UTAMA

31 May 2011

AL-FATIHAH BUAT BONDA PADUKA RAJA SELANGOR - ALMARHUMAH RAJA SAIDATUL IHSAN BINTI TENGKU BENDAHARA SELANGOR - TENGKU BADAR SHAH.



Pengelola Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu merafakkan Sembah Takziah buat Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah diatas kemangkatan Bonda Paduka Raja Selangor - Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Binti Tengku Bendahara Selangor - Tengku Badar Shah.

Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat keatas roh Almarhumah dan ditempatkan di sisi hamba-hamba yang beriman.. Amin..

Tempoh berkabung bagi waris-waris, kerabat-kerabat dan Orang-Orang Besar Istana Diraja Selangor adalah selama tujuh hari

*******

SHAH ALAM, 31 Mei (Bernama) -- Bonda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Ampang Puteri, Ampang di sini Selasa.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Raja Saidatul Insan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada pukul 9 pagi akibat sakit tua.

Jenazah Raja Saidatul dimakamkan di Makam Diraja Selangor kira-kira pukul 4.35 petang setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, di Istana Alam Shah, Klang.

Sembahyang jenazah diimamkan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang kemudian turut membacakan talkin semasa pemakaman.

Mohamad Munir dalam satu kenyataan di sini berkata berikutan kemangkatan bonda baginda, Sultan Sharafuddin telah menitahkan supaya bendera negeri Selangor dikibarkan separuh tiang pada hari ini sahaja.

Tempoh berkabung bagi waris-waris, Orang-Orang Besar Istana dan kerabat-kerabat diraja Selangor adalah selama tujuh hari, katanya.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

1 comment:

  1. Takziah buat seluruh Waris dan Kerabat Negeri Selangor
    Al-Fatihah buat Almarhumah...
    Moga rohnya di cucuri rahmat...

    ReplyDelete

Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.