Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail |
Tunku Mahkota Johor - Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail telah memainkan peranan takkala sebahagian besar rakyat merasakan ketidak kepuasan hati didalam Pentadbiran Kerajaan.
Maka Takhta diperlukan, berperanan sebagai penimbang tara untuk mendamaikan sebarang persengketaan demi memastikan peranan takhta diterima baik.
Raja bukan monumen yang tidak bernyawa tapi raja adalah denyutan nadi sesebuah Bangsa khususnya Melayu Beraja berakar umbi dari Empayar Kesulatanan Melayu Melaka.
Wakil Rakyat dipilih bagi tujuan menyempurnakan hasrat dan suara rakyat diketengah demi kesejahteraan hidup rakyat yang dibawa didalam Dewan Rakyat untuk lima tahun sekali. Namun apakala Wakil rakyat mahupun pemimpin didalam Pentadbiran sesebuah Ke'Raja'an.
Kehadiran Raja sebenarnya sangat membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan – sumber keadilan, teras perpaduan – payung penyatuan, berperanan mengukuh dan mengekalkan amalan demokrasi agar dapat ditingkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan.
Namun Pewaris Takhta sesebuah Ke'Raja'an di amanahkan bagi satu tanggungjawab yang besar dan berat sebelum menaiki Takhta sesebuah Kerajaan. Dididik bagi merasai denyutan nadi rakyat didalam memastikan Kesejahteraan dan Kedaulatan sesebuah Negeri sentiasa Aman Sentosa di pelihara kerna itu jua lah Raja Pemerintah berada di atas segala jua cabang Pentadbiran Negeri dan bersikap berkecuali ke atas mana-mana parti politik didalam Negara yang mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan Demokraksi Berparlimen.
Artikel |
Perlu ditegaskan bahawa Raja berpelembagaan memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran.!!!
Institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa.!!!
Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak
berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap
pemerintahan dan pentadbiran negeri khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi pemerintahan
beraja itu diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan.
No comments:
Post a Comment
Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.