UTAMA

18 May 2011

NUKILAN RIWAYAT MOYANG NENDA ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN SULEIMAN SHAH - SULTAN SELANGOR KE 5

Moga Diketahui Tua Dan Muda,
Kebajikan Diberi Oleh Baginda,
Cerita Indah Tanah Jugra,
Negeri Selangor Menjadi Tanda.

Sangat Manis Tutur Berkata,
Namun Tegas Menghurai Kata,
Sultan Suleiman Nama Baginda,
Ilmunya Banyak Didalam Dada,

Sultan Abd Samad Nenda Baginda,
Sangatlah Kasih Akan Baginda,
Demikian Jua Ayah Dan Bonda,
Menaiki Takhta Selepas Nenda,

Sukar Sekali Dapat Di Cari,
Baik Budinya Tiada Terperi,
hampir 40 Tahun Memerintah Negeri,
Jubri Emas Rakyat Merai,
Menjadi Tauladan Rakyat Negeri,

Hatinya Murah Tangan Terbuka,
Sangat Adil Menurun Titah,
Baginda Lah Jua Payung Mahkota,
Segala Rakyat Menaruh Cinta,

Jarang Sekali Cucuanda Temui,
Seorang Sultan Khutubah Diberi,
Menjadi Sanjungan Rakyat Negeri,
Takkan Dilupa Sampai Mati,

Tinggi Darjat Allah Memberi,
Baik Budinya Tiada Terperi,
Sukar Sekali Dapat Dicari,
Baginda Sultan Di Era Kini,

Kerna Almarhum Sangat Berbakti,
Terlalu Besar Murahnya Hati,
Senang Jiwa Di Syurga Sejati,
Doa Rakyat Senantiasa Iringi,

Tulus Ingatan Ku Alam
Tarikh 12-05-2011 Jam 12.12am

************************************************************************
Andai Nukilan yang kurang bijak, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada Saudara Mara, Kerabat Serumpun dan Handai Taulanlah jua pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.
************************************************************************

Selawat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, semulia-mulia kejadian; demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk yang mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga ke hari kebangkitan.

Sebahagian kecil insan-insan yang sering bermain didalam ingatan khusunya yang telah pergi dan yang tidak pernah kita temui sepanjang hayat ini:

Al-Fatihah Buat Baginda dan Waris Kerabat, Semoga di tempatkan dikalangan para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga ke hari kebangkitan. Amin

Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin
Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Muda Musa
Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abd Samad
Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa
Arwahyarhamah Tengku Khatijah (Ku Yong) Bt Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah
Cik Uteh Surau Bt ??? (Cucuanda Sultan Abd Samad)
Arwah Johor B ?? (Pengiring Raja Muda Selangor zaman Mohom Sultan Suleiman)
Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II
Arwah Raja Ahmad B Raja Maarof (Istana Batak Rabit)
Arwah Raja Arif Shah B Raja Kechil Sulong Harun Al-Rashid (Ayahanda Angkat Opah Bainun Jamaliah)
Arwah Raja Sallehudin( Ku Azam) B Raja Arif Shah

Al-Fatihah... Semoga roh insan-insan diatas dicucuri Rahmat sehingga Ke hari kebangkitan dan segala amal baktinya akan terus mengalir sebagaimana air sungai yang mengalir... Amin

No comments:

Post a Comment

Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.