UTAMA

29 December 2013

Astana Mahkota Puri Negara Merchu Keindahan Negeri

Istana ini dibina sekitar tahun 1899 sebagai istana rasmi Paduka Sri Sultan Selangor Darul Ehsan oleh Kerajaan British bagi memastikan pusat pemerintahan Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa berdekatan dengan pusat pentadbiran kolonial British di Kuala Lumpur.

Sultans Palace Mahkota Puri, Klang, Wangsa Mahkota Selangor, Ku AlamSebagai mana yang diketahui, Pusat pemerintahan Paduka Sri Sultan Selangor sebelum ini adalah di Jugra, Kuala Langat. Astana ini telah digunakan ketika istiadat pertabalan Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah sebagai Paduka Sri Sultan Selangor Darul Ehsan, Istiadat Pemasyhuran Tunku Maharum Sebagai Tengku Ampuan Selangor dan Tengku Musa Uddin Sebagai Tunku Putra Mahkota Selangor sekitar tahun 1903. Bertitik tolak dari peristiwa pembinaan Astana mahkota Puri ini, secara tidak langsung Klang dikenali sebagai Pusat Pemerintahan Diraja ertikata lain Bandar Diraja. Walaupun terbinanya Astana ini, namun Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah tidak pernah sesekali meminggirkan Jugra tempat baginda bersemanyam sebelum ini di Astana Bandar. Astana Mahkota Puri ini dibina di atas bukit dan seni reka serta ukiran adalah hasil sentuhan Paduka Sri Sultan Ala’uddin Suleiman Shah sendiri.
Istana Sultan Of SelangorTakkala Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah mangkat sekitar tahun 1938. Maka di istana ini jua lah Raja Muda Alam Shah ditabalkan sebagai Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang baru. Semasa era pemerintahan Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah, Astana Mahkota Puri telah dirobohkan untuk pembinaan istana yang baru di atas tapak Astana Mahkota Puri yang kini dikenali sebagai Istana Alam Shah. Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah tidak sempat untuk merasmikan Istana baru ini, kerna baginda telah mangkat sebelum istana ini siapa sepenuhnya
Untuk makluman, Klang telah menjadi pusat pentadbiran pada 1880 dan pada 1890 telah dijadikan sebuah daerah setelah pusat pentadbiran berpindah ke Kuala Lumpur. Mengikut lipatan sejarah nan lalu, Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Klang adalah sebahagian daripada kawasan jajahan takluknya. Ia diperintah oleh Tun Perak yang kemudiannya dipanggil untuk berkhidmat di Melaka dan telah menjadi seorang Bendahara yang terkenal. Ketrampilan hebat Tun Perak itu juga telah menyebabkan Klang menjadi terkenal dan masyhur. Sungai Klang merupakan nadi kepada pembangunan dan perkembangan Klang dan kawasan sekitarnya pada masa itu. Muara Sungai Klang menjadi pintu masuk utama yang mengawal keluar-masuk hasil mahsul dan barang dagangan kawasan Lembah Klang dengan pedagang asing. Bagaimanapun perkembangan Klang pada masa itu hanya tertumpu pada bahagian selatan Sungai Klang sahaja. Ia dapat ditunjukkan dengan terletaknya jumlah bangunan lama sebelum perang yang banyak di Klang Selatan.

17 December 2013

Pantang Larang Keturunan Raja Ahmad

Gambar Hiasan Buaian Rotan.
Di suatu masa dahulu, di nyatakan bahawa terdapat bayi yang sedang berada didalam buaian rotan, maka tidak semana-mana datang se’ekor kucing hitam. 

Tidak semana-mana jua kucing hitam tersebut telah menghampiri bayi yang terdapat didalam buaian rotan maka telah mengigit bayi tersebut dan menjinjing bayi tersebut dan membawanya di atas dapur kayu, lalu meleleh’lah darah dari batang tubuh bayi tersebut kerna di gigit oleh kucing hitam tersebut hingga darahnya turun ke lantai maka datang pula se’ekor kerbau balau dan menjilat darah bayi tersebut. Maka kerna peristiwa ini telah membawa kepada SUMPAHAN 7 KETURUNAN kerna mengetahui Epilog cerita ini. 

Kisah ini terjadi didalam Negeri Perak iaitu di Hilir Perak. 

Sumpahannya :-

• Dilarang Membela Kucing Hitam [Serba Hitam]
• Dilarang Makan Daging Kerbau Balau
• Dilarang Mengunakan Buaian Rotan
• Dilarang Mengunakan Dapur Kayu

Raja Ahmad yang disebutkan ini tidak dapat dipastikan siapakah empunya batang tubuh namun ianya dari Warisan Bugis [Anak Raja Bugis], Disebut jua sebagai Pawang Besar. Diperceritakan jua bahawa Warisan Raja Ahmad jua tidak boleh makan Ikan Yu Tukul, Kerna Ikan ini telah datang menyelamatkannya semasa kapal karam di tengah laut. [Sumber di ceritakan oleh Anak saudara Arwah Ramli Ahmad yang duduk di Pekan Lama, Sungkai. Sumber ini diperolehi sendiri oleh Arwah ayahnya dari mulut Ahmad B Maarof [Ayahanda kepada Ramli Ahmad]
 
Sumber : Kisah yang diperceritakan oleh Arwah Ramli B Ahmad [1933 - 2013]-[Batak Rabit, Teluk Intan - Bidor - Tiang Bertarah, Sungkai, - Pekan Lama, Sungkai dan Kg. Klah Baru, Sungkai] yang merupakan benih keturunannya. Ibunya dari Tiang Bertarah, Bapa kepada Ibunya pula Haji Abdullah dari Bidor dan Ibu kepada Ibunya dari Tiang Bertarah. Kerna Arwah sendiri pernah mencuba makan daging kerbau balau dan kemudian badan naik bengkak dan tidak tahan dengan kucing yang berwarna hitam. Namun sepanjang hayatnya tidak sesekali bercakap mengenai Warisannya dari Raja Ahmad. Pernah suatu ketika ketika cucunya jatuh sakit, maka diminta Pawang Sungkai iaitu Usup Panjang yang merupakan bapa saudaranya dari sebelah ibunya untuk mengubati penyakit cucunya itu. Namun dinyatakan bahawa "Ini Tok Mad Perangnya, Pawang Besar yang merujuk kepada Raja Kechil Muda Ahmad [ Pawang Diraja ]. Berkehendakkan Ayam Piring [ Ayam yang berwarna kuning - Dari kaki hingga ke paruh ]. Mana ada kata arwah Ramli kepada Pawang Usup Panjang. Maka usup panjang pun berkata ADA.! Kalau ada pun mana nak cari Akil kata Arwah Ramli kepada bapa saudaranya itu. Cuba Akil minta tukar. Akil pun cuba untuk meminta tukar tapi tidak berjaya. Maka akil meminta Arwah ramli meminta tukar sendiri. Maka Arwah Ramli "Berseru dan menyebut "Kalau benar ini Pusaka Tuk Nenek Aku yang bernama R*** ****... Aku minta tukar dan mencampakkan limau didalam air. Tiba-tiba boleh ditukar asalkan ada bulu warna kuning pada ayam tersebut. Al-Fatihah...

