UTAMA

05 March 2012

SEJARAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sejarah penubuhan Sekolah Berasrama Penuh bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu.

Pada tahun tersebut “THE SELANGOR RAJA SCHOOL” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).[1]

Sultan Perak (Paduka Seri Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan menyatakan“to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”

No comments:

Post a Comment

Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.