawan Melayu dari Kesultanan Johor. Beliau memainkan peranan utama dalam cubaan untuk merebut Melaka dari kawalan Portugis. Raja Abdullah juga dikenali sebagai Raja Bongsu atau Raja Seberang adalah penguasa de facto Johor ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah III Al-Mansur. Kesultanan Johor menjalinkan hubungan dengan Syarikat Hindia Timur Belanda ketika Belanda membuat beberapa lawatan ke Johor; Jacob Van Heemsberk pada tahun 1602, Jacob Pietersz Van Enkhuijen pada tahun 1603 dan Laksamana Wijb Suatu Mei Wijck pada 1604. Raja Abdullah membuat perjanjian dengan Belanda untuk menyerang Portugis di Melaka dan merebut kembali kota itu dan meletakkannya di bawah kekuasaan kesultanan Melayu. 

Laksamana Tun Abdul Jamil dipilih untuk memimpin pasukan ekspedisi Johor pada tahun 1606 melawan pasukan Portugis di Melaka. Angkatan ini terdiri dari 50 perahu perang dan 3,000 askar. Belanda menyumbangkan 11 buah kapal man-of-war. Laksamana Belanda Cornelis de Jonge Matelief mengetuai angkatan Belanda. Kapal-kapal itu ialah Oranje, Nassau, Middelburg, Witte Leeuw, Zwarte Leeuw, Mauritus, Grote Zon, Amsterdam, Kleine Zon, Erasmus dan Geuniveerde Provincien. Pada tarikh 18 Mei 1606, tentera gabungan Melayu-Belanda melakukan pengepungan di Melaka. Sebuah armada Portugis berjumlah 14 kapal perang dihantar oleh Raja Muda Goa untuk membantu garison Portugis. Satu pertempuran laut telah berlaku pada tarikh 17 Ogos 1606. Kapal Nassau Belanda dikepalai oleh Santa Cruz dan Nossa Senhora Conceição. Setelah menderita kerugian ketika Middelburg dan Nassau hilang, Matelief menarik pasukannya ke Sungai Johor. 

Dengan kerugian di laut, Tun Abdul Jamil terpaksa meninggalkan pengepungan di darat. Percubaan kedua dilakukan pada bulan September 1606. Kontingen Johor kembali dipimpin oleh Tun Abdul Jamil. Sementara pertempuran laut dimenangi oleh Belanda, pengepungan darat gagal dan pasukan Johor terpaksa mengundurkan diri. Sultan Abdul Jalil Shah III menjadi Sultan (dengan bantuan dari Belanda) pada 1638. Pada 1640, usaha lain dilakukan oleh Johor - pasukan ekspedisi Belanda dibuat untuk menawan Melaka. Kekuatan Johor terdiri daripada 40 perahu perang dan 1,500 askar, dipimpin lagi oleh Laksamana Tun Abdul Jamil. Pada bulan Ogos 1640, mereka berjaya mengepung Melaka, sampai penyerahan kota Melaka pada Januari 1641. Pada 1666, Jambi menjadi kekuatan ekonomi di Selat Melaka dan menginginkan kemerdekaan dari Johor. 

Dari 1666, beberapa siri peperangan meletus antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor, Batu Sawar, diserang dan ditawan oleh Jambi. Peperangan tersebut menyebabkan banyak kerugian bagi pihak Johor dan menjatuhkan wibawa kerajaan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka. Bendahara Johor, Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid telah ditawan oleh Jambi dan urusan pentadbiran terpaksa diserahkan kepada Tun Abdul Jamil. Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil memujuk anak saudaranya, Sultan Ibrahim Shah melarikan diri ke Pahang. Laksamana Tun Abdul Jamil kemudian kembali ke Johor Lama dan membunuh Temenggung yang mentadbir di situ. Pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil bersama dengan Orang Laut dan tentera upahan Bugis telah berjuang melawan Jambi. Jambi tewas dalam peperangan tersebut dan terpaksa tunduk kepada kerajaan Johor. 

Sultan Ibrahim telah menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada Tun Abdul Jamil atas jasanya dalam mengembalikan maruah kerajaan Johor. Tun Abdul Jamil sebagai Laksamana (Bendahara de-facto ) Laksamana Tun Abdul Jamil dilantik sebagai Laksamana Johor, dengan kuasa sebagai penasihat, pentadbir dan pemangku raja yang selama ini dipegang Bendahara. Sejak pemergian Tun Sri Lanang ke Aceh selepas dilantik sebagai pembesar di sana, pengaruh Bendahara dalam kerajaan Johor telah berkurangan dan peranannya sebagai penghulu pembesar kerajaan dipinggirkan. Faktor utama keluarga Bendahara dipinggirkan kerana Bendahara Tun Seri Lanang pernah berselisih pendapat dengan Sultan Johor berkenaan kerjasama dengan Portugis dalam menghadapi Aceh. Laksamana Paduka Raja telah menasihati Sultan Ibrahim Shah supaya memindahkan pusat pemerintahan kerajaan Johor ke Kepulauan Riau dan beliau telah berjaya memajukan pelabuhan Riau untuk menyaingi pelabuhan Melaka yang telah ditakluki Belanda. 

