UTAMA

29 May 2012

SIFAT TERPUJI PADUKA SERI SULTAN PERAK



Jiwanya Faqir Merendah Diri,
Amat Dihormati dan Dikasihi,
Derita Rakyat Senantiasa Diselami,
Bagindalah Raja Yang Dipertuan Negeri,

Tonggak Mercu Singgahsana Negeri,
Memerintah Negeri Hukum Ilahi,
Barang siapa Rakyat Ingkari,
Pasti Murka Paduka Seri,

Institusi Beraja Payung Negeri,
Singgahsana Ketinggian Warisan Negeri,
Itu Hakikat Penyuluh Seri,
Titah Baginda Di Taati,

Barang Rakyat Tak mengetahui,
Bahawa Baginda Paduka Seri,
Baik Jangan Mengaku Diri,
Negeri Perak Identiti Diri,

Generasi kini Lupa Diri,
Kononnya Payung Pemerintah Negeri,
Raja Negeri Dilupai Sendiri,
Kerna Taksud Politik Era Kini,

HUBUNGAN AKRAB SULTAN SULEIMAN SHAH DENGAN SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH


Paduka Seri Sultan Alang Iskandar diputerakan pada tahun 1876 dan mangkat pada Oktober 1938, bertahta pada tahun 1918 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 20 tahun.

Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman diputerakan pada tahun 1865 dan mangkat pada 31 Mac 1938, bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.

Hubungan Berangkai-rangkai :-

1. Berpangkat Anakanda saudara takkala Mohom Suleiman bersurikan Raja Zabedah Bt Sultan Abdul Jalil Sultan Idris I
2. Berpangkat Adik Ipar takkala Mohom Suleiman bersurikan Raja Fatimah Bt Sultan Idris I
3. Berpangkat Besan takkala anakanda Mohom Suleiman iaitu Tengku Indera Setia Di Raja - Raja Zainal Karib Shah bersurikan Raja Rafeah Bt Sultan Iskandar

Keperibadian Adat :

- Mengarang risalah / kitab dan di tujukan kepada seluruh rakyat Negeri.

- Berjiwa rakyat dan mengasihi rakyat negeri melalui penjelajahan di setiap pelusuk negeri.

- Berpengetahuan luas berhubung adat lembaga zaman purbakala... Sebagai Contoh Terbit Gelaran Raja Bendahara (Adat Gelaran Negeri Perak) yang julung kali diberi gelar dan Tengku Kelana Jaya Putra (Adat Gelaran Bugis Riau)

- Di takrifkan oleh sebahagaian besar para Ulamak di gugusan Tanah Melayu bahawa baginda bertaraf Ulama berhubung pendalaman ilmu agama...

Sekadar ini hanya Cebisan kemuafakatan Almarhum berdua yang harus di ketahui...
Al-Fatihah....

25 May 2012

KOTA BATAK RABIT-PUSAT PEMERINTAHAN SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH II


Sebagai mana yang di ketahui bahawa Raja Muda Abdullah bersemayam di Batak Rabit demikian jua takkala baginda bergelar Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah bergelar Sultan Perak ke-26 mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Baginda telah memerintah negeri di Batak Rabit kinilebih dikenali sebagai Kampung Batak Rabit dan kerna itu jua Masjid lama Batak Rabit pernah menjadi Masjid Negeri Perak ketika itu. Hakikatnya kawasan ini adalah dibawah Laksamana dan Sultan Abdullah Muhammad Shah II sendiri cucuanda kepada Toh Muda Laksamana Wan Muda Abdul Rahman Bin Maharaja Lela Ngah Hasan Bin Laksamana Raja Mahkota Toh Jambu Keramat Keramat Sungai Durian - mengikut adat purbakala Toh Muda Laksamana bergelar Raja Mahkota.

Jikalau di perhatikan ketika Mohom Abdullah memerintah Laksamana yang sedang menjadi Orang Besar adalah Muhammad Amin Bin Alang Abdul Wakaf Bin Alang Muhammad Bin Che Uda Kechil Terkukor, tetapi sebelum itu adalah Hj Sulaiman Bin Muhammad Taha Bin Toh Chu Abdul Rahim Che Uda Kechil Terkukor dan selepas Muhammad Amin dibuang bersama Mohom Abdullah maka jawatan Laksamana di jawat oleh Laksamana Hussain Bin Muhamad Salleh Bin Toh Chu Abdul Rahim Bin Che Uda Kechil Terkukor Bin Toh Jambu @ Keramat Tanjung Medan @ Keramat Sungai Durian. Demikian pula takkala sebelum Haji Sulaiman menjawat sebagai Laksamana Raja Mahkota ia telah di jawat oleh Laksamana Pandak Ibrahim sebelumnya Toh Muda Wan Abdul Rahman sebagai Toh Muda Laksamana ataupun lebih tepat Raja Mahkota, sebelumnya pula Laksamana Toh Janggut Bin Laksamana Toh Rejab Bin Tok Chik Bin Toh Kuala Bidor @ Nakhoda Hitam. Maka persoalannyer siapa Toh Tambah.. ??? Apakah ia hanya nama gelaran panggilan ataupun ia adalah antara laksamana yang sebutkan di atas.

P/S : 

Siapa kah agaknyer yang duduk sebelah Resident Inggeris.??? Adakah Sultan Muda Ismail.??? Kota Batak Rabit terletak di tepi Sungai Perak dan apa jua kisah perihal Sultan Abdullah Muhammad Shah hanya terhimpun di sini jua... 

Di mana tempat bersemayam Paduka Seri maka di situ jualah digelar Istana... — at Kota Batak Rabit.