UTAMA

15 October 2011

MERAFAK SEMBAH TAHNIAH KEPADA KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH ATAS PEMASYURAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE 14


Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...

Merafak Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Mu'tasim Billahi Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas pemasyuran Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14.

Patek jua Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.

Sembah Takzim daripada:
Seluruh Warga Pendokong Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu
15 Oktober 2011

SUMBER:-
KUALA LUMPUR 14 Okt - Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuat kuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. — Bernama

13 October 2011

PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH

DULI YANG MAHA MULIAPADUKA SERI SULTAN PERAK

Kedua-dua tapak tangan hendaklah ditemukan, kemudian diangkat tangan hingga sama dengan paras dahi serta dirapatkan pangkal tangan ke dahi. Hujung jari lurus menghala ke atas dengan dicondong sedikit ke hadapan.

Apabila menurunkan semula tangan hendaklah dengan tertib, dengan menangkup kedua-dua tangan, direndahkan perlahan-lahan sehingga sampai ke siku ke bahagian riba.

Semasa menghadap, hendaklah tunduk sambil dan terus mengangkat sembah. Ketiga menyambut titah atau mendatangkan sembah, muka hendaklah memandang Raja.

Semasa hendak keluar, jangan terus memusing muka sama sekali. Ia hendaklah bermula dengan berundur tiga tapak ke belakang mulai kaki kiri dan kemudian barulah berpusing muka menuju ke tempat perjalanannya.


DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK

Pada umumnya cara mengangkat sembah kepada Raja Muda sama seperti di atas tetapi sedikit perbezaan iaitu dengan merendahkan tangan yang diangkat sehingga ke pangkal ibu jarinya diatas hidung sahaja.

DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK

Mengangkat sembah di mana pangkal ibu jari terletak di atas mulut sahaja
.
Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Perak

PERATURAN ADAT MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

Dalam mana-mana majlis sama ada di istana, Balai Rong atau di tempat-tempat lain yang dihadiri oleh Baginda Sultan; maka hendaklah diangkat sembah kepada Baginda sahaja dan tidak boleh diangkat sembah kepada yang lain.

Mana-mana majlis yang tidak dihadiri oleh Baginda Sultan, maka mengangkat sembah boleh dilakukan kepada mana-mana kerabat diraja terkanan sekali (mengikut susunan
di atas). Hanya seorang kerabat diraja terkanan sahaja yang
perlu diangkat sembah.

Apabila berangkat dua orang Sultan (dari negeri berbeza) dalam sebuah majlis, maka menurut adat istiadat Pahang hendaklah mengangkat sembah kepada Sultan yang memerintah negeri itu sahaja. Tidak boleh mengangkat sembah kepada dua orang Sultan dalam satu majlis.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI PAHANG

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN


Sepuluh jari tangan disusun rapat, kemudian di angkat ke dahi dengan pangkal dua ibu jari tangan jejak antara dua kening.

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA

Pangkal dua ibu jari hendaklah terkebawah sedikit antara dua kening

YAM TENGKU ARIF BENDAHARA / TENGKU ARIF TEMENGGONG

Pangkal dua ibu jari hendaklah jejak pada paras mata.

Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1971), hlm. 43 – 44.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI TERENGGANU

Mengikut Adat Istiadat Negeri Terengganu hanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pemerintah Negeri,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah,Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda (Bakal Raja) dan yang Teramat Mulia tengku Puan Muda sahaja yang mesti disembah hormat.

Sekiranya dalam suatu majlis didapati kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda berangkat hadir maka tumpuan mengangkat sembah hanyalah tertumpu kepada KDYMM Sultan sahaja tetapi jika sekiranya KDYTM Yang DiPertuan Muda seorang sahaja yang berangkat hadir maka tumpuan angkat sembah adalah tertumpu kepada KDYTM Yang DiPertuan Muda.

TATACARA MENGANGKAT SEMBAH DI TERENGGANU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN

Adapun cara mengangkat sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan mengangkat sembah yakni menyusun dua tapak tangan dengan jari-jari berlunjur ke atas dan dibawa ke dahi.

KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA YANG DIPERTUAN MUDA

Adapun cara mengangkat sembah kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda (KDYTM) adalah mengangkat kedua belah tangan dengan jari-jari berlunjur ke atas dan temukan pangkal ibu jari di antara kening dan hujung hidung.

Sumber : Peraturan Adat Istiadat Raja-Raja Negeri Terengganu

Gambar hanyalah sekadar contoh namun setiap Tatacata Mengangkat Sembah kepada Sultan yang memerintah mengikut Negeri adalah berbeza.

GELARAN KETURUNAN MARTABAT WARISAN


KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH

1. Raja = Perak, Riau, Siak dan Selangor
2. Tunku = Johor, Negeri Sembilan dan Kedah
3. Tengku / Engku / Ungku = Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu
4. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei

KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

1. Syed / Sayyid
2. Syarifah / Siti

KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA

1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis


Sebagai Contoh :-


Perak :

Seorang Syarifah berkahwin dengan orang kebanyakan maka anak yang bakal lahir akan mengunakan gelaran Meor ataupun Mior. Adapun perbezaan ejaan di antara Meor dan Mior berlainan namun hakikat sebenar maksudnya sama yakni Meor.


Seorang Puteri Raja Perak yang berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Puteri bagi perempuan dan Putera bagi lelaki ataupun Megat yakni bagi lelaki ( Jatuh dibawah maksud Kerabat bukan Waris Negeri).


*** Maka apabila Puteri berkahwin dengan orang kebanyakkan maka secara sendirinya tiada lagi gelaran yang bakal terbit. Sebagai contoh setelah di rujuk kepada YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa ( Sejarawan, Budayawan Adat Istiadat Seri Saguntang ) dan YAM Raja Shahruzzaman ibni Almarhum Sultan Idris Shah seseorang Puteri dari Puak Megat Terawis apabila berkahwin dengan orang biasa maka anak di berikan gelaran TUN..! ianya TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU kerana Martabat Tun lebih tinggi dari Megat dan gelaran Tun merupakan martabat di bawah Gelaran Raja sebagaimana yang telah di kurniakan gelaran tersebut kepada Bendahara, secara tidak langsung adat itu telah tersasar.


Kelantan :

Seorang Tengku yakni wanita barang mengawini lelaki kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Nik.


Selangor :

Seorang Waris Negeri yakni Perempuan berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang akan lahir mengunakan gelaran Wan dan seandainya anak yang di perolehi perempuan dan selepas dewasa berkahwin dengan orang biasa maka tiadalah gelaran yang akan bakal di gunakan kepada anaknya kelak.


Hakikat sebenar Martabat Gelaran Keturunan mempunyai taraf dan tidak semuanya sama... Asal Gelaran Keturunan yang paling tinggi adalah SAYYID yakni Keturunan Rasulullah SAW dan seseorang yang berdarah Sayyid sebagai tanda hormat harus di panggil dengan panggilan Tuan Sayyid namun gelaran Keturunan yang Raja yang turun dari Nabi Sulaiman yakni Raja Sulaiman akan mengunakan panggilan Yang Mulia.


GELARAN KETURUNAN

CATATAN

Sayyid, Syed

Keturunan Nabi Muhammad SAW

Raja

Keturunan Nabi Sulaiman AS

Tun

Seseorang bendahara yang di angkat menjadi Sultan dan setelah menjadi Sultan anak yang lahir selepas itu mengunakan TUNKU

Tunku

Tengku

Panggilan timbang-timbangan bagi Anak-anak Raja. ianya tetap sama hanya ejaan sahaja yang berlainan.

Engku

Ungku

Kebarangkali banyak orang di luar tidak dapat menerima dan memahami mengapa beih Raja-Raja mempunyai PUSAKA yakni Kadam sebagai contoh TABAL JIN di Negeri Perak, Untuk Makluman Tabal Jin bukan bererti Manusia menabalkan Jin tapi ianya merujuk kepada Jin Memperakui Raja itu Benih dari Nabi Sulaiman AS.

Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda.

“Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (dalam kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.” (Surah sabar, ayat 13).