Erti Kepada Istilah " RAJA SEHARI "

Merupakan ADAT MELAYU bagi meraikan mereka yang telah bernikah. Ianya merujuk bagaikan mereka menjadi RAJA UNTUK SEHARI kerna Mengenakan pakaian yang Sepasang Warna yang hanya di gunakan oleh Raja sahaja sejak dahulu lagi.

Kerna dahulu rakyat tidak boleh memakai pakaian sepasang. Mereka jua akan di angkat untuk duduk di atas pelamin yang jua merujuk kepada SINGGAHSANA.

Maka itu lah yang di sebut Raja Sehari kepada mereka yang telah bernikah untuk naik pelamin. Raja Sehari bagaikan Raja Yang Dipertuan. Bezanya adalah Raja Sehari mengalas tanggungjawab didalam memerintah rumah tangganya manakala Raja Yang Dipertuan memerintah Negeri dan Rakyatnya. Buruk dan Baik dibawah Tanggungjawab yang memerintah dari perintah Yang Maha Berkuasa. 
Untuk pengetahuan, setiap tanjak ada namanya dan peraturan yang perlu diikuti. Ini kerna, ia bertujuan membezakan negeri kelahiran, taraf dan darjat si pemakai. “Contohnya, kaum kebanyakan TIDAK BOLEH memakai tanjak yang sama teknik pemakaiannya dengan golongan Bangsawan, Raja dan Sultan serta Kaum Kerabatnya.

15 September 2013

[BERNAMA] Sentuhan Diraja Dalam Sejarah Kemerdekaan Dan Penubuhan Malaysia

Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Sumber : Google
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Jika tidak dengan kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu sejak abad ke-19, nikmat kemerdekaan dan pembentukan sebuah negara Malaysia tidak mungkin wujud sekarang ini. Mungkin yang ada sekarang ini hanyalah beberapa buah negara kecil dengan raja masing-masing. 
Tetapi dengan berpaksikan kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu telah dapat memperkukuhkan kedaulatan institusi raja dan seterusnya kedaulatan negara pada mata dunia. Ini dapat dilihat sejak akhir abad ke-19 lagi apabila raja-raja Melayu bermula dengan empat negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, telah mula bermuafakat ke arah penyatuan melalui antaranya mesyuarat raja-raja Melayu dan perjanjian Bangkok (1909). 

Semangat ini disokong dan diteruskan pula oleh para pemimpin negara berketurunan warisan diraja seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang berusaha mendapatkan pengistyiharan kemerdekaan daripada British dan penubuhan Malaysia dengan penggabungan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept, 1963. 
Penubuhan Malaysia 16 September 1963
Sumber : Google
Rentetan peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa institusi raja memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha penubuhan negara Malaysia. Bagaimanapun, di sebalik jalan cerita utama ini, banyak lagi kisah yang jarang didengar rakyat Malaysia tentang jasa dan pengorbanan raja dan sultan untuk membangunkan negara.

Penubuhan Malaysia
Sumber : Google

30 August 2013

Pembentukan Negara Bangsa Malaysia Bertitik Tolak Pembentukkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu



Pembentukan Negara bangsa Malaysia yang berbina kini bertitik tolak daripada pembentukkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah Sistem Persekutuan untuk Empat Negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 [1] dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. 

Namun Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. 
Ibu kota Persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor semasa dibawah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikekalkan dan Residen Jeneral pertamanya ialah Sir Frank Swettenham [2]. 

TITIK TOLAK PENENTANGAN MALAYAN UNION. 

Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada Raja-Raja Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak melobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah Sir Frank Swettenham, Sir George Maxwell, Sir R. O. W. Winstedt, Sir Cecil Clementi dan Sir Laurence Guillemard. 
Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada Tanah Jajahan. 
Tindakan tentangan dibuat kerana sepanjang Sir Frank Swettenham, Sir George Maxwell, Sir R. O. W. Winstedt, Sir Cecil Clementi dan Sir Laurence Guillemard menjadi pegawai di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mereka telah melihat dengan jelas betapa Raja-Raja Melayu dan Pembesar Negeri telah memainkan peranan yang sangat berkesan didalam pentadbiran negeri. 
Dengan sokongan daripada pegawai british ini jua telah memperlihatkan sekalian rakyat berbilang bangsa didalam Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu, telah bangun berganding bahu bersama Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Masyarakat Melayu serta rakyat bergabung menentang Malayan Union. Satu sejarah yang tidak pernah terjadi di Tanah Melayu sebelumnya. 

Kesentosaan dan peranan yang di bawa oleh Raja-Raja Melayu telah memberikan satu kepercayaan kepada Pegawai British didalam memberikan sokongan kepada penentangan Malayan Union. Ini boleh dilihat sepanjang British mentadbir Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mana Raja-Raja Melayu telah memperlihatkan watak seorang pemerintah yang adil saksama dan berilmu pengetahuan yang luas. 

SUMBANGAN RAJA-RAJA MELAYU DI AMBANG KEMERDEKAAN. 

Pada tahun 1895, dengan persetujuan Sultan-sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, keempat-empat buah negeri itu dijadikan sebuah persekutuan negeri-negeri dinamakan 'Negeri-Negeri Melayu Bersekutu' [3]. Mesyuarat Majlis Raja-Raja [4] yang pertama kali yang diadakan di astana Negara, Kuala Kangsar merupakan satu perkara yang penting kepada kita semua kerana, di sinilah bermulanya permuafakatan di antara semua Raja-Raja Melayu yang memegang amanah orang-orang Melayu dengan hasrat menyatupadukan dan mempertahan hak dan kedaulatan orang-orang Melayu malah menyuarakannya kepada pihak British ketika itu. 


