Raja Sir Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Raja Sir Chulan diputerakan pada tahun 1869.
Baginda mendapat pendidikan dari Raffles Institution, Singapura dan Malacca High School. Dalam tahun 1886 dalam usia 17 tahun baginda telah bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Kuala Kangsar.
Baginda merupakan Putera Melayu Pertama yang menyertai perkhidmatan dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu .
Pada tahun 1890 baginda telah dilantik sebagai pegawai penempatan di Larut. Seterusnya baginda dilantik pula menjadi Penolong Pemungut Jabatan Hasil Tanah dan Penolong Pegawai Daerah Matang.
Keakrabannya dengan pemerintah Inggeris dan penyertaannya dalam perkhidmatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membawa kepada penganugerahan Bintang 'H.R.H. Prince of Wales' yang diterima oleh baginda pada tahun 1901.
Dalam tahun 1907 baginda telah dilantik menganggotai Majlis Negeri Perak dan pada bulan Januari 1924 baginda dilantik sebagai anggota tidak rasmi Majlis Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan penyertaan pertama dari kalangan orang Melayu.
Pada 10.04.1933 baginda telah kembali kerahmatulah. Kemangkatan baginda adalah merupakan satu kehilangan besar bagi rakyat negeri Perak dan Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment
Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.