Ketika pengaruh Laksamana Paduka Raja semakin berkembang, beliau telah meminggirkan banyak bangsawan dan pembesar dalam membuat keputusan. Para penentang beliau akan dibunuh. Beliau telah melantik anak-anaknya mengisi jawatan-jawatan berpengaruh seperti Temenggung, Seri Perdana Menteri dan lain-lain manakala puterinya pula telah dikahwinkan dengan Sultan Ibrahim sehingga Sultan Johor berada di bawah pengaruhnya. Tun Abdul Jamil adalah pemerintah de-facto ketika Sultan Mahmud Shah II menaiki takhta kerajaan Johor pada tahun 1685. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dipinggirkan telah mengetuai pemberontakan untuk merampas semula kedudukan sebenar Bendahara sebagai pembesar utama raja. Tun Abdul Jamil beserta keluarganya terpaksa melarikan diri ke Terengganu tetapi dipintas oleh orang-orang Bendahara dan beliau telah dibunuh bersama putera-puteranya. Selepas kematian Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid mendapat semula kedudukan asalnya sebagai ketua para pembbesar dan pemangku kepada Sultan Mahmud Shah II yang masih kecil. 

Walaupun Laksamana Tun Abdul Jamil dianggap mengamalkan cara yang kejam dan kuku besi dalam menjalankan tugasnya tetapi jasa-jasanya tidak boleh diketepikan begitu sahaja. 
Antara jasa-jasa beliau ialah: 
Memulihkan semula kedudukan Johor sebagai kuasa ekonomi dan tentera di Selat Melaka. 
Mewujudkan sistem cukai yang teratur dan berpatutan. 
Memulakan sistem naungan untuk melindungi para pedagang Islam dari ancaman lanun dan penjahat. 
Menggalakkan orang Melayu bergiat dalam aktiviti perdagangan. 
Menyekat monopoli penjajah Eropah dalam perdagangan di Alam Melayu. 
Atas jasanya yang begitu besar, salah sebuah kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dinamakan sempena namanya iaitu Kapal DiRaja (KD) Laksamana Tun Abdul Jamil. 

Rujukan

Zainal Abidin Abdul Wahid, Empayar Melaka Sepintas Lalu, Sejarah Malaysia Sepintasa Lalu, Dewan Bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur Abdul Aziz Zakaria, Portugis Dalam Sejarah Melaka, Dewan Bahas dan Pustaka, Kuala lumpur, 1963 Buyong Adil, perjuanagan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983, The Dutch fight for Melaka

13 April 2012

Tertib Adat Istiadat Pemakaman Diraja Perak

Mengikut catatan Naskhah Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Zaman Purbakala yang di susun oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara Abdul Rashid, Yang Mulia Raja Kecil Sulung Raja Harun Al Rashid, Yang Mulia Raja Kamarul Bahrin, Yang Mulia Raja Aman Shah dan Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja telah menjelaskan perihal Istiadat Perkabungan” (hlm. 37)sebagaimana yang diperincikan di bawah:- 

  • 100 hari bagi kemangkatan Sultan, 
  • 40 hari bagi kemangkatan Raja Muda, 
  • 14 hari bagi kemangkatan Raja Bendahara (Telah dimansuhkan kini), 
  • 7 hari bagi Raja Di Hilir dan, 
  • 5 hari bagi Raja-Raja Yang Bergelar lainnya. 
Tempoh perkabungan adalah suatu jangka masa bagi kerabat istana dan rakyat jelata menghormati kemangkatan sultan dengan menghadkan kegiatan-kegiatan yang tiada sepatutnya dilakukan oleh mereka. Lazimnya, selepas selesai upacara pemakaman, kenduri arwah akan diadakan di istana selama tiga malam berturut-turut, diikuti pada hari-hari yang telah ditetapkan kemudiannya. 

Dalam majlis ini, bacaan Quran dan tahlil akan diadakan oleh kerabat raja, pembesar dan rakyat jelata. Masjid Ubudiah, masjid dan surau seluruh Negeri Perak akan turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan Quran bagi memperingati Sultan yang mangkat. 

