UTAMA

30 December 2015

Tengku Aris Temenggong Selangor Ditauliah Sebagai Juruterbang Perjuang

Tengku Temenggong Selangor - Tok Temenggong.
Pakaian semasa berkhidmat sebagai Sergeant At Arms Di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Sir’ Alauddin Suleiman Shah jua bergelar sebagai Tengku Aris Temenggong Selangor mula membina kerjaya sehingga ditauliah sebagai salah seorang daripada 136 orang yang menerima Tauliah sebagai Juruterbang Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu sekitar tahun 1958.

Mengimbau cita-cita untuk menjadi seorang Juruterbang Kapalterbang Penyerang dalam tahun 1947 dan kemudian ingin pergi ke England untuk masuk berkhidmat dengan Angakatan Udara Diraja di sana. Namun tidak mendapat perkenan dari bondanya iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah Bin Almarhum Sultan Idris I. Namun cita-cita tersebut menjadi nyata.

Memulakan kerjaya pada tahun 1953 di Pejabat Setiausaha Negeri Selangor sekembalinya ke Tanah Melayu setelah berangkat untuk menuntut ilmu di England pada sekitar tahun 1948. Pada tahun 1957 telah menyandang jawatan Sergeant At Arms Di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan sehingga Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Dilantik menjadi Juruiring Pertama dan Setiausaha Sulit kepada Gabenor Pulau Pinang Y.B.M Raja Sir Tun Uda. Menghantar permohonan untuk masuk berkhidmat dengan Pasukan Udara Sukarela Malaya di Pulau Pinang setelah lulus dalam Peperiksaan Kecekapan untuk latihan sebagai Juruterbang. Dilantik sebagai Pegawai interligence dalam pasukan tersebut. Perkhidmatan tersebut jua adalah Sambilan.

Apakala Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu membuka pemohonan pegawai baru sebagai Pegawai. Telah memujuk bondanya dan menerangkan cita-citanya setelah diperkenan. Telah meletakkan jawatan dari perkhidmatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Gabenor Pulau Pinang dan masuk berkhidmat dalam Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu. Semasa didalam perkhidmatan telah dilantik menjadi juruiring kepada Pegawai Pemerintah Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu, Air Commodore N C Hyde (30 May 1958: Air Force Member Armed Forces Council, Malaya).

Sumber : Putera Diraja Berjiwa Perwira Tinggi Cita-Cita, Berita Harian, 3 June 1959,

16 June 2015

Raja Adalah Denyutan Nadi Sesebuah Bangsa

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail
Tunku Mahkota Johor - Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail telah memainkan peranan takkala sebahagian besar rakyat merasakan ketidak kepuasan hati didalam Pentadbiran Kerajaan. Maka Takhta diperlukan, berperanan sebagai penimbang tara untuk mendamaikan sebarang persengketaan demi memastikan peranan takhta diterima baik.
Raja bukan monumen yang tidak bernyawa tapi raja adalah denyutan nadi sesebuah Bangsa khususnya Melayu Beraja berakar umbi dari Empayar Kesulatanan Melayu Melaka.


Wakil Rakyat dipilih bagi tujuan menyempurnakan hasrat dan suara rakyat diketengah demi kesejahteraan hidup rakyat yang dibawa didalam Dewan Rakyat untuk lima tahun sekali. Namun apakala Wakil rakyat mahupun pemimpin didalam Pentadbiran sesebuah Ke'Raja'an.

Kehadiran Raja sebenarnya sangat membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan – sumber keadilan, teras perpaduan – payung penyatuan, berperanan mengukuh dan mengekalkan amalan demokrasi agar dapat ditingkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan.

Namun Pewaris Takhta sesebuah Ke'Raja'an di amanahkan bagi satu tanggungjawab yang besar dan berat sebelum menaiki Takhta sesebuah Kerajaan. Dididik bagi merasai denyutan nadi rakyat didalam memastikan Kesejahteraan dan Kedaulatan sesebuah Negeri sentiasa Aman Sentosa di pelihara kerna itu jua lah Raja Pemerintah berada di atas segala jua cabang Pentadbiran Negeri dan bersikap berkecuali ke atas mana-mana parti politik didalam Negara yang mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan Demokraksi Berparlimen.
Artikel 
Perlu ditegaskan bahawa Raja berpelembagaan memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran.!!! Institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa.!!!

Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi pemerintahan beraja itu diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

10 April 2015

Martabat Tengkolok Diraja Perak

Y.M Raja Dato' Sri Arif Shah Bin Raja Kechil Sulung Harun Al Rashid Al-Haj
Tengkolok yang memperlihatkan "PUCUK REBONG" yang khusus istimewa KHAS bagi KAUM KERABAT (Diraja) SAHAJA sebagaimana yang dinyatakan oleh Y.M Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa bagi mengantikan CAP HALILINTAR yang terselit di telinga kanan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK takkala di Tabal mengikut ketinggian Adat Istiadat Raja-Raja Perak.

Kejelasan berhubung Martabat Pucuk Rebong oleh Y.M Raja Kobat Salehuddin
Terdapat jua yang mengunakan tengkolok yang meletakkan "PUCUK REBONG" di sebelah kiri dan tengah-tengah. Demikian jua Garam Sebuku yang menunjukkan bahawa ikatan disebelah Kanan bagi Waris dan Kerabat Diraja, Tengah pula kepada pembesar dan kiri bagi orang biasa. Yang pasti ianya mempunyai maksudnya yang tersendiri bagi memperlihatkan taraf dan martabat seseorang itu.

Istiadat Pakaian Peraturan Pakaian Kehormatan Melayu Bagi Lelaki yanb terkandung didalam Adat Lembaga Negeri Perak.

RAJA RAJA WARIS NEGERI. 
- Berbaju Kepuk Benang Emas Bertabur,
- Berseluar Sutera,
- Berkain Pancung Benang Emas Bertabur,
- Bertengkolok Benang Emas Bertabur Ikat Solek,
- Berikat Bengkung Benang Emas Bertabur,
- Berkeris Pendek

DATO KEHORMAT. 
- Berbaju Kepuk Berseluar Sutera Warna Biru Tua,
- Berkain Pancung Benang Emas Warna Merah Tua ( Bukan Jong Sarat atau Bertabur )
- Bertengkolok Benang Emas Bertelepuk Ikat Getam Pekasam Warna Hitam ( Bukan Jong Sarat atau Bertabur )
- Berikat Bengkung Benang Emas, Warna Merah Tua ( Bukan Jong Sarat atau Bertabur )
- Berkeris

Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur (ANM No. ARA/28/ 2007/ 0052785). Naskhah mengandungi 60 halaman dan telah dikarang dalam zaman pemerintahan Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (1918-1938).

Nama pengarang naskhah tiada dicatatkan, tetapi pada halaman awal naskhah ada disebutkan beberapa orang pembesar Perak yang terlibat dalam penyusunannya, iaitu Raja Kecil Sulung Harun Al Rashid Ibni Almarhum Sultan Idris I, Raja Bendahara Yussuf Izzudddin Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil, Raja Kamar Bahrin, Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja dan Raja Aman Shah. Tokoh-tokoh ini adalah pembesar yang terlibat secara langsung dengan sejarah dan kehidupan istana Perak dan mempunyai kewibawaan dalam penyusunan adat istiadat yang berkaitan dengan istana Perak

24 March 2015

Merafak Sembah Kemahkotaan D.Y.M.M Sultan Johor

Patek Merafak Sembah 

Kepada 
Duli Yang Maha Mulia 
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim 

Bersemayam di takhta singgahsana Negeri Johor Darul Takzim 
dengan segala kemuliaan dan kebesaran 
Bersempena Kemahkotaan Tuanku pada 23 Mac 2015.

 Didoakan di bawah naungan pemerintahan Paduka Sri Tuanku, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya kukuh bersatu, hidup penuh harmoni – saling hormat antara satu sama lain.

Semoga dibawah pemerintahan Tuanku jua tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi yang telah diwarisi turun temurun, terus subur dan segar, kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa. 

Semoga negeri Johor Darul Takzim mencapai kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi dari mala petaka dan sebarang bencana. 

Daulat Tuanku… Daulat Tuanku… Daulat Tuanku…