11 October 2011

TENGKU AMPUAN JEMA'AH BINTI ALMARHUM RAJA AHMAD - TENGKU AMPUAN SELANGOR

Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah Binti Almarhum Raja Ahmad merupakan Tengku Ampuan Selangor dan Suri Negeri bagi Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah. Almarhumah diputerikan di Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat, Selangor sekitar tahun 1900 dan mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu dalam kawasan Istana Bandar Termasha, Jugra.


Pada tahun 1920, Almarhumah bertemu jodoh dengan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang ketika itu menjadi Pengiring Diraja kepada DYMM Sultan Alauddin Suleiman Shah. Dengan itu secara tidak langsung almarhumah menjadi pengiring khas kepada DYMM Tengku Ampuan Fatimah Binti Almarhum Sultan Idris.


Almarhumah jua rajin mencuba pelbagai kerja pertukangan tangan di istana dan mahir menyulam, mengait dan membuat sulaman tampal. Apabila Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah berpindah ke Klang, baginda mengumpul kaum wanita di kampung-kampung dan memulakan program latihan seni pertukangan tangan untuk mereka. Hasil pertukangan ini dihantar ke Hotel Raffles di Singapura di bawah jenama "Pertukangan Tangan Melayu Selangor" yang dibiayai oleh isteri Gabenor Singapura ketika itu. Kedai Pertukangan Tangan Melayu dibuka di Klang dan kemudiannya sebuah lagi cawangan dibuka di Kedai Robinson di Kuala Lumpur dengan bantuan pengurus kedai tersebut.

"Gerai Selangor" di pameran Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai pelancong Eropah, dan beberapa anugerah barangan perak yang dimenangi oleh gerai itu boleh dilihat di Muzium Istana Alam Shah. Penghargaan yang diterima ini adalah hasil usaha Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah.


Pada tahun 1952, Almarhumah Tengku Ampuan Jema’ah menunaikan fardu haji di Mekah dan pada tahun berikutnya jua Almarhumah mengiringi Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk menyaksikan pertabalan Ratu Elizabeth II pada 02.06.1953 di Westminister Abbey, London.

Almarhumah mangkat pada 8 April 1973 dan dimakamkan Di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang.

Nota kaki :

Almarhumah menetap di Klang selepas Kemangkatan Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Almarhumah jua pernah membela dan mencarikan pekerjaan kepada Atuk saudara kita,


09 October 2011

YM RAJA DATO' SRI ARIF SHAH IBNI ALMARHUM RAJA KECHIL SULONG RAJA HAJI HARUN AL-RASHID.






YM Raja Dato' Sri Arif Shah Bin Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Haji Harun Al-Rashid. 

Di puterakan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1 September 1906 dan meningggal dunia pada 25 Januari 1975.

YM Raja Dato' Sri Arif merupakan anakanda sulung hasil perkahwinan Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Haji Harun Al-Rashid Ibni Almarhum Sultan Idris I bersama Cik Puan Rahmah Binti Ngah Ahmad yang merupakan isteri pertama di antara suri-suri Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Haji Harun Al-Rashid.

Almarhum Raja Kechil Sulong Raja Haji Harun Al-Rashid bersama Cik Puan Rahmah Binti Ngah Ahmad 
Mendapat pendidikan di Martab Melayu Kuala Kangsar dan berkhidmat dengan kerajaan Negeri Perak sebagai Penolong Pegawai Tanah di beberapa daerah di dalam Negeri Perak sebelum menjadi Majistret.

Alam Perkahwinan

Isteri Pertama Y.A.M Tengku Izah Binti Almarhum Sultan Amaluddin Al-Sani Perkasa Alam Shah–Sultan Deli dan bercerai kemudian mendirikan rumah tangga bersama Isteri Kedua Cik Puan Aziza Binti Abdullah dan Isteri yang Ketiga yakni Y.A.M Tengku Hajjah Safiah Binti Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah –Sultan Selangor 

Hasil pengkongsian hidup YM Raja Dato' Sri Arif Shah bersama-suri suri dikurniakan beberapa putera dan puteri.

I - Tengku Izah Tidak memperolehi anakanda 

II - Cik Puan Aziza Memperolehi :-
Y.M. Raja Azhan bin Raja Dato' Sri Arif Shah. -
Y.M.M Raja Perempuan Raja Muzwin Binti Raja Dato' Sri Arif Shah – Raja Perempuan Perak.
Y.M. Raja Abdul Aziz Bin Raja Dato' Sri Arif Shah. 

