UTAMA

13 October 2011

GELARAN KETURUNAN MARTABAT WARISAN


KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH

1. Raja = Perak, Riau, Siak dan Selangor
2. Tunku = Johor, Negeri Sembilan dan Kedah
3. Tengku / Engku / Ungku = Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu
4. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei

KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

1. Syed / Sayyid
2. Syarifah / Siti

KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA

1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis


Sebagai Contoh :-


Perak :

Seorang Syarifah berkahwin dengan orang kebanyakan maka anak yang bakal lahir akan mengunakan gelaran Meor ataupun Mior. Adapun perbezaan ejaan di antara Meor dan Mior berlainan namun hakikat sebenar maksudnya sama yakni Meor.


Seorang Puteri Raja Perak yang berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Puteri bagi perempuan dan Putera bagi lelaki ataupun Megat yakni bagi lelaki ( Jatuh dibawah maksud Kerabat bukan Waris Negeri).


*** Maka apabila Puteri berkahwin dengan orang kebanyakkan maka secara sendirinya tiada lagi gelaran yang bakal terbit. Sebagai contoh setelah di rujuk kepada YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa ( Sejarawan, Budayawan Adat Istiadat Seri Saguntang ) dan YAM Raja Shahruzzaman ibni Almarhum Sultan Idris Shah seseorang Puteri dari Puak Megat Terawis apabila berkahwin dengan orang biasa maka anak di berikan gelaran TUN..! ianya TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU kerana Martabat Tun lebih tinggi dari Megat dan gelaran Tun merupakan martabat di bawah Gelaran Raja sebagaimana yang telah di kurniakan gelaran tersebut kepada Bendahara, secara tidak langsung adat itu telah tersasar.


Kelantan :

Seorang Tengku yakni wanita barang mengawini lelaki kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Nik.


Selangor :

Seorang Waris Negeri yakni Perempuan berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang akan lahir mengunakan gelaran Wan dan seandainya anak yang di perolehi perempuan dan selepas dewasa berkahwin dengan orang biasa maka tiadalah gelaran yang akan bakal di gunakan kepada anaknya kelak.


Hakikat sebenar Martabat Gelaran Keturunan mempunyai taraf dan tidak semuanya sama... Asal Gelaran Keturunan yang paling tinggi adalah SAYYID yakni Keturunan Rasulullah SAW dan seseorang yang berdarah Sayyid sebagai tanda hormat harus di panggil dengan panggilan Tuan Sayyid namun gelaran Keturunan yang Raja yang turun dari Nabi Sulaiman yakni Raja Sulaiman akan mengunakan panggilan Yang Mulia.


GELARAN KETURUNAN

CATATAN

Sayyid, Syed

Keturunan Nabi Muhammad SAW

Raja

Keturunan Nabi Sulaiman AS

Tun

Seseorang bendahara yang di angkat menjadi Sultan dan setelah menjadi Sultan anak yang lahir selepas itu mengunakan TUNKU

Tunku

Tengku

Panggilan timbang-timbangan bagi Anak-anak Raja. ianya tetap sama hanya ejaan sahaja yang berlainan.

Engku

Ungku

Kebarangkali banyak orang di luar tidak dapat menerima dan memahami mengapa beih Raja-Raja mempunyai PUSAKA yakni Kadam sebagai contoh TABAL JIN di Negeri Perak, Untuk Makluman Tabal Jin bukan bererti Manusia menabalkan Jin tapi ianya merujuk kepada Jin Memperakui Raja itu Benih dari Nabi Sulaiman AS.

Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda.

“Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (dalam kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.” (Surah sabar, ayat 13).


9 comments:

  1. Ada tak salah silah tentang keturunan galaran 'ku' ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pn teringin nk tahu....tp ada yg cerita asal KU adalah dari TUNKU...berlakunya kerana ingin sembunyikn identiti semasa perang siam dn kedah kerana tentera siam bersumpah untuk membunuh semua keturunan sultan kedah.. jd keturunan sultan kedah ramai yg larikn diri keluar dari istana untuk bersembunyi dn seterusnya menggunakn gelaran KU...

      Delete
  2. Diterengganu engku diberi anugerah gelaran kepada syed...engku sebenarnya keturunan syed

    ReplyDelete
  3. Nama ambo Sutan Martunus Datuk Rajo Alam dari kota padang. Ternyata ada juga orang minang di malaysia ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai orang minang di Malaysia. Contohnya Datin Rosmah Mansor isteri kepada perdana menteri Malaysia. Dato'Najib Abd.Razak adalah bugis Sulawesi.

      Delete
  4. Assalamualaikum..
    setahu saya gelaran "Tengku" digunakan dibeberapa negeri sahaja..tp utk kes saya ni..keturunan saya adalah keturunan yg berasal dari sepupu sultan sendiri memandangkn atok sy adalah sepupu sultan kedah manakala nenek saya berketurunan raden+syarifah..mengapa gelaran "Tengku" yg diberi sedangkan sepatutnya gelaran "Tunku" jika mengikut gelaran dinegeri kami..boleh tolong jelaskn sedikit?

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya tentang raden tu. raden tu gelaran untuk kerabat yg berasal dari indonesia, gelaran tu hanya boleh dipakai hanya untuk kerabat atau orang biasa ? sama macam malaysia, macam tunku contohnya, hnya yg bergelar kerabat saja yg boleh guna pakai macam yg tertera dekat ats tu. mohon penjelasan

    ReplyDelete
  6. Assalam..

    Saya baca di atas artikel ini tercatat di bwh gelaran 'di raja' yg berasal dari luar negara

    1. Teuku, Teungku = Acheh

    Namun saya juga membaca di dalam Wikipedia Bahasa Indonesia di mana tercatat begini:


    Teuku
    Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
    Teuku adalah gelar bangsawan untuk kaum pria dari suku Aceh. Teuku adalah seorang hulubalang atau ulèë balang dalam bahasa Acehnya. Sama seperti tradisi budaya patrilineal lainnya, gelar Teuku dapat diperoleh seorang anak laki-laki, bilamana ayahnya juga bergelar Teuku.


    Banyak kekeliruan serta kesalah pahaman rakyat Indonesia dalam melafalkan atau menulis nama-nama tokoh Aceh, contohnya kesalahan dalam membedakan siapa yang Teuku dan Teungku.


    https://id.wikipedia.org/wiki/Teuku

    ReplyDelete
  7. Tentang pertanyaan Ku Aiman Najmi, Keturunan KU berasal dari kerabat diRaja Kedah. Kerajaan Kedah tua berusia lebih dari seribu tahun. Orang kebanyakan/rakyat kebiasaannya menyebut nama ringkas dari TengKu/TunKu kepada KU sahaja. itulah sbb susur salasilah keturunan KU dahulu kala bergelar Tengku/Tunku berdasarkan salasilah keturunan kerabat patik.apabila kaum wanita keturunan Ku berkahwin dgn org kebanyakan maka anakanda mereka akan diberi nama WAN atau MEGAT di negeri Kedah.
    Wallahualam.

    ReplyDelete

Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.