Tanggal 13 Julai 1897, adalah tarikh perjumpaan pertama yang hanya melibatkan raja-raja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu. Namun bertitik tolak dari sini lah terbina batu asas yang membawa seterusnya kepada pembentukan negara kita Malaysia kini. 
Durbar pertama berlangsung selama empat hari dan dihadiri oleh Paduka Sri Sultan Abdul Samad dari Selangor dan Yam Tuan Muhammad dari Negeri Sembilan, Kebawah Duli Sultan Ahmad dari Pahang dan Paduka Sri Sultan Idris Murshidul'adzam Shah dari Perak selaku tuan rumah. Manakala pihak British pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Frank Swettenham (Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger (Residen British di Selangor) dan W.H. Treacher (Residen British di Perak). Negeri Sembilan tidak mempunyai wakil dari pihak British. Paduka Sri Sultan Abdul Samad dari Selangor yang telah terlalu uzur telah berangkat dari Jugra untuk memastikan mesyuarat tersebut walaupun jarak perjalanan terlalu jauh. 

Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah Ibni Raja Bendahara Alang Iskandar merupakan seorang Raja bijak didalam melancarkan pentadbiran dan baginda jua yang pernah mengalas amanah semasa perselisihan di antara Sultan Abdullah Muhammad Shah II dengan Residen British J.W.W. Birch, baginda menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah Muhammad Shah II kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke. Pada tahun yang sama, baginda telah dilantik oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi hakim, dan kemudian menjadi hakim besar [5]. Semasa era pemerintahan Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah antara kemajuan negeri menyerlah dengan pembinaan jalan raya dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur. 
Semasa Durbar kedua diadakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur Sultan Idris dengan berani menyuarakan dan menggesa pihak British agar lebih ramai orang Melayu dilantik untuk berkhidmat dengan kerajaan dan mereka ini dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Betapa jauh pandangan Sultan Idris yang meminta supaya pentadbiran Tanah Melayu ketika itu, turut dikongsi oleh anak bangsanya sendiri, menjelaskan pelaksanaan amanah oleh Majlis Raja-Raja bagi pihak orang-orang Melayu ketika itu. 

Raja Alang Iskandar ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah menyertai pasukan polis Pada tahun 1906 dan tidak berapa lama kemudian telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Polis di Kuala Lumpur. Baginda juga merupakan seorang ahli pasukan polo Negeri Selangor dan pasukan polo Negeri-Negeri Melayu Bersekutu [6]. 
Sultan Alang Iskandar Shah, Yam Tuan Besar - Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Sir Chulan (Waris Negeri Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan [7]. 
Sultan Alang Iskandar telah mendesakkan bahawa kuasa pentadbiran yang sejak penubuhannya dipegang oleh pegawai Inggeris, khususnya Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, telah dirombak mengikut sistem desentralisasi dan pangkat-pangkatnya dibahagikan semula kepada semua Sultan mahupun Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu itu. 
Baginda pernah membawa desakan baginda semasa berangkat ke England serta mengemukakannya kepada Setiausaha Negara Bagi Tanah-Tanah Jajahan British di London, dan berjaya memperolehi kelulusan dan restu Setiausaha Negara itu. Dengan rayuan baginda kepada pihak Kerajaan Inggeris, daerah Dindings dan Pulau Pangkor (sekarang dinamakan daerah Manjung) yang telah diberikan kepada Kompeni Inggeris dalam tahun 1826, diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1935. Ketika pemerintahan Almarhum, negeri Perak sedang berada dikemuncak kegemilangan dan ketika itu jualah banyak perkara-perkara penting telah berlaku seperti contoh pembukaan Jambatan Iskandar serta pembinaan Istana Iskandariah. Di samping Almarhum diakui sebagai seorang sultan yang menghabiskan masa pemerintahannya untuk kepentingan rakyat, Almarhum Sultan Iskandar juga adalah yang alim dan sangat mengambil berat akan hal agama. Ini terbukti apabila dalam tahun 1921, Almarhum telah mengarang dan menerbitkan sebuah tulisan yang berupa sebuah kitab agama yang diberi nama Risalah Iskandar Shah [8]. 
Jika kita menatap seluruh isi kandungan dan tulisan Almarhum ini, kita akan dapat merasakan betapa mulia dan besarnya hasrat Almarhum untuk mengembangkan syiar Islam dan menghayati ajarannya. Sebagai bukti, marilah kita meneliti beberapa petikan yang disebut dari kitab Almarhum itu. Di muka surat dua Risalah itu, Almarhum Sultan Iskandar dengan menggunakan ganti nama Faqir menulis: “Wahai sekelian saudara-saudara ku lelaki dan perempuan dengarlah perkataan Faqir yang tidak sepertinya ini, mudah-mudahan akan menjadi kenangan-kenangan saudaraku sekalian kepada Faqir terutama sekali masa hilang hayat Faqir di belakang hari dan tiada sekali niat Faqir dengan bermegah – megah ataupun dengan menunjukkan kepandaian melainkan hanya Faqir berserah dan berpegang semata-mata pada Tuhan kita“ Seorang sultan yang sangat rendah hati. Ini terbukti dengan titah Almarhum di dalam Risalah tersebut di muka surat tiga: "apalah gunanya kita bermegah-megah dengan bangsa kita, asal kita daripada tanah, kejadian kita daripada benda yang cemar dan keluar kita daripada tempat yang kotor kemudian kembali kita kepada tanah". 

Raja Sir Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II merupakan Putera Melayu Pertama yang menyertai perkhidmatan dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu [9]. Bertitik tolak dari ini lah maka orang melayu dapat menyertai perkhidmatan awam hingga terbinanya Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang menjadi peneraju didalam sektor awam pada hari ini. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. 

Sultan Ala'uddin Suleiman Shah ibni Almahum Raja Muda Musa [10] merupakan seorang yang tidak kurang hebatnya didalam memberikan sumbangan ini dapat dijelaskan takkala baginda telah mengarang dua buah buku agama dan baginda jua telah mengesa pembelian kapal terbang perang semasa majlis raja-raja pada tahun 1936. 
Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada ketika itu. Ketika pemerintahan Baginda jugalah telah lahir ramai pendekar-pendekar yang handal di negeri Pahang. Semasa penjajahan Jepun dalam tahun 1941 hingga tahun 1945, Al-Marhum telah bersetuju dengan secara sulit supaya orang-orang Melayu dalam negeri ini menubuhkan Pasukan Tentera Wataniah yang dikenali dengan nama 'Pasukan 136' yang ketika itu diketuai oleh Yoep Mahidin, Tun Haji Abdul Razak Hussain, Tan Sri Ghazalie Shafie dan Abdul Rahman Ismail. 
Peranan yang dimainkan oleh baginda dalam menghadapi jajahan Tentera Jepun di Pahang telah membuktikan kewibawaan baginda sebagai Raja yang berdaulat. Peristiwa di mana Baginda ditahan selama 27 hari di Ladang Getah Ng Tiong Kiat, Sungai Jerik (17 Ogos 1945 - 9 September 1945) menjadi natijah kecekapan, kecekalan, kesabaran dan kewibawaan Baginda dalam mengatasi saat-saat yang sangat kritikal. Kejadian tersebut telah menggemparkan masyarakat Pahang pada ketika itu. 

