Gambar sekadar hiasan Ini adalah gambar gajah Paduka Seri Sultan Perak |
Adat istiadat
menyambut dan mengarak surat sering dipaparkan apabila ada perutusan dari luar
ke Melaka. Kitab Sejarah Melayu menggambarkan jika ada utusan datang, yang
menyambut surat di balai ialah kepala abintara di sebelah kanan, dan yang
menyampaikan titah raja kepada para utusan ialah kepala abintara di sebelah
kiri.
Hamba raja akan meletakkan kerikal dan ceper dari dalam balai untuk meletakkan
perutusan. Tetampan dan ceper berikan kepada orang yang membawa surat.
Perutusan dan surat dari Pasai dijemput dengan segala adat dan alat kerajaan.
Disediakan nagiri dan negara serta payung putih dua berapit, dan gajah
disediakan di hujung balai.
Perutusan dari Pasai dimuliakan kerana kedudukan darjat dan martabat raja dan kerajaan
sama taraf antara Pasai dengan Melaka.
Seandainya datang perutusan dan surat dari raja dan kerajaan yang lain
dikurangkan penghormatan yang patut diberikan, sama ada sekadar gendang dan
serunai serta payung kuning. Seandainya patut bergajah dan berkuda maka
diturunkan dari pintu di luar.
Seandainya perutusan tersebut dari raja yang besar sikit, maka diberi nafiri
dan berpayung satu putih dan satu kuning, gajah disediakan di luar pintu dari
dalam kota. Setiap perutusan akan diberi persalinan oleh raja apabila mereka
kembali ke negeri mereka. Jikalau perutusan dari Melaka membawa surat ke negeri
lain juga diberikan persalinan. Persalinan turut dianugerahi kepada para raja
dan sultan dari wilayah tetangga yang mengadap Sultan Melaka.
Selain darpada persalinan yang mulia-mulia, turut dianugerahkan juga segala
harta, emas perak dengan terlalu banyak. (hal. 65)
Ketinggian Adat Istiadat Mengarak Surat dan Utusan diterima sebagai tanda
persahabatan serta memperlihatkan tanda kemuliaan dan kebesaran.
Sultan Muzaffar Syan berhasrat mengutus surat ke Benua Siam. Setelah beberapa
kali mereka berperang, ada hasrat perdamaian dari Baginda, seperti titahnya,
"daripada banyak seteru baik banyak sahabat" (hal. 79). Raja Siam
juga membalas perutusan. Di Melaka surat berkenaan di suruh jemput, dan diarak
dengan menaiki gajah. Surat disambut oleh abintara, dibaca oleh khatib (hal.
82).
Begitu juga ada bingkisan dari Raja China yang datang dengan pilu yang sarat
dengan jarum. Surat juga dibalas dan perutusan dikirim ke China dan palu
berkenaan diisi sarat dengan sagu rendang.
Kedua-dua raja cuba membuktikan mereka adalah kerajaan yang besar lantaran
rakyat yang ramai (hal. 103 -104).
Selain memuliakan surat perutusan kesultanan Melaka juga memuliakan kitab agama.
Maulana Abu Bakar telah membawa kitab Durr Manzum, yang telah diarak ke
balairung. Sultan Mansur Syah telah mempelajari dan memperoleh ilmu yang amat
berguna dari kitab berkenaan, disamping menitahkan untuk "diertikan"
(mungkin diterjemahkan atau dipermudahkan) ke Pasai.
Dititah juga membawa bingkisan ke Pasai dangan permasalahan "Segala isi
syurga itu kekalkah ia dalam syurga dan bagi isi neraka itu kekalkah ia dalam
neraka". Bingkisan tersebut diiringi dengan emas urai tujuh tahil dan dua
perempuan sebagai persembahan, dan bingkisan juga dihias dengan kemala kuning
dan kemala ungu berbunga (hal. 120). Sultan juga menitahkan sekiranya dapat
dijawab oleh sesiapa pun, emas dan dua perempuan tersebut sebagai hadiah.
Bingkisan juga diarak dengan istiadatnya dan sambut juga dengan istiadatnya di
Pasai
No comments:
Post a Comment
Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.