DYTM Raja Muda Perak Dan DYAM Raja Di-Hilir Perak Angkat Sumpah Pangkat Gelaran Di Hadapan DYMM Sultan Perak - 1 Julai 2014 |
Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 20 Jun 2014 memutuskan Tuanku Zara Salim diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuat kuasa pada Jumaat. Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim berkata berkuat kuasa hari ini juga, balu Almarhum Sultan Azlan Shah diperkenan gelaran Raja Permaisuri Tuanku Bainun.
Turut memutuskan Raja Di-Hilir Perak - Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Muda Perak berkuat kuasa hari ini, katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
"Berkuat kuasa hari ini juga, Raja Kechil Besar Perak - Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Di-Hilir Perak.
"Mesyuarat itu turut memutuskan Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dikurnia pangkat gelaran Raja Kechil Besar Perak berkuat kuasa hari ini,"
Ayop berkata mesyuarat itu memutuskan tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ditetapkan pada 27 Nov. katanya.
Hirarki Kesultanan Perak Era Pemerintahan Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah
1. D.Y.M.M Sultan dan Raja, Yang Di Pertuan - Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah
2. D.Y.T.M Raja Muda Perak : Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
3. D.Y.A.M Raja Di Hilir : Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah
4. Y.A.M Raja Kecil Besar : Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah Ibni Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah
4. Y.A.M Raja Kecil Besar : Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah Ibni Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah
5. Y.A.M Raja Kecil Sulong : Kosong
6. Y.A.M Raja Kecil Tengah : Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Kechil Sulung Ashman Shah
7. Y.A.M Raja Kecil Bongsu : Kosong
Sumber rujukan :
1. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak
2. Astro Awani - www.astroawani.com/.../tuanku-zara-diperkenan-gelaran-raja-permaisuri
No comments:
Post a Comment
Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.