KRONOLOGI PEMBENTUKKAN NEGARA BANGSA RAJA BERPERLEMBAGAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN [11]. 

1867 - Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat ditubuhkan berikutan perpindahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Singapura dan Melaka) dari Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Pejabat Kolonial. Majlis Perundangan tersebut merupakan institusi pertama di negara yang mengadakan perbahasan dan perbincangan seperti ciri-ciri Parlimen moden 

1896 - Negeri-negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan membentuk satu gabungan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Perkembangan ini merintis jalan ke arah pembentukan satu sistem Kerajaan Persekutuan bagi seluruh negara seperti yang ada sekarang. Badan Perundangan Pusat masih belum wujud dan setiap negeri bergantung kepada Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk membuat undang-undang. 

1909 - Majlis Mesyuarat Persekutuan (Federal Council) bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk dengan pemusatan kuasa perundangan mengikut asas-asas Parlimen. Majlis ini mempunyai 13 orang ahli yang dilantik termasuk Raja keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu, Residen Jeneral British, keempat-empat Residen British serta empat orang ahli tidak rasmi. Penubuhan Majlis ini merupakan satu langkah ke arah pemerintahan sistem demokrasi berparlimen. 

1927 - Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu berhenti menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Penyusunan semula Majlis Mesyuarat Persekutuan ini turut mengubah keanggotaannya menjadi 13 orang ahli rasmi dan 11 orang ahli tidak rasmi. Majlis tersebut merupakan satu-satunya badan yang dilantik sepenuhnya sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941. 

1946 - Sebuah Majlis Penasihat (Advisory Council) dibentuk dan dianggotai oleh 13 orang ahli mewakili Negeri-Negeri Melayu dan dua buah Negeri Selat - Melaka dan Pulau Pinang.British cuba menyatukan ketiga-tiga sistem pentadbiran (Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri Selat - Pulau Pinang dan Melaka) melalui rancangan Kesatuan Malaya (Malayan Union). 
Malayan Union ditentang hebat terutama oleh orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar, Yang Dipertua UMNO ketika itu. Malayan Union ditentang kerana diyakini akan menggugat kedaulatan Raja-Raja Melayu. 

KESIMPULAN 

Bahawasanya terbitnya mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan telah lama subur semasa buat pertama kalinya pada tahun 1895, dengan persetujuan Paduka Seri Sultan Perak, Paduka Sri Sultan Selangor, Kebawah Duli Sultan Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, keempat-empat buah negeri dijadikan sebuah persekutuan negeri-negeri dinamakan 'Negeri-Negeri Melayu Bersekutu'[12]. Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan didalam persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 [13] itu ialah: 

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia). 
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. 
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. 
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini. 
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan. 
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. 
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). 

Peranan dan Sumbangan Raja-Raja Melayu didalam pembentukkan negara bangsa bertitik tolak pada 13 Julai 1897, tarikh perjumpaan pertama yang hanya melibatkan raja-raja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu. 
Perjumpaan ini diadakan di Istana Negara, Kuala Kangsar, Perak. Kesan dari Durbar juga memperlihatkan peranan Raja-Raja sebagai pelindung dan penjaga hak dan kedaulatan orang Melayu ketika itu. Dari Durbar jugalah idea, cadangan dan suara-suara bangsa bagi mempertingkatkan taraf hidup dan status ekonomi bangsa Melayu diutarakan. Idea asal penubuhan Askar Melayu Diraja dan Kolej Melayu Kuala Kangsar juga bermula dari sini. Selain itu, penekanan soal agama Islam dan bahasa Melayu turut diperjuangkan oleh Raja-Raja Melayu di ruang yang ada dalam Durbar ini. 

Selepas perit getir dalam perjuangan menuntut kemerdekaan ditempuhi, tanggal 5 Ogos 1957, termeterailah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, maka pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan. Namun, bukan sekadar perjanjian yang terpahat dalam lipatan sejarah pada tarikh keramat itu, satu perkara yang perlu diingati semua rakyat Malaysia ialah bersama perjanjian tersebut, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu turut diperkenan oleh kesemua Raja-Raja Melayu untuk dijadikan asas urus tadbir negara. 

Hakikatnya terlalu banyak sumbangan yang telah dimainkan oleh sembilan (9) Raja Raja Melayu didalam memastikan kemerdekaan Negara dapat direalisasikan dengan rahmat Yang Maha Esa. Yang diberikan contoh sumbangan Raja-Raja Melayu itu hanyalah sekadar 5 % sahaja masih terdapat 95 % lagi yang belum dihuraikan di sini. Insyallah akan dihuraikan 95 % sumbangan Raja-Raja Melayu demi kesejahteraan dan keamanan negara didalam mencapai Kemerdekaan.