Oleh sebab pada zaman ini rakyat Paduka Seri Sultan Perak mengandungi pelbagai kaum dan agama dan sebilangan besar pula yang terpaksa memakai pakaian seragam maka diadakan satu peraturan yang tertentu bagi mereka. (Bab X Istiadat Berkabung-hlm 42) 

Mengikut Adat Cara berpakaian ketika istiadat Kemangkatan Diraja Perak adalah sebagaimana yang dijelaskan di bawah. 

Putera Sultan dan Ahli keluarga terdekat akan memakai baju Melayu Putih samping putih dan bertongkolok putih. 
Waris Negeri dan Kerabat akan memakai Baju Melayu hitam bersamping hitam dan bertongkolok Putih ikat Solek serta berbengkong Putih. 

Orang perempuan – Berbaju dan berkain hitam, bertudung putih. 
Raja-Raja Melayu akan berpakaian Baju Melayu Putih dan Samping putih dan bersongkok dengan kain putih berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok. 
Orang Besar dan Orang kebanyakan : Baju Melayu hitam bersamping hitam dan bersongkok yang berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok. 
Berpakaian lounge suit hitam dan bersongkok dengan kain putih berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok.
Jika berpakaian cara barat hendaklah memakai tali leher hitam. 
Jika berpakaian seragam, tidak kira agama, kalau memakai kot hendaklah bertali leher hitam dan berlilit kain hitam selebar tiga inci di lengan baju sebelah kiri. 
Jikalau berkemeja sahaja pakailah lilit kain hitam sahaja di lengan baju sebelah kiri Mengikut adat terdahulu

Apabila berlaku kemangkatan seseorang sultan maka hendaklah seiri negeri berkabung menunjukkan dukacita kerana kehilangan raja itu, maka peraturannya pada zaman dulu hendaklah tiap-tiap seorang lelaki didalam istana bercukur, perempuan-perempuan dalam istana berkerat rambut.

Pesaka Bukan Untuk Di Bangga, 
Tapi Itulah Perjanjian Lama, 
Rakyat Jelata Mengangkat Raja, 
Pada Rakyat Janji Di Kota, 
Penghulu Adat Membentuk Bangsa,

Adat Melayu Rakyat Jelata, 
Pesaka Melayu Adat Beraja, 
Mercu Tanda Pembentukan Bangsa, 
Andai Hilang Tak Berguna,

Kerna Alasan Peredaran Masa, 
Andai Itu Alasan Bangsa, 
Akan Hilang Tanah Pusaka, 
Andai Gugur Melayu Beraja, 
Hilang Pesaka Warisan Bangsa...

08 April 2012

SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUA AGONG KE 14

Pada 11 April 2012 maka tercatatlah sejarah baru bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah mengalas tanggungjawab sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong buat kali kedua.



12 Disember 2011 yang lalu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan melantik Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam istiadat yang berlangsung di Istana Anak Bukit. Pelantikan jemaah itu diadakan ekoran keberangkatan Tuanku Abdul Halim yang melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun. 

Ia membabitkan tiga adinda baginda iaitu Tunku Bendahara Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Datuk Seri Annuar Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Tan Sri Sallehuddin Sultan Badlishah; Tunku Laksamana Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Datuk Seri Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan anakanda baginda, Tunku Panglima Besar Kedah, Yang Teramat mulia Datuk Seri Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim. Tunku Annuar turut dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. 

Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan Kedah itu selaras dengan Perkara 18(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Bahagian Yang Kedua yang memperuntukkan bahawa seorang Pemangku Sultan atau Jemaah Pemangku Sultan dilantik bagi menjalankan kewajipan baginda sebagai raja dalam negeri. Ia diikuti bacaan watikah pemasyhuran perisytiharan Jemaah Pemangku Sultan oleh Datuk Seraja Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir. 

 Keempat-empat anggota jemaah mengangkat sumpah di hadapan singgahsana Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Azman Husin dan Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Sheikh Yahya Jusoh. Istiadat berakhir dengan tembakan meriam sembilan das diikuti bacaan doa oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad. 
Ini adalah kali kedua baginda dipilih melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong. 
Kali pertama ialah pada 1970 iaitu dari 21 September 1970 sehingga 20 September 1975.

SURAT PENYERAHAN KUASA PADUKA SRI SULTAN SELANGOR KEPADA YANG DIPERTUAN MUDA SELANGOR

Surat Penyerahan Kuasa sebagai Paduka Sri Sultan Selangor dari Almarhum Sultan Abd Samad kepada cucundanya yakni Raja Muda Suleiman Shah (Kemudian menjadi Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah) bagi memperkukuhkan kedudukan Raja Muda sebagai Pewaris Kesultanan Selangor..

