UTAMA

09 October 2011

YM RAJA DATO' SRI ARIF SHAH IBNI ALMARHUM RAJA KECHIL SULONG RAJA HAJI HARUN AL-RASHID.






YM Raja Dato' Sri Arif Shah Bin Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Haji Harun Al-Rashid. 

Di puterakan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1 September 1906 dan meningggal dunia pada 25 Januari 1975.

YM Raja Dato' Sri Arif merupakan anakanda sulung hasil perkahwinan Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Haji Harun Al-Rashid Ibni Almarhum Sultan Idris I bersama Cik Puan Rahmah Binti Ngah Ahmad yang merupakan isteri pertama di antara suri-suri Almarhum Raja Kechil Sulung Raja Haji Harun Al-Rashid.

Almarhum Raja Kechil Sulong Raja Haji Harun Al-Rashid bersama Cik Puan Rahmah Binti Ngah Ahmad 
Mendapat pendidikan di Martab Melayu Kuala Kangsar dan berkhidmat dengan kerajaan Negeri Perak sebagai Penolong Pegawai Tanah di beberapa daerah di dalam Negeri Perak sebelum menjadi Majistret.

Alam Perkahwinan

Isteri Pertama Y.A.M Tengku Izah Binti Almarhum Sultan Amaluddin Al-Sani Perkasa Alam Shah–Sultan Deli dan bercerai kemudian mendirikan rumah tangga bersama Isteri Kedua Cik Puan Aziza Binti Abdullah dan Isteri yang Ketiga yakni Y.A.M Tengku Hajjah Safiah Binti Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah –Sultan Selangor 

Hasil pengkongsian hidup YM Raja Dato' Sri Arif Shah bersama-suri suri dikurniakan beberapa putera dan puteri.

I - Tengku Izah Tidak memperolehi anakanda 

II - Cik Puan Aziza Memperolehi :-
Y.M. Raja Azhan bin Raja Dato' Sri Arif Shah. -
Y.M.M Raja Perempuan Raja Muzwin Binti Raja Dato' Sri Arif Shah – Raja Perempuan Perak.
Y.M. Raja Abdul Aziz Bin Raja Dato' Sri Arif Shah. 

III - Y.A.M Tengku Hajjah Safiah Bt Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Memperolehi :-
Y.M. Arwahyaham Raja Sallehuddin Bin Raja Dato' Sri Arif Shah (Tok Ku Azam)
Y.M. Raja Datin Seri Bismayazan Bt Raja Dato' Sri Arif Shah (Ku Manja)
Y.M. Raja Datin Seri Ainul Bismi Binti Raja Dato' Sri Arif Shah (Ku Bismi).

Almarhum Raja Kechil Sulong Raja Haji Harun Al-Rashid bersama Cik Puan Rahmah Binti Ngah Ahmad YM Raja Dato' Sri Arif Shah jua mempunyai beberapa anakanda angkat namun tidak kita ketahui akan ia hanya yang di ketahui adalah Banun yang di bela oleh YM Raja Dato' Sri Arif Shah bersama Y.A.M Tengku Hajah Safiah dari kanak-kanak hingga dewasa sebelum pulang kembali ke Istana Kota, Klang walaupun hakikat sebenar Banun dan Y.A.M Tengku Hajah Safiah merupakan sepupu dari susur galur Almarhum Sultan Abd Samad kerana Bonda kepada Banun merupakan sepupu kepada Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah dan jadikan anakanda kepada Almarhum Sultan alauddin Suleiman Shah dan diletakkan dibawah Suri Almarhum yang bernama Cik Chik Bt Abdullah.

Insyallah akan dikemaskini berhubung perihal YM Raja Dato' Sri Arif Shah dari masa ke masa. 

Sumber : Kajian sendiri dan Opah Banun Jamaliah 
Royal Ark of Perak 
Gambar : Dari Susunan YM Raja Nur Jannah :- Salasilah YAM Raja Kechil Sulong Raja Harun Al-Rashid

No comments:

Post a Comment

Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.