Nota Kaki:-

[1] Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, danNegeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963,Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.
[ http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu] 
[2] Sir Frank Athelstane Swettenham (1850 - 11 Jun 1946) ialah Residen-Jeneral pertama untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kini sebahagian Malaysia) antara 1 Julai 1896hingga 1901. Beliau merupakan salah satu daripada hampir empat puluh orang pegawaiEmpayar British yang menentangi Malayan Union. 
[3] Persekutuan ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Julai 1896, dan Majlis Raja-Raja keempat-empat buah negeri ini disebut 'DURBAR'. Pengerusinya ialah Sir Charles Mitchell, Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta Gabenor Negeri-Negeri Selat. Majlis 'DURBAR' yang pertama telah diadakan di Istana Negara, istana rasmi baginda di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897. 
[4] Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ini dipanggil ‘Durbar', yang diambil daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar membawa maksud istana raja), ia juga membawa maksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan, ataupun Gabenor atau Wizurai British di India. 
[5]http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Idris_Murshidul_Aadzam_Shah
[6] Selepas menjadi Sultan Perak pun baginda masih merupakan pemain polo yang handal dan menubuhkan satu pasukan polo Negeri Perak di Kuala Kangsar. Dalam Pasukan Volunteer Infantry iaitu cawangan Pasukan Federated Malay States Volunteer Force (atau singkatnya F.M.S.V.F.), berpangkat Kolonel, manakala di dalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu, baginda berpangkat 'Honorary Inspector General'. [ http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Iskandar_Shah] 
[7] Pada 23 November 1932, Jabatan Perang British memberikan persetujuan untuk penubuhan satu pasukan Askar Melayu sebagai saturejimen tempatan dalam Angkatan Tentera British (Rejimen ini dilatih dan diurus oleh Rejimen Tentera British Malaya). Pada 23 Januari 1933, Majlis Perundingan Persekutuan (Federal Consultative Council) telah meluluskan Akta No. 11 yang dikenali dengan nama Akta Rejimen Askar Melayu dan meluluskan peruntukan $70,000 bagi pembelian Kong Sang Rubber Estate di Port Dickson untuk tapak bagi kegunaan sebagai Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu. Pasukan Askar Melayu bermula dengan penubuhan Kompeni Percubaan Pertama (1st Experimental Company) pada tahun 1933 dan merupakan titik permulaan pasukan tentera anak watan di Tanah Melayu. 
[8] http://sembangkuala.wordpress.com/2012/02/05/dalam-kenangan-risalah-iskandar-shah-bah-1/ 
[9] http://ku-alam.blogspot.com/2012/11/dyam-raja-di-hilir-perak-raja-sir.html 
[10] http://wangsamahkota.wordpress.com/2010/06/13/cebisan-riwayat-almarhum-sultan-suleiman-shah-sultan-yang-mengasihi-ulama/ 
[11] http://www.parlimen.gov.my/maklumat-umum.html?uweb=dr&_print=true 
[12] Persekutuan ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Julai 1896, dan Majlis Raja-Raja keempat-empat buah negeri ini disebut 'DURBAR'. Pengerusinya ialah Sir Charles Mitchell, Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta Gabenor Negeri-Negeri Selat. Majlis 'DURBAR' yang pertama telah diadakan di Istana Negara, istana rasmi baginda di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897. 
[13] http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

22 August 2013

Usul Sultan Pahang Didalam Persidangan Raja-Raja Melayu Tahun 1937.

USUL HAL EHWAL YANG HENDAK DIBAWA KEDALAM PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARAT KHAS [DURBAR] BAGI PEMERINTAH-PEMERINTAH NEGERI MELAYU YANG BERSEKUTU YANG AKAN DIADAKAN DI KLANG PADA 1 NOVEMBER 1937 OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ABU BAKAR RIAYATUDDIN AL-MUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDULLAH AL-MUTASSIM BILLAH SHAH  - SULTAN PAHANG.

1. Minta diluaskan kuasa pemerintah-pemerintah sebagaimana muslihat mengembalikan balik kuasa raja-raja yang telah di istiharkan iaitu keluasaannya sehingga memilih kaki tangan kerajaan pada mana-mana yang bergaji lebih dari 30 ringgit sebulan hendaklah dipersetujui oleh YMM Sultan didalam mesyuarat negeri. 

2. Permintaan tanah-tanah kebun lebih daripada 100 ekar dan tanah lebih 50 hektar hendaklah di bawa dan di persetujui oleh mesyuarat negeri. 

3. Berkenaan dengan menjalankan hokum sharak janganlah di ganggui oleh mahkamah kerajaan dan jikalau ada sesuatu kemusykilan diatas hokum kadi jajahan bolehlah diminta ulang bicara di pejabat kadi besar akan membicarakan perkara itu dengan di kapit oleh kadi-kadi lain dan keputusan nya dari pada mahkamah kadi besar ini tiadalah boleh di minta ulang bicara lagi pada mana-mana mahkamah. Tetapi pihak pegawai polis di minta sedia membantu di atas apa-apa hukuman pada hokum kadi seperti tangkap dan sebagainya. 

4. Di minta dengan jalan kerajaan memilih anak-anak melayu di hantar ke negeri luar kerana meninggikan pelajaran nya supaya lulus didalam pelbagai ilmu seperti pengawam, tabib, jurutera tanaman dan pertukangan sehingga boleh dan pandai membuat senjata api alatan peperangan dan sebagainya. 

5. Diminta dengan jalan kerajaan memilih budak-budak di hantar ke negeri luar kerana mengambil pelajaran ketenteraan supaya lulu didalam berbagai-bagai ilmu peperangan laut, darat dan udara supaya kelak boleh di harapkan menjaga tanah airnya. 

Fail : S.P 217/37 - Sumber Arkib Negara

16 August 2013

Peristiwa Berhantu oleh Pawang Diraja Perak iaitu Raja Kechil Muda dan anakandanya iaitu Raja Ahmad di Batak Rabit.

Peristiwa Berhantu bagi membunuh James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W. Birch [ 2 November 1875 - Residen British pertama di Perak] oleh Pawang Diraja Perak iaitu Raja Kechil Muda dan anakandanya iaitu Raja Ahmad di Batak Rabit.

 

Sambungan bahagian kedua

 

Keturunan Raja Kechil Muda saja yang tak kena hukum dan namanya lenyap selepas peristiwa ini. Sultan Abdullah selepas upacara tersebut menyatakan kepada semua pembesar bahawasanya dalam tempoh sebulan J.W.W. Birch akan mati.

Sumber dari Arkib Negara dari sebuah Buku Tentang Penentangan Orang Melayu Di Pasir Salak.

02 June 2013

Merafak Sembah Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV


Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku... 

Merafak Sembah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasim Billahi Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Negara Malaysia – 2 Jun 2013 Bersamaan 12 Rejab 1433 Hijrah. 

Patek Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa. 

Semoga dibawah Payung Kedaulatan Tuanku Al-Mu'tasim Billahi Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dikurniakan segala keberkatan, dianugerahkan kebesaran, memerintah Negara Malaysia dalam keadaan aman dan sentosa, makmur dan sejahtera. 

Akhirul Kalam, Patek  memohon doa kehadrat Ilahi, Semoga Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat. Aamiin.... 

Sembah Takzim : 
Editor Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu 
 2 Jun 2013 

Biar apa jua sistem Raja itu dilandaskan peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa. 
Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam Negeri dan Negara agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang Kedaulatan Negara..

21 May 2013

CEMPAKA SARI NAMA NEGERI, MERCHU ALAM NAMA ASTANA, SULTAN ISKANDAR RAJA NEGERI, PANGLIMA PERANG PENJAGA PAHLAWAN.



