Potret Gambar beramai-ramai semasa Persidangan Raja-Raja Melayu |
Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar kedua telah diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Julai 1903. Persidangan ini telah dihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Pembesar-pembesar negeri.
Antaranya Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar; Sultan Selangor, Paduka Sri Sultan Ala'uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa; Sultan Pahang, Baginda Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah, Residen-residen British pula terdiri dari J.P. Rodger (Perak), H. Conway Belfield (Selangor), D.G. Campbell (Pahang) dan W. Egerton (N. Sembilan).
Persidangan kali kedua ini telah dirasmi dan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham. Beliau dibantu oleh Residen Jeneral, W.H. Treacher. Peruntukan sebanyak RM80,000 telah diluluskan untuk perbelanjaan persidangan ini.
- Perkara-perkara yang dibincangkan antara lain berhubung dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,
- Pengambilan orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan,
- Peruntukan rumah-rumah dan balai-balai bagi Penghulu, perluasan dan penanaman padi dan kelapa di kalangan orang-orang Melayu,
- Pelaburan tabung Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam Pembinaan Jalan Keretapi Johor dan sebagainya.
- Persidangan Durbar kedua yang berlangsung selama empat hari ini di Kuala Lumpur telah memberi erti yang besar kepada Raja-raja Melayu. Ia bukan sahaja memberi kesempatan bersuara malah ia juaa telah membuka ruang kepada Raja-Raja Melayu untuk perjuangkan hak-hak demi kepentingan orang-orang Melayu.
The High Commissioner, Sultan of Perak, Raja Muda Musa, Raja
Di Hilir Abdul Jalil. Kuala Lumpur, Malaya – 1903 collection The National Archives. |
Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar adalah yang paling banyak mengemukakan pendapat. Baginda menentang usul Inggeris bagi menyatukan Negeri-Negeri Melayu kerana ini akan mengakibatkan Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa mutlak dan berharap negeri-negeri ini dikekalkan sebagai entiti yang berasingan bagi menjamin kuasa Raja-Raja Melayu. Persidangan ini juga telah membuka jalan ke arah Penubuhan Majlis Persekutuan.
No comments:
Post a Comment
Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.