III - Y.A.M Tengku Hajjah Safiah Bt Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Memperolehi :-
Y.M. Arwahyaham Raja Sallehuddin Bin Raja Dato' Sri Arif Shah (Tok Ku Azam)
Y.M. Raja Datin Seri Bismayazan Bt Raja Dato' Sri Arif Shah (Ku Manja)
Y.M. Raja Datin Seri Ainul Bismi Binti Raja Dato' Sri Arif Shah (Ku Bismi).

Almarhum Raja Kechil Sulong Raja Haji Harun Al-Rashid bersama Cik Puan Rahmah Binti Ngah Ahmad YM Raja Dato' Sri Arif Shah jua mempunyai beberapa anakanda angkat namun tidak kita ketahui akan ia hanya yang di ketahui adalah Banun yang di bela oleh YM Raja Dato' Sri Arif Shah bersama Y.A.M Tengku Hajah Safiah dari kanak-kanak hingga dewasa sebelum pulang kembali ke Istana Kota, Klang walaupun hakikat sebenar Banun dan Y.A.M Tengku Hajah Safiah merupakan sepupu dari susur galur Almarhum Sultan Abd Samad kerana Bonda kepada Banun merupakan sepupu kepada Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah dan jadikan anakanda kepada Almarhum Sultan alauddin Suleiman Shah dan diletakkan dibawah Suri Almarhum yang bernama Cik Chik Bt Abdullah.

Insyallah akan dikemaskini berhubung perihal YM Raja Dato' Sri Arif Shah dari masa ke masa. 

Sumber : Kajian sendiri dan Opah Banun Jamaliah 
Royal Ark of Perak 
Gambar : Dari Susunan YM Raja Nur Jannah :- Salasilah YAM Raja Kechil Sulong Raja Harun Al-Rashid

YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN MUZWIN BINTI ALMARHUM RAJA DATO' SERI ARIFF SHAH

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Bt Almarhum Raja Dato’ Seri Arif Shah diputerikan 1 Mac 1929 Baginda merupakan Waris Diraja Perak dari sebelah ayahanda baginda yakni Yang Mulia Raja Dato' Sri Arif Shah Ibni Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Harun Al-Rashid Ibni Almarhum Sultan Idris Murshiduladzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Ahmad @ Sultan Muda Ahmad.


Baginda telah dipertemukan jodoh dengan Raja Bendahara Idris Shah pada tahun 1944 kemudian menjadi Sultan Idris Shah - Sultan Perak ke 32 pada 26 Oktober 1963 seterusnya telah ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak.


Hasil daripada perkongsian Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin bersama Almarhum Sultan Idris Shah dikurniakan empat orang anakanda yakni dua orang putera dan dua orang puteri iaitu, Y.A.M Raja Dato’ Seri Iskandar Zulkarnain (Kini bergelar Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan) dan Y.A.M Raja Dato’ Seri Ir Jamil Ariffin, dan dua orang puteri bernama Y.A.M Raja Dato’ Seri Nadzatul Shima (Raja Puan Mahkota) dan DYMM Raja Zarith Sofiah (DYMM Isteri Sultan Johor).


Jika mengikuti pertalian kekeluargaan baginda seakan berkahwin dengan pangkat ayah saudara yakni dari hubungan kekelurgaan seperti di bawah


Sultan Idris Murshidul Azam Shah

Raja Kechil Sulung

Raja Harun Al Rashid

Sultan Iskandar Shah Kadassallah

Raja Ariff Shah

Sultan Idris Shah II

Raja Muzwin


Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin jua mempunyai kelebihan yang tersendiri hasil dari didikan yang diberikan oleh Ayahandanya hingga mampu berbahasa kantonis dan hokien.


Namun yang hidup pasti akan kembali ke tempat asal, maka pada 6 Oktober 2011 baginda telah mangkat di Institut Jantung Negara dan di makamkan di Makam Diraja Bukit Chandan lepas asar di hadiri oleh Raja-Raja Melayu, Waris dan Kerabat Negeri dan rakyat jelata