Raja Itu Bukannya Tinggi,
Sultan Iskandar Zulkarnain Raja Negeri,
Daulat Negeri Hadir Sendiri,
Merendah Diri Sifat Peribadi,

Memerintah Negeri Adil Saksama,
Gagah Perkasa Duli Baginda,
Bersemayam Diatas Disinggahsana Takhta,
Penuh Daulat Rakyat Laungkan,

Gagah Perkasa Tubuh Badan,
Keris Diraja Kurniaan Raja,
Penuh Perisai Lengkap Dibadan,
Itulah Dia Saudara Raja,

Berikrar Penuh Taat Setia ,
Menjaga Negeri Raja Yang Dipertuan Cempaka Sari
Panglima Perang Saudara Baginda,
Penjaga Segala Hulubalang Dan Panglima,

Gong Dipalu Keberangkatan Masuk Ke Balai Rong Seri,
Dipalu Nobat Kebesaran Negeri,
Duduk Beradu Takhta Negeri,
Puncuk Kedaulatan Cempaka Sari,

Merchu Alam Astana Negeri,
Bertiang Satu Mahligai  Berseri,
Negeri Nama Cempaka Sari,
Kemudian Bertukar Indera Sakti

Kerajaan Cempaka Sari Tiada Kini,
Warisannya Tersisih Dirantau Negeri,
Semangat Warisan Tetap Berseri,
Kedaulatannya Tetap Melindungi Negeri,

30 April 2013

Tiga Cabangan Keluarga Diraja Yang Memerintah Secara Giliran Takhta Singgahana Kesultanan Perak.

Foto ini menjelaskan
Paduka Sri Sultan Alang Iskandar, Raja Muda Abdul Aziz dan Raja Bendahara Yussuf Izzuddin
Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Namun sistem pewarisan secara bergilir mengikut keluarga ini jua meletakkan bahawasanya setiap keluarga dari tiga cabang ini akan bergelar Paduka Seri Sultan Perak. Sistem yang unik sangat sukar untuk difahami maka ketelitian amat penting bagi memastikan sistem yang unik ini menjadi simbol kesentosaan. Maka adalah penting para pembesar iaitu ahli Dewan Negara Perak mengetahui keunikan sistem pewarisan bergilir cabang ketiga-tiga cabang ini mengikut adat dan mengikut tradisi sebagaimana yang telah terlaksana sekian lama.  

Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. 

Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah yang dimaksudkan adalah seperti berikut :- 

- Y.A.M. Raja Bendahara Alang Iskandar Shah ibni al-Marhum Raja Kechil Tengah Ahmad 
- Paduka Seri Sultan Abdu'llah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Raja Kechil Tengah Ahmad 
[anak cucu cicit Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II telah diharamkan untuk menjadi Sultan Perak tetapi pada tahun 1915, putera sulung Sultan Abdullah iaitu Raja Ngah Mansur bersama-sama dengan adiknya, Raja Chulan, Raja Abdul Malik, Raja Ahmad Hamid, Raja Said Tauphy telah memohon kepada British untuk membatalkan pengharaman keturunan Sultan Abdullah sebagai pewaris takhta Kesultanan Perak, walaupun pembatalan sebagai pewaris takhta kesultanan diberikan namun, ianya bukan lah memberikan Waris Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi Paduka Seri Sultan Perak, hanya lah sekadar pewaris raja bergelar yang lebih kanan didalam Raja Bergelar yang tidak boleh sama sekali bergelar Tuanku, namun takkala Paduka Seri Sultan Yussuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil telah berkenan melakukan istiadat pemasyhuran pindaan Undang-Undang Tubuh Perak pada 27.9.1954, maka berlaku pindaan yang menetapkan bahawa Gelaran Raja Bendahara diganti semula kepada gelaran Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara maka secara tidak lanjut gelaran Raja Dihilir Perak mengambil tempat dengan martabat Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Dihilir. Namun sebagai galas gantinya Raja Muda Musa mengambil tempat didalam kedudukan cabangan keluarga ini sehingga ke hari ini] 
- Paduka Sri Tuanku Sultan Yusuf Sharif ud-din Muzaffar Shah Ghafiru'llah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'llah Muhammad Shah I 'Atiku'llah ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu 'Abdu'l-Rahman.


Namun disebabkan terdapat beberapa kepincangan maka tiga cabang keluarga ini di buat pembaharuan namun masih diteruskan cabang sistem pergiliran keluarga yang dipraktikkan seperti dahulukala. Paduka Sri Tuanku Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang dari keluarga ISKANDAR telah meneruskan cabang keluarga yang di sebutkan. Rujuk perincian di bawah :- 

- Paduka Seri Sultan Sir’ Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah, 

- Paduka Seri Sultan Sir’ Iskandar Shah al-Kaddasullah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah 

- Raja Musa ibni al-Marhum Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azzam Shah Waliu'llah, 
__________________________ 

- Raja Muda Perak – Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Yusuf Izzuddin Rathiu’llah Ghafaru’llahulahu Shah ibni al-Marhum Sultan Sir ‘Abdu’l Jalil Nasir ud-din Muhtaram Shah,

- Raja Di Hilir Perak – Raja Ja’afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz ibni al-Marhum Raja Muda Musa,

- Raja Kechil Besar Perak - Raja Iskandar Zulkarnain ibni al-Marhum Sultan Idris al-Mutawakil Allah Shah Afifu’llah Ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasu’llah, 

Untuk penelitian yang lebih jelas sila lihat carta salasilah di atas. Ianya menjelaskan pada keseluruhannya.
Maka jikalau mengikut giliran pusingan kekeluargaan pewarisan takhta yang dipraktikkan maka yang akan menduduki takhta singgahsana kerajaan Negeri Perak kelak adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak. kerna ini adalah adat yang diperadatkan oleh Raja-Raja Negeri Perak yang terdahulu agar setiap cabang keluarga itu mempunyai tanggungjawab didalam menjaga rakyat.
DYAM Raja Di Hilir Perak
Raja Ja'afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
Adat yang di aplikasikan ini sememangnya membentuk satu semangat kekeluargaan yang tinggi dan membina keutuhan kasih sayang kekeluargaan. Andai rosaknya sistem yang indah dan cantik ini maka akan rosaklah keindahan sesebuah negeri. Sememangnya Negeri Perak adalah sebuah negeri yang unik didalam sistem pewarisan takhta didalam dunia. 

Segala puji milik Allah Subhanahu Wataala; Tuhan Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui di atas segala sesuatu - lalu memilih dari kalangan makhluk Nya untuk dikurniakan darjat dan dianugerahkan kemuliaan. 

