Sebagai mana yang di ketahui bahawa Raja Muda Abdullah bersemayam di Batak Rabit demikian jua takkala baginda bergelar Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah bergelar Sultan Perak ke-26 mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
Baginda telah memerintah negeri di Batak Rabit kinilebih dikenali sebagai Kampung Batak Rabit dan kerna itu jua Masjid lama Batak Rabit pernah menjadi Masjid Negeri Perak ketika itu.
Hakikatnya kawasan ini adalah dibawah Laksamana dan Sultan Abdullah Muhammad Shah II sendiri cucuanda kepada Toh Muda Laksamana Wan Muda Abdul Rahman Bin Maharaja Lela Ngah Hasan Bin Laksamana Raja Mahkota Toh Jambu Keramat Keramat Sungai Durian - mengikut adat purbakala Toh Muda Laksamana bergelar Raja Mahkota.
Jikalau di perhatikan ketika Mohom Abdullah memerintah Laksamana yang sedang menjadi Orang Besar adalah Muhammad Amin Bin Alang Abdul Wakaf Bin Alang Muhammad Bin Che Uda Kechil Terkukor, tetapi sebelum itu adalah Hj Sulaiman Bin Muhammad Taha Bin Toh Chu Abdul Rahim Che Uda Kechil Terkukor dan selepas Muhammad Amin dibuang bersama Mohom Abdullah maka jawatan Laksamana di jawat oleh Laksamana Hussain Bin Muhamad Salleh Bin Toh Chu Abdul Rahim Bin Che Uda Kechil Terkukor Bin Toh Jambu @ Keramat Tanjung Medan @ Keramat Sungai Durian.
Demikian pula takkala sebelum Haji Sulaiman menjawat sebagai Laksamana Raja Mahkota ia telah di jawat oleh Laksamana Pandak Ibrahim sebelumnya Toh Muda Wan Abdul Rahman sebagai Toh Muda Laksamana ataupun lebih tepat Raja Mahkota, sebelumnya pula Laksamana Toh Janggut Bin Laksamana Toh Rejab Bin Tok Chik Bin Toh Kuala Bidor @ Nakhoda Hitam.
Maka persoalannyer siapa Toh Tambah.. ??? Apakah ia hanya nama gelaran panggilan ataupun ia adalah antara laksamana yang sebutkan di atas.
P/S :
Siapa kah agaknyer yang duduk sebelah Resident Inggeris.??? Adakah Sultan Muda Ismail.???
Kota Batak Rabit terletak di tepi Sungai Perak dan apa jua kisah perihal Sultan Abdullah Muhammad Shah hanya terhimpun di sini jua...
Di mana tempat bersemayam Paduka Seri maka di situ jualah digelar Istana... — at Kota Batak Rabit.
Tok Jambu bukanlah keramat Sg Durian, tapi isterinya.... isteri Tok jambu ialah anak Raja Mahkota Nakhoda Hitam
ReplyDeleteSalam. keramat Sg Durian ialah seorag perempuan dan bukan Tok Jambu, tetapi isterinya yang merupakan putri kepada Raja Mahkota Nakhoda Hitam
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya nk tahu lebih detail berkaitan orang2 yang terlibat dalam pembunuhan Birch..sbb sy pernah dengar cerita semasa budak2 dulu ada seorang kerabat raja dari perak telah lari sampai ke jeli kelantan melalui jalan bukit dengan pertologan orang asli..Dia lari kerana dicari oleh orang inggeris kerana terlibat dengan kematian residen inggeris itu, di daerah jeli dia mengunakan gelaran nama megat hitam...kalau x silap sy dengar dulu istana iskandariah di kuala kangsar tu dibina oleh moyang atau datuk dia, mcm dia nk bagitau hubungan dia kira masih dekat lg dengan sultan pada masa itu....pohon pencerahan
Moyang sy bernama hj ibrahim bin muhamad taha..kalau x silap..adik kepada laksamana sulaiman bin muhamad taha
ReplyDelete