07 April 2012

RAJA KECIL SULONG RAJA HARUN AL RASHID TERLIBAT DIDALAM KARANGAN SUSUNAN ADAT NEGERI PERAK



Almarhum Raja Kecil Sulong Raja Harun Al Rashid Ibni Almarhum Sultan Idris I merupakan di antara Raja Bergelar yang mempunyai pengetahuan tentang Adat Diraja di Zaman Purbakala...

Ini dapat dibuktikan takkala Almarhum terlibat didalam penulisan sebuah naskhah tulisan Jawi yang telah dicetak di Taiping pada tahun 1935 berjudul Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala.

Naskhah mengandungi 60 halaman dan telah dikarang dalam zaman pemerintahan Paduka Seri Sultan Alang Iskandar Shah (1918-1938).

Nama pengarang naskhah tiada dicatatkan, tetapi pada halaman awal naskhah ada disebutkan beberapa orang pembesar Waris Negeri dan Warisan Bangsa Diraja anataranya yang terlibat dalam penyusun, iaitu Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung, Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara, Yang Mulia Raja Qamar Bahrin, Yang Amat Mulia Raja Aman Shah dan Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja.

Potret : Sembangkuala

Tertib Adat Kemangkatan Diraja Selangor


Mengikut Adat Cara berpakaian untuk istiadat ketika Kemangkatan Paduka Sri Sultan Selangor.

Putera Sultan dan Ahli keluarga terdekat akan memakai baju Melayu Putih samping putih dan bertongkolok putih.

Raja-Raja Melayu akan berpakaian Baju Melayu Putih dan Samping putih dan bersongkok dengan kain putih berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok.

Waris dan Kerabat Diraja dan Orang Besar-Besar Negeri akan memakai Baju Melayu hitam bersamping hitam dan bertongkolok hitam yang berbelit dengan kain putih sebagaimana didalam potret.

Orang kebanyakan : berpakaian lounge suit hitam dan bersongkok dengan kain putih berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok.

Baju Melayu hitam bersamping hitam dan bersongkok yang berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok.

Potret :
Y.D.M. Raja Dato' Haji Abdul Hamid Bin Raja Haji Nong - Engku Maha Kurnia Bijaya Sri Amar DiRaja Selangor.
Y.D.M. Tengku Dato' Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Tengku Abdu'l Jalil Shah Al-Haj - Tengku Setia.
Y.A.M. Tengku Dato' Seri Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdu'l Aziz Al-Haj - Tengku Panglima DiRaja Selangor.

Andai kekurangan ilmu mohon di tegur...

PADUKA SERI SULTAN PERAK MENZAHIRKAN AMPUN KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK


Almarhum Paduka Seri Sultan Alang Iskandar Shah - Sultan Perak Darul Ridzuan telah memohon maaf pada rakyat sebelum Baginda mangkat.


Kemulian Keperibadian Duli Yang Maha Mulia Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah dalam tercatat dan terbukti didalam kitab Risalah Iskandariah karangan Almarhum sendiri.


"... Ya ikhwanul muslim, isi negeri Perak sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, sekiranya berlaku hukum Allah di atas Kami, haraplah Kami akan Tuan maafkan apa-apa kekhilafan Kami, serta halalkan jika ada harta benda Tuan-Tuan termakan oleh Kami.


Kemudian pohon olehmu ke hadhrat Rabbul Alamin akan ampun-Nya serta dikurniakan rahmat yang luas bagi Kami Alang Iskandar. Demikian juga sentiasa memohon ke hadrat Tuhan mudah-mudahan disudahkannya kita semua di dalam hasanul khatimah …”


Risalah Iskandariah
Foto Ihsan : YM Kem Raja Siffudin

KEBIJAKSANAAN PADUKA SERI SULTAN ALANG ISKANDAR MENGUJI DAN MENILAI ULAMAK

Kisah Almarhum Paduka Seri Sultan Alang Iskandar dengan Ulamak yang bernama Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir yang merupakan Penasihat Agama kepada Baginda..

Pada suatu hari Paduka Seri Sultan Alang Iskandar telah memanggil para ulama Perak untuk berbuka puasa di Istana.Belum pun tiba waktu berbuka, Baginda telah menyeru kepada semua yang hadir supaya menjamah makanan.

Semua mereka terdiam tidak berani membantah lalu Haji Nawawi bangun memberitahu baginda dengan kata-kata : “Kalau Tuanku hendak masuk neraka masuklah seorang”.
" Baginda memuji keberanian Haji Nawawi menegur Baginda dan memarahi ulama-ulama yang membisu dengan kata-kata.!!
“NASIB BAIKLAH DI NEGERI PERAK MASIH ADA ORANG YANG BERANI MENEGUR BETA..!!!



*** Kesimpulannya adakala seseorang insan akan cuba menguji seseorang untuk melihat keikhlasan diri sebenar.
Foto : Arkib Negara

Translate