Info :
Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. 
Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah. 
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama. 

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. 

Bakal Sultan
Raja Muda dan Raja Di Hilir. 
Setelah Raja Pemerintah dimashyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja Di Hilir. 

Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. 

Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut, 

1. Raja Kecil Bongsu. 
2. Raja Kecil Tengah 
3. Raja Kecil Sulong 
4. Raja Kecil Besar 

5. Raja Di Hilir 
6. Raja Muda 
7. Sultan dan Yang Di Pertuan. 

Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.

Penelitian yang dilakukan berbekalkan ilmu yang sedikit, berpandukan pengetahuan yang masih kurang, bersandarkan pengalaman yang singkat, yang sedikit didalam segala kekurangan yang ada, dipohon pertunjuk dan kudrat dari Ilahi.

23 April 2013

PERANAN DEWAN NEGARA PERAK [ ORANG BESAR ] DIDALAM MELANTIK RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK


Kejelasan wujudnya satu badan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (perenggan 3.6) yang di kenali sebagai “Dewan Negara”.  Badan ini mempunyai peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam hirarki

Orang Besar Perak sekitar tahun 1924
Dewan Negara Negeri Perak dianggotai oleh bakal-bakal Sultan, seseorang wakil Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas ‘orang tua’ dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi.

Yang menarik dan uniknya adalah, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Paduka Seri Sultan, dan kemudian mereka pula yang mempunyai kuasa mutlak bagi memilih dan melantik Paduka Seri Sultan yang baru ketika berlakunya kemangkatan Paduka Seri Sultan.

Namun kuasa mutlak bagi memilih dan melantik Paduka Seri Sultan yang baru bukan mudah kerna Dewan Negara harus mengikut adat yang di peradatkan dari turun temurun, sebagaimana Gelaran Orang Besar Perak di tingkat-tingkatkan kepada empat peringkat iaitu orang besar empat, orang besar delapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua bagi tujuan menyampaikan amanah rakyat bagi setiap mukim dan jajahan

Maka Dewan Negara harus jelas apa yang terkarang ini :- Tetapi hendaklah disyaratkan pula bahawa dalam timbangan-timbangannya berkenaan dengan pilihan seorang Raja Pemerintah itu,  hendaklah Dewan Negara itu memberi timbangan-timbangannya yang pertama kepada sesiapa Bakal Sultan mengikut susunan yang tersebut di bawah ini,  yang keduanya kepada sesiapa Raja yang Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya dan kemudian daripada itu hendaklah dijalankan seperti yang disyaratkan dalam Fasal VII, VIII dan IX dalam Bahagian ini.”  


Pemilihan Raja Pemerintah yang baharu itu hendaklah di laksanakan dengan secepat mungkin.  Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII seperti berikut :


Bagi memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu dinegeri Perak apabila berlaku kekosongan, Dewan Negara Perak dengan di Pengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, hendaklah mengadakan mesyuarat dalam  tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah  untuk memilih dan melantik Raja Pemerintah yang baharu.  Mesyuarat ini tidak di hadiri oleh bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar. Maka Dewan Negara Perak akan membuat keputusan dengan sewajar dan seadil-adilnya, iaitu samada dengan mendapat persetujuan sebulat suara daripada ahli-ahli sekalian terhadap sesuatu calon atau dengan mendapat kelebihan undi bagi seseorang calon itu. 

Bakal-Bakal Sultan
DYTM Raja Muda Perak - Raja Dr Nazrin Shah dan DYAM Raja Di Hilir Perak - Raja Ja'afar 

b) Peruntukan Bagi Perlantikan Bakal-Bakal Sultan

“Fasal XXX : Maka dari antara mereka yang harus di pilih sebagai Raja Pemerintah mengikut tertib yang di tetapkan dalam fasal-fasal VII dan VIII itu, hendaklah di pilih dan di lantik tiga orang Bakal Sultan oleh Raja Pemerintah itu dengan nasihat Dewan Negara”. 

Bakal-bakal Sultan yang ada pada masa dahulu adalah :

Raja Muda
Raja Bendahara
Raja DiHilir

Walau bagaimanapun, gelaran Raja Bendahara sebagai Bakal Sultan telah pun dihapuskan dan dimansuhkan. Dengan itu, Bakal-Bakal Sultan pada masa kini adalah:


Raja Muda
Raja Di Hilir

Apabila seseorang Sultan atau Raja Pemerintah mangkat, maka pemilihan hendaklah dilakukan oleh Dewan Negara  daripada waris-waris negeri yang layak untuk menggantikan Raja Pemerintah yang telah mangkat itu. Pengisian ke tempat Raja Pemerintah yang kosong itu tidaklah secara automatik.  Ini adalah mengikut Peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal VI (I) dan (2) seperti di bawah:

“Fasal VI (1) Manakala mangkat kita dan mangkat seseorang daripada ganti-ganti kita yang gemilang,  maka jenazah kita dan jenazah-jenazah ganti-ganti kita yang gemilang hendaklah di simpan dengan tiada dimakamkan mengikut sebagaimana adat Melayu sehingga seorang ganti telah dipilih dan dilantik, dan inilah kita mengikrar dan memerintahkan bahawa hendaklah Raja Bendahara atau Orang Kaya Bendahara apabila gelaran Raja Bendahara itu dimahsuhkan menjalankan kuasa-kuasa dan menyempurnakan tanggungan-tanggungan Raja Pemerintah itu di antara kemangkatan seorang Raja Pemerintah  dengan lantikan seorang Raja Pemerintah baharu.


Maka dengan ini Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Wakil Al Sultan Wazir Kabir jawatannya ialah kepala sekalian orang besar-besar dan Dato’-Dato’ dan pada beliau jua terhimpun Segala Rahsia Kerajaan Negeri. Berkewajiban menjaga segala adat dan mengekalkan keunikkan sistem warisan beraja yang telah dibentuk oleh orang besar-besar yang terdahulu hasil muafakat sesama Raja Pemerintahan yang terdahulu bagi menjamin kesentosaan negeri didalam melantikan seorang Raja Pemerintah baharu.

ORANG BESAR EMPAT -

1. Y.A Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja

2. Y.A Bhg. Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja

3. Y.A Bhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja

4. Y.A Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan


Bakal-bakal orang besar empat adalah ialah siapa-siapa yang bergelar toh mudanya kecuali Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang tiada mempunyai Toh Muda.


TOH MUDA ORANG BESAR EMPAT -

1. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja di-Raja

2. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja

3. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

4. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja


ORANG BESAR DELAPAN -

1. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota

2. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda

3. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja

4. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja

5. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera

6. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja

7. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan

8. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Mahakurnia Indera di-Raja


TOH MUDA ORANG BESAR DELAPAN -

1. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksmana Raja Mahkota

2. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda

3. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja

4. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja

5. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera

6. Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja

7. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Mahakurnia

8. Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan


ORANG BESAR ENAM BELAS -

1. Y.D.H Toh Seri Maharaja Lela

2. Y.D.H Toh Paduka Indera

3. Y.D.H Toh Maharaja Dewa

4. Y.D.H Toh Maharaja Indera

5. Y.D.H Toh Shahbandar Ulu

6. Y.D.H Toh Tan Dewa Paduka

7. Y.D.H Toh Paduka Setia

8. Y.D.H Toh Sedewa Raja

9. Y.D.H Toh Paduka Raja

10. Y.D.H Toh Perdana Indera

11. Y.D.H Toh Indera Jaya

12. Y.D.H Toh Seri Bijaya

13. Y.D.H Toh Seri Lela Paduka

14. Y.D.H Toh Amar Seri di-Raja

15. Y.D.H Toh Raja di-Raja

16. Y.D.H Toh Seri Wangsa

  
ORANG BESAR TIGA PULUH DUA -

1. Y.D.H Toh Tan Dewa Sakti

2. Y.D.H Toh Kamar Lela

3. Y.D.H Toh Seri Indera Lela

4. Y.D.H Toh Sakna Bongsu

5. Y.D.H Toh Tan Dewa Raja

6. Y.D.H Toh Rakna Sakti

7. Y.D.H Toh Purba di-Raja

8. Y.D.H Toh Jana Pahlawan

9. Y.D.H Toh Sa Indera Lela

10. Y.D.H Toh Bahagia Negara

11. Y.D.H Toh Amar Pahlawan

12. Y.D.H Toh Mangku di-Raja

13. Y.D.H Toh Dewa Mahkota

14. Y.D.H Toh Sakna Menteri

15. Y.D.H Toh Demang Perwira

16. Y.D.H Toh Indera Wangsa

17. Y.D.H Toh Mekong

18. Y.D.H Toh Lela Indera

19. Y.D.H Toh Mahkota Lela

20. Y.D.H Toh Amar Di Wangsa

21. Y.D.H Toh Pekerma Wati

22. Y.D.H Toh Johan Pahlawana

23. Y.D.H Toh Pendewa Sakti

24. Y.D.H Toh Kelana Perkasa

25. Y.D.H Toh Kelana di-Raja

26. Y.D.H Toh Kohor Alam

27. Y.D.H Sukar Di Lawan

28. Y.D.H Toh Pendekar Alam

29. Y.D.H Toh Bijaya Wati

30. Y.D.H Toh Puspa Wati

31. Y.D.H Toh Bahtera di-Raja

32. Y.D.H Toh Suri Wati

Ilmu yang di tinggalkan oleh mereka yang terdahulu harus di teliti dan di fahami:-


ADA PUN RAJA ITU TIADA MEMPUNYAI NEGERI DAN TIADA BOLEH MENCHUKAI KHARAJAT, MELAINKAN BERKEADILAN SAHAJA SERTA PERMAKANANYA.

11. UNDANG-UNDANG ORANG JADI RAJA ATAUPUN PENGHULU DIDALAM SESEBUAH NEGERI ATAU MUKIM ”ADATNYA”
Ada pun hutang penghulu kepada rakyatnya,
- Pertama mati rakyatnya di tanam,
- Kedua, hilang rakyatnya di cari,
- Ketiga kusut di selesaikan,
- Keempat, jika salah dipatutkan.

Maka hutang rakyat kepada penghulu dua perkara, pertama di laungkan oleh penghulu, datang ia dan disuruh, pergi ia, dan lagi tatkalaorang mengadap bichara itu di lihat baik-baik rupanya, salah duduknya, salah berdirinya, salah perkataannya serba yang salah sebarang lakunya, maka mereka yang salah itu disalahkan juga dan demikian pula yang benar itu hendaklah dibenarkan juga hukumnya, tetapi boleh di bezakan antara kechil dan salah besar di atas mereka-mereka sekalian dan lagi di atas bicara mereka itu di hukumkan betul-betul, jangan di ambil faedah di atas mereka-mereka itu tatkala di dalam mana-mana bicara pun.

55 UNDANG-UNDANG ORANG KAYA, HUKUMNYA
- Jika banyak orang kaya didalam mukim itu sangatlah baiknya di atas mukim itu, tetapi nya orang kaya mau lah murah di atas mukim atas orang-orang dan hendaklah hormat kepada raja-raja dan penghulu, hendaklah beri sedikit emas kepada orang yang berbuat taat dan lagi kenduri sekali setahun sekurang-kuranya tiada boleh tidak dan besarkan nama dunia dan sedekah pada miskin.

92 UNDANG-UNDANG MENJADI RAJA DIDALAM NEGERI ITU APA-APA YANG JADI AMAN PADA NEGERI ITU.
- Pertama adil hukumnya,
- Kedua murah makan didalam negeri itu, maka amanlah negeri itu

93 UNDANG-UNDANG ORANG MENJADI ORANG BESAR DIDALAM NEGERI
- Adatnya pertama orang besar itu memelihara atas rajanya,
- kedua memelihara atas rakyatnya, maka amanlah negeri itu

99 UNDANG-UNDANG RAJA-RAJA DENGAN ORANG BESAR-BESAR DAN SEKALIAN RAKYAT, DAN RAKYAT DENGAN ORANG BESARNYA;
- Jika ada barang-barang yang datang baik atau jahat, jangan di taroh didalam hati mau lah di titahkan kepada orang besar-besar itu, jika ada apa-apa baik atau jahat, jangan di taroh didalam hati dan lagi raja-raja atau orang besar-besar jikalau apa-apa bicara baik dan jahat itu hendaklah di nyatakan pada rakyat boleh tahu ia dan ingat, dan tiap-tiap raja dan orang besar-besar itu barang apa-apa bicara hendak di terang, jikalau di sembunyikan apa-apa titahkan semula, jangan tidur adat negeri adanya.


Info : -


Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.


Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.


Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.

Sumber :

- Sembangkuala 
- M.A. Fawzi Basri. Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak. 1986. 
- Portal Raja Kita Negeri Perak
- Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di negeri Perak Zaman Purbakala