Sepi Diri Tidak Terperi
Sendirian Diri Terusik Hati
Tercari-Cari Separuh Hati
Telah Dipertemu Separuh Hati.
Kehadrat Ilahi Menjunjung Jemari
Tanda Syukur Rahmat Diberi
Dipertemukan Hati Empunya Diri
Teguh Kasih Didalam Hati
Direnung Bulan Di Waktu Malam
Siang Malam Terbayang Bayang
Hati Terpaut Kerana Sayang
Tersimpul Rapi Buat Tersayang.
Bagaikan Langit Di Awal Pagi
Berwarna Biru Sebiru Hati
Menanti Khabar Yang Di Nanti
Agar Terlelap Rindu Di Hati.
Tinggi Langit Menjulang Tinggi
Setinggi Angan Meraih Impian
Seraut Wajah Tersemat Indah
Bertakta Rindu Merajai Hati
Bahgia Diri Tidak Terperi
Tercantum Hati Menjadi Satu
Satu Hati Dua Jiwa
Duka Lara Tempuhi Bahgai
Tanamkan Cinta Dalam Hati.
Suara Hati Kekasih Hati
Jiwa Raga Bersatu Hati
Moga Mendapat Rahmat Ilahi
Nurkilan :- Ku Alam
No comments:
Post